Monday 31 January 2011

Kisah Januari 2011 Yang Hebat! Kenangan Pertama!

ai bukan artis. jadi hidup ai tak ade lah kisah kisah yang panas apetah lagi menarik untuk d kongsi dekat belog comel ai nih. jadi ai akan hilang. hilang sebab malas. kalau ikot kan yang sebenar nya hari hari ai online belog ai. sebelom online ligat betul otak berfungsi ouh macam macam nak bebel kan. bila dah online tiba tiba semua idea pun hilang. jadi duduk lah mengadap lappy sambil berfesbuk dan bertwitter dan merayap rayap blog orang sambil layan lagu lagu penenang perasaan.

kalau yang pernah layan belog buruk ai dulu mesti tahu kisah hidup ai dalam tahun 2010 penuh dengan kesedihan dan kesadisan! mimpi ngeri belaka. kalau boleh tak mahu ingat lagi dah. tapi bila d kenang sebenar nya itu menjadi pengajaran yang mematang kan diri. sepanjang tahun lepas hidup ai penuh dengan kesibukan dengan kerja kerja yang ai sayang. ouh ai sibuk jugak melayan perasaan hati dek kecewa putus cinta melayan kecurangan orang yang ai sayang selama 6tahun. ai bertemu dengan orang baru dalam hidup ai. ai pergi makan angin jauh jauh. dan ending nya tahun 2010 dalam keadaan yang sungguh huru hara.

siapa sangka tarikh 19.12.2010 jadi detik bersejarah hitam dalam hidup ai? huh! ai pun tak sangka! ai boleh rumus kan mimpi ngeri itu sebagai mati hidup semula. dan siapa sangka tarikh 19.11.2010 akan menjadi detik paling penting dalam ingatan ai sampai bila bila. keje allah semua nya sangat sempurna. ai d uji dengan berpuluh puluh ujian yang sangat hebat sampai kan terkadang ai rasa ai dah tak mampu nak hadap semua kesakitan lagi dalam tahun 2010 itu. tiba tiba saat ini ai d beri hadiah yang sangat hebat juga dari Allah S.W.T sebagai ubat untuk setiap kesakitan dan penderitaan yang Dia dah uji ai. ini adalah untuk pertama kali nya dalam hidup ai. dan yang pertama kali ini akan terus menjadi sejarah dalam tiap detik kehidupan ai untuk masa masa akan datang. Alhamdulillah. semoga akan terus dalam lindungan Allah S.W.T selalu. Ameen!

~perlu kah ai cerita kan kisah selanjut nya tentang kotak merah ini dan isi kandungan nya?~

ai sayang tarikh keramat ini - 15 januari 2011 - tarikh bila ai d lamar Encek Jantung Hati

jadi inilah penamat entry untuk bulan Januari tahun 2011 ini. hari hari yang mendatang akan menjadi hari hari yang sangat sibuk untuk ai. dan harus ai bebel kan dalam belog kesayangan ai ini. harus! esok dah masuk bulan baru. dalam otak ai dah ada macam macam nak cerita. tiap detik harus ai simpan. kalau simpan dalam otak akan luput bila dah tua. simpan dalam belog comel ai boleh d warisi kan nanti. kan? betul tak?

Majlis Sanding Sanding ~ Puan Samiza (Part 3)

apa ayat pertama sebagai pembukak bicara? hurm hutang entry cerita kawen kawan baek tertangguh berminggu minggu! maaf! ai sebok lah sayang. puan samiza mesti tau kan! macam mana tak tau kalau dah ai meroyan royan dekat fesbuk dengan jaya nya. kalau bole setiap 1saat nak post isi hati. hahaha!

sebelom terus kan karangan tak skema ai harus ai ingat kan entry nih entry sedikit super pangjang sebab penuh dengan gambar gambar kontroversi tapi panas nye dah suam suam kuku aje. maaf.

ini cerita sanding sanding puan samiza. tarikh majlis d rumah pihak penganten perempuan 08.01.2011. meriah sungguh majlis nya! cuaca pulak super cantek! syukur alhamdulillah! ramai orang serbu majlis makanan yang d hidang pun sedap. ai menjadi wakil puan samiza melayan tetamu ex-skoolmate sekolah dato'onn. harus lah ai pun sebok macam dia. jumpa kawan kawan lama. bila perempuan jumpa kawan perempuan besembang pulak bukak cerita lama harus lah meriah! tak sangka dah 8tahun tak jumpa. ouh rasa macam dah tua lah pulak. dah! biar gambar berbicara pulak.


~kueh mueh yang super cinonet! ai penat tak sempat nak rasa pun!~
~kek yang super berat dan pelamin yang cantek!~

~dari rombongan penganten lelaki~

~naaaaseb baek sempat snap pic nih tahu!~

~antara skoolmates yang hadiri majlis puan samiza. cuba cari ai?~

~ye! inilah ai dan puan samiza semasa outdoor shooting session!~

oke. dah tutup cerita kat atas sebab itu jek gambar yang ai ada. sambung dengan cerita baru. macam biasa kenduri ada pihak perempuan harus lah ada pihak lelaki pulak. kenduri d rumah encek cokman minggu seterus nya. tarikh yang d pilih 15.01.2011. selang seminggu saje. ai pun harus lah menjadi antara yang terkalut. seperti yang ai kecoh kecoh kan puan samiza buat surprise baek punya tengah malam buta call mintak ai jadi pengapit kemudian kena kalut dalam masa tak sampai 24jam nak cari baju cantek untuk jadi pengapit si puan samiza. fuhhh! naseb lah ada baju cantek sendiri. selamat keadaan!

oke seperti biasa ai suka biar gambar yang cantek berbicara.

~rombongan penganten pun selamat sampai ke rumah yang d tujui~

~sampai saja terus makan dulu! lapaq gila weyh! lauk pulak super sedap!~

~haha! dah nama pun pengapit kan? harus ai terselit sama d meja super vvvip!~

~cantek lah kek nih! rasa sayang nak makan!~

~gambar candid yang ai sangat suka!~

~lebih kurang pulak posing dua dua gambar nih! isk isk!~

~ye! d mana ade penganten d situ ade pengapit nya! hahaha~

~muka bangun tido! kisah pagi itu tak kan d lupa kan!~

~ini gambar paaaaling sadis kan? sebab itu paling last! ngeri gila kot!~

tengok gambar yang akhir. ngeri kan? memang ai tak boleh lupa dalam berarak tuh kereta motor lori segala bagai pun sebok jugak nak lalu sama. hapalah! dah nampak penganten dan pengapit cantek tengah jalan catwalk dekat situ tunggu lah sekejap kan? takut siot! ai dah la kecik aje!

Friday 21 January 2011

Haish!!!

Lama hilang? takde entry baru? cerita menarik ada banyak! tapi bila mata mengadap lappy idea semua hilang! kemudian blogwalking saja. haish! nantila sekejap nak menurun mood hadap belog hapdet story. ada baaanyak yang mau d kongsi kan. macam macam yang jadi dalam masa yang sangat singkat. hati gundah gulana tuhan saja yang tahu. nampak smiley d atas? cuma ai seorang yang bersedih menerima khabaran yang menggembirakan seluruh insan insan lain d sekililing ai. ok bye!

Friday 14 January 2011

Mayday!!! Mayday!!! Mayday!!!

s.0.s!!! s.0.s!!! mayday!!! mayday!!! mayday!!! bantuan kecemasan!!! ambulance!!! polis!!! bomba!!! 911!!! semua pown tolong lah ai!!! habes laa.. habes laaa... ishy!!! cemana nih??? cemana nih??? how??? how??? how??? hadoi!!! erk!!! runsing!!! runsing!!! runsing!!! tak bole tido!!! tak bole makan!!! tak bole semua pown tak bole!!! kalau ai tak jumpa memang habes lah ai!!!

ai tau la ai sejenis manusia spesis yang suka kan big surprise. lagi besar mulut ai terbukak sebab terkejut laaagi ai suke! tapi ni bukan big seperais dah ni. ni dah tahap ai bole kena heart attack siap campur dengan kejutan elektrik kemudian zapppp mesej hantar pergi dekat otak neuron neuron semua bersatu padu bagi tumbukan padu dekat otak suruh ai pengsan sekejap 5minit kemudian bangun kalut kalut macam mr.bean!

persoalan terbesaq dalam otak! KAT MANA NAK CARI BAJU CANTEK WANE BIRU UNTUK JADIK PENGAPIT PUAN SAMIZA nih??? sungguh serperais ekau yek! pukul 1.53am jugak la baru nak bagitau berita tergempaq nih. dalam masa tak sampai 1hari mana ai nak p cari baju shantek nih??? ouh nooo..

~uih shantek nye baju nih kan!~

~dress yang atas nih pown jambu jugak kan!~

~alah teringin nye baju nih!~

~atau mungkin style oldskool gila camni?~

baeklah. ai harus pergi mencari ketenangan hakiki! eyh silap bukan! ai harus pergi mencari baju shantek untuk tugas pengapit puan samiza esok! bubbye.

Sunday 9 January 2011

Quotes Of The Day (1)

The mission of the playwright is to look in his heart and write. To write whatever concerns him at the moment. To write with passion and convictions. ~ When you discover your mission, you will feel its demand. It will fill you with enthusiasm and a burning desire to get to work on it.~

Saturday 8 January 2011

Lagu Untuk Pengantin Yang Di Rai. :)

enjoy this song untuk puan pengantin! :)
PUAN SAMIZA & ENCEK AZLAN

Hari Persandingan Pun Tiba. Ucapan Tulus Ikhlas Untuk Sahabat!

ye untuk pasangan yang just married maka hari ini adelah hari yang sangat sangat d tunggu. segala persediaan dan persiapan sudah pown d buwat dengan jaya nya. tahniah! segala penat lelah kelam kabut lintang pukang dan segala peribahasa yang sewaktu dengan nya lah sudah berbaloi hari ini.

ai yang tak ada kena mengena nih pown kalut jugak tak boleh tido. pukul 5pagi baru mata nak telelap pukul 8pagi dah bangun dengan semangat nye! untuk sahabat baek sampai bila bila! bersusah payah cuma pada hari hari penting beliau sahaja.

SELAMAT BERSANDING PUAN SAMIZA DAN ENCEK AZLAN!

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN SEMPURNA!

sedikit ucapan ikhlas dari ai untuk sahabat baek kesayangan ai!

Dear Puan Samiza,

"May you always feels as close as you do this day. May your lives be graced with good health. May you always find your happiness in your home and May it be a refuge from the storms of life. May your love grow ever stronger as you share your lives together and May your future be even more wonderful than you dreamed possible. May Allah bless your marriage always dear. InsyaAllah. Ameen.."

Friday 7 January 2011

Persediaan Majlis Persandingan ~ Puan Samiza (Part 2)

~si bunga rampai yang dah siap d potong halus halus.~

~telur telur yang panas weyh! untuk bunga telur.~

~ohoiyyy! ni lah pulut kacau mak penganten yang sangat sedap!~

~yeay! hasil tangan anak anak dara.~

~guest book penganten!~

~hasil kerja tangan ai d saat tak kreatif. sory puan!~

~dan yeay! ai jadik yang pertama d situ!~

amacam? cukup tak untuk menjadi jawapan kenapa ai hilang sekejap untuk 2hari? betul! ai sebok bersama sahabat baek menolong apa yang termampu untuk majlis persandingan dia hari sabtu nanti. ouh kerja kawen adelah rumit dan saaaangat lah banyak untuk d selesai kan. penat? memang sangat penat tapi seronok!

ouh! sampai harini masih teringat pulut kacau mak puan samiza! seriyes sangat sangat sangat sedap weyh! kalau ikut hati mahu tapau! itu antara makanan tradisional yang sangat sangat ai suka! ada yang keras dan bila makan terasa macham nak tercabut semua gigi. tapi yang mak si puan samiza buwat tak lah keras tak lah caer. cukup cukup rasa! ouh sampai saat ni termimpi mimpi lagi.

esok hari sabtu ai akan sibuk sesibuk puan samiza! eyh eyh malam ini ai pown kalut nak berinai jugak. heee saja nak gedik gedik! esok ai tunjuk kan hasil nye! berdebar debar pulak rasa nye!

Thursday 6 January 2011

The Everyone Sale Yeay!!!

~hye! apekah ini about 'The Everyone Sale' nih?~

~ouh! inilah sale dari Celcom. semua orang pown suka sale kan?~


~maen token token pulak! macham dekat fun fair lah.~

~okeh! ini adelah part paling menarek dalam sale ini!~

ai tak tahu adekah ai manusia yang ketinggalan zaman atau mungkin ai dah ketinggalan keretapi atau mungkin kapal terbang kerana baru tahu tentang ini! ish kesian kan ai? naseb baek rajin gugel sana gugel sini semalam. kalau tak harus ai memang akan teros terketinggalan zaman tentang sale yang menarek ini!

yeay kepada Celcom! kepada pengguna setia celcom seperti ai kita tergolong dalam golongan yang bertuah dalam kes kes istimewa seperti ini walaopown promosi ini adelah terbuka kepada semua. siapa ya yang tak mahu diskaun banyak banyak bila bershopping angkat tangan? ouh ai pasti yang angkat kaki tu tipu lah sangat.

mahu sertai? nasihat ai sila pasti kan anda adelah pengguna nombor celcom. kemudian daftar kan diri dekat web dia. kena daftar kalau tak daftar tak ada makna nye! ai pown mula mula ingat boleh lah check berapa token ai dah dapat jadi teros ikot arahan taip Token hantar kepada 28881. lepas tu ai pown tunggu lah sampai siang pown tak dapat. rupa nya kena daftar dekat web. hampeh ai tertipu!

setiap kali topup 10ringgit dapat lah 1token. selebih nya check sendiri dekat web celcom. untuk loyal member yang dah lama guna nombor celcom adalah sedikit kelebihan sebab akan dapat token ikut dah berapa lama anda setia bersama sehati sejiwa dengan celcom. kemudian dengan token token ini akan mewakili nilai dalam RM yang kita boleh guna sebagai discount value untuk beli henfon henfon yang celcom dah offer kan tu. yeay! wat a great news for me! baru tambah henfon ada hati nak gagau sebijik lagi!

ai dah check berapa token ai dah ada! sadis baru 11tokens aje! lagi 9tokens untuk jadi 20tokens yang bernilai rm50.00. d sebab kan ai dah aim sebijik Sony Ericsson Xperia X8 yang bernilai rm899.00 jadi selepas ini ai akan dengan jaya nya rajin bergayut dengan kekasih hati supaya ai rajin topup! hahaha!

ouh lupa promosi akan tamat pada 31/March/2011. jadi sila lah berusaha dengan gigih! erk! sempat ke nak gigih gigih kan diri untuk kumpul token sebanyak 80tokens yang membawa kepada nilai rm500.00? kepada yang berminat layari laman web ini http://www.xpax.com.my/sale

Sunday 2 January 2011

Cerita Kawen Kawan Baek Saye ~ Puan Samiza (Part 1)






dah tengok gambarajah yang shantek dan menarek? huhu! pucat kan muka ai d situ? muka orang sakit yang belom sembuh sepenuh nya lagi. tapi demi untuk manusia penting itu jadi ai gagah kan diri jugak!

description gambarajah pertama : berdebar debar ouh kawan kuh yang ayu itu. tapi berdebar lagi bakal husben dia!

description gambarajah kedua : Alhamdulillah! syukur sudah selamat semua nya! walaupown berdebar debar tapi dengan sekali lafaz selamat sudah cik menjadi puan.

description gambarajah ketiga : dah selesai urusan akad nikah d masjid balik rumah penganten perempuan makan nasik kenduri yang super sedap! yeay naseb baek pantang larang ai dah tamat!

description gambarajah keempat : sebelom balik kena ada jugak kenangan d hari bersejarah itu.

ouh itulah kawan baek perempuan ai! ouh dia sahabat ai yang ai sayang! kau dah jadi PUAN SAMIZA lah! sob sob sob! terharu nye adieq rasa! tahniah buat PUAN SAMIZA dan pasangan ENCEK COKMAN AZLAN. semoga korang berbahagia selalu. semoga jodoh kekal sampai bila bila. jumpa semula d majlis persandingan kau nanti ye PUAN SAMIZA.

Saturday 1 January 2011

Return Wif Peace ~ Welcome 20Eleven ~

bole ai cakap ini adelah return back yang entah keberapa kali buat kesekian kali nya. haih! dah malas nak mengira untuk keberapa kali nya. susah jugak bila hidup ada peminat tegar dan peminat tegar itu adelah bekas kekasih hati atau lebih senang cakap ex-bf! entah dari mana dia dapat tau belog ai dan kemudian hari hari menjadi stalker tak berbayar. rimas! konon mahu menjaga dan mengambil tahu tanda masih sayang. eyh apekah?

selamat tahun baru untuk ai dan jugak belog buruk ai. tahun baru! umur baru! bukak buku baru! cita cita jugak mungkin baru! azam dan impian mungkin bertambah tambah dengan azam baru!

hari pertama d tahun baru adelah hari yang sedikit sebok! majlis akad nikah kawan perempuan terbaek sejak bertaun taun dulu. macham mimpi! dia akan melangkah ke alam baru. ouh mungkin sedih tapi lebih baek untuk gembira. cerita akad nikah dia lepas ni lah bila dah ada gambarajah yang menarek.

yang terakhir, selamat lahir kembali belog kuh! walaupown sepatot nye umur engkau d tahun baru ini adelah sudah 2tahun. mari lah kita lupakan semua kisah silam dan mimpi mimpi ngeri itu. tadi dah cakap nak bukak buku baru. harap ini akan berkekalan! ameen.
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers