Showing posts with label hari 19haribulan. Show all posts
Showing posts with label hari 19haribulan. Show all posts

Tuesday, 19 July 2011

First Time Dapat Hadiah Sakit Hati Pada Hari Penting.

kalau yang rajin layan belog buruk ai konfem lali dengan habit ai buat sepesel entry bila sampai tarikh 19haribulan setiap bulan. nasiblah kalau ada yang loya bila tengok ai tergedik gedik dapat hadiah itu ini. nak buat macam mana itu nombor 19 ai punya ong punya nombor maaa.

hari ini genap 8bulan lah terdimengoratlah konon nya. dan hari ini genaplah 5bulan sudah terdibertunangkan konon nya jugak. kali nih ai dapat hadiah lain macam punya sepesel. sampai sekarang tengah fikir fikir samada nak simpan ke nak buang aje. kang kalau simpan lama lama hati ai makin parah. tapi kalau tak simpan dalam hati karang ada jugak yang mula naik kepala. jadi apa patut ai buat?

ouh mahu tahu apa hadiah nya? hadiah nya adalah ayat baik punyaaa sampai boleh sentap segala isi alam. perghhh! seriyus ah ai terdiam. oke fine! terima kasih lah berbanyak banyak nya yea EncekJantungHati. hadiah kali nih menarik habis. eyh silap menyakitkan hati betul!

ai tak minta pun yu baik baik hati bagi ai itu ini sebab semuanya ai boleh cari sendiri. ai pun tak minta lebih lebih dari yu untuk buat ai macam puteri raja ke puteri bunian sekalipun. cukup sekadar faham ai. bukan faham ai untuk jatuhkan ai? dan bukan faham ai semata mata lakonan untuk dapatkan ai! sedangkan saat nih ai sedang berperang dengan keadaan dan diri ai sendiri untuk sembuh. ouh yea sebelum ai terlupa ai minta maaf banyak banyak lah yea sebab sedar tak sedar rupanya 8bulan sudah ai menyusahkan yu.

selama hari nih ai tak pernah minta yu berubah semata mata untuk dapatkan ai. erk! tak pernah pun oke! jadi yu berubah semata mata untuk pastikan ai milik yu lepas tuh yu jadi diri yu semula? maka ai adalah tipah tertipu ke apa nih? sigh! sakit hati oke. seriyus ai sangat sangat sakit hati. bukan setakat sakit hati tapi kecewa. macam nak tembak tembak orang pun ada jugak.

selama hari nih ai tak pernah minta simpati yu untuk ada dalam hidup ai. ai tak pernah minta yu datang dalam hidup ai lebih dari seorang kawan. dan ai tak pernah pun minta yu jadi superhero yang konon konon nya mahu selamatkan hidup ai. nope! nope! ai tak perlukan superhero apatah lagi superman! dan ai tak perlukan semua kebaikan itu yang d kemudian hari nya semua itu d ungkit semula!

lagi banyak ai cakap dekat sini lagi melalut. jadi ai simplekan semuanya. harap yu mengerti dan bukan sekadar faham semata mata! ai tak pernah minta diri dan keadaan ai tersangkut dalam keadaan yang sesukar nih selama hari nih. ai tak pernah minta ai d uji atau d duga dengan ujian seberat berat ujian nih selama hari nih. orang yang tengok boleh cakap kesian kesian dan kesian. orang cakap berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.

bukan ai tak redha dengan takdir hidup ai selama hari nih. 9tahun bukan satu masa yang singkat. kalau d hitung balik setiap apa yang ai hilang maka yu akan faham kenapa terkadang ai seolah olah orang yang jatuh terduduk sampai tak mahu bangun lagi. tapi tengok keadaan ai hari ini? ai masih mampu bangun ai masih mampu berdiri ai masih mampu untuk belajar berjalan perlahan lahan hasil dari kesakitan dan kekecewaan yang ai tanggung. cuma terkadang ai perlukan bahu untuk ai menumpang kekuatan. cuma terkadang ai perlukan tangan untuk memegang dari terjatuh semula. tengok macam mana seorang bayi yang baru belajar bertatih untuk berjalan maka itulah keadaan diri ai hari ini.

ai cuma mahu pinjam kekuatan. ai cuma mahu pinjam semangat. ai cuma mahu pinjam keazaman. ai tak minta diri ai d papah selamanya. ai tak minta tangan ai d pimpin selamanya. malah ai tak minta diri ai d dukung selama mana pun. ai hadiahkan senyuman untuk semua orang saat ai sakit berperang dengan keadaan. tapi orang hadiahkan ai sebuah tanggapan buruk bila ai sakit dan ai luahkan yang ai sedang sakit. ai tak minta diri ai d layan seperti bayi pun selama ai sakit. ai cuma minta diri ai d beri ruang untuk bernafas dan biar ai sendiri yang bangun semula. tapi siapa sebenarnya yang mengongkong kehidupan ai? siapa sebenarnya yang terlalu takut untuk terima hakikat kalau mungkin ai d takdirkan mati dalam melawan kesakitan yang d tanggung? siapa sebenarnya yang terlalu komplikated kan keadaan yang sebenarnya ai anggap simple dan mudah? siapa siapa dan siapa sebenarnya?

kata kata yu semalam cukup untuk menghancurkan hati yang sedang terluka. terima kasih jika ini hadiah yang terbaik yang mampu yu beri pada ai untuk hari ini. diri yu tak ubah seperti boneka kayu yang d cat cantik cantik kemudian dekat bahagian muka d lukis senyuman palsu. maka semua orang yang tengok mesti tertawan! mesti terjatuh hati! mesti cakap wahhh yu lah yang terpaling baik! fakta yang sebenar kayu tetap akan kayu. kalau cat tertanggal dan kalau kayu ketuk orang memang konfem akan sakit!

beri ai ruang untuk bercakap dan bukan bila ai mula buka mulut yu pulak akan mencelah! beri ai ruang untuk luahkan segala yang terpendam dan bukan bila ai mula buka mulut yu pulak akan beri sejuta jawapan dan alasan kononya cuma diri yu saja yang betul! beri ai ruang untuk bernafas sebab ai jemu untuk jaga hati yu semata mata dan buat orang fikir oke fine yu lah yang terpaling baik sekali! beri ai ruang untuk menjadi apa yang ai mahu jadi dan bukan anak patung yang yu mahu untuk menjaga hati perasaan dan keinginan yu semata mata!

ai cuba bercakap yu menghalang. jadi apa lagi cara yang ada? ai ada sabar. ai d didik dengan baik selama dulu. kalau tak percaya tanyalah BekasKesayangan ai. dia tahu siapa ai sebenarnya lebih dari orang lain. ai tak berkurang ajar tanpa sebab. ai biadap bila ai d cabar dan bila sabar sudah hilang. sedangkan ai cuma mahu ruang dan peluang untuk luahkan apa yang terpendam! itu saja.

marah ai sekejap cuma bila ai diam. dan bila waktu untuk berbincang itu tak bermaksud yu boleh mencelah sesuka hati menjawab mendabik dada kononnya cuma yu seorang saja yang betul! urgh ai fedup dengan lelaki yang ego macam nih tapi berlakon baik tak mengaku kononnya cuma dia seorang saja yang terbaik!

yu cakap ai ego! yes ai mengaku ai memang ego tapi fikir balik siapa lebih ego sebenarnya? maka ego lagi kah ai hari ini kalau yu masih mendapat peluang selama hari ini? yu cakap ai panas baran! yes ai mengaku ai ada baran sendiri. tapi pergi tanya manusia manusia lain yang betul betul kenal siapa ai maka yu akan tahu baran ai itu untuk apa sebenarnya! dan pergilah tanya mereka mereka yang lebih lama kenal ai berbanding yu pernahkah selama ai hidup hari ini perbuatan ai cuma menyakitkan hati orang orang lain semata mata?

cukuplah ayat ayat manis yu selama 8bulan nih. jangan jadi manusia yang lidah bercabang. sekejap cakap lain. kemudian lain hari nanti cakap lain. yu boleh cari orang yang betul betul sempurna. buktikan ada orang yang mampu bertahan dengan sikap dan diri yu sebenar benar nya. ai tak kisah. untuk apa ai d ikat semata mata untuk d sakiti? ai bukan anak patung semata mata! ai tak perlukan lakonan. ai tak perlukan kepura puraan semata mata. sekian terima kasih!

ai boleh d tegur tapi bukan dengan cara menyakitkan hati. ai boleh d ubah tapi bukan dengan cara yang mengecewakan. jangan fikir bersama yu adalah perkara yang mudah untuk ai lakukan. ai perlu siapkan diri ai sebaik baiknya. ai perlu kuatkan mental dan fizikal ai sekuat kuatnya. tapi pernah yu terfikirkan semua tuh? pernahkah? untuk menahan kerenah dari yu. untuk melawan rasa kesakitan ai. untuk melupakan dan bangkit dari kekecewaan silam. dan untuk berdepan dengan kata kata negatif dari luar. pernahkah yu hargai semua tuh?

jangan samakan keadaan yu dengan keadaan ai. sebab kita berdepan dengan dugaan dan cabaran yang berbeza sebenarnya. sebab ai hargai yu maka ai sentiasa berubah cuma yu yang tak pernah sedar. sebab ai terlalu hargai diri yu maka peluang dan ruang akan sentiasa ada untuk yu. sebab itulah kelemahan diri ai. terlalu pemaaf. maka yu gunakan kelemahan ai sebaik baik nya. hebat!

letih! jujur ai letih. maka d sebabkan yu tak beri ai ruang dan peluang untuk luahkan apa yang ai rasa maka ini adalah jalan terbaik. jangan terlalu bersikap mementingkan diri yu semata mata. dan paling penting tolonglah hentikan sikap pura pura yu. sampai bila yu boleh berpura pura? sampai bila?

EncekJantungHati ai mahu yu faham bila yu ikat diri ai dalam ikatan ini beerti terlalu banyak perkara yang perlu dan bakal ai korbankan semata mata kerana taraf dan darjat yu sebagai bakal suami. seboleh boleh nya ai sedang belajar untuk menjadi seorang isteri seorang tunang seorang kawan seorang sahabat dan seorang musuh untuk yu agar yu tahu hakikat dunia sebenar. isteri tunang kawan sahabat dan musuh yang akan selalu membantu yu untuk bangkit semula ketika seluruh dunia berusaha menjatuhkan yu. sahabat yang akan buat yu percaya diri yu semula. tapi apa guna kalau yu layan ai antara perlu dan tak perlu.

jujur jika ai masih memaafkan yu bukan bererti ai masih mencintai. ai maafkan yu lebih kerana ai masih mencintai diri sendiri. saat ini kalau langkah ai pilih untuk pergi itu beerti hati ai terlalu terluka. lebih teruk dari terluka. hati ai hancur sepenuhnya. ai perlu berlaku adil dengan diri sendiri. kesian hati perasaan jiwa dan diri ai sendiri. sampai bila ai perlu biar mereka d sakiti? selalu ai melangkah pergi dan kemudian nya ai kembali dengan memberi ruang dan peluang untuk kesekian kalinya. tapi kali ini biar semua kesakitan nih terhenti cukup sampai sini.

dan paling penting ai takkan menyusahkan yu lagi dah. cukuplah. ai tak perlukan pertolongan dari yu dan kemudian hari nanti yu akan cakap yang bukan bukan sekali lagi sama seperti apa yang yu cakap pada ai hari ini. hancur luluh hati ai. kesakitan kesusahan kesukaran kesengsaraan ujian dan dugaan dari Allah untuk ai selama hari ini bukan atas permintaan ai. tapi bila ai d pilih oleh Dia maka ai dengan rela hati dan redha terima semuanya. dan ai tak pernah mintak orang orang lain apatah lagi keluarga ai sendiri turut sama terbabit dengan kedukaan ai hari ini. cubalah untuk mengerti keadaan ai sebaiknya dan bukan fahami ai semata mata. terima kasih.

Selamat Hari 19haribulan. Selamat yang ke 8bulan. Selamat yang ke 5bulan. Selamat untuk ke 242 hari.

Monday, 20 June 2011

Its Belated Hari 19haribulan!

macam biasa ai ketinggalan lagi. ketinggalan jauh sangat untuk selalu update cerita cerita yang berlalu dalam kehidupan seharian. ouh kehidupan seharian untuk seorang manusia bernama Dya Aien terlalu mencabar. mencabar kerana penuh dengan tanggungjwab dan amanah yang d pikul atas bahu yang kecil lagi lemah ini.

ai manusia biasa. terkadang hati yang lemah menjadi keras dek kerana tergelincir bila terdengar bisikan syaitan dalam menghasut. terkadang akal hilang kewarasan dalam berkata kata apatah lagi dalam membuat keputusan dek kerana minda tersasul bila terlalu banyak berfikir untuk mencari jawapan yang pasti.

apa yang ai tahu ai cuma manusia biasa yang penuh dengan cita cita dan impian impian yang kadang kala d luar logik akal seorang manusia. tapi kata Allah 'KunFayaKun'. walau d luar logik akal manusia bila sudah d izinkan Dia maka tiada apa yang mustahil. lihat saja apa yang ai lalui saat ini. sungguh lansung tak pernah terlintas d fikiran dugaan dan ujian seberat ini yang akan ai lalui dan perlu ai tempuh.

terkadang rasa letih betul untuk bangun dan terus berjalan meneruskan kehidupan dalam keadaan yang lemah. tapi berbekalkan semangat yang d pinjamkan mereka mereka d sekeliling ai bangun untuk hadapi jugak apa yang mendatang. selagi nafas belum terhenti selagi itu amanah terus d pikul.

eyh sudahlah. ai memang tak reti untuk berpuitis puitis jiwang jiwang karat bagai. anyway d sebabkan sudah terlambat sehari maka rasa macam mimpi bila tiba tiba tengok ticker eyh sudah 213 hari ai bersama EncekJantungHati. Alhamdulillah YaAllah! ai bersyukur.

bergaduh manja manja ganas ganas itu sudah lumrah. kata orang dugaan alam pertunangan. apatah lagi ai dan beliau masih dalam mencari keserasian dan kesefahaman dan masih baru dalam mengenali diri masing masing. kadang kadang ego lebih. errr ai memang kepala batu jugak ada dalam. keras. macam konkrit! campur dengan simen letak sikit bata keras baik punya. huh memang selalulah EncekJantungHati kena mengalah. sorry sayang!

anyway! Alhamdulillah YaAllah. Selamat Yang KeTujuh Bulan Sama Sama Terdimengorat sayang. Selamat Yang KeEmpat Bulan Pertunangan ai dan EncekJantungHati. Alhamdulillah. Alhamdulillah. betul cakap BekasKesayangan ai. ai akan d kurniakan seorang insan bergelar lelaki yang lebih baik dari dia. dan kepada BekasKesayangan terima kasih kerana selalu mendoakan ai untuk mendapat pengganti yang lebih baik dari anda. ai hargai doa anda. doakan jodoh kami kekal sampai ke syurga. InsyaAllah.

ehemmm. dan untuk hari 19haribulan kali ini EncekJantungHati hadiahkan ai sesuatu yang ai rasa sangat sangat berharga. terima kasih sayang! errr rasanya first time ai panggil beliau sayang. oke fine! kalau beliau baca mesti kembang hidung. eyh perasan lah tu. oke sayang ai tahu yu baca. dekat sini guna nickname sayang ajelah ye! tak boleh pecah rahsia nama yang selalu ai panggil dekat yu. bahaya! ngeks!


~terima kasih EncekJantungHati! mesej yang anda cuba sampaikan terus menusuk ke kalbu.cewahhh!~

Sunday, 22 May 2011

Saya Dapat Hadiah Xperia X10 Mini Pro Bersama Benda Comel PinkyReddish.

tak tahu mahu letak tajuk apa untuk entry kali ini. taip padam. taip padam. berkali kali pulak tu. jadi ai straight to the point ajelah. maka persoalan pun sudah terjawab. EncekJantungHati hadiahkan sebijik henfon idaman pujaan hati jiwa dan raga ai. Alhamdulillah.



~part paling seronok adalah ianya warna pink. ouch! jambu gitu~


~henfon SE cybershot C905 hadiah dari parents ai tahun lepas~


~henfon nokia yang pertama mampu bertahan lama dengan ai dan juga henfon terakhir yang ai beli sendiri tahun lepas~

heee! ingat tak dalam entry lepas ai ada cakap EncekJantungHati ada beli hadiah seperais untuk ai. heheh! sebenarnya hati ai dapat agak dah cuma belum pasti aje. anda mahu tahu apa beliau hadiahkan untuk ai? hadiah beliau memang betul betul seperaislah. sebab berjaya buat muka ai bertukar jadi merah padam!


~tadaaa! its a baby's shoes. alololololololo coooooomel sangat sangat~

anyway if one day later yu read this EncekJantungHati ai hope yu will smile comel comel. thank you sooo sooo sooo sooo much for this big surprise. its only between yu and me. dan terima kasih kerana begitu memahami jiwa raga ai yang gila gadget.

oke lah. ai got to go. its time for d.i.y besday present for him. besday beliau on the way sudah.

Thursday, 19 May 2011

Ini Pertama Kali Ucapan Selamat D Sini.

Alhamdulillah. Selamat Yang KeEnam Bulan Sama Sama Terdimengorat. Selamat Yang KeTiga Bulan Pertunangan ai dan EncekJantungHati. jujur kalau ada yang selalu mengadap belog ai mesti tertanya tanya kenapa ai lansung tak pernah sebut tak pernah cerita tak pernah apa apa pun tentang hari pertunangan ai apatah lagi nak beriya iya ucap ucap bagai. selalunya kan ai membebel bebel pasal kisah kisah sedih saja. sampai siap kena kena soundlah dengan SiAnon. jadi ini yang pertama kali.

ai seboleh boleh nya belum mahu kisahkan tentang cerita hikayat ai dan beliau. mungkin 1hari nanti ai akan ceritakan semuanya. apa apa pun hari hari yang berlalu penuh dengan dugaan ujian pengalaman dan pengajaran yang betul betul mematangkan fikiran kami.

apa yang pasti genap 2bulan kami bertunang ujian seberat berat ujian sudah menimpa. ouh mungkin itu perkara normal sebagai proses kami saling mengenali. hampir hampir saja ikatan terputus. setakat ini itu adalah ujian yang paling hebat untuk kami. dan Alhamdulillah hari berganti hari semuanya semakin baik baik semula. dan Alhamdulillah apa yang sudah berlaku menjadi punca hati ini terbuka sepenuhnya untuk belajar menerima kehadiran beliau sepenuhnya dalam hidup ai saat ini. dan apa yang sudah berlaku juga menjadi penutup kepada segala kisah silam ai. Alhamdulillah.

anyway d sebabkan ini adalah pertama kali kami menyambut hari 19haribulan jadi ini adalah pertama kali ai ucapkan d sini dalam belog ai. ouh kami gelarkan hari 19haribulan sebab 19haribulan setiap bulan adalah hari istimewa untuk kami berdua.

19haribulan kali ini sangat hebat. d sebabkan EncekJantungHati sudah buat silap besar maka beliau sangat sangat bersungguh sungguh untuk menebus kesilapan beliau. ouh ai sangat terharu! 19haribulan kali ini ai dapat banyak hadiah. hoyeah! hoyeah!



heee! ai dapat cincin baru sebagai ganti cincin merisik ai yang sebelum ini. sebab ai sudah terpatahkan cincin merisik yang sebelum ini. bila terpatahkan itu bermaksud agak ganas jugaklah ai ni dengan secara tidak sengaja. nasib baik EncekJantungHati sangat sangat baik hati. ai fikir ai cuma mahu pergi betulkan semula tapi beliau bermurah hati tukar yang baru. terima kasih sayang! paling best ai dapat sepasang anting anting mutiara asli dengan percuma. itu paling hebat! EncekJantungHati cakap hari itu hari bertuah untuk ai. ameeen.

hadiah yang kedua lebih lebih lebih lagi hebat. sebab EncekJantungHati lebih lebih bermurah hati mahu hadiahkan ai sebijik henfon idaman hati ai. ouh yeah! tapi sebenarnya kebetulan saja. awalnya cuma beliau yang mahu tukar henfon. tapi tiba tiba beliau sudah booking dua sekaligus. katanya mahu sama sama sedondon. ameeen sekali lagi.


~ini Xperia X10 mini. adakah ini yang akan on the way? beliau cakap ini yang beliau suka~


~dan ini pula Xperia X10 mini pro. adakah ini yang akan berkepit dengan ai nanti? ai pula cakap ini yang ai suka~

syukur Alhamdulillah. rasa macam nak melompat lompat sampai terkeluar bumbung rumah. heee melampau sungguhkan? apa apa pun keadaan sehari demi sehari semakin baik lepas semua kisah sedih berlalu. banyak ruang ruang baru semakin terbuka. Alhamdulillah.

sekarang ai tengah bergayut dekat telefon dengan EncekJantungHati. tepat pukul 12malam tadi terus beliau call. tak menyempat nyempat. jadi sepanjang beliau membaca text ucapan untuk malam istimewa ini ai pulak dengan rajinnya update entry ini dekat belog. hebat!

anyway sayang Selamat Yang KeEnam Bulan Sama Sama Terdimengorat. Selamat Yang KeTiga Bulan Pertunangan kita. maafkan ai untuk setiap salah silap dan dosa dosa ai. ai bersyukur sebab yu faham kenapa dan apa yang berlaku semuanya bersebab. terima kasih juta juta lemon.


~hadiah dari EncekJantungHati masa hari pertunangan kami yang lepas~

##notakaki##EncekJantungHati cakap esok lusa mungkin tulat ada lagi hadiah seperais dari beliau. huiyooo hadiah secara pukal betul bulan ini. ameeen murah betul rezeki.
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers