Showing posts with label Video Clip Menarik. Show all posts
Showing posts with label Video Clip Menarik. Show all posts

Saturday, 16 July 2011

Review Movie : Transformers 3 Dark of the Moon Dan Persidangan Robot Sedunia.

ya tuan tuan dan puan puan sekalian alam. sesungguhnya ini adalah persidangan warga autobots yang agak ketinggalan zaman. macam mana lah tak jadi ketinggalan kalau sudah tiap kali nak buat reservation mesti penuh. kecewa betul!

ingat lagi sesi review movie yang lepas? sepatutnya hari itu ai bersusah payah beratur panjang panjang dengan EncekJantugHati sebab mahu tengok movie robot robot nih la. tapi kalinih EncekJantungHati book awal awal. puas hati! alahai tuh pun dapat tengok hari selasa pukul 11.45pagi. wayang memang best lah sebab berapa kerat aje orang yang ada dalam panggung wayang tuh. dah nama pun time office hour jadi semua orang pun sibuk bekerja. EncekJantungHati ai kerja malam. hiks! oke fine. baru harinih mahu hapdet dekat sini. buruk perangai nih! simpan buat jadi pekasam dulu. sorry!

ai rasa tak perlu ai setory dekat sini kot. boleh d katakan semua orang pun dah pergi tengok dah kan kan kan? sob sob sob! ai jek yang tertinggal roket. apa pun yang ai tahu memang tiap kali transformers nih keluar dekat wayang ai lah yang paling tergedik gedik sekali. kalau boleh tengok berulang kali lah. nih pun dah merengek rengek dekat EncekJantungHati mahu pergi tengok sekali lagi. yaiks! ketagih tahap melampau. dulu time ai budak kecik selalu berebut rebut nak duduk depan tv tengok versi kartun aje. sekarang tengok versi life lagi la jenuh nak berebut rebut dengan ahli ahli masyarakat yang lain. perghhh! memang best. layannn habis!

heroin kalinih pun superb jugak. tapi part paling best sekali adalah part yang last last tuh. time semua robot robot tuh dok sebuk berperang bum bam bum bam tebabommm sana sini awek heroin dia tetap cool teguling guling jatuh bangunan melayang layang sana sini lari lari sana sini dia tetap cool pakai heels oke! dia pakai heels! homakaih sungguh hebat. ai bagitahu EncekJantungHati suruh dia fokus tengok awek heroin tuh pakai kasut apa time tuh beliau tergelak gelak. lepas tuh boleh pulak cakap nanti dia pun nak tengok ai berlari sambil pakai heels tinggi tinggi. apalah! hish. mau jatuh tetonggeng agaknya ai nanti. buat malu jek!


~Earth's Last Stand. huwaaa hensemnya! optimus prime tulah yang hensem!~


~tengok klip video trailer dia nih ja sudah cukup menimbulkan perasaan membuak buak untuk pergi tengok sekali lagi.~

okeh. dekat bawah ai share gambar gambar ai berdating dengan warga warga robot sedunia eyh. entahlah apa nak jadi. bila ai jumpa robot robot dan robot ai boleh terlupa EncekJantungHati. cuba tanya beliau macam mana bila tangan kena cubit. heee! sampai tercubit cubit beliau ah. kesian. nak buat macam mana. ai terrrfanatik dengan robot robot dan robot. harap maaf sebab kualiti gambar sangat buruk. nanti ah ai pakai kamera mahal sikit baru gambar cantik. isk!


~dapat jek jumpa bumble bee terus malu malu cover pipi merah. hiks!~


~muka teruja bila jumpa optimus prime pulak walaupun sekadar dekat dinding. muahahah!~


~boleh gila oke bila tengok semua nih! nak jugak nak jugak nak jugak jugak!~


~ha ha ha ha ha ha! puas hati. super besar oke berbanding robot robot yang lain~


~yang nih pun besar jugak. kenapalah bumble bee tak besar macam nih?~


~d sebabkan boyfren ai super sepesel maka dia kena kurung dalam sangkar kaca. kesiannya!~


~oke sudah! nih muka manusia yang tak mau balik sampai kena tarik paksa balik jugak oleh EncekJantungHati beliau. sekian!~

Tuesday, 5 July 2011

Review Movie : Sekali Lagi.

kali ini percubaan pertama ai untuk jadi seorang pengkritik bebas. mungkin berjaya? ouh mungkin tidak. ai pandai membebel tapi tak berapa pandai untuk kondem mengondem.


baru baru nih ai pergi tengok wayang lepas berkurun sangat sudah ketinggalan zaman. sepatutnya ai tengok movie transformers tapi tiket habis. tahniah kepada diri sendiri sebab lambat sangat! tapi sebab mahu tengok wayang sangat sangat spontan aje terbeli tiket movie Sekali Lagi nih. jujur ai jarang tengok movie melayu dekat wayang sebab selalu ending kecewakan ai kemudian mesti akan rasa menyesal betul rugi duit aje. kadang kadang tak ada ending. atau mungkin ending macam tak masuk akal pun ada jugak! tak ke sakit hati kalau macam tuh? tapi kali nih sebab ai suka MiaSara dan EncekJantungHati suka LisaSurihani maka layan sajalah.

dari 10bintang ai bagi 10bintang jugak lah. movie nih simple. ringan dengan erti kata lain tak adalah serabut sangat. jalan cerita senang untuk d fahami walaupun mula mula macam konfius sekejap. semua elemen gembira sedih lawak adalah secukup rasa. complete lah! dan paling penting movie nih ada ending. itu yang penting. ada jugak kan sikit sikit movie yang ending dia macam entah kehapa hapa aje kan? yang ini jalan cerita dia best! yang banyak buat movie nih ceria sebab ada MiaSara. idea yang menarik untuk tarik penonton. pandai! jadi tak rugi kalau pergi tengok dekat panggung wayang oke.

tapi! tapi! part paling mencairkan hati adalah part shaheizy sam semasa muda remaja. omak aih boleh dia kontrol macho sepenuh hati. tercairlah sekejap dengan kehenseman dia. aduh! oke cukup. nanti EncekJantungHati merajuk.


komen dari juri hati :
**10bintang / 10bintang.
**memuaskan hati.
**tak rugi kalau pergi tengok dekat wayang.

Wednesday, 27 April 2011

Sony Internet TV. Television Redefined.



perghhh! terbaik kan? seronoklah kalau dapat tonton tv dan dalam masa yang sama boleh online. untuk manusia yang addicted to internet i guess this is the best ever thing yang patut ada. hahahah! kejap kejap! nak seluk poket tengok beg duit korek tabung semak account bank agak agak ai ada berapa keping duit yang ai ada. huuu! menangislah alamatnya kalau nak beli new generation dari sony ni. lainlah kalau ai sudah bekerja sedap sedap macam dulu. bolehlah menabung sikit sikit. lama lama nanti jatuh juga harga dia. jadi bila sudah murah bolehlah rembat sekeping dua. muahahahah! angan angan memang takmau kalah selalu.

tapi hebatkan teknologi zaman sekarang. mula mula sony cipta macam ini. confirm tak lama lagi nanti jenama jenama yang lain pun akan turut serta buat ciptaan macam ini jugak. persaingan itu selalu ada. bergantung kepada peminat setiap jenama untuk pilih yang mana satu yang berkenan d hati. dan macam ai memang peminat sony. ermmm boleh d katakan seluruh generasi keluarga pun peminat sony. sampaikan ke henfon pun ai layan sony. mungkin kebetulan sebab setiap kali ai tukar henfon ke jenama lain confirm tak akan bertahan lama. paling lama 3bulan saja lepas itu akan rosak. since then ai just guna henfon sony ericsson. penatlah nak tukar tukar henfon setiap 3bulan sekali. but currently ai tambah guna nokia e71. saja nak cuba cuba dan Alhamdulillah sudah bertahan hampir setahun.

apa apa pun teknologi teknologi lah yang sudah banyak tolong kehidupan harian manusia zaman ini kan? kalau tidak jangan haraplah kita boleh ada belog belog. duduk aja depan pc depan laptop pun boleh jumpa orang orang dari serata dunia. yeay! apa apa pun pandai pandailah kita hargai teknologi yang ada dengan baik dan tak salah gunakan teknologi yang ada untuk kepentingan diri sendiri aje. peace oke!

Friday, 22 April 2011

Keadaan Bayi Dan Janin Ketika Al-Quran Dibacakan.



cuma mahu kongsi dengan kawan kawan blogger sekalian. sila tengok sampai habis dan perhatikan perubahan bayi dan janin dalam kandungan. kelihatan bayi yang sangatlah aktif pada awalnya itu seolah-olah bersujud ketika al-Quran dibacakan. besar sungguh kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Subhanallah betapa seronoknya kalau dapat jadi ibu dengar jantung baby denyut denyut. mesti hilang segala rasa penat dan sakit membawa perut yang boyot boyot itu. comel comel aje kaki tangan baby yang kecil kecil.

Thursday, 7 April 2011

Sungguh Konfius. Bukan Nak Diskriminasi Oke!



sudah layan video terhangat d pasaran sekarang ini? ai terlayan sebab dekat fesbuk ada yang rajin postkan. pertama kali tengok terus terdetik fuiyoo cun ah mereka. tapi bila lagi lama layan makin pelik pulak ai tengok. ai repeat sekali lagi weyh. MasyaAllahhh. Nauzubillahim­inzalik! mereka bukan tulen rupanya.

maaf! ai bukan mahu diskriminasi hak siapa siapa d sini. cuma mahu berkongsi apa yang pernah ai baca iaitu

Sabda Rasulullah SAW:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita. (HR al Bukhari)

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang Maha Agung. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka manusia ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi. Jika diperincikan lagi maksudnya akal daripada aspek manusia bermaksud dapat berfikir manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan. Jadi boleh dirumuskan secara ringkas dan umum daripada segi bahasa bahawa manusia itu adalah makhluk yang dapat berfikir dengan bijaksana.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin. (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud:

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-’Asr, ayat 1-3)

##notakaki##yang ai konfiuskan sebenarnya adalah bila dalam ucapan ada yang sebut terima kasih buat suami tercinta. eyh ai garu kepala sekejap. isk isk isk!

Wednesday, 23 March 2011

Aziz Hazmi - HNSZLKH?



dan hi lagi dan lagi dan lagi. haih! sebenarnya inilah vidiyo paling feveret ai. ouh seriyes dalam banyak banyak vidiyo dia ini yang paling hmm auw cair hati lah ai cakap yu! he he he! cool kan. macam mana tak cair kalau dah sampai macam ini yang dia buatkan. ouh so sweet tahu.

ada jugak yang comment dekat sana cakap macam ini
"girls yang tengok video ni tok sah nak berangan ada lelaki melayu buat video macam ini untuk kau orang. ini je last yang tinggal"

aih apa pulak tak boleh nak berangan. siapa cakap tak ada. tapi kan hmm masalahnya adake? erk! ai selalu dengar orang cakap lelaki melayu ni kurang romantiknya. nak tengok mereka buat benda benda yang macam budak smart dekat atas ni buat agak susahlah. memakan usaha yang besar. aish yeke? entahlah. ai pun tak pasti. tapi kan budaya orang melayu lelaki itu pahlawan. pahlawan itu tinggi egonya.

tapi apa pun ini cara dia yang cuba untuk mencari kelainan dalam ucapan tahniah. dan dia berharap ucapan tulus dan ikhlas ini sampai kepada tuan badan yang dia tujukan. dan cara dia ini adalah sangat soooooo sweet! tahniah.

Aziz Hazmi - It's Over (Version 2)



hi sekali lagi. dah tengok vidiyo dia yang pertama tadi? sekarang ini version yang kedua pulak. hik hik hik! comel kan? dia buat dua vidiyo yang sama tapi version reverse pulak. hmm. dah tak nak fikir lagi dah siapa dia. abaikan. he he he. ouh yea untuk version kedua ini kata kata pujangga dari dia adalah seperti berikut

"biarpun putus cinta dan kita teruskan hidup"


pergh! sadis sungguh dia berpujangga kan kan kan.

Aziz Hazmi - It's Over (Version 1)



hi! korang dah tengok video yang tiba tiba feymes habis sekarang ni? hmm! tiba tiba terfikir siapa dia Aziz Hazmi? dengan Hanis Zalikha pulak tu kisahnya. ok lah untuk version yang pertama ini kata kata dari beliau untuk vidiyo ini adalah

"tak semestinya kita putus cinta kita bunuh diri"
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers