Showing posts with label Gedik Gedik. Show all posts
Showing posts with label Gedik Gedik. Show all posts

Friday, 28 October 2011

Cocok Cocok HIV Test Campur Ketaq Ketaq Interview

salam sayang cocok cocok. ahahhh hari nih otak ai mereng sikit. bukan sikit tapi banyak kot rasanya. manakan tidak penat siang tadi belum hilang. ouh yea jom ai share pengalaman gumbira ai dalam proses kerja kerja kawen nih. huuu berbunga bunga hati rasanya. berbungalah sangat ye tak? tinggal lagi berapa hari aje baru gedik nak setelkan hal hal yang major nih. phewww mencabar iman weyh!

pagi ai bangun seawal awalnya konon mahu jadi muka yang terpaling awal betenggek depan kaunter nombor. tapi rupanya ramai lagi ummat manusia yang lain yang jauh lebih awal dari ai dan EncekJantungHati padahal waktu kami sampai jam baru aje pukul 7.40am. dengan muka penuh semangat last last kena gelak percuma dek EncekTunangan EncekJantungHati ai. hampir setengah jam tunggu untuk dapatkan nombor. sempat bergelak ketawa sebentar dengan beliau. sekarang nih semakin dekat hari yang d tunggu ai semakin belajar untuk terima kehadiran beliau sepenuhnya dalam hidup. sebelum nih mana pernah mengaku beliau EncekTunangan tapi sekarang dalam sisa sisa saki baki hari hari dalam alam pertunangan nih barulah ai mahu mengaku bahawa dia EncekTunangan ai. kesian beliau. maaf sayang!

dapat nombor penuh eksaited pergilah ke bilik nombor 7. tunggu punya tunggu hampir 2jam. mak nenek macam ai bila dah kena tunggu lama lama haruslah merengek rengek. bila EncekJantungHati tanya rupanya kena terus masuk serah nombor sendiri kemudian baru tunggu angka giliran naik. aiseyhhh hangen betul pagi pagi tadi. elok beliau masuk serahkan nombor sudah kena tuju soalan dari AbangMA dekat situ tanya mana borang kebenaran untuk ujian HIV warna kuning? haruslah dua dua pun blurrr. sudahnya kami terpaksa rushing pergi PejabatAgamaButterworth semula sebab borang kuning tuh cuma boleh dapat dari situ aje. rupanya ini sistem baru proses bakal pengantin negeri PulauPinang. borang kuning nih baru d kuatkuasakan bulan Ogos2011 padahal kami ambil borang untuk kawen tuh bulan Enam2011. haruslah ketinggalan zaman. tapi borang nih comel sebab dekat atas tuh ada tulis untuk bakal pengantin. bila baca terus tergelak gelak sendiri sebab macam lawak aje budak kecik macam ai nih dah nak kawen. ha ha ha!


~gara gara borang kuning berserta sampul surat sulit untuk bakal pengantin nih aje kami jadi kelam kabut. haishhh~

selesai soal borang kembalilah kami ke pangkal jalan untuk selesaikan ujian HIV yang terbantut tadi. itupun ada lagi borang borang yang perlu d isi. kerja ai harinih asyik isi isi borang aje. kenalah pulak EncekJantungHati pandai meragam tak mahu tulis sendiri sebab ai selalu gelak tulisan beliau comot. jadi sebab taknak ai gelak gelak beliau serahkan semua tugas tulis menulis nih dekat ai dari awal dulu sampai sekarang dan beliau cakap sampai bila bila pun. sighhh! mengada ngada betul.

d pendekkan cerita urusan ujian darah nih selesai pukul 12noon. sila bayangkan separuh hari melangut dekat hospital sedangkan kami tengah kejar masa untuk sesi interview kawen kawen dekat PejabatAgama pulak. sudahlah jari sakit kena cucuk. phewww ai rasa ai lagi sanggup ambil darah cucuk dekat urat lengan dari kena cucuk dekat hujung jari pakai alat apatah. sudahlah kecik tapi macam kena gigit dengan ketam lepas tuh keluar darah. sakit okeyh! sampai sekarang hampir tengah malam dah nih pun belum hilang sakit lagi.


~sambil menunggu haruslah ada gambar. dan macam biasa identiti EncekJantungHati haruslah d simpan rahsia lagi. huuu~

selesai urusan ujian darah terus cabut pergi PejabatAgama. part nih la paling ai tak suka sebab memang sejak azali kelemahan utama diri ai adalah cepat gabra bila masuk interview. bila gabra konfem terus otak blurrr. EncekJantungHati boleh selamba sebab Ustaz yang interview kami tuh awal awal sudah d book TokwanHensem sebagai tukang interview sekaligus merangkap TokKadi kami nanti. paling tak adil sekali EncekJantungHati kena soal dua soalan aje. beliau d suruh mengucap dan istifar. ai pulak kena mengucap istifar dan baca AlFatihah. punyalah eksyen EncekTunangan ai katanya kabel kuat sudah d pasang siap siap. cehhh! tapi Alhamdulillah part yang paling ai takut sudah selesai. ameen!

jadi mulai saat ini perkara perkara penting berkaitan sesi sebelum akad nikah untuk part ai sudah selesai. tarik nafas lega! cuma tinggal part EncekJantungHati aje lepas nih. tapi bila ai tanya beliau sudah ready ke tak dengan muka bangga penuh konfidennya beliau jawab sudah siap hafal dah pun. yang tinggal cuma moment untuk d lafazkan d hadapan semua orang aje. ouh terharunya hati ai tiap saat kali dengar jawapan beliau macam tuh. dan setiap saat itulah ai selalu ingatkan diri ai untuk selalu bersyukur Allah gantikan setiap air mata kekecewaan ai yang lepas dengan seorang lelaki yang benar benar jauh lebih jujur dan ikhlas mahukan diri ai seadanya. pengalaman lepas banyak ajar diri ai erti cinta kejujuran keikhlasan pengorbanan setia dan tanggungjawab. dan dari pengalaman lepas jugaklah ai ajar diri ai untuk jadi lebih tabah setabah yang mungkin. dan ai bersyukur dalam saat ai takut untuk bangun bina hidup baru semula Allah hantar seorang adam yang benar benar berani nyatakan cinta beliau dengan cara yang lebih ikhlas. dan ai terima beliau seadanya d sebabkan keikhlasan beliau. dan ai yakin Allah lebih tahu kenapa Dia atur jalan hidup ai macam nih caranya.

oke lah ye! ai mahu tido dulu. mata sudah mengantuk tahap gaban. ada masa hari lain ai sambung lagi cerita dekat sini.

Saturday, 16 July 2011

Review Movie : Transformers 3 Dark of the Moon Dan Persidangan Robot Sedunia.

ya tuan tuan dan puan puan sekalian alam. sesungguhnya ini adalah persidangan warga autobots yang agak ketinggalan zaman. macam mana lah tak jadi ketinggalan kalau sudah tiap kali nak buat reservation mesti penuh. kecewa betul!

ingat lagi sesi review movie yang lepas? sepatutnya hari itu ai bersusah payah beratur panjang panjang dengan EncekJantugHati sebab mahu tengok movie robot robot nih la. tapi kalinih EncekJantungHati book awal awal. puas hati! alahai tuh pun dapat tengok hari selasa pukul 11.45pagi. wayang memang best lah sebab berapa kerat aje orang yang ada dalam panggung wayang tuh. dah nama pun time office hour jadi semua orang pun sibuk bekerja. EncekJantungHati ai kerja malam. hiks! oke fine. baru harinih mahu hapdet dekat sini. buruk perangai nih! simpan buat jadi pekasam dulu. sorry!

ai rasa tak perlu ai setory dekat sini kot. boleh d katakan semua orang pun dah pergi tengok dah kan kan kan? sob sob sob! ai jek yang tertinggal roket. apa pun yang ai tahu memang tiap kali transformers nih keluar dekat wayang ai lah yang paling tergedik gedik sekali. kalau boleh tengok berulang kali lah. nih pun dah merengek rengek dekat EncekJantungHati mahu pergi tengok sekali lagi. yaiks! ketagih tahap melampau. dulu time ai budak kecik selalu berebut rebut nak duduk depan tv tengok versi kartun aje. sekarang tengok versi life lagi la jenuh nak berebut rebut dengan ahli ahli masyarakat yang lain. perghhh! memang best. layannn habis!

heroin kalinih pun superb jugak. tapi part paling best sekali adalah part yang last last tuh. time semua robot robot tuh dok sebuk berperang bum bam bum bam tebabommm sana sini awek heroin dia tetap cool teguling guling jatuh bangunan melayang layang sana sini lari lari sana sini dia tetap cool pakai heels oke! dia pakai heels! homakaih sungguh hebat. ai bagitahu EncekJantungHati suruh dia fokus tengok awek heroin tuh pakai kasut apa time tuh beliau tergelak gelak. lepas tuh boleh pulak cakap nanti dia pun nak tengok ai berlari sambil pakai heels tinggi tinggi. apalah! hish. mau jatuh tetonggeng agaknya ai nanti. buat malu jek!


~Earth's Last Stand. huwaaa hensemnya! optimus prime tulah yang hensem!~


~tengok klip video trailer dia nih ja sudah cukup menimbulkan perasaan membuak buak untuk pergi tengok sekali lagi.~

okeh. dekat bawah ai share gambar gambar ai berdating dengan warga warga robot sedunia eyh. entahlah apa nak jadi. bila ai jumpa robot robot dan robot ai boleh terlupa EncekJantungHati. cuba tanya beliau macam mana bila tangan kena cubit. heee! sampai tercubit cubit beliau ah. kesian. nak buat macam mana. ai terrrfanatik dengan robot robot dan robot. harap maaf sebab kualiti gambar sangat buruk. nanti ah ai pakai kamera mahal sikit baru gambar cantik. isk!


~dapat jek jumpa bumble bee terus malu malu cover pipi merah. hiks!~


~muka teruja bila jumpa optimus prime pulak walaupun sekadar dekat dinding. muahahah!~


~boleh gila oke bila tengok semua nih! nak jugak nak jugak nak jugak jugak!~


~ha ha ha ha ha ha! puas hati. super besar oke berbanding robot robot yang lain~


~yang nih pun besar jugak. kenapalah bumble bee tak besar macam nih?~


~d sebabkan boyfren ai super sepesel maka dia kena kurung dalam sangkar kaca. kesiannya!~


~oke sudah! nih muka manusia yang tak mau balik sampai kena tarik paksa balik jugak oleh EncekJantungHati beliau. sekian!~

Monday, 25 April 2011

Jalan Jalan Makan Kenduri ~ Dewan Jubilee Penang.

hai. ini cerita hari sabtu tapi sekarang baru nak buat entry. konon konon sibuklah sangat. kalau tak kerana paksaan TuanAbah tidaklah ai rajin nak pergi. dulu masa budak budak seronoklah melompat lompat yeay yeay yeay nak pergi kenduri. sekarang rasa macam errr segan segan pun ada. gatal siot! hahaha!

ini sebenarnya kenduri ermmm bolehlah d katakan saudara mara TuanAbah. itupun lepas sedap sedap makan kenyang kenyang semua baru tahu. masa salam dengan tuan rumah konfemlah ai senyum senyum aja takkan nak tanya makcik ini siapa ya? ishy buruklah perangai. seriyus ramailah saudara mara bau bau bacang durian mempelam yang lansung ai tak kenal tak tahu menahu dan segala tak lagi berkumpul. ai cuma tengok aje TuanAbah dan PuanMama bersembang potpetpotpet.

sebenarnya apa yang menarik perhatian ai pada kenduri tersebut adalah seragamnya warna tema. bermula dari pelaminan indah sampai ke meja santapan pengantin sampai ke doorgift untuk tetamu sampai ke warna baju untuk setiap ahli keluarga pengantin tak kiralah yang tua muda kecil besar sampai ke baju bajuan untuk orang yang marhaban sampai ke air minuman semuanya biru!

fuhhh! bersatu hati sungguh ouh. bangga ai tengok. almaklumlah semangat kekeluargaan dalam diri ahli keluarga sanak saudara sedara mara ai lansung sudah hilang. jadi bila tengok teguhnya hati mereka bersatu ouh bahagianya rasa. kenduri dekat dewan. pakai sistem buffet dari katering saja. tapi yang lain lain semua ahli keluarga bergotong royong. makcik makcik pakcik pakcik adik kakak abang tolong menolong sebagai penjaga lauk pauk sebagai pemberi doofgift dan dalam baju baju lawa mereka lansung tak kekok nak tolong kemas kemas meja.

haaa bagus kan? tak adalah pula ai tengok ada yang duduk melepak saja. tak adalah pula ai nampak saudara mara terdekat pengantin berbaju biru datang macam tetamu makan kemudian balik. tak adalah pula ai perasan sesi sesi bermasam muka arah mengarah kutuk mengutuk kata mengata. phewww what a really nice harmony family. seronok betul. oke lah. cukup cukup. jom layan gambar yang sempat ai snap.


~nasi dan lauk kenduri bersama air biru dan doorgift~


~TuanAbah PuanMama CikAdik ai bantai minum teh tarik ni berkali kali. katanya sangat sedap~


~tadaaa! pelaminan indah dengan meja santapan raja dan ratu sehari~


~favourite pic of the day! mesti anda fikir ai tengah marah budak budak tak berdosa tu kan?~


~haha! mana ada marah. ai sweet lah orangnya. ai panggil mereka untuk bergambar sebenarnya. sempat pula aksi adegan ala ala mak tiri tengah marah tersebut d candid. isk isk isk~

Thursday, 7 April 2011

Tanda Ucapan Sungguh Terharu.

sayang! sememangnya ai terharu! sampai sangguplah tolak ketepi sekejap rasa letih sebab sakit.


~nah ambillah! ai bagi love warna merah untuk yu!~

harap maaf ye sekalian! lama betul ai hilang. sekarang ai muncul tiba tiba berlove love pula. bukan untuk siapa siapa pun ya. love untuk CikKembare ai aje. sedap ke tidak nama kami? sebenarnya kami ada sepupu sepapat eyh. yang sememangnya rapat sejak kecil sampailah sekarang walaupun masing masing sibuk dengan hal masing masing. dan kemudian bila jumpa haruslah waktu hari raya saja. dan kemudian masing masing pun macam segan segan silu malu malu gitu. phew! statement sungguh menggelikan!


~the Kembare!~

ini pertama kali ai mahu perkenalkan mereka mereka yang boleh d kirakan sebagai buah hati ai. ai yang teratas sekali umurnya ya dan haruslah ai juga yang terkecil sekali ketinggiannya. pffttt! apalah nasib badan tak cukup tinggi.

yang kedua CikMimi. sekarang beliau sedang menambah ilmu d dada dekat UUM sana. jauh benar CikMimi pergi. cepatlah pulang. harus kita bergedik gedik. sekarang ai sudah kembali menjadi rakyat Penang semula. ouh yea. CikMimi ada belog juga. sila kelik dekat sini untuk terjah belog beliau. semalam beliau review pasal belog ai dalam entry beliau yang ini. auw! sungguh terharu.

yang ketiga adalah CikAdik ai. sekarang beliau adalah seorang pekerja setia dekat PenangPortSdnBhd. meneruskan legasi dari TuanAbah ai. CikAdik ai ni tak ada belog. apalah punya pemalas sangat. ishy! hidup berprivasi katanya.

yang terakhir haruslah CikZatie. beliaulah termuda. sekarang menambah ilmu dekat KolejKomunitiArau. ini lagi seorang. jauh benar dikau pergi. cepatlah balik wahai CikZatie. beliau seorang yang sangat rajin. semua benda alah beliau layan. dari friendster sampai ke myspace bawak ke belog kemudian ke fesbuk dan tumblrlah formspringlah segala mak nenek beliau ada. tapi dekat sini ai cuma link kan belog beliau aja. oke! sila kelik sini.

sebenarnya ai yang letak nama Kembare untuk group kami. sebab kalau kami pergi mana mana pun mesti orang kami ini kumpulan kembar ke. ai selalu d cop sebagai kembar kepada CikMimi dan CikAdik ai d cop sebagai kembar kepada CikZatie. sungguh sampai sekarang kami masih nampak seperti kembar. kadang kadang macam nak tergelak pun ada. pelik pun ada jugak.

macam macam lah kenangan masa zaman muda mudi dulu. yang paling terpahat dalam kepala otak ai adalah kenangan rumah terbuka cousin ai AbgCaen. macam mana hebatnya kami mengenakan kanak kanak kecil yang lain konon konon mahu pakai baju sedondon dengan mereka bila balik ke rumah masing masing pakai baju hitam. sudahnya kami dapat nama TeamBlackMetal kebetulan pulak memang kena masa itu. ish ish ish!

kemudian memory lagu seroja dekat taman permainan atas jongkat jongkit adalah memory paling panaslah. muahahahah! boleh pecah perut bila ingat semula. uiks CikKembare masih ingatkah? ekekekekeke.

oke lah! sampai sini aja. ai terharu sebab ai d review. jadi ai luangkan masa untuk mengreview semula. harap CikKembare sekalian gembira. ai harap Kembare will always remain together forever. legasi kita is legasi kita ek. legasi emak ayah kita itu adalah legasi mereka. learn from their mistake and dont try to make the same mistake. yang penting kita selalu gembira walaupun nanti dah jadi nenek nenek. ahaks!

Thursday, 17 March 2011

Jalan Jalan Makan Angin ~ Toys Museum + Feringghi Beach Penang. Hoyeah!

hoyeah! memang hoyeah! sebab lately ai dah semakin rajin untuk update belog ai. yeay! clap untuk diri sendiri. ai update update dan update tapi ai belum ada mood untuk update cerita tunang tunang ai kan? gila kejam kan ai nih. eheee!

sehari lepas selesai majlis tunang tunang ai, ai bawa kawan baek kesayangan ai aka CikAkakCheNor pergi jalan jalan sebagai tanda ai sangat sangat menghargai susah payah penat lelah kesanggupan beliau berkorban kudrat datang dari shah alam nun jauh d sana semata mata untuk menghadirkan diri beliau untuk menemani sahabat tercinta beliau aka adik tercinta beliau yang seorang ini dan memeriahkan majlis ai. terima kasih berjuta juta lemon sayang! ai love yu banyak banyak lah sayang!

jadi pada 20haribulan Februari 2011 ai dan EncekJantungHati dengan gembiranya bawa CikAkakCheNor kesayangan ai makan angin d pulau. untuk beliau mengimbau kenangan kenangan manis bertahun tahun yang dulu. ouh yea ada ai cakap yang beliau pernah menjadi warga Penang sebab beliau pernah belajar d UITM Penang. yeay! rindu UITM Penang.


~welcome! welcome! nak masuk seorang kena bayar RM10.00. mahal betul!~


~grrr! pening kepala ai tengok banyak sangat anak patung barbie comel keliling ai~


~ouh yeah! ai sangat teruja sebab ada robot besar!~


~aiseyh! diorang nih berangan habis.~


~CikAdik ai memang dari dulu gilakan tazmania. teruja habis dapat jumpa tazmania~


~bini ninja turtle yang pertama~


~bini ninja turtle yang kedua~


~sesi santai dekat pantai. teruja CikAkakCheNor jumpa pasir pantai sampai tak layan camera~


~jenuh CikAdik ai merengek rengek semata mata nak naik mende alah ni~


~erk! ai takut dia berani lebih pulak!~



~okey dah selamat nak mendarat ke tanah semula~

sebenarnya banyak lagi gambar gambar yang termuak muak hari itu. selebihnya ai upload dalam fesbuk aja. tak larat lah nak upload dekat sini semuanya. jenuh nak tunggu. nasiblah baik ada henfon murah ai dengan camera yang boleh tahan. tsk! tsk! kesian dekat ai kan sebab tak ada dg cam dah. dg cam ai yang lama sudah selamat rosak sebab jatuh masa ai pergi bercuti dekat Hanoi dulu.

terima kasih kepada EncekJantungHati ai sebab dia lah cameraman kami bila semua pun pakat nak bergedik gedik ala ala model dan tak ada siapa siapa lagi yang mahu pegang camera dan menjadi tukang tangkap gambar. nasib baiklah dia sangat memahami bahawa ai dan manusia manusia sekeliling ai juga adalah cameraholic. ekekekeke!

Tuesday, 15 March 2011

Jalan Jalan Makan Kenduri ~ Titi Gajah, Alor Star Kedah.

ya iya. wiken lepas ai dan keluarga pergi berjalan sampai ke utara malaysia. ke negeri kedah darul aman. semata mata untuk makan kenduri kahwin d rumah entah siapa siapa yang ai lansung tak kenal. harap maaf. apa nak buat terpaksa ikut sebab PuanMama dan TuanAbah memaksa untuk ai pergi jugak maka ai pun harus pergi.
~perkara pertama yang harus d lakukan sesudah sampai ke rumah kenduri~
~PuanMama sudah lali dengan habit kami adik beradik~
~belakang rumah kenduri ada sawah padi dan kami kejakunan d sana ye!~
~sebab inilah ai sangat sayang mereka!~

~haaaa yang tepi PuanMama ai itulah wakil tuan rumah kenduri. itu ToksuHajar~
~dalam kereta mesti wajib ada sesi bercamwhoring oke.harus!~

~ini adalah meja makan untuk tetamu vvip mereka @ keluarga pengantin lelaki~

~tadaaa! inilah pelaminan indahnya~

selepas makan kenduri TuanAbah dan PuanMama menyinggah sebentar dekat rumah kawan mereka. kawan baek mereka. harus singgah. eyh bukan wajib singgah kalau pergi sana. sigh! kemudian haruslah kami terlepak sampai ke padang besar. hak! hak! hak! kami adik beradik memang kejam sebab paksa TuanAbah pergi sana padahal tak ada apa apa yang menarik pun dekat sana. eyh rasanya ai silap. ada sesuatu yang menariklah dekat sana. baru pertama kali ai rasa. pergh! memang super sedap. nak tahu apa?

~tadaaa! inilah dia pulut mangga @ pulut pelam~

oke sampai sini aje entry ai untuk kali ini. lagu d bawah buat ai jadi rajin sangat nak update blog malam ini. lagu itu buat jiwa ai rasa tenang tenang aje. lagu itu buat perasaan ai rasa gembira gembira aje. lagu itu buat hati ai berbunga bunga aje.

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers