Tuesday 28 June 2011

Rezeki Orang Nak Kawen.

firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

sesungguhnya ai sedang melalui satu fasa yang mana penuh dengan keajaiban dari kekuasaan Allah S.W.T. dan ai rasa bukan ai seorang saja yang rasa nikmat ini sebab EncekJantungHati jugak selalu cakap benda yang sama.

d awal waktu dulu ai takut untuk fikir soal kahwin. tapi beliau berani untuk ubah semuanya. dan jujur ai katakan seawal seminggu usia pertunangan kami pintu rezeki beliau sudah terbuka dan terus terbuka sampai ke saat ini. segala urusan beliau Alhamdulillah semuanya sangat mudah. nikmat dan bantuan serta pertolongan dari Allah sangat banyak.

saat ini ai pulak rasa benda yang sama. penderitaan sejak 9tahun dulu seakan hampir untuk berakhir. tiap kesusahan dan kepayahan itu walau seberat dan sesukar mana sekalipun pasti ada jalan penyelesaiannya. dan sekarang pintu rezeki sikit sebanyak semakin terbuka luas. Alhamdulillah.

SPA. eyh bukan spa tempat cantikkan badan tu oke. ini yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tu lah. okeh siapa berani cakap dia lansung tak pernah cuba untuk apply? tipu lah. ai? ai pulak jujur ai bagitahu seawal umur 18tahun PuanMama sudah bising bising suruh apply apa apa aje yang boleh. boleh d katakan setiap tahun ai dapat panggilan temuduga. pernah dalam setahun 2kali panggilan temuduga pun ai pernah dapat. tapi hampeh semuanya gagal.

tipulah kalau ai cakap pergi tapi tak berharap untuk berjaya. pernah ai bersusah payah dari KL balik ke Penang kemudian balik ke KL semula dalam hari yang sama semata mata untuk interview spa nih. penat jangan cakaplah. tapi terpaksa sebab masa kerja dekat KL cuti susah nak dapat. lagipun takmau terkantoi dengan bos jadi alasan yang terpaling logik saat itu cumalah mc. hebat ke tidak?

ingat tak dalam bulan lepas masa 2minggu ai baru start kerja haritu ai ada cakap dekat sini ai dapat panggilan temuduga spa. ouh sebenarnya ai baru aje renew balik permohonan ai dalam spa. itu pun dalam bulan Mac ke April kot kalau tak silap ai. tiba tiba bulan lepas ai dapat panggilan interview. masa tu terkejut jangan cakaplah.

ai pergi tanpa sebarang persediaan apa pun sebab terlalu sibuk dengan kerja. malam sebelum interview barulah terhegeh hegeh semak itu ini. pagi sebelum interview barulah tergedik gedik pergi sah kan dokumen. nampak sangat macam tak punya nafsu nak hadirkan diri hari tu. bukan ai malas tapi sebenarnya sudah putus harapan. sebab ai tahu dan semua orang pun tahu percentage nak bejaya memanglah sangat sangat tipis.

masuk interview hari itu adalah yang ke5 kali nya ai pergi untuk jawatan yang sama. belum kira untuk jawatan jawatan yang lain lagi. haih! panggilan temuduga sudah berpuluh puluh kali ai dapat. adalah yang sampai lansung tak pergi. dan hari interview tu EncekJantungHati yang teman tak macam yang lepas lepas biasanya PuanMama yang temankan ai. beliau dan PuanMama lah yang banyak memujuk mujuk suruh ai pergi. jadi ai pun setuju untuk menurut perintah.

masa haritu semuanya selesai dengan sangat mudah. lancar aje. urusan dokumen pun sekejap aje selesai. kemudian kalut kalut pulak cross jambatan sebab ferry sesak. kebiasaannya pagi pagi jetty ke jambatan ke jam jangan cakaplah. waktu semua orang kalut nak ke tempat kerja. itu perkara biasa. tapi pagi tu atas jambatan jalan semua tak sesak. ai boleh cakap ai sampai tempat interview dalam masa 20minit aje. hebatkan? kuasa Allah memang hebat!

ai interview dekat tempat yang pertama kali dulu ai pergi untuk temuduga spa entah berapa tahun yang dulu. ai tengok muka muka yang datang semua gelabah gelabah aje. ada yang kalut kalut hafal nota macam macam lah. sekejap sekejap dengar diorang cakap pasal nama nama menteri itu ini. kejap kejap dengar ada yang hafal rukun negara lah rukun iman lah. ada jugak yang waktu itulah mula tanya tentang isu isu semasa. terus teringat ingat macam itu lah ai dulu dulu. he he he!

korang tahu ai macam mana? ai boleh duduk diam diam mesej mesej dengan EncekJantungHati. ai adalah jugak hafal sikit sikit tapi tak macam dulu dulu dah. kalau dulu ai punya takut sampai sejuk kakitangan muka semua pucat tak berdarah. sampai turn ai untuk d interview korang tahu berapa lama masa ai? 10minit aje tahu. diorang mintak ai cerita serba sikit tentang diri kemudian sembang sembang aje. bila sudah tamat ai keluar dengan muka lega yang amat amat siap cakap cehhh penat ai buat nota nota bagai. hafal pun tidak kena soal pun tidak. dan! dan semua orang yang sedang tunggu turn semua terkejut. sebab boleh d katakan setiap yang masuk ke bilik temuduga kurang kurang ambil masa 20minit. itu d kira paling sekejap. ada yang kena sampai 30minit. dan ai? ai cuma 10minit. Alhamdulillah.

dan hari semalam keputusan sudah keluar. ai lansung tak semangat nak check ke apa ke. sebab macam dah tak sanggup nak kecewa lagi. tapi korang tahu tak apa jawapan yang ai dapat?

~tadaaa! akhirnya ai berjaya selepas mencuba berkali kali. Alhamdulillah! maaf ye nama nombor ic dan jabatan mana ai terpaksa rahsiakan~

mengalirlah sekejap air mata. touching oke sebab rasa macam mimpi saja. berkali kali ai semak sebab takut ai tersalah. sampai ai suruh EncekJantungHati pun semak sama betul ke tidak itu nama ai itu nombor ic. dan sampai ke saat ini ai masih semak keputusan temuduga ai haritu. sebab ai takut ai tersilap. ai takut ai kecewa. sampai berkali kali EncekJantungHati cakap ai kena percaya sebab ai bukan bermimpi. sekejap sekejap ai tampar tampar lah jugak pipi ai nih. mana nak tahu mungkin ai tengah mimpi dalam berjaga ke.


~petangnya makan makan dengan EncekJantungHati. heee!~

dalam hal ini berani ai katakan sekiranya usaha mencari rezeki d jalankan dengan tersusun selepasnya yakinlah bahawa rezeki akan d mudahkan melalui perkahwinan itu. itulah janji Allah S.W.T. dan saat ini ai sedang melalui saat saat yang penuh dengan nikmat dari Dia. orang selalu takut untuk kahwin sebab katanya duit belum cukup itu ini tak cukup. tapi hari ini EncekJantungHati sudah buktikan. dan ai sendiri sedang melalui saat yang sama seperti apa yang beliau lalui. terima kasih YaAllah.

apa yang ai dapat hari ini berkat dari doa PuanMama yang tak sudah sudah. dan dengan doa bakal suami yang tak henti henti. semangat dari mereka yang ai pinjam. betullah kata PuanMama dan EncekJantungHati yang terlalu beria ia mahu temani ai mana tahu mungkin kali itu adalah kali terakhir ai pergi temuduga sebelum ai berjaya. jadi adalah sikit kenangan yang EncekJantungHati ai dapat. dan sekarang kenangan itu beliau yang punya. terima kasih PuanMama. terima kasih EncekJantungHati.

Kursus Kahwin Sudah.

Alhamdulillah. selesai sudah satu perkara yang terpenting dalam proses untuk bertukar status. haih! hati rasa lega sangat. lapang sikit dada yang sendat nih. sesungguhnya antara yang terpaling ai lemas bila orang tanya bab nikah kahwin ni salah satunya adalah kursus kahwin. sebab ai lemas sangat sangat bila kena duduk lama lama dalam satu ruang kemudian dengar ceramah ceramah dan ceramah. kalau dapat penceramah yang best rajin buat lawak bagi orang gelak gelak bestlah. kalau dapat penceramah yang mandom jek alamat jam lah otak ai. konfem mata pun kuyu aje. ha ha ha! eyh sekejap. anda tahu tak mandom itu apa? cuba buka kamus dewan cari sendiri. hiks!

seronok rupanya kursus praperkahwinan ni. sebab ai dapat belajar banyak benda baru. eyyy benda baru? ha ha ha! jangan pikir bukan bukan oke. tak adanya penceramah penceramah tu nak ajar benda yang gedik gedik oke. diorang ajar cara cara macam mana untuk jadi suami mithali dan isteri mithali. meh sini ai share apa yang ai dah belajar oke. kalau yang dah bergelar puan tu mesti dah tau dah kan. so yang masih single mingle pringle cik cik boleh lah tau sikit sikit. he he he! semuanya ada 3bahagian.

1. Asas Pembinaan Insan.
- akidah
- ibadah
- akhlak
- perkahwinan dan prosedur

2. Pengurusan Keluarga
- hubungan dalam keluarga
- pengurusan kewangan dan masa
- pengurusan kesihatan
- komunikasi suami isteri

3. Pengurusan Masalah Dalam Keluarga
- pengurusan tekanan (stress) dan konflik dalam kehidupan
- pembubaran perkahwinan

dalam banyak banyak bahagian yang paling ai suka adalah komunikasi suami isteri. kena pulak ustaz yang berceramah itu best. selamba aje. penuh dengan lawak tapi mendalam maksudnya. siap tunjuk contoh contoh yang bernas pulak tu. he he he! asyik gelak ajelah sesi tu sampai sakit perut keluar air mata. muka pun merah merah jadinya. dan part paling tak best adalah pembubaran perkahwinan. erkkk! sumpah ai sangat takut. masuk aje bab ini terus rasa macam nak givup. ouh fobia betul. trauma yang lama belum sembuh sepenuhnya. ketakutan itu masih ada. kelukaan itu masih ada parutnya sangatlah dalam. ya Allah sesungguhnya ai tak mahu kelukaan dan kehilangan lagi. oke oke! cukup dah. otak ai sudah jam. tengok gambar aje.


~masa pendaftaran dapatlah sorang satu file. satu ai punya. satu lagi EncekJantungHati punya. nama? harap maaf terpaksa d love love kan. ha ha ha ha ha!~


~dalam file ada macam macam kertas ada pen. tapi yang penting adalah buku Memasuki Gerbang Perkahwinan ni lah. eyh lagi satu ada duit makan tengah hari jugak tau~


~lepas 2hari dengar ceramah sebelum tamat adalah sesi exam kecil kecilan sikit kemudian barulah boleh d kira lulus ke tidak. fuhhh nasib baik ai lulus dengan cemerlang. boleh kahwin sudah. ha ha ha!~


~ini hari kedua. pandai EncekJantungHati curi curi snap pic~


~akhirnya! lulus dengan cemerlang sudah. penat tau! penat montot semata mata nak dapat sekeping sijil nih. yeay! boleh kahwin dah. ha ha ha!~


~muka EncekJantungHati terpaksa d rahsiakan. nak simpan seri namanya. muka orang dah nak kahwin. macam budak kecik. eyh betul ke dah nak kahwin ni?~

apa apa pun ai bersyukur sangat. selesai sudah satu perkara. lepas aje selesai kursus kahwin ni feeling terus bertukar oke. kalau dulu cubalah korang tanya EncekJantungHati ai macam mana ai boleh lewa lewa aje bila sebut bab kahwin. masa dalam kereta EncekJantungHati ai tanya soalan cepukmas ai sudah nampak ke tidak keikhlasan beliau yang mahu mengahwini ai untuk jadi isteri kepada beliau. heee! ampun sayang! oke oke. sekarang ai sudah nampak. ai akan lebih seriyus dan berjanji akan mula rancakkan otak untuk memikirkan persiapan hari penting kita nanti mulai sekarang. promise!

untuk EncekJantungHati ai tahu yu akan rajin baca belog ai. jadi dekat sini ai ada satu pesanan untuk yu. soal jodoh itu perkara ghaib. kedatangannya terkadang senang terkadang sulit malah kadang tak kunjung tiba. tapi bila seru pun tiba sesungguhnya perkahwinan itu bukan datang sekadar untuk memiliki cinta atau sekadar bersuka suka. sesungguhnya ia d sertai dengan tanggungjawab. tanggungjawab yang sangat besar dan berat. nanti d akhirat sana setiap tanggungjawab itu akan d persoalkan semula oleh Allah. semoga semuanya d permudahkan Allah.

untuk EncekJantungHati ai. terima kasih kerana sudi menerima siapa diri ai seadanya. lega sebab semua kisah silam ai sudah pun yu tahu. maafkan ai andai ada kisah silam itu yang melukakan hati yu. terima kasih kerana yu bangunkan ai dan yu bimbing ai d saat ai jatuh terduduk dalam kehidupan ai yang lepas. terima kasih untuk setiap pengorbanan yu yang sudah bersusah payah jaga ai sepanjang keperitan yang ai lalui dalam hidup sejak dari awal yu kenal ai sampai ke saat ini. terima kasih kerana terlalu banyak bersabar dengan setiap kerenah dan kelemahan diri ai. terima kasih kerana hormati pendirian ai yang hanya mahukan cinta selepas pernikahan. terima kasih kerana ikhlas dan sudi mahukan ai untuk jadi isteri dan teman hidup yu. terima kasih kerana banyak buat ai rasa gembira dan bahagia. terima kasih sayang!

Saturday 25 June 2011

Second Time Last Minit Dengan Beliau!

oke fine! sedang insan insan lain sibuk berentry pasal siapa maharaja lawak ai pulak nak sibuk berentry pasal errmmm cerita last minit. hmmm! sejak dari awal dengan EncekJantungHati. bukan saja saja beliau buat semuanya last minit. tapi memang selalunya tiap apa yang terjadi akan jadi hanya pada last minit. sampaikan beliau dengan bangganya mengeluarkan statement beliau adalah PakarLastMinit. oke fine sayang! yu memang lah terer bab bab macam ni! yang kalutnya ai lah nanti. ada faham?

ai buka ceritera tentang ai dan beliau sedikit dekat sini oke? hmmm ai dengan dia satu sekolah. kelas pun sebelah sebelah aje. beliau ada title beliau sendiri. dan ai ada title ai sendiri. hmm kira masing masing feymes dalam dunia masing masing lah. tapi sumpah ai lansung tak pernah sedar kewujudan beliau pun selama 5tahun. apatah lagi kenal. lansung lah ai tak pernah kenal beliau. sila bayangkan macam mana beliau boleh cakap beliau adalah seorang yang sangat feymes? heylooo sayang yu nye feymes belum cukup untuk lawan ai nye feymes ye sayang. kalau ai cakap ai feymes memanglah logik. sila sebut nama ai @ adieq. ouh siapalah yang tak kenal. muahahaha! jangan marah oke. hiks.

hmmm. macam mana lagenda kami bermula? semuanya sebab facebook. errr kalau siapa yang kenal ai akan tahu betapa ai sangat kedekut untuk add atau approve orang dekat facebook. jadi muka muka dalam facebook ai semuanya kawan kawan masa sekolah atau dekat universiti dulu atau anak anak penang port aje. gila kedekut kan ai? orang penang cakap sepp lah. oke fine ai memang sepp! jadi ai pun lansung tak sedar bila masa ai approve beliau. tapi yang pastinya kalau ai tengok dekat info orang tersebut tulis ex-smkdob baru ai akan accept jadi kawan. kalau tidak harap maaf. heee.

facebook ai memang meriah. sejak sejak putus cinta satu masa dulu kemudian status tukar jadi single lagi lah bertambah meriah. semua orang pun tiba tiba jadi rajin nak tegur cakap hi lah cakap hello lah tanya khabar lah. dalam ramai ramai ai selalu berfacebook dengan seorang ermmm nama dia AhSengKu. dari sekeping gambar yang AhSengku upload ni lah jadi punca EncekJantungHati ai rajin bebenar tegur tegur ai. cewahhh!

oke cukup cukup. nanti ai sambung lagi ceritera lagenda tentang kami oke? mana boleh cerita semua dalam satu entry. konfem tak tido malam 3hari 3malam. yang pastinya esok ai dan EncekJantungHati nak pergi kursus kawen. yeay! lepas 4bulan 6hari baru ai nekad buat keputusan yang pasti. dari awal dulu beliau sudah ajak tapi ada saja alasan. entah kenapa mungkin hati ai belum betul betul yakin dan pasti dengan satu keputusan. ingat ai senang senang aje ke nak pergi kursus kawen dengan orang yang belum ai yakin?

siang tadi ai teman EncekJantungHati pergi setelkan bayaran untuk kursus autocad beliau. lepas pergi lunch sama sama tadi tiba tiba secara serentak terkeluar pasal kursus kawen. dengan selamba niat hati mahu pergi survey survey aje. bajet macam alah tengok tengok lah dulu. sekali bila sampai dekat sana EncekJantungHati cakap oke jom daftar nama. huwaaa! sungguh ai terperanjat. sila bayangkan dalam masa 5minit neuron neuron dalam otak bekerja dengan pantas hantar soalan dekat hati sudah bersediakah sudah sudi terimakah sudah nekadkah sudah mahu sehidup sematikah dan sudahkah ini yang terakhir kali? erk! sila bayangkan seberapa pantas pulak hati ai memproses jawapan kemudian hantar balik dekat otak untuk buat lidah ai yang kelu keluarkan jawapan yes jomlah. dapat bayangkan ke tidak? jadi inilah 2nd time last minit dengan beliau. yang pertama dulu waktu nak engage. tiba tiba je cakap nak engage. haru biru ai sekejap nak siapkan preparation dalam masa tak sampai sebulan. urgh! yu suka sangat buat keputusan last minit kan? tak reti lansung nak bagitau awal awal. konon konon nak seperais la tu kan? tapi kalau rancang awal awal tak jadi kecewa pulak. ye tak?


~satu masa dulu selalu lalu lalang depan tempat ini bila pergi melepak dekat mall. esok ai ke sana berkursus pulak. eyh macam mimpi!~


~terima kasih sayang. sebab yuran semua on him. errr terharu!~

oke! sudah sudah. EncekJantungHati sedang sibuk bekerja sekarang. ai kena tinggal seorang diri tak ada yang teman macam selalu. haih! apa nak buat. bila beliau kerja shift malam mesti kena paksa mata tido. kalau beliau kerja shift pagi atau petang memang konfem tugas beliau lah yang kena pujuk mata ai untuk tido dengan bebelan bebelan beliau. hahahah!

Friday 24 June 2011

Happy Birthday PuanMama Sayang!

dalam entry biasa biasa kali ini ai nak wish Happy Birthday untuk PuanMama tersayang. ouh ai sayang beliau sangat sangat. may Allah bless yu always PuanMama. semoga d panjangkan umur dan d murahkan rezeki selalu. semoga berbahagia selalu. dan semoga cita cita dan hajat PuanMama untuk dapat menantu dan cucu akan tercapai tak lama lagi. oppsss! hahaha!

anyway ai love yu sooo much! kalau tulis juta juta kali dekat sini pun belum tentu dapat tunjukkan betapa ai sayangkan beliau. tapi kalau lihat catatan pengorbanan ai yang tak seberapa untuk beliau yang Allah simpan mungkin dapatlah beliau faham betapa ai terlalu lalu lalu lalu sayangkan beliau. kalau beliau minta nyawa pun ai sanggup berikan. oke fine? ai sayang PuanMama ai. sekian.

hadiah untuk kali ini memang luar biasalah. eerrr ai memang penuh dengan idea idea yang kadang kala tak masuk akal lansung. sila ambil perhatian oke. hiks! tak ada parti hu ha hu ha. tak ada parti buih buih sabun ke. tak ada parti dancing dancing oke. cukuplah dinner ramai ramai satu family termasuk sekali dengan EncekJantungHati. wah! moment paling bahagia. tahun ini ahli keluarga bertambah. meriah betul! memanglah meriah. sebab PuanMama asyik berbincang pasal bisnes bisnes dengan menantu beliau. oke fine! dinner untuk sambut birthday dah jadi macam dinner metting bisnes pulak. haih.


~PuanMama memang selalu macam ni. kedekut betul bila orang nak snap pic. mahal betul gambar beliau. isk isk isk.~

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 55TAHUN PUAN MAMA SAYANG!

Wednesday 22 June 2011

Nak Shut Down.

lately kehidupan ai sangatlah tunggang langgang. tahu ke apa itu tunggang langgang? ermmm kalau dalam bahasa skema lebih senang cakap tak tentu arah. hah! lebih kurang macam tulah. sakit yang ai fikir sudah sembuh rupanya masih ada. kerja yang ai fikirkan sudah yang terbaik rupanya indah khabar dari rupa. dan TokwanHensem ai pun sakit sampai berkampung dalam icu hampir 2minggu lamanya. kelam kabut betul hidup. tapi ada hikmah dan nikmat yang ai dapat.

sakit! kadang kadang rasa macam mahu putus asa pun ada. kadang kadang rasa macam alah nak biar ajelah pun ada. dan kadang kadang rasa macam kalau sudah ini cara berakhirnya kehidupan ai maka tak mengapalah ai redha. tapi ai bersyukur sebab ada orang orang yang sangat sangat selalu ingatkan ai betapa beliau dan mereka masih perlukan ai. jujur ai bukanlah orang yang terlalu cepat mengalah tapi kali ini entah kenapa rasa letih sudah tak mampu nak d tanggung lagi. EncekJantungHati lah tempat ai mengadu dan menangis dan luahkan semua tekanan yang terbeban. syukur beliau sangat sangat memahami dan beliaulah yang sangat sangat banyak menghulurkan bantuan kepada insan yang lemah lagi tak berdaya ini. terima kasih sayang. ceeewah! feeling lebih pulak. kalau beliau baca konfem kena gelak guling guling. tak bagi chance lansung nak jiwang lentok lentok.

kerja! ouh part ini yang paling paling paling sudah sampai tahap maksimum kesabaran ai. Tuhan saja tahu macam mana meter hati ai bergerak gerak bila kesabaran ai d uji. isk! kalau nak cerita sangatlah panjang. tapi apa yang boleh ai katakan hanyalah indah khabar dari rupa. rasa macam nak baling laju laju aje semua bebanan dan tekanan dari mereka masuk dalam laut. dan apa yang buat ai masih kuat bertahan d situ cumalah atas permintaan dari PuanMama. kalau bukan kerana beliau maka jangan haraplah ai nak biar diri d tindas. perghhh! ayat malam ni semua kalah sasterawan pujangga. isk isk isk! malu ai.

TokwanHensem ai! ini part paaaling sedih. kesian beliau. dalam masa sebulan 2 3 kali keluar masuk hospital. mula mula macam biasa. tapi sejak seminggu lepas keadaan TokwanHensem ai sangat kritikal. 8hari dalam icu baru petang tadi boleh keluar hospital. itu pun keadaan beliau tetap lemah. masalah jantung. sekejap oke. sekejap lemah sangat. tambahan lagi dengan sakit kencing manis dan darah tinggi. runsinglah sekejap jiwa ai. tapi lebih runsing lagi jiwa EncekJantungHati ai. sebabnya itu tokwan beliau. ai mana ada tokwan. belum sempat ai ada dalam perut PuanMama ai lagi memang dua dua tokwan ai sudah pergi dulu. jadi dengan tokwan EncekJantungHati ai lah tempat ai menumpang kasih sayang mengada ngada menggedik gedik. ekekek! dalam masa seminggu dari malu malu ai sudah sangat sangat rapat dengan beliau. dari malu malu ai sudah berjaya suapkan beliau makan. kalah semua cucu cucu beliau. ai yang pertama. dan dari malu malu terus tiap tiap hari TokwanHensem ai terindu rindu kan ai. asal saja nampak muka EncekJantungHati ai perkara yang wajib d tanya adalah ai datang ke tidak. ouh berbaloi tiap tiap hari ai pergi melawat beliau lepas balik dari kerja. perghhh! banggalah sekejap sebab dapat rampas takhta CucuIntanPayungKesayanganTokwan dari EncekJantungHati ai.

hari ini sebenarnya ai sangat tension. tapi dalam tension ai happy. sebab EncekJantungHati hadiahkan 2pasang heels untuk ai. muahahaha! sebab rumit sangat nak pilih mana yang paling cantik. sebab susah sangat nak buat keputusan mana yang lebih gojes makanya dua dua sekali ai rembat. terima kasih sayang! ai love yu lah! nasib baik beliau sangat memahami betapa ai sangat gilakan heels. oke fine lepas ni jangan tanya ada lagi ke ruang nak susun semua kasut kasut heels heels dalam kereta ai. sekali tengok dah macam kedai kasut bergerak pun ada jugak. nantilah kalau ada masa bila ai dah susun semua cantik cantik ai snap gambar ai upload dekat sini. heheh!

ouh sebelum ai pergi tido ai rasa macam nak renovate lah belog buruk ai. kadang kadang rasa macam erkkk dah tak lalu nak tengok belog sendiri. tapi ai sangat sangat lah tak punya idea. errr mungkin tak punya masa jugak. tengok belog orang orang lain sangatlah cantik tersusun rapi cemburulah jugak. ada siapa siapa sudi tolong bagi idea? tolong ajarkan? tolong renovatekan cantik cantik murah murah? adeke? adeke? ouh silalah ada. oke ai tido dulu. jumpa lagi.

Monday 20 June 2011

Its Belated Hari 19haribulan!

macam biasa ai ketinggalan lagi. ketinggalan jauh sangat untuk selalu update cerita cerita yang berlalu dalam kehidupan seharian. ouh kehidupan seharian untuk seorang manusia bernama Dya Aien terlalu mencabar. mencabar kerana penuh dengan tanggungjwab dan amanah yang d pikul atas bahu yang kecil lagi lemah ini.

ai manusia biasa. terkadang hati yang lemah menjadi keras dek kerana tergelincir bila terdengar bisikan syaitan dalam menghasut. terkadang akal hilang kewarasan dalam berkata kata apatah lagi dalam membuat keputusan dek kerana minda tersasul bila terlalu banyak berfikir untuk mencari jawapan yang pasti.

apa yang ai tahu ai cuma manusia biasa yang penuh dengan cita cita dan impian impian yang kadang kala d luar logik akal seorang manusia. tapi kata Allah 'KunFayaKun'. walau d luar logik akal manusia bila sudah d izinkan Dia maka tiada apa yang mustahil. lihat saja apa yang ai lalui saat ini. sungguh lansung tak pernah terlintas d fikiran dugaan dan ujian seberat ini yang akan ai lalui dan perlu ai tempuh.

terkadang rasa letih betul untuk bangun dan terus berjalan meneruskan kehidupan dalam keadaan yang lemah. tapi berbekalkan semangat yang d pinjamkan mereka mereka d sekeliling ai bangun untuk hadapi jugak apa yang mendatang. selagi nafas belum terhenti selagi itu amanah terus d pikul.

eyh sudahlah. ai memang tak reti untuk berpuitis puitis jiwang jiwang karat bagai. anyway d sebabkan sudah terlambat sehari maka rasa macam mimpi bila tiba tiba tengok ticker eyh sudah 213 hari ai bersama EncekJantungHati. Alhamdulillah YaAllah! ai bersyukur.

bergaduh manja manja ganas ganas itu sudah lumrah. kata orang dugaan alam pertunangan. apatah lagi ai dan beliau masih dalam mencari keserasian dan kesefahaman dan masih baru dalam mengenali diri masing masing. kadang kadang ego lebih. errr ai memang kepala batu jugak ada dalam. keras. macam konkrit! campur dengan simen letak sikit bata keras baik punya. huh memang selalulah EncekJantungHati kena mengalah. sorry sayang!

anyway! Alhamdulillah YaAllah. Selamat Yang KeTujuh Bulan Sama Sama Terdimengorat sayang. Selamat Yang KeEmpat Bulan Pertunangan ai dan EncekJantungHati. Alhamdulillah. Alhamdulillah. betul cakap BekasKesayangan ai. ai akan d kurniakan seorang insan bergelar lelaki yang lebih baik dari dia. dan kepada BekasKesayangan terima kasih kerana selalu mendoakan ai untuk mendapat pengganti yang lebih baik dari anda. ai hargai doa anda. doakan jodoh kami kekal sampai ke syurga. InsyaAllah.

ehemmm. dan untuk hari 19haribulan kali ini EncekJantungHati hadiahkan ai sesuatu yang ai rasa sangat sangat berharga. terima kasih sayang! errr rasanya first time ai panggil beliau sayang. oke fine! kalau beliau baca mesti kembang hidung. eyh perasan lah tu. oke sayang ai tahu yu baca. dekat sini guna nickname sayang ajelah ye! tak boleh pecah rahsia nama yang selalu ai panggil dekat yu. bahaya! ngeks!


~terima kasih EncekJantungHati! mesej yang anda cuba sampaikan terus menusuk ke kalbu.cewahhh!~

Tuesday 14 June 2011

Promise! Promise!

oke! d sebabkan harini ai bercuti. ehem! bercuti dengan sendirinya oke. maka ai promise untuk cuba update cerita cerita yang pastinya hampir lemau. kalau lagi lama simpan lagi lemau lembik silap silap basi sudah.

sekarang tengah buat sesi pilih pilih gambar. lepas pilih pilih kena edit edit pulak. tapi bila niat sudah tetap ada sajalah benda benda yang mengganggu konsentrasi. ya ampun! kejap kejap layan belog orang lain. kejap kejap layan uTube pulak. kejap kejap makan. macam macam lah. dan sekarang yang mengganggu konsentrasi ai adalah mengumpul koleksi koleksi resipi untuk hari raya. nampak tak? nampak tak? betapa ai sungguh eksaited nak buat sendiri sedangkan puasa pun belum. jangankan puasa ramadhan puasa ganti pun belum. haih! jadi entah bilalah baru boleh siap ai update belog. isk isk isk!

Monday 13 June 2011

Lodsa Lodsa Thank You!

~terima kasih untuk yang sudi menyinggah dan follow belog dya~

akhirnya! malam ini dapat jugak update belog. maaf! maaf! maaf! sekian lama belog terbiar. rasanya sejak dya bekerja. sibuk! logik ke tidak alasan sibuk? sunguhlah! dya cakap betul betul ni. memang sangat sangat sibuk.

Alhamdulillah. sudah sebulan lebih dya bekerja. dya kerja dari isnin sampai ke sabtu. dari awal pagi sambung sampai ke malam. boleh dikatakan setiap hari pergi kerja sempatlah nak say hi hi dekat cahaya matahari. bila balik kerja sempatlah say bye bye dekat bulan bintang. kadang kadang sampai rumah sudah hampir tengah malam. phewww! super letih.

sebenarnya ada banyak benda nak bebel bebel dalam belog. semua tersimpan macam harta karun. DearLappy dya pun penuh dengan gambar gambar aje. rasanya nanti nanti dya curi masa jugak untuk update. hahaha! macamlah ada yang kisah sangat.

ouh yeah! akhirnya malam ini sempatlah dya blogwalk dekat belog belog lain. yang paling penting dya sudah follow semua belog belog korang yang sudi singgah dekat belog dya. terima kasih sangat sangat. kadang kadang dya jarang update tapi dya selalu jalan jalan dekat belog korang semua. kadang kadang dya tak tinggalkan jejak. tapi cuba korang tengok dekat feedjeet korang. ada tak jejak dari Butterworth Penang. hah! kalau ada konfem konfem lah itu dya. hiks!

THANK YOU!!!

Thursday 9 June 2011

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers