Friday, 28 October 2011
Cocok Cocok HIV Test Campur Ketaq Ketaq Interview
Tuesday, 19 July 2011
Hantu Pulut Pulut Pulut Pulut.





Saturday, 16 July 2011
Review Movie : Transformers 3 Dark of the Moon Dan Persidangan Robot Sedunia.







Tuesday, 28 June 2011
Kursus Kahwin Sudah.






Monday, 25 April 2011
Jalan Jalan Makan Kenduri ~ Dewan Jubilee Penang.
ini sebenarnya kenduri ermmm bolehlah d katakan saudara mara TuanAbah. itupun lepas sedap sedap makan kenyang kenyang semua baru tahu. masa salam dengan tuan rumah konfemlah ai senyum senyum aja takkan nak tanya makcik ini siapa ya? ishy buruklah perangai. seriyus ramailah saudara mara bau bau bacang durian mempelam yang lansung ai tak kenal tak tahu menahu dan segala tak lagi berkumpul. ai cuma tengok aje TuanAbah dan PuanMama bersembang potpetpotpet.
sebenarnya apa yang menarik perhatian ai pada kenduri tersebut adalah seragamnya warna tema. bermula dari pelaminan indah sampai ke meja santapan pengantin sampai ke doorgift untuk tetamu sampai ke warna baju untuk setiap ahli keluarga pengantin tak kiralah yang tua muda kecil besar sampai ke baju bajuan untuk orang yang marhaban sampai ke air minuman semuanya biru!
fuhhh! bersatu hati sungguh ouh. bangga ai tengok. almaklumlah semangat kekeluargaan dalam diri ahli keluarga sanak saudara sedara mara ai lansung sudah hilang. jadi bila tengok teguhnya hati mereka bersatu ouh bahagianya rasa. kenduri dekat dewan. pakai sistem buffet dari katering saja. tapi yang lain lain semua ahli keluarga bergotong royong. makcik makcik pakcik pakcik adik kakak abang tolong menolong sebagai penjaga lauk pauk sebagai pemberi doofgift dan dalam baju baju lawa mereka lansung tak kekok nak tolong kemas kemas meja.
haaa bagus kan? tak adalah pula ai tengok ada yang duduk melepak saja. tak adalah pula ai nampak saudara mara terdekat pengantin berbaju biru datang macam tetamu makan kemudian balik. tak adalah pula ai perasan sesi sesi bermasam muka arah mengarah kutuk mengutuk kata mengata. phewww what a really nice harmony family. seronok betul. oke lah. cukup cukup. jom layan gambar yang sempat ai snap.





Thursday, 7 April 2011
Tanda Ucapan Sungguh Terharu.
Thursday, 17 March 2011
Jalan Jalan Makan Angin ~ Toys Museum + Feringghi Beach Penang. Hoyeah!
sehari lepas selesai majlis tunang tunang ai, ai bawa kawan baek kesayangan ai aka CikAkakCheNor pergi jalan jalan sebagai tanda ai sangat sangat menghargai susah payah penat lelah kesanggupan beliau berkorban kudrat datang dari shah alam nun jauh d sana semata mata untuk menghadirkan diri beliau untuk menemani sahabat tercinta beliau aka adik tercinta beliau yang seorang ini dan memeriahkan majlis ai. terima kasih berjuta juta lemon sayang! ai love yu banyak banyak lah sayang!
jadi pada 20haribulan Februari 2011 ai dan EncekJantungHati dengan gembiranya bawa CikAkakCheNor kesayangan ai makan angin d pulau. untuk beliau mengimbau kenangan kenangan manis bertahun tahun yang dulu. ouh yea ada ai cakap yang beliau pernah menjadi warga Penang sebab beliau pernah belajar d UITM Penang. yeay! rindu UITM Penang.
~welcome! welcome! nak masuk seorang kena bayar RM10.00. mahal betul!~

~grrr! pening kepala ai tengok banyak sangat anak patung barbie comel keliling ai~
~ouh yeah! ai sangat teruja sebab ada robot besar!~
~aiseyh! diorang nih berangan habis.~
~CikAdik ai memang dari dulu gilakan tazmania. teruja habis dapat jumpa tazmania~
~bini ninja turtle yang pertama~
~bini ninja turtle yang kedua~
~sesi santai dekat pantai. teruja CikAkakCheNor jumpa pasir pantai sampai tak layan camera~
~jenuh CikAdik ai merengek rengek semata mata nak naik mende alah ni~

~erk! ai takut dia berani lebih pulak!~

~okey dah selamat nak mendarat ke tanah semula~
sebenarnya banyak lagi gambar gambar yang termuak muak hari itu. selebihnya ai upload dalam fesbuk aja. tak larat lah nak upload dekat sini semuanya. jenuh nak tunggu. nasiblah baik ada henfon murah ai dengan camera yang boleh tahan. tsk! tsk! kesian dekat ai kan sebab tak ada dg cam dah. dg cam ai yang lama sudah selamat rosak sebab jatuh masa ai pergi bercuti dekat Hanoi dulu.
terima kasih kepada EncekJantungHati ai sebab dia lah cameraman kami bila semua pun pakat nak bergedik gedik ala ala model dan tak ada siapa siapa lagi yang mahu pegang camera dan menjadi tukang tangkap gambar. nasib baiklah dia sangat memahami bahawa ai dan manusia manusia sekeliling ai juga adalah cameraholic. ekekekeke!
Tuesday, 15 March 2011
Jalan Jalan Makan Kenduri ~ Titi Gajah, Alor Star Kedah.
~ini adalah meja makan untuk tetamu vvip mereka @ keluarga pengantin lelaki~
~tadaaa! inilah pelaminan indahnya~
selepas makan kenduri TuanAbah dan PuanMama menyinggah sebentar dekat rumah kawan mereka. kawan baek mereka. harus singgah. eyh bukan wajib singgah kalau pergi sana. sigh! kemudian haruslah kami terlepak sampai ke padang besar. hak! hak! hak! kami adik beradik memang kejam sebab paksa TuanAbah pergi sana padahal tak ada apa apa yang menarik pun dekat sana. eyh rasanya ai silap. ada sesuatu yang menariklah dekat sana. baru pertama kali ai rasa. pergh! memang super sedap. nak tahu apa?
~tadaaa! inilah dia pulut mangga @ pulut pelam~
oke sampai sini aje entry ai untuk kali ini. lagu d bawah buat ai jadi rajin sangat nak update blog malam ini. lagu itu buat jiwa ai rasa tenang tenang aje. lagu itu buat perasaan ai rasa gembira gembira aje. lagu itu buat hati ai berbunga bunga aje.





















