Thursday 30 August 2012

Rezeki Ramadhan Kali Kedua , Syawal 1433H Bahagia Bergelar Ibu.

Alhamdulillah! Kurnia Allah tahun ini lebih besar nikmatnya. Tahun lepas genap 01/08/2011 Allah kurniakan punca rezeki yang sesungguhnya ramai yang berharap harap. Kemudian EncekJantungHati yang bergelar tunangan ketika itu pernah bertanya macam mana agaknya tahun hadapan. Subhanallah! tahun ini lebih besar nikmat rezeki dari Allah. Kalau tahun lepas kami berhari raya sebagai tunang tunangan. Tahun ini kami berhari raya sebagai suami isteri. Lebih indah Syawal kali ini status kami berganda dengan gelaran ibu bapa. Dia kurniakan kami rezeki zuriat seawal mungkin. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur Ya Allah!

Bahagia setelah menghitung minggu ke minggu, DyaSharizan's Junior membesar dalam kandungan rahim UmmiDya genap sehingga 40minggu. Ummi rasa sangat sangat bersyukur. Rasa puas hati sebab dapat bawa JuniorBuahHati Ummi dengan Ummi lama lama. Alhamdulillah, JuniorBuahHati Ummi lahir genap bersamaan dengan EDD yang doktor anggarkan. Genap 25 Ramadhan 1433 H bersamaan 14 Ogos 2012. Alhamdulillah!

Terlalu banyak pengalaman yang indah untuk diceritakan tapi Ummi pilih untuk simpan buat kita saja nanti. Terlalu banyak kisah kisah yang bahagia untuk diceritakan. Allah beri Ummi peluang untuk rasa pengalaman mengandung dalam bulan Ramadhan. AllahhuAkbar nikmat sangat tak terhingga rasanya. Kalau boleh ada rezeki lagi lepas ini Ummi mahu sekali lagi mengandung dalam bulan yang banyak berkat ni. Biar berhari raya dalam pantang bukan masalah.


DENGAN INI BLOG INI TAMAT DI SINI SAJA. SELEBIHNYA BIAR MENJADI NIKMAT ISTANA CINTA DYASHARIZAN. MUNGKIN SATU HARI NANTI PINTU HATI TERBUKA SEMULA UNTUK BERBLOG. DOA DOA KAN. AMEEN! JIKA SELAMA BLOG INI WUJUD ADA YANG MENGGURIS HATI DAN PERASAAN MANA MANA PIHAK, DYA MOHON AGAR DIMAAFKAN. TERIMA KASIH. =)


Lilypie First Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers