Saturday 3 November 2012

Lets Loss Ur Inch With Inch Loss Lotion By Felinna Beauty

Bismillahhirrahmanirrahim.. Heyhooo.. Kita teaser dulu sebelum cerita banyak banyak. Anyway ai nak share 1 rahsia. Rahsia apa? Rahsia untuk jadi cantek! Sedia maklum ai baru ja lepas bersalin dan baby pun baru 2bulan lebih. Lepas bersalin semangat nak bercantek cantek kembali meluak luak. Dulu waktu mengandung huh jangankan bergambar keluar jumpa orang ramai pun ai tak mau! Malu! Segan! Yelah selamanih badan selim melim kecik molek tiba tiba jadi chubby montel montel. Uhuk! Serius ai sangatlah malu dan sebab itulah ai lansung tak update apa apa dalam belog. Macam mana nak update kalau sekeping gambar waktu mengandung pun susah nak snap. Anyway sekarang ai sudah jumpa cara mudah untuk kembali kurus!

Produk Inch Loss Slimming Lotion By Felinna semakin popular 1Malaysia sebagai satu cara paling mudah untuk membantu sesiapa saja yang mahu kurus tapi takut untuk makan supplement atau ubat kurus, mahu kurus tapi tak lalu minum slimming drink, mahu kurus tapi terlalu sibuk atau malas untuk bersenam, mahu kurus tapi tak mampu untuk melawan nafsu makan dan berdiet. Jadi lotion ini adalah jalan penyelesaian yang paling mudah. Yang penting sekali adalah lotion ini MADE IN MALAYSIA, ada kelulusan KKM dengan nombor berdaftar NOT120101613K, ia HALAL dengan kelulusan JAKIM, selamat dan sesuai untuk wanita dan juga lelaki. =)





Sudah ramai yang menggunakannya dan masing masing pun teruja dengan perubahan yang d alami. Dan bagi ai sendiri time by time ai akan update hasil yang ai dapat oke. Walaupun lepas bersalin berat ai kembali normal seperti sedia kala tapi lelemak yang tertinggal hasil pembelaan badan waktu pregnant masih kekal d situ. Hasilnya perut ai sedikit muncit dan bila ai pakai dress atau kebaya buat ai rasa uhukhukhukhuk nak menanges dan pastinya mulut tak henti henti mengadu pada EncekJantungHati sedih tengok perut yang muncit. Selain dari perut yang muncit paha ai jugak sedikit bertambah kelebarannya yea sampai rasa susah nak bejalan laju laju macam zaman anak dara dulu. Tiap kali jalan jalan dengan EncekJantungHati tiap kali tulah ai mengeluh. Tapi sekarang heuheuheuheu ai sudah jumpa jalan penyelesaian masalah ai. Anda pun jom lah join ai.

Ramai yang bertanya kenapa Inch Loss Slimming Lotion By Felinna nih sangat popular meletop letop skangni? Jawapannya adalah kerana :-



RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

1) Lotion ni sangat wangi dan tak terlalu panas,dia dingin dan mesra pengguna.

2) Hanya sekali sapuan anda boleh lihat perbezaan inch anda (pastikan anda ukur inch sebelum guna ya).

3) Inchloss diformulasi dari bahan semulajadi yang selamat untuk wanita hamil,menyusu atau gastrik.

4) Kita boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yang kurus sekadar nak buang lemak lemak sikit sikit tu pon boleh cuba. Pasti puas hati! 

5) Yang pasti dengan Inchloss pengeluar dah hantar untuk dibacakan 30juzuk Al-Quran di Maahad Tahfiz Bukit Mertajam Penang. Semoga lebih dirahmati. (JADI JANGAN LANGKAH YA!)

6) Ok nak tahu sesuatu yg terbaru? Untuk Inchloss pack baru tu boleh sapu kat muka jika nak buang lemak lemak tu. Tapi jangan sapu banyak! sapu urutan lawan jam kat tengkuk dan muka yang rasa rasa tak segak tu. So makesure tak banyak sebab nanti muka cepat panas uolls! Ajaaaibbb!!! Boleh guna top to toe. Hebatnya Inchloss!

Jadi kepada yang belum mencuba Inchloss anda boleh try now. Jika anda sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh apply untuk percepatkan proses pembakaran lemak! Inchloss sangat selamat dan berkesan!


Ingredients untuk penghasilan lotion ni :
Aloe Vera extract, Sodium edta, Triethanolamine, Acrylate, Iris florantina extract, Glycerine, Capsaicin, N-butylparaben, R.O water.

Berkapasiti 180ml harga mengikut TNC dari pengeluar adalah RM75.00 Semenanjung Malaysia / RM80.00 Sabah Sarawak with NO DELIVERY CHARGE!


Jadi untuk sebarang pertanyaan / order pliss do not hesitate to PM FB ai https://www.facebook.com/dya.al.aien @ mesej ai (019-4005628).


Lepasnih ai akan selalu update belog dengan testimoni pengguna yang sudah berjaya yea. =)

Thursday 30 August 2012

Rezeki Ramadhan Kali Kedua , Syawal 1433H Bahagia Bergelar Ibu.

Alhamdulillah! Kurnia Allah tahun ini lebih besar nikmatnya. Tahun lepas genap 01/08/2011 Allah kurniakan punca rezeki yang sesungguhnya ramai yang berharap harap. Kemudian EncekJantungHati yang bergelar tunangan ketika itu pernah bertanya macam mana agaknya tahun hadapan. Subhanallah! tahun ini lebih besar nikmat rezeki dari Allah. Kalau tahun lepas kami berhari raya sebagai tunang tunangan. Tahun ini kami berhari raya sebagai suami isteri. Lebih indah Syawal kali ini status kami berganda dengan gelaran ibu bapa. Dia kurniakan kami rezeki zuriat seawal mungkin. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur Ya Allah!

Bahagia setelah menghitung minggu ke minggu, DyaSharizan's Junior membesar dalam kandungan rahim UmmiDya genap sehingga 40minggu. Ummi rasa sangat sangat bersyukur. Rasa puas hati sebab dapat bawa JuniorBuahHati Ummi dengan Ummi lama lama. Alhamdulillah, JuniorBuahHati Ummi lahir genap bersamaan dengan EDD yang doktor anggarkan. Genap 25 Ramadhan 1433 H bersamaan 14 Ogos 2012. Alhamdulillah!

Terlalu banyak pengalaman yang indah untuk diceritakan tapi Ummi pilih untuk simpan buat kita saja nanti. Terlalu banyak kisah kisah yang bahagia untuk diceritakan. Allah beri Ummi peluang untuk rasa pengalaman mengandung dalam bulan Ramadhan. AllahhuAkbar nikmat sangat tak terhingga rasanya. Kalau boleh ada rezeki lagi lepas ini Ummi mahu sekali lagi mengandung dalam bulan yang banyak berkat ni. Biar berhari raya dalam pantang bukan masalah.


DENGAN INI BLOG INI TAMAT DI SINI SAJA. SELEBIHNYA BIAR MENJADI NIKMAT ISTANA CINTA DYASHARIZAN. MUNGKIN SATU HARI NANTI PINTU HATI TERBUKA SEMULA UNTUK BERBLOG. DOA DOA KAN. AMEEN! JIKA SELAMA BLOG INI WUJUD ADA YANG MENGGURIS HATI DAN PERASAAN MANA MANA PIHAK, DYA MOHON AGAR DIMAAFKAN. TERIMA KASIH. =)


Lilypie First Birthday tickers

Tuesday 14 February 2012

Nyam Nyam!

nyam nyam! kalau boleh mahu tunggu sampai 9haribulan november2012 nanti baru update semula. setiap hari mesti sibuk online fesbuk. online fesbuk mencelah online belog. tapi hampeh! idea semua sudah kering sejak sejak tukar title dari Cik kepada Puan. phewww!

idea kering sebab bila ada EncekJantungHati haruslah fokus untuk bercerita bertengkar bergaduh bertumbuk 100% dengan beliau aja. senang cakap konsentrasi memang terganggulah bila ada beliau depan mata. kalau beliau tak kacau ai haruslah ai kacau beliau. ngeh ngeh ngeh! hobi baru tuh!

jadi bila malam nih kena tinggal sorang sorang sekejap sebab beliau kerja shift petang balik pukul 2pagi karang maka tergatal tangan jugak jugak update belog. ketagih kaw kaw kot walaupun orang lain sibuk ucap hello selamat tahun baru dan ai pulak buat macam erkkk eyh sudah tahun baru ke??? alaaa terlepas sudah jadi tak sempat mahu ucap. oke lah! sorry sebab banyak comment tak terbalas. eyh ai bukan sombong cuma errrmmm waktu dulu busy nak kahwin. kah kah kah kah! tapi betul tahu huih preparation untuk kenduri kendara memang super memenatkan. tapi apapun Alhamdulillah diri ai sudah terlepas semuanya dengan selamat. ameen!

jadi malam nih konon konon rajin layan belog habis semua d renovate semula. hamek ai buang aje chatbox yang menyemak tapi kosong. hiks! ai perasan lama dah chatbox sudah kong tapi kalau mood berbelog masuk ke laut antartika belog buruk pun pejam mata sebelah buat buat tak nampak. tapi sekarang separuh cantik lah jugak sebab hiks tengok background aloh aloh aloh aloh supercomel! perasan sendiri! ahhh jadilah minor renovation untuk belog ai malam nih dari terus terbiar macam tuh aje. yo tak?

petang tadi balik kerja bengong seorang diri tiba tiba teringat nyam nyam. huih! feveret zaman kanak kanak. mungkin sekarang junior pulak tolong ingatkan sebab selama nih mana pernah nak layan cekelat zaman kanak kanak lagi. eleyh kalau pergi kedai terpandang nini cokolat celup celup celup pun pandang sebelah mata. heh konon konon mana ada kelasss kau nak layan cekelat budak kecik macam tuh. sekarang layan dove aje kalau tak dove cadburry cukup takdo cadburry ferrero rocher sekali sekala lepas gian. grrr! memalam nih kebulur coklat coklat sedap pulak.


~nyam nyam. cuma satu yang masih selamat. satu lagi sudah sodaqallahhalazim masuk perut~

nyam nyam nyam nyam! tebiat nyam nyam malam nih. jangan suruh ai nyanyi lagu dia sebab takdo nya ai ingat. tapi tadi EncekJantungHati nyanyi memang kah kah kah kah kah! beliau semua lagu zaman dolu dolu kala beliau ingat. till then selamat nyam nyam. mengantuk tahap gaban. harap harap ada lagi entry baru lepas nih. cuma jangan harap harap lepas dua tiga bulan nanti aja baru ada entry baru sudahlah ye. bye!
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers