Wednesday, 9 November 2011

Hulk Warna Pink. Wehuuu!

yeahhh! cepat ucap tahniah dekat ai. sebab berjaya tukar jadi hulk warna pink. barulah sepadan dengan EncekTunang EncekJantungHati. sebab beliau adalah hulk warna hijau. oke fine! berhenti melalut. sebenarnya ai sangat gembira sebab akhirnya berjaya atasi perasaan takut untuk pakai contact lense. yeahhh! bertahun tahun sudah ai memendam hasrat menyimpan impian kot!

pernah sekali dulu masa contact lense baru mula nak famous amos dalam negara kita nih ai pulun pergi optical care. beriya lah hai siap check mata semua sudah. bila sampai part untuk belajar pakai lense ai gagal. hasrat terpendam d situ sahaja sebab ai terlalu takut. ai tak ingat tahun berapa tapi waktu itu ai dalam tingkatan 6rendah dekat sekolah menengah methodist acs sitiawan. hahah! sila kira sudah berapa tahun berlalu sebab sekarang umur ai sudah pun 25tahun. hiks!

setiap kali teman kawan pergi buat contact lense atau tengok kawan kawan pakat ramai ramai pakai lenses ai cuma diam. bila mereka soal ai jawab tunggu sampai ada lense warna pink baru ai pakai. maklumlah waktu tuh ai fikir siapalah merepek nak buat contact lense warna pink ye tak? akhirnya sekarang hamek kau betul betul ada contact lense warna pink. harussslah ai bantai beli lenses warna pink. ekekeke!

sekarang ai nekadkan hati untuk overcome rasa takut sebab mahu surprisekan EncekJantungHati masa hari akad nikah dan hari kenduri nanti. sekali ai heret beliau untuk teman ai mencari mencari yang berkenan d kalbu. plan yang asalnya ai mencari lenses warna purple nak ala ala violet gitu. tahu tahu tadi terjumpa satu kedai ada lense warna pink. anda fikir makhluk tuhan yang obses dengan warna pink tapi tak mengaku nih nak tunggu lagi? harussslah gedik gedik nak buat. hilang habis rasa takut. tapi sekejap ajelah hilangnya pun!

d sebabkan ai baru pertama kali nak belajar pakai contact lense jadi orang dekat optical care tuh besungguh sungguhlah ajar ai. sampai merah bijik mata. menangis lah konon sekejap sebab meleleh leleh air mata. jari pegang lense mulut memanggil manggil EncekTunang EncekJantungHati. tapi boleh beliau diam diam. siap keluar pergi jenjalan sekejap. alasannya tak sampai hati dengan ai merintih rintih. hati mau tapi takut. tapi syukur alhamdulillah sebab akhirnya ai berjaya atasi rasa takut. siap boleh pakai buang pakai buang sudah. huhuh!

apa apa pun ini untuk EncekJantungHati. harap beliau berbanggalah jugak dengan perngorbanan kecil ai nih. walaupun orang cakap eleyhhh bukan apa sangat pun tapi bagi ai besar jugak kot sebab jujur ai memang takut bab nak jolok jolok bijik mata. hahaha!


~ini contact lense warna violet @ purple~


~tadaaa! inilah warna mata baru ai. hulk pink gitu. sebijiklah macam dalam gambar dekat atas nih~

kesimpulannya ai puas hati dengan pencapai terbaru ai. kira berbaloi jugaklah usaha menapak beribu batu selamanih semata mata mencari lenses yang berkenan d hati. kesian EncekTunang EncekJantungHati. dan terpaling ai puas hati adalah kerana warna contact lense ai macam boleh tukar tukar. kalau tengok dari jauh nampak macam warna brown. kalau tengok sekali imbas nampak macam warna violet. tapi kalau renung betul betul baru akan nampak warna pink. wehuuu! ai gembira. oke nyte nyte. mahu pergi tido sambil senyum senyum.

Tuesday, 8 November 2011

Ceritera Setahun Setahun Dan Hampir Menjelang Setahun. Alhamdulillah.

home alone dan spring cleaning the house before balik ke kampung yang jauhnya hanya 2 3 minit dari rumah. hahah! Selamat Hari Raya AidilAdha 2011. may Allah bless all of us. semoga d murahkan rezeki kita dan semoga Allah makbulkan doa setiap hambanya yang mengharapkan untuk d jemput menjadi tetamuNya. dan semoga setiap pengorbanan kita mendapat keredhaan Allah. insyaAllah ameen. maaf terlambat sehari eyh 2hari!

okeyh. ini boleh d kategorikan sebagai sambungan kepada kisah dalam entry yang ini. setahun setahun dan hampir menjelang setahun? apekahhh? berbalik kepada kisah sambungan entry maka last story endingnya macam ini "facebook ai memang meriah. sejak sejak putus cinta satu masa dulu kemudian status tukar jadi single lagi lah bertambah meriah. semua orang pun tiba tiba jadi rajin nak tegur cakap hi lah cakap hello lah tanya khabar lah. dalam ramai ramai ai selalu berfacebook dengan seorang ermmm nama dia AhSengKu. dari sekeping gambar yang AhSengku upload ni lah jadi punca EncekJantungHati ai rajin bebenar tegur tegur ai. cewahhh!" tapi meriahnya cuma sekadar dalam facebook. jadi bermulalah sesi berbalas balas comment dekat wall facebook. itu pun kira ala ala kadar aje gitu.

Hari Deepavali yang lepas genaplah setahun tarikh perkenalan kami secara personally. maksudnya hari Deepavali setahun yang lepas tuh mula segala cerita. yang lawaknya kami cuma bermesej mesej melalui facebook. selalu terfikir dan selalu tertanya kenapa agaknya EncekJantungHati ai tak pernah lansung mintak nombor henfon. gagah sungguhla beliau mesej ai melalui facebook mesej aje. ehemmm! ai sudah tahu jawapannye. ekekeke! rahsia kita ajeye sayang? wink wink!

Hari Raya Haji yang baru berlalu semalam genaplah setahun tarikh persahabatan kami. iyelah kalau sudah mesej setiap hari haruslah bersahabat baik. ye tak sayang? teheee! tapi bagusnya bila baca balik mesej mesej dulu haruslah tergelak sebab semuanya mesej tak bermotif lansung. tapi mesej mesej tersebutlah yang banyak buat ai tersenyum senyum seorang diri setiap masa saat ketika dan setiap hari. sampai kena sound dengan Boss ai lah waktu dekat airport tengah tunggu turn naik flight pergi vietnam. sayang ai konfem yu ingat lagi cerita waktu nih kan? janji eyh rahsia kita dua aje tau!

semua pun sudah genap setahun. dan sekarang kami berdebar debar tunggu lagi satu tarikh paaaling penting untuk genap setahun. yeahhh! kalau tengok dekat sidebar mesti ada yang boleh agak kan? dan dalam menghitung hari untuk sampai ke tarikh genap kami setahun itu jugaklah kami menghitung waktu untuk menukar status dari tunangan kepada suamisteri. insyaAllah. Alhamdulillah buat masa sekarang Allah tunaikan doa kami untuk terus miliki tarikh 19november sebagai tarikh yang penting setiap kalinya. 19november tahun 2010 yang lepas tarikh itulah kami sepakat untuk saling mengenali dengan lebih seriyus walaupun tanpa ikatan sebagai couple couple bagai.

untuk EncekJantungHati terima kasih sayang sebab sanggup terima syarat ai yang tak mahu sebarang ikatan cinta tanpa nikah satu masa dulu. ai fikir yu cuma main main. tak sangka lepas 3bulan kita jadi kawan dan sahabat yu nekad untuk tukar status kita sebagai tunang tunangan. Alhamdulillah. yu banyak berkorban semata mata mahu buktikan keikhlasan hati yu. terima kasih sayang! terima kasih kepada yang selalu mendoakan kebahagiaan ai. ini untuk mereka yang menuduh ai tanpa usul periksa. dan ini hasil berkat doa dari anda yang menganiayai ai. dan ini berkat doa ai hamba Allah yang sangat sangat teraniaya. paling penting setiap kebahagiaan yang ai lalui sekarang adalah berkat doa mereka mereka yang mahu ai bahagia selepas terlalu lama menderita. terima kasih!

dari 30++ hari yang tinggal berkurang jadi 20++ hari. kemudian dari 20++ hari yang tinggal kira kira lagi sudah tinggal belas belas hari aje lagi. sekejap tadi sembang sembang dengan EncekTunang EncekJantungHati ai kira kira lagi eyh sudah tinggal 10++ hari aje lagi. huwaaa ai takut! okeylah. bye.

Tuesday, 1 November 2011

NovemberRain yang bertukar menjadi NovemberRainbow.

heylooo November. putar kembali masa bulan bulan yang dulu ai selalu terfikir November yang d harap tak akan mampu kami capai. malah EncekJantungHati selalu dedicate lagu NovemberRain dekat ai. sedih kot kalau d kenang balik. tapi syukur Alhamdulillah sebab Allah maha penyayang. Dia tunaikan doa doa EncekTunang EncekJantungHati ai selama nih lepas dugaan demi dugaan yang kami lalui. jadi malam nih jom kita main kira kira lagi yea sebab ai kan memang selalu saaayang sangat dengan angka 19 nih.

ai belum mahu announce kan tarikh tarikh penting majlis ai. errr ai kan memang selalu perahsia. cuma yang ai boleh cakap eyhhh hari nih sudah masuk bulan November. jadi genaplah tinggal lagi 19hari sisa sisa baki hari hari ai berstatus cik. dan kalau ai selak selak kalendar dengan terang terang nya ai cuma akan nampak cuma tinggal baki lagi 2kali hujung minggu untuk ai ber huha huha sebagai anak dara.

jadi ai dengan suka hati nya menggugel gugel due time and date countdown. hasilnya inilah yang ai dapat. jom kita yeayyy beramai ramai!

It is 19 days from the start date to the end date, end date included

Alternative time units 19 days can be converted to one of these units:

1,641,600 seconds
27,360 minutes
456 hours
2 weeks (rounded down)

huwaaa.. bak kata encek tunang clock is ticking time is running.. NovemberRain bertukar menjadi NovemberRainbow.. lalalalala.. Alhamdulillah.. =)

ramai orang bertanya kenapa tiba tiba ai berubah jadi sangat gembira. tergedik gedik mahu kawen sangat ke? bukan! bukan tergedik gedik soalnya sekarang. kalau yang selalu baca belog buruk ai mesti sudah faham sedari awal. cuma apa yang ai boleh cakap sekarang ini adalah ai terlalu bersyukur. Allah uji ai bertahun tahun lama nya. kemudian dengan berkat niat dan hati yang selalu ikhlas saat ini semua kesedihan yang dulu Allah gantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan baru. jadi ai harus hargai sebaik mungkin. haruslah ai ucap syukur Alhamdulillah setiap masa. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Adil. doa doa orang yang teraniaya selalu Allah dengar dan mudah Allah makbulkan. insyaAllah. ameen. nyte nyte!