Showing posts with label Iklaneka Promosi. Show all posts
Showing posts with label Iklaneka Promosi. Show all posts

Thursday, 14 April 2011

Selamat Pagi Yang Poyo!

ye! selamat pagi! tetapi pagi yang poyo. hari ini sepatutnya menjadi hari ketiga ai berkacak kacak pergi office. tapi semalam ai sudah nekad buat keputusan untuk berhenti. banyak sebab nanti ajelah ai buat special entry tentang kisah ai bekerja selama 2hari sahaja. hebat? memang pun! walaupun sudah menjadi seorang yang tidak bekerjaya semula tetapi hari ini ai masih bangun awal awal pagi pakai hensem hensem supaya kelihatan kacak dan datang breakfast dekat kfc seorang diri. ye! seorang diri. silalah percaya. huih! kfc pertronas sunway. ouh banyak kenangan sweet sweet dekat sini. rindu ouh!


~inilah menu pilihan ai untuk mulakan hari yang panjang ini. ia sedap percayalah!~

nasib baik menu pilihan ai sedap. ai rasa lagi berbaloi dari breakfast dekat mekdi yang pagi pagi makan apa apa entahlah sebab kebiasaannya kalau ai pergi mekdi ai cuma layan hot cake dia aje sebagai breakfast. menu menu yang lain ai tak pernah cuba lagi pun sebab tak pernah terliur lansung apatahlah lagi nak teringin ke apa ke.

sesungguhnya ai baru tahu kfc ada buat breakfast jugak macam mekdi. sungguh ketinggalan zaman. semalam tengok dekat iklan saja sudah buat ai terliur. jadi hari ini sungguh sungguh ai datang. phewww! memang sedap. kenalah pulak dengan taste ai. tambahan lagi dapat kupon percuma dari staff kfc sendiri. jimat jimat. berbaloi baloi. hikhikhik!

ai takut nanti hari hari pun ai nak datang sini setiap pagi sebab ketagih makan makanan yang sama. grrr! attitude yang pelik mungkin. silalah percaya bahawa ai boleh layan makanan yang sama setiap hari dekat tempat yang sama kalau hati ai sudah suka dan selera ai sudah kena. ai akan layan layan dan layan lagi sampailah ai sudah jemu dan bila ai sudah jumpa menu baru dan tempat makan baru yang sedap. heee! agak agak nanti apa pulak kata abang abang hensem dekat sini. ish!

Saturday, 26 March 2011

Saya Join 1Hari 1Blogger The FaceBlog Yaww!

d sebabkan malam ini malam kedua ai tak boleh tido walaupun dah jenuh TuanAbah membebel bebel ingatkan ai untuk tido awal. nak buat macam mana kalau sudah memang mata yang degil. tinggallah ai seorang diri tercangok sensorang. kesian tau sebab seronok aje tengok CikAdik ai dekat sebelah tido lena nyenyak pulak tu.


~hampir semereng nih lah ai jadinya bila tinggal seorang tak boleh tido~

jadi habis ai merantau warriors pergi jalan jalan makan angin dekat blog semua orang. dah jalan jalan ai jumpa segmen yang best jadi ai rasa ai nak join jugak lah. ai jumpa segmen ini pun dekat blog CikMimi. ouh dia sepupu ai. hiks! nama segmen ini adalah

SEGMEN 1 HARI 1 BLOGGER THE FACEBLOG

MAKLUMAT SEGMEN

SEGMEN:
1 hari 1 blogger the faceblog

TUJUAN:
mengeratkan hubungan antara blogger-blogger di malaysia

PERJALANAN SEGMEN:
pihak mereka akan membuat 1 entry setiap hari berkenaan blog anda pada ruangan the faceblog. dalam entry tersebut kami akan kongsikan berkenaan blog anda dan diri anda.

SYARAT NAK JOIN:
-ahli kepada the faceblog.
-buat satu entry di blog anda berkenaan :-
1. nama anda @ nickname
2. nama blog anda & rahsia di sebalik nama tersebut
2. ceritakan tentang blog anda.
3. tujuan anda blogging
4. harapan anda untuk blog anda.
5. sedikit nasihat @ pesanan kepada blogger lain.
6. letakkan banner segmen dibawah pada entry anda dan linkkan ke sini.

ok sekarang masa untuk ai pulak berceloteh mengikut syarat syarat yang d nyatakan

*ahli - check yes! ai dah jadi ahli dah.


~siap ada bukti lagi tau~

*nama @ nickname - hmm prefer people to know me as Dya Aien. jadi boleh panggil Dya @ Aien

*nama blog - PumpkinMumpkin. rahsia? tak ada rahsia pun melaenkan ai adalah peminat pumpkin yang comel comel masa HalloweenDay. mat saleh dekat oversea sana ukir pumpkin tu macam macam rupa. ai jatuh cinta dah. hehehe.

*tentang blog - ini diari elektronik ai. tempat untuk ai cakap apa saja yang ai rasa dan ai lalui. nak shout dekat fesbuk susah sebab nanti orang sound itu ini. padahal itu fesbuk ai. jadi sekarang belog ini tempat ai simpan segala cerita hidup ai. okey tak?

*tujuan berblog - dah nama pun elektronik diari. jadi ia adalah untuk ai wariskan cerita hidup ai untuk waris waris ai yang akan datang in the future. supaya diorang akan terus ingat dan sayang ai bila ai dah tak ada atas dunia ni. sob sob sob! sedih pulak.

*harapan untuk blog - semoga legasi legasi ai yang akan datang akan meneruskan ceritera mereka dalam belog ai. pergh! boleh buat cerita ikut sesi waris yang ke berapa berapa nanti. hebatlah!

*nasihat - ai tak pandai nasihat nasihat. cuma boleh cakap selamat berblogging dan selamat berkawan kawan d alam maya secara sihat. mungkin 1hari nanti boleh buat gathering para blogger besar besaran untuk 1Malaysia. :)

~comel eyh banner. ai suka!~

oke sekian terima kasih. sampai sini aja.

Wednesday, 16 March 2011

HeartBeat! HeartBeat! Heart Heart Beat! Heeee.


layan kan lagu ini? ouh ai sangat layan. feeling habis gitu. sebab everytime ai dengar suara MistaEnrique mesti ai jatuh cinta. harus lah. macam ala ala iklan celcom tu. tekejut bedebuk jatuh bangun balik tekejut lagi lepas tu bedebuk jatuh balik. haih macam itulah ai jatuh cinta tiap kali ai dengar suara MistaEnrique.

tapi kali ni ai bukan nak cakap pasal lagu lagu lah. yang ai nak ceritakan adalah HeartBeat. alah HeartBeat tu lah. banyak blogger dah tau dah. lebih kurang nak sama macam nuffnang lah jugak. tapi nama dia sedap lagi lah.

~ni lah banner HeartBeat ai. nak join sama kelik aja dekat atas sana tu~

~eheee! account HeartBeat ai~

~yeay! berjaya!

jom lah join beramai ramai. kalau tanak join jom lah shopping beramai ramai. ai tengok ada banyak hadiah hadiah menarik yang boleh d berikan pada siapa siapa yang special gitu. unik unik gitu samada untuk pakwe makwe atau mama abah atau atok nenek atau pakcik makcik atau adik kakak abang dan siapa siapa ajelah. menarik bukan? jadi jom lah join sama sama.

Monday, 14 March 2011

FaceBlog Saya!


atlast hari ini baru ada masa nak gugel balik page FaceBlog untuk siapkan entry tentang mereka dan kemudian join mereka secara officialnya. haih sungguh kuasa malas menguasai diri sampai otak tak mahu berfungsi dengan sebaek baeknya sedangkan setiap hari akan mengadap laptop usang ai dan kemudian blogwalk merata rata. gila hebat bila dah jadi pemalas.

apatu FaceBlog?

tujuan FaceBlog d wujudkan ialah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya d seluruh Malaysia dan dunia am nya. marilah kita bersatu dan bekerjasama dalam membantu rakan rakan blogger kita seluruh Malaysia.

seperti facebook mereka juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger d seluruh Malaysia selaras dengan tema yang mereka gunakan iaitu seakan akan tema facebook. sertailah mereka dan bersama kita memeriahkan dunia blog Malaysia. Terima Kasih.

ai dah join dah. dah lama dah. tapi baru hari ini ada masa nak siapkan entry tentang FaceBlog nih. kesian. kesian. maaf. maaf. jom jom. join FaceBlog ramai ramai. meriah sikit dunia blog.

Thursday, 6 January 2011

The Everyone Sale Yeay!!!

~hye! apekah ini about 'The Everyone Sale' nih?~

~ouh! inilah sale dari Celcom. semua orang pown suka sale kan?~


~maen token token pulak! macham dekat fun fair lah.~

~okeh! ini adelah part paling menarek dalam sale ini!~

ai tak tahu adekah ai manusia yang ketinggalan zaman atau mungkin ai dah ketinggalan keretapi atau mungkin kapal terbang kerana baru tahu tentang ini! ish kesian kan ai? naseb baek rajin gugel sana gugel sini semalam. kalau tak harus ai memang akan teros terketinggalan zaman tentang sale yang menarek ini!

yeay kepada Celcom! kepada pengguna setia celcom seperti ai kita tergolong dalam golongan yang bertuah dalam kes kes istimewa seperti ini walaopown promosi ini adelah terbuka kepada semua. siapa ya yang tak mahu diskaun banyak banyak bila bershopping angkat tangan? ouh ai pasti yang angkat kaki tu tipu lah sangat.

mahu sertai? nasihat ai sila pasti kan anda adelah pengguna nombor celcom. kemudian daftar kan diri dekat web dia. kena daftar kalau tak daftar tak ada makna nye! ai pown mula mula ingat boleh lah check berapa token ai dah dapat jadi teros ikot arahan taip Token hantar kepada 28881. lepas tu ai pown tunggu lah sampai siang pown tak dapat. rupa nya kena daftar dekat web. hampeh ai tertipu!

setiap kali topup 10ringgit dapat lah 1token. selebih nya check sendiri dekat web celcom. untuk loyal member yang dah lama guna nombor celcom adalah sedikit kelebihan sebab akan dapat token ikut dah berapa lama anda setia bersama sehati sejiwa dengan celcom. kemudian dengan token token ini akan mewakili nilai dalam RM yang kita boleh guna sebagai discount value untuk beli henfon henfon yang celcom dah offer kan tu. yeay! wat a great news for me! baru tambah henfon ada hati nak gagau sebijik lagi!

ai dah check berapa token ai dah ada! sadis baru 11tokens aje! lagi 9tokens untuk jadi 20tokens yang bernilai rm50.00. d sebab kan ai dah aim sebijik Sony Ericsson Xperia X8 yang bernilai rm899.00 jadi selepas ini ai akan dengan jaya nya rajin bergayut dengan kekasih hati supaya ai rajin topup! hahaha!

ouh lupa promosi akan tamat pada 31/March/2011. jadi sila lah berusaha dengan gigih! erk! sempat ke nak gigih gigih kan diri untuk kumpul token sebanyak 80tokens yang membawa kepada nilai rm500.00? kepada yang berminat layari laman web ini http://www.xpax.com.my/sale

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers