Friday 22 July 2011

T.G.I.F Yang Second Last Punya Untuk Huha Huha!


aah betullah tuh. betullah apa? betullah ini adalah T.G.I.F yang second last sebelum masuk minggu depan kemudian tak ada lagi masa untuk huha huha duduk dekat rumah suka suka hati bangun lambat bergembira tanpa perlu sesak sesak kan fikiran dengan tekanan tekanan kerja atau berpanas panas hati untuk duduk dalam kereta lama lama menghadap jalan jalan yang sesak.

jadi adakah ai patut untuk berkata yeay? ataupun mungkin ai patut untuk berkata huwaaa? yang mana satu? sebenarnya dua dua pun ada dalam hati sekarang. separuh hati kata yeay tak sabar nya sebab bosan dah hampir sebulan duduk dekat rumah aje sampai rasa nak lemau lemau dah. dan separuh lagi hati kata huwaaa susah nya hati sebab takut untuk berdepan dengan dunia baru. kalinih kena lebih seriyus. kalinih kena lebih matang. kalinih kena usaha lebih kuat. cayokkk! cayokkk! cayokkk!

Orang Cakap The Blues Beliau Cakap You'll Never Walk Alone Pulak!

tahu tak semalam team The Blues ada dekat mana? tahu tak? tahu tak? urgh! ai rasa semua orang pun tahu dan ada jugak yang pergi tengok hidup hidup dekat stadium. oke fine sebenarnya tengok mereka live. itulah jadinya kalau ayat english d bahasa melayu kan! dan tahu tak semalam seorang peminat The Blues ini ada dekat mana? tahu tak? tahu tak? sigh! frust betul!

ini adalah kali ketiga mereka datang ke Malaysia. dan ini adalah kali ketiga jugak ai masih ketinggalan untuk berjumpa dengan mereka dekat stadium sana! uwaaa! dulu ai memang tinggal dekat Kuala Lumpur maka boleh pergi dengan senang kalau mahu tapi masalahnya tak ada yang meneman. sekarang sudah ada EncekJantungHati masalah yang menghalang pulak adalah ai dekat Penang. ye ada faham? ai dekat Penang.

ai bukanlah peminat fanatik mereka. tapi yang pasti ai peminat setia mereka. heee! kalau ada apa apa tentang mereka haruslah ai ambil tahu serba sikit. errmmm tapi kalau korang semua tanya siapa nama nama pemain team The Blues nih jangan harap ai boleh jawab dengan tepat pun. ha ha ha! ai cuma minat mereka. ai bukan fanatik dengan mereka. tapi apa pun dekat kereta haruslah ada sticker The Blues Forever oke.

hari ini EncekJantungHati kerja shift petang. dan hari ini jari beliau cedera. erk! sorry sayang. kesian anda. ai mengada ngada pergi tulis dekat dinding fesbuk beliau konon konon mengharapkan simpatilah sebab ai tak boleh pergi tengok The Blues jugak kali nih.

ai tulis macam nih : "tau tak harini team THE BLUES ada dekat mana? dan tau tak harini sorg peminat THE BLUES ni ada kt mana? sigh! frust betoi!"

anda tahu apa EncekJantungHati balas balik? beliau balas macam nih : "You'll never walk alone.. Teheee.. T kta pi kat sana trus.. Kat cni panas.. X best.. ;-)"

erkkk! oke fine! oke fine! nyata terang lagi bersuluh sesungguhnya ai dengan beliau adalah ermmm tak sehati sejiwa bila masuk bab nih. oke fine! you'll never walk la alone seorang diri. sudahlah angan angan tinggi melangit nak pergi tengok real rela dekat oversea sana nuh. ish cubit kang baru tahu!


~ini keputusannya. tapi ai tengok dekat fesbuk ada jugak yang tak puas hati. kenapa ya?~


~abang abang hensem lain kali datang lagi oke! selagi ai belum berjaya pergi tengok aksi korang dekat stadium selagi tuh korang kena selalu selalu datang sini oke!~

Wednesday 20 July 2011

Honey! Sugar! Sugar! Ouh Honey! Sugar Sugar Glider.

semenjak dua menjak nih ai jadi gedik semacam tiba tiba mahukan seekor haiwan perliharaan. lebih bertambah gedik bila tengok gambar gambar comel haiwan perliharaan milik kawan kawan dekat fesbuk.

dekat rumah ai nih suci murni. yang ada pun kolam ikan gedabak dekat depan rumah siap dengan air terjun sekali. hasil idea ai yang seciput aje dan selebihnya TuanAbah ai yang buat dan reka cantik cantik. dalam kolam tuh adalah berapa puluh ekor ikan dok berenang renang kesana kemari sambil kejap kejap main acilok nyorok sesama sendiri. kalau time gedik lompat lompat maka adalah kesempatan nak terkejut sebab boleh tengok tiba tiba ikan melompat keluar tangkap nyamuk punya pasal. dan bila silap landing alamat jatuh ke tanah ler jawabnya.

pernah sekali ada seekor dari ikan tuh tersilap landing masuk dalam baldi dekat sebelah kolam. terkejut tergempak jugaklah jadinya malam tuh bila dengar bunyi bedebum bedebam ala ala macam orang nak pecah masuk rumah. ikan tuh seekor buat kami seisi rumah terkejut badak sumbu air tahu. tergelak gelak sampai sakit perut lah jugak jadinya.

masalah sekarang bila rasa tergedik mahu bela haiwan tuh timbul mula lah berfikir fikir nak bela binatang apa? ai pernah cuba bela seekor ikan laga dalam tahun lepas. tahu berapa hari bertahan ikan tuh? 5hari aje. perghhh! rasa bersalahnya jangan cakaplah. nak kata ikan tuh mati sebab ai tak bagi makan tak adalah ai kejam sangat sampai macam tuh. ikan tuh mati sebab ai terlebih bagi dia makan! demmm! ai punya sayang dekat ikan tuh sebab dia cantik jangan cakaplah. ternampak dekat ekspo apatah lepas tuh terus manja manja minta dekat PuanMama.

dalam 5hari sebelum kejadian tiap tiap pagi sebelum ai keluar pergi kerja ai harus bagi dia bekalan makanan yang cukup. mana tahu kalau tiba tiba petangnya ai balik lambat. haruslah lapar ikan ai tuh nanti kan. dan seperti yang ai jangka memang petang tuh ai balik sedikit lewat sebab kerja dekat office bersepah sepah. bila ai balik perkara pertama yang ai cari konfemlah ikan ai. sekali ai tengok dia sudah terbongkang dalam akuarium cawan dia. hadoi sedih sob sob sob lah kejap. takut nak bagitahu PuanMama. rasa bersalah dekat ikan comel tuh dan PuanMama pun ada. maka ai diam diam kan ajelah sampai PuanMama sedar sendiri. hiks! takut punya pasal daaa.

ada orang bagi cadangan bela kucing. masalahnya ai dengan CikAdikPerempuan ai takut gila dengan kucing. kalau nampak kucing dari jauh harus angkat kaki. pernah dekat kedai makan tiba tiba kucing lalu bawah meja terus dua dua melompat panjat kerusi sampai satu kedai yang kalut penuh dengan orang ramai semua terdiam berhenti tengok reaksi kartun kami. malu gila oke! jadi cadangan untuk bela seekor kucing itu harus d tolak mentah mentah. selamat tinggal!

kemudian ada orang cadangkan bela hamster. alamak ai! hamster memanglah comel tapi masalahnya tiap kali ai tengok hamster yang ai nampak dan bayangkan hanyalah seperti seekor tikus. huwaaaa! lagi geli geleman! euwww! ai pernah cuba pegang hamster perliharaan jiran ai. elok elok pegang bila terasa badan dengan tulang yang lembik lembik terus terlepas dari tangan. yaiks! ai geli dengan benda yang lembek lembek nih. halamak berdiri segala bulu roma ai. yeksss!

tapi ‎bila ai tengok gambar sugar glider milik kawan fesbuk tiba tiba rasa teringin jugak nak bela seorang eyh silap seekor! tapi masalahnya macam mana nk bela kalau tahap kegelian dalam diri terhadap benda benda kecik comel lembek lembek adalah sangat maximum dan melampao lampao? sedangkan kucing dengan hamster pun ai takut. ini kan pulak sugar glider. haish! sudahlah sugar glider nih boleh terbang. huwaaaa! laaagi menakutkan!


~bulatnya mata engkau yek!~


~alololololo! kecik comel aje sugar glider nih sebenarnya~


~sekali datang time dia berterbangan baru pecah rahsia besar pulak badan engkau eyk! bayangkan tiba tiba time tengah tido haiwan comel nih landing atas muka dengan keadaan macam nih. aaaa lemas lah! ngeri!~


~eeeeee! ekor dia panjang! laaagi ai bertambah tambah geli! euwww!~


~tapi bila part tengok jari jemari dia yang halus dengan kuku yang menakutkan macam tuh ai cuma boleh cakap oke fine bye! tak jadi idea nak bela seekor sugar glider!~

ada satu hari tuh dalam kereta masa balik dari hospital ai pun bodek bodek lah EncekJantungHati. dengan harapan dia bela sugar glider nih jadi ai boleh tumpang main main jek. sekali beliau cakap apa tahu? "haaa! sugar glider. alamak sedangkan hamster pun geli inikan pulak sugar glider." dan ai terus pffttt! apakah? kemudian gelak guling guling sebab baru tahu fakta baru tentang beliau. kuang kuang kuang! maka sudahlah ye. padamkan saja angan angan suci murni nih.

errr kadang kadang ai terfikir kalaulah ai boleh bela rama rama kan bagus? sekurang kurangnya tercapai lah jugak hasrat untuk ada haiwan perliharaan yang comel. cukuplah sebagai tempat buat ai bersembang seorang diri bila bosan tatkala semua orang pun sibuk dengan dunia masing masing. hu hu hu!

Wordless Wednesday #4# Mengertilah Aku Dengan Hati Dan Bukan Fahami Aku Dengan Akal Fikiran Semata Mata.




Tuesday 19 July 2011

First Time Dapat Hadiah Sakit Hati Pada Hari Penting.

kalau yang rajin layan belog buruk ai konfem lali dengan habit ai buat sepesel entry bila sampai tarikh 19haribulan setiap bulan. nasiblah kalau ada yang loya bila tengok ai tergedik gedik dapat hadiah itu ini. nak buat macam mana itu nombor 19 ai punya ong punya nombor maaa.

hari ini genap 8bulan lah terdimengoratlah konon nya. dan hari ini genaplah 5bulan sudah terdibertunangkan konon nya jugak. kali nih ai dapat hadiah lain macam punya sepesel. sampai sekarang tengah fikir fikir samada nak simpan ke nak buang aje. kang kalau simpan lama lama hati ai makin parah. tapi kalau tak simpan dalam hati karang ada jugak yang mula naik kepala. jadi apa patut ai buat?

ouh mahu tahu apa hadiah nya? hadiah nya adalah ayat baik punyaaa sampai boleh sentap segala isi alam. perghhh! seriyus ah ai terdiam. oke fine! terima kasih lah berbanyak banyak nya yea EncekJantungHati. hadiah kali nih menarik habis. eyh silap menyakitkan hati betul!

ai tak minta pun yu baik baik hati bagi ai itu ini sebab semuanya ai boleh cari sendiri. ai pun tak minta lebih lebih dari yu untuk buat ai macam puteri raja ke puteri bunian sekalipun. cukup sekadar faham ai. bukan faham ai untuk jatuhkan ai? dan bukan faham ai semata mata lakonan untuk dapatkan ai! sedangkan saat nih ai sedang berperang dengan keadaan dan diri ai sendiri untuk sembuh. ouh yea sebelum ai terlupa ai minta maaf banyak banyak lah yea sebab sedar tak sedar rupanya 8bulan sudah ai menyusahkan yu.

selama hari nih ai tak pernah minta yu berubah semata mata untuk dapatkan ai. erk! tak pernah pun oke! jadi yu berubah semata mata untuk pastikan ai milik yu lepas tuh yu jadi diri yu semula? maka ai adalah tipah tertipu ke apa nih? sigh! sakit hati oke. seriyus ai sangat sangat sakit hati. bukan setakat sakit hati tapi kecewa. macam nak tembak tembak orang pun ada jugak.

selama hari nih ai tak pernah minta simpati yu untuk ada dalam hidup ai. ai tak pernah minta yu datang dalam hidup ai lebih dari seorang kawan. dan ai tak pernah pun minta yu jadi superhero yang konon konon nya mahu selamatkan hidup ai. nope! nope! ai tak perlukan superhero apatah lagi superman! dan ai tak perlukan semua kebaikan itu yang d kemudian hari nya semua itu d ungkit semula!

lagi banyak ai cakap dekat sini lagi melalut. jadi ai simplekan semuanya. harap yu mengerti dan bukan sekadar faham semata mata! ai tak pernah minta diri dan keadaan ai tersangkut dalam keadaan yang sesukar nih selama hari nih. ai tak pernah minta ai d uji atau d duga dengan ujian seberat berat ujian nih selama hari nih. orang yang tengok boleh cakap kesian kesian dan kesian. orang cakap berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.

bukan ai tak redha dengan takdir hidup ai selama hari nih. 9tahun bukan satu masa yang singkat. kalau d hitung balik setiap apa yang ai hilang maka yu akan faham kenapa terkadang ai seolah olah orang yang jatuh terduduk sampai tak mahu bangun lagi. tapi tengok keadaan ai hari ini? ai masih mampu bangun ai masih mampu berdiri ai masih mampu untuk belajar berjalan perlahan lahan hasil dari kesakitan dan kekecewaan yang ai tanggung. cuma terkadang ai perlukan bahu untuk ai menumpang kekuatan. cuma terkadang ai perlukan tangan untuk memegang dari terjatuh semula. tengok macam mana seorang bayi yang baru belajar bertatih untuk berjalan maka itulah keadaan diri ai hari ini.

ai cuma mahu pinjam kekuatan. ai cuma mahu pinjam semangat. ai cuma mahu pinjam keazaman. ai tak minta diri ai d papah selamanya. ai tak minta tangan ai d pimpin selamanya. malah ai tak minta diri ai d dukung selama mana pun. ai hadiahkan senyuman untuk semua orang saat ai sakit berperang dengan keadaan. tapi orang hadiahkan ai sebuah tanggapan buruk bila ai sakit dan ai luahkan yang ai sedang sakit. ai tak minta diri ai d layan seperti bayi pun selama ai sakit. ai cuma minta diri ai d beri ruang untuk bernafas dan biar ai sendiri yang bangun semula. tapi siapa sebenarnya yang mengongkong kehidupan ai? siapa sebenarnya yang terlalu takut untuk terima hakikat kalau mungkin ai d takdirkan mati dalam melawan kesakitan yang d tanggung? siapa sebenarnya yang terlalu komplikated kan keadaan yang sebenarnya ai anggap simple dan mudah? siapa siapa dan siapa sebenarnya?

kata kata yu semalam cukup untuk menghancurkan hati yang sedang terluka. terima kasih jika ini hadiah yang terbaik yang mampu yu beri pada ai untuk hari ini. diri yu tak ubah seperti boneka kayu yang d cat cantik cantik kemudian dekat bahagian muka d lukis senyuman palsu. maka semua orang yang tengok mesti tertawan! mesti terjatuh hati! mesti cakap wahhh yu lah yang terpaling baik! fakta yang sebenar kayu tetap akan kayu. kalau cat tertanggal dan kalau kayu ketuk orang memang konfem akan sakit!

beri ai ruang untuk bercakap dan bukan bila ai mula buka mulut yu pulak akan mencelah! beri ai ruang untuk luahkan segala yang terpendam dan bukan bila ai mula buka mulut yu pulak akan beri sejuta jawapan dan alasan kononya cuma diri yu saja yang betul! beri ai ruang untuk bernafas sebab ai jemu untuk jaga hati yu semata mata dan buat orang fikir oke fine yu lah yang terpaling baik sekali! beri ai ruang untuk menjadi apa yang ai mahu jadi dan bukan anak patung yang yu mahu untuk menjaga hati perasaan dan keinginan yu semata mata!

ai cuba bercakap yu menghalang. jadi apa lagi cara yang ada? ai ada sabar. ai d didik dengan baik selama dulu. kalau tak percaya tanyalah BekasKesayangan ai. dia tahu siapa ai sebenarnya lebih dari orang lain. ai tak berkurang ajar tanpa sebab. ai biadap bila ai d cabar dan bila sabar sudah hilang. sedangkan ai cuma mahu ruang dan peluang untuk luahkan apa yang terpendam! itu saja.

marah ai sekejap cuma bila ai diam. dan bila waktu untuk berbincang itu tak bermaksud yu boleh mencelah sesuka hati menjawab mendabik dada kononnya cuma yu seorang saja yang betul! urgh ai fedup dengan lelaki yang ego macam nih tapi berlakon baik tak mengaku kononnya cuma dia seorang saja yang terbaik!

yu cakap ai ego! yes ai mengaku ai memang ego tapi fikir balik siapa lebih ego sebenarnya? maka ego lagi kah ai hari ini kalau yu masih mendapat peluang selama hari ini? yu cakap ai panas baran! yes ai mengaku ai ada baran sendiri. tapi pergi tanya manusia manusia lain yang betul betul kenal siapa ai maka yu akan tahu baran ai itu untuk apa sebenarnya! dan pergilah tanya mereka mereka yang lebih lama kenal ai berbanding yu pernahkah selama ai hidup hari ini perbuatan ai cuma menyakitkan hati orang orang lain semata mata?

cukuplah ayat ayat manis yu selama 8bulan nih. jangan jadi manusia yang lidah bercabang. sekejap cakap lain. kemudian lain hari nanti cakap lain. yu boleh cari orang yang betul betul sempurna. buktikan ada orang yang mampu bertahan dengan sikap dan diri yu sebenar benar nya. ai tak kisah. untuk apa ai d ikat semata mata untuk d sakiti? ai bukan anak patung semata mata! ai tak perlukan lakonan. ai tak perlukan kepura puraan semata mata. sekian terima kasih!

ai boleh d tegur tapi bukan dengan cara menyakitkan hati. ai boleh d ubah tapi bukan dengan cara yang mengecewakan. jangan fikir bersama yu adalah perkara yang mudah untuk ai lakukan. ai perlu siapkan diri ai sebaik baiknya. ai perlu kuatkan mental dan fizikal ai sekuat kuatnya. tapi pernah yu terfikirkan semua tuh? pernahkah? untuk menahan kerenah dari yu. untuk melawan rasa kesakitan ai. untuk melupakan dan bangkit dari kekecewaan silam. dan untuk berdepan dengan kata kata negatif dari luar. pernahkah yu hargai semua tuh?

jangan samakan keadaan yu dengan keadaan ai. sebab kita berdepan dengan dugaan dan cabaran yang berbeza sebenarnya. sebab ai hargai yu maka ai sentiasa berubah cuma yu yang tak pernah sedar. sebab ai terlalu hargai diri yu maka peluang dan ruang akan sentiasa ada untuk yu. sebab itulah kelemahan diri ai. terlalu pemaaf. maka yu gunakan kelemahan ai sebaik baik nya. hebat!

letih! jujur ai letih. maka d sebabkan yu tak beri ai ruang dan peluang untuk luahkan apa yang ai rasa maka ini adalah jalan terbaik. jangan terlalu bersikap mementingkan diri yu semata mata. dan paling penting tolonglah hentikan sikap pura pura yu. sampai bila yu boleh berpura pura? sampai bila?

EncekJantungHati ai mahu yu faham bila yu ikat diri ai dalam ikatan ini beerti terlalu banyak perkara yang perlu dan bakal ai korbankan semata mata kerana taraf dan darjat yu sebagai bakal suami. seboleh boleh nya ai sedang belajar untuk menjadi seorang isteri seorang tunang seorang kawan seorang sahabat dan seorang musuh untuk yu agar yu tahu hakikat dunia sebenar. isteri tunang kawan sahabat dan musuh yang akan selalu membantu yu untuk bangkit semula ketika seluruh dunia berusaha menjatuhkan yu. sahabat yang akan buat yu percaya diri yu semula. tapi apa guna kalau yu layan ai antara perlu dan tak perlu.

jujur jika ai masih memaafkan yu bukan bererti ai masih mencintai. ai maafkan yu lebih kerana ai masih mencintai diri sendiri. saat ini kalau langkah ai pilih untuk pergi itu beerti hati ai terlalu terluka. lebih teruk dari terluka. hati ai hancur sepenuhnya. ai perlu berlaku adil dengan diri sendiri. kesian hati perasaan jiwa dan diri ai sendiri. sampai bila ai perlu biar mereka d sakiti? selalu ai melangkah pergi dan kemudian nya ai kembali dengan memberi ruang dan peluang untuk kesekian kalinya. tapi kali ini biar semua kesakitan nih terhenti cukup sampai sini.

dan paling penting ai takkan menyusahkan yu lagi dah. cukuplah. ai tak perlukan pertolongan dari yu dan kemudian hari nanti yu akan cakap yang bukan bukan sekali lagi sama seperti apa yang yu cakap pada ai hari ini. hancur luluh hati ai. kesakitan kesusahan kesukaran kesengsaraan ujian dan dugaan dari Allah untuk ai selama hari ini bukan atas permintaan ai. tapi bila ai d pilih oleh Dia maka ai dengan rela hati dan redha terima semuanya. dan ai tak pernah mintak orang orang lain apatah lagi keluarga ai sendiri turut sama terbabit dengan kedukaan ai hari ini. cubalah untuk mengerti keadaan ai sebaiknya dan bukan fahami ai semata mata. terima kasih.

Selamat Hari 19haribulan. Selamat yang ke 8bulan. Selamat yang ke 5bulan. Selamat untuk ke 242 hari.

Hantu Pulut Pulut Pulut Pulut.

pernah dengar pasal hantu pulut? pernah jumpa hantu pulut? pernah tengok hantu pulut? boleh bayangkan macam mana kehenseman sebenar hantu pulut? eyh ai tak pernah jumpa. tak pernah jumpa. tak pernah tengok. tak pernah bayangkan pun. tapi yang pasti kalau korang letak pulut depan mata ai konfem anak tekak terus jadi tergedik gedik semacam kalah budak budak dok bergedik gedik menari shuffle kais kais tanah. jadi agaknya itulah yang d namakan hantu pulut. heee!

selalu yang feymes memang konfemlah pulut deghian. tapi masalah entahlah apa salah silap anak tekak ai loya bebenau kalau makan raja buah nih. bukan tak pernah cuba. sebab sudah cuba lah ai tahu ai tak boleh makan deghian nih. jangankan makan bau jek sudah cukup memeningkan kepala ai. boleh ting tong sekejap d buat nya. selalunya kalau ai teman PuanMama pergi pasar bila musim deghian konfem beliau akan beli. lepas tuh ai pulak naik kereta memang jenis tak pernah buka tingkap hirup udara segar masa drive. jadi dapat tak korang bayangkan betapa ting tong nya ai masa memandu sepanjang jalan rasa macam ya ampun kenapalah jauh sangat rumah ai nih. yang peliknya PuanMama cakap masa beliau mengandungkan ai beliau suka betul makan buah deghian nih. mungkin sebab dulu masa duduk dalam perut PuanMama ai dah asyik selalu sangat makan sampai dah jemu kot kan?


~ini buah deghian @ duyan @ doyan @ durian~


~dan ini pulak pulut deghian @ duyan @ doyan @ durian~

jadi d sebabkan ai tak boleh makan buah yang berbau wangi sungguh nih maka bila d perkenalkan dengan pulut mangga ke pulut pelam ke konfem lah ai bantai sepenuh hati. ya ampun sedapnya tuhan aje yang tahu. sejak dari hari pertama ai kenal dengan pulut pelam nih sejak haritu lah ai ketagih. asalkan nampak konfem teringin nak makan punya. tapi ai tak suka makan buah mangga. manisnya sampai ngilu gigi gigi ai nih. yaiks! tapi kalau korang letak pulut pelam sepinggan depan ai siap dengan santan yang cukup lemak manis gula semua siap memang konfem tak nampak korang lagi dah lepas tuh. kusyuk menikmati makanan yang enak nama nya!


~ini memori pertama kali ai cuba makan pulut pelam. yang ini masa pergi padang besar dekat perlis awal tahun itu hari~


~yang ini dekat port feveret ai tapau pulut pelam. perghhh memang sedap! makan sampai takmau layan sembang dengan siapa siapa pun lagi dah~


~gambar nih takde motif. saja nak berlagak tunjuk ai sedang belajar teknik bokeh. padahal pakai kamera cikai dekat henfon aje pun. peace oke!~

selain dari dua pulut yang feymes dekat atas ada pulut pulut lain lagi yang feymes. tapi ai cerita pulut yang suka aje lah ye. siapa tahu pulut kuning? ke pulut kunyit ke? pulut nih agak kelas atasan ye kawan kawan sebab jarang betoi dia keluar huha huha. biasanya kalau nak jumpa mesti waktu waktu kenduri kendara aje itu pun jarang jarang ada lagi dah. kalau dulu waktu ai kecik kecik pulut nih selalu orang buat time time naik al-quran ke habis al-quran ke. zaman sekarang rasanya tak ada lagi dah budaya macam tuh. rindu!


~terliur nya! pulut kuning makan dengan gulai ayam. perghhh! mengidam terus!~

oke sudah! itu baru masuk bab pulut kuning. belum lagi ai letak gambar pulut makan dengan ikan masin ke ikan kering ke siap dengan kelapa parut. hadoi! terliur dah! terliur dah! mana nak cari time time nih? padahal baru aje kejap tadi ai melantak sepinggan pulut pelam. melampao ah. sendiri cari penyakit tengah tengah malam cenggini pergi berangan yang bukan bukan. kalau setakat berangan tak apa lagi. nih siap gugel gugel gambar bagai. urgh! esok nak suruh PuanMama buatlah.

Monday 18 July 2011

Hari Ini Kita Berbicara Tentang Dugaan Semasa Bertunang Ye Tuan Puan.

harinih perjalanan otak ai sangat mantap. bila otak berfungsi dengan baik maka bolehlah terhasil entry entry yang bernas dalam masa yang singkat. tapi cuba kalau otak tengah blurrr blurrr nak buat satu entry boleh ambil masa sampai 24jam tahu.

oke! d sebabkan sebulan sekali mood ai memang senantiasa menuju ke laut maka ai dengan rajin dan baik hati menggugellah mencari apalah punca. nak kata ada penyakit sesungut eyh silap bukan sesungut tapi senggugut konfemlah tidak. alah kalau setakat sakit perut sikit sikit tuh benda biasalah. kalau dulu waktu pegang title seorang student pernahlah sekali sakit perut sampai menonggeng nonggeng. kalah orang frust bercinta. dulu pun pernah jugaklah sakit pinggang sampai rasa macam nak tercabut cabut dah. tapi sekarang Alhamdulillah tak ada dah semua tuh.

oke sudah sudah! kalau biar lama lama konfem lagi jauh melalut lalut. mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang belum sedar ai sudah bertunang. maaf sebab belum pernah buat apa apa entry tentang majlis pertunangan ai hari itu. saja malas. boleh ke ai bagi alasan macam tuh? dan sejak ai bertunang ramai yang cakap macam nih "wah engkau seronoklah dah bertunang." "wah engkau hot lah sebab dah pegang title tunang orang." "wah engkau bestnya sebab tak lama lagi dah nak kahwin." berapa banyak wah daaa?

semua orang ingat bila sudah bertunang tuh kira sudah boleh syok habislah. sampai ada yang tak sabar sabar nak d pinang. tapi kalau d selami sepenuhnya apa erti nikah kahwin tanggungjawab suami isteri ayah ibu kadang kadang rasa takut pun ada jugak. mampukah ai jadi seorang isteri yang baik? mampukah ai jadi seorang ibu yang baik? mampukah ai?

sedangkan zaman bercinta saja sudah cukup banyak dugaan. apatah lagi zaman bertunang pulak kan. itu belum lagi dunia berumahtangga nanti. point yang terbesar dalam entry nih sebenarnya ai nak highlightkan adalah dugaan semasa dalam alam pertunangan. dulu masa single single bila dengar kawan kawan yang sudah bergelar tunangan orang menceritakan masalah itu ini mulut cuma mampu tenangkan mereka dengan berkata sabarlah sabarlah. tapi sekarang bila diri sendiri yang hadapinya baru faham.

terkadang rasa lelah sangat. terkadang rasa haih sudahlah malas sudah mahu fikirkan semuanya. untuk yang berkesempatan bercinta dahulu sebelum bertunang itu d kira satu bonus. dan macam ai dengan EncekJantungHati pulak tidak punya masa alam percintaan. berkawan hanya untuk 3bulan kemudian beliau hantar rombongan meminang. jadi sekarang dalam alam pertunangan inilah masa yang ada untuk kami saling mengenali antara satu sama lain saling mencari persefahaman saling mencari segala gala nya lah. dan dalam alam pertunangan ini jugaklah kuatnya dugaan yang datang menguji.

dekat sini boleh ai buat kesimpulan antara dugaan dugaan semasa alam pertunangan :

1. emosi diri yang tidak terkawal. perkara yang kecil akan menjadi besar sehingga pergaduhan terjadi. yang ini memang betul pun. tambah pulak dengan keadaan ai yang belum pulih sepenuhnya dari sakit nih. tuhan saja yang tahu betapa ai letih dengan keadaan macam nih. haih!

2. gangguan dari pihak ketiga. jika sebelum bertunang tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda namun bila sudah bertunang masa nih lah tiba tiba nak jadi perhatian. kalah artis. kata atuk atuk nenek nenek makcik pakcik ini sebabnya seri orang bertunang. cesss. yelah sangat tuh! tapi memang betul pun. ai sudah dan sedang lalui masalah nih. EncekJantungHati pulak tak tahu lah kalau time time nih beliau gatal nak test power ayat mengayat. harap harap tak lah ye!

3. masalah berkaitan kewangan. anda dan pasangan asyik asyik tidak dapat menyimpan duit untuk majlis perkahwinan nanti. duit yang ada entah kemana d belanjakan. errr yang ini? ai belum dapat nak pastikan lagi. tunggu nanti bila ai sudah start kerja boleh ke tidak ai menabung. ha ha ha ha ha!

4. pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. anda mahukan tema itu. tunang anda pulak inginkan tema ini. kan ke memeningkan kepala? untuk ai masalah ini sedikit setel sebab EncekJantungHati jenis terbuka. apa ai pilih itu jugaklah pilihan beliau. lega! lega!

5. tiba tiba rasa seperti tidak bersedia untuk berumah tangga. perasaan ragu ragu timbul setelah bertunang. untuk yang ini ai sebelum bertunang lagi sudah ragu ragu tak bersedia semua pun adalah. dan sampai sekarang kadang kadang selalu suarakan hasrat hati untuk tangguhkan semuanya dulu sampai ai ready. tapi tah bila tahun ai nak bersedia ai sendiri pun tak pasti. harap maklum. apatah lagi perasaan ragu ragu yang timbul tuh d campur pulak dengan rasa takut untuk terluka sekali lagi.

6. jika dulu bukan seorang yang kuat merajuk tiba tiba bila sudah bertunang sikit sikit punya hal pun boleh terasa sampai jadi merajuk. tunang pulak malas nak layan kerenah. boleh jadi tak keruan hubungan anda ye. oke fine! oke fine! oke fine! yang nih memang kena sejibik sejibik dekat muka ai. tapi bukan salah seorang ye. kalau beliau tak buat ai terasa hati tak ada nya ai nak merajuk 24jam 7hari seminggu. penat tahu!

kalau ikutkan ai tak mahu bertunang lama lama. kalau dulu masa zaman anak dara sunti waktu tuh selalu berangan d pinang kekasih hati tercinta biarlah tempoh pertunangan ai sekejap cuma. pernah ai terfikir untuk bertunang sekadar beberapa jam sahaja sebelum majlis akad nikah. bukan apa sebab ai tak mahu pening pening kepala. kalau nak bergaduh ke apa ke sekurang kurang nya kalau terputus d tengah jalan tak adalah rumit serumit rumit nya. bukankah pertunangan itu sudah d kira kan sebagai perjanjian yang melibatkan banyak pihak. waktu nih kalau nak bertengkar bergaduh berpatah arang berputus kasih eyh susah betul tahu. ramai kaki tangan yang akan masuk campur. susah! susah!

tapi apakan daya tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk jalan takdir ai. maka tup tup sekarang ai sudah bergelar tunangan orang. dan Alhamdulillah 19haribulan julai 2011 genaplah 5bulan sudah ai bertunang. yaiks! sekejap aje sudah hampir setengah tahun pegang title tunang tunang nih. euwww ajaibnya! hi hi hi!

dalam ajaib ajaib pun boleh d katakan sebulan sekali konfemlah bergaduh berperang ber segala jenis ber lagi. dan biasanya ai lebih suka block beliau dari fesbuk tak pun hide aje wall ai kemudian offline kan chat. matikan henfon berhari hari. abaikan segala gala nya berminggu minggu. dan bila masa ai sendiri itulah ai akan rasa YaAllah tenangnya hati dan perasaan. ai tak suka gaduh gaduh. sebab tuh lah bila musim bergaduh pun tiba ai pilih jalan untuk diamkan diri sampai keadaan oke. mungkin cara ai sedikit kejam tapi mungkin itu lebih baik untuk beliau. tak adalah beliau rasa terbeban dengan tingkah laku ai. bagus kan? dari berperang mulut berperang mesej lebih baik diam. bila sudah luahkan segala yang terbuku tapi keadaan masih sama maka diam itulah pilihan ai. dah tak sayang buat apa nak cari cari lagi ye tak? huh! buat jadi gaduh aje. penat lah!

kecewa jangan cakaplah. hancur luluh lah hati dengan keadaan. tapi apa guna kita memaksa orang lain untuk berubah ye tak? jadi baik ai yang berubah menurut keadaan. macam macam dugaan dalam alam pertunangan nih. kadang kadang yang tak masuk akal pun ada jugak. bila sudah penat ai akan diam dan abaikan segalanya. fokus ai cuma dunia ai sendiri. itu perkara yang paling terbaik. dan kalau ai rasa stress sangat sangat sampai tension tension bagai atau pun rasa lansung tak d hargai dan d perlukan lagi maka ai suka cuci kereta. tak kisahlah cuci sendiri atau cuci dekat carwash. setakat hari nih ai rasa itu adalah habit paling mujarab untuk neutral kan balik segala perasaan yang berasid atau yang beralkali dalam hati ai.


~entah berapa lama ikatan pertunangan yang rapuh mampu bertahan?~

‎"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas. jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Favicon? Tak Reti Lah Nak Buat Macam Mana!


dalam minggu lepas ada perasan benda baru muncul dekat design belog. oke dengan super gediknya teruslah cuba. tapi hampeh sampai sekarang asyik gagal aje. gerrrammm nya! entah apa tah tak kena. jadi rasa macam ahhh sudahlah! siapa siapa dekat sini sudah pandai guna menda alah baru tuh? silalah beri tunjuk ajar dekat hamba insan yang hina dina nih. huwaaa gagal! gagal! gagal!

Feelings Can Be Controlled But Tears Never Lie.


nampak macam hebatlah sangat bila tajuk kalinih pakai bahasa mat saleh. padahal tak pandai nak pusing pusing ayat dalam bahasa melayu untuk cuba sampaikan maksud yang terpendam. jadi apa yang terlintas itulah yang d tulis.

jujur ai bukanlah seorang yang pandai untuk luahkan apa saja yang terpendam dalam hati. manusia komplikated. kadang kadang sangat berserabut. yea itulah ai. ai pernah punya seorang kawan. biarpun sekadar kawan biasa tapi dia terlalu pandai menilai dan tafsir diri ai. dia pernah berpesan dan selalu berpesan janganlah terlalu memendam apa keinginan hati walau sekadar hal yang biasa biasa.

jujur kadang kadang hati terlalu rindu dengan diri sendiri yang dulu. yang punya dunia sekadar dunia ketawa. biar sedalam mana sekalipun masalah atau kesedihan yang datang tak ada sedikit pun rasa terbeban dalam hati. bila sampai satu masa dalam sedar tak sedar semua masalah yang d tanggung semuanya selesai dan setiap kesedihan yang bersarang dalam jiwa semuanya hilang. kadang kadang jenuh memaksa hati untuk mencari semula diri yang hilang. tapi bukan semudah yang d fikirkan. diari diari lama. menyoal teman teman lama. bertanya diri sendiri sepuas nya. tapi sampai ke saat ini belum berjaya.

terkadang rasa kecewa penuh d hati. sehingga timbul rasa lemah sedih putus asa yang lebih dalam. kesakitan yang d tanggung sudah cukup satu ujian yang berat. kekeliruan yang d alami sudah cukup memenatkan diri. lalu bila d tambah dengan tekanan yang d luar sangkaan diri maka apa yang tinggal untuk d jadikan penebat kedukaan?

bila tersenyum orang berfikir ouh dia sudah sembuh maka tak perlu d risaukan apa apa lagi. tapi bila diri bersuara sakit yang datang tak tertanggung lagi rasanya maka orang berkata sakitnya sikit tapi mengadanya lebih. sampai satu masa hati nekad memilih jalan untuk terus berdiam diri dan biarlah tiap kesakitan demi kesakitan apatah lagi kesedihan demi kesedihan yang datang itu d tanggung sendiri sepenuhnya.

bila bersendiri diri selalu memujuk hati untuk bangun bina hidup baru beri peluang untuk diri tersenyum semula. jika tidak untuk diri sendiri mungkin senyuman itu untuk orang orang lain. maka dengan kepayahan diri sendiri bangun lalu membuka ruang dan peluang untuk orang orang lain tersenyum. cukuplah sekadar itu balasan yang baik mampu d beri kepada mereka.

jarang diri bersuara meminta. jarang sekali diri sendiri bersuara apa yang d mahukan. jarang sekali jugak diri sendiri bersuara meluahkan tiap bebanan demi bebanan yang terpendam dalam hati. terkadang rasa marah penuh dalam hati persoalkan kenapa Dia ciptakan diri ini seteruk ini sehingga timbul perasaan mengjengkelkan dalam hati mereka yang lain. terkadang timbul rasa sedih kenapa Dia ciptakan diri ini dengan sifat dan sikap sebegini rupa sehingga timbul rasa kurang senang d hati mereka yang lain.

jadi salah siapa sebenarnya bila ada yang mempersoalkan "kenapa engkau terlalu lemah?" "kenapa engkau selalu merumitkan keadaan?" kenapa engkau selalu memilih jalan hidup yang susah?" "kenapa engkau selalu berfikiran cetek?" "kenapa engkau selalu melemaskan suasana?" "kenapa engkau itu dan kenapa engkau ini?"

bagaimana harus diri ini menjawab? apakah semua kebaikan dan kesempurnaan diri ini sudah tertutup dengan semua kelemahan kelemahan tersebut? atau mungkin sebelum anda d lahirkan ke dunia anda pergi menghadap ilahi terlebih dahulu untuk meminta "YaAllah lahirkan aku ke dunia dengan kesempurnaan tanpa sedikit cacat cela apatah lagi kelemahan atau pun mungkin kekurangan samada yang nyata atau pun tidak nyata agar d dunia aku mampu untuk senangkan hati setiap insan yang bersama d dalam kehidupanku nanti." jika ya maka mungkin sebelum d lahirkan dulu diri tidak berkesempatan untuk bertemu penciptanya meminta kesempurnaan sedemikian rupa.

mungkin itu jawapan yang terbaik untuk mereka mereka yang mempersoalkan kelemahan kelemahan yang ada pada diri ini. lebih sukar untuk d terangkan apatah lagi kelemahan itu bukanlah kelemahan yang nyata. sejujurnya diri jiwa hati malah fikiran diri terlalu lalu lemah. apalah yang kuat hanyalah semangat diri cuma. selebihnya itulah kelemahan diri ini. lebih hebat bila kelemahan kelemahan itulah juga yang d uji Allah. tapi syukur diri masih punya semangat. jika semangat pun hilang mungkin sekarang diri tidak lagi melihat dunia.

bukan satu yang memalukan untuk diri ini berterus terang d sini betapa terlalu banyak kelemahan yang ada. sehingga satu saat tak terasa lansung wujudnya apa apa kelebihan atau keistimewaan. terkadang diri bersyukur. walaupun kelemahan kelemahan itu selalunya d uji tapi dengan kelemahan kelemahan diri yang tidak nyata ada itulah juga buatkan diri selalu menjadi hamba yang bersyukur seadanya. jarang sekali timbul rasa riak sombong apatah lagi membangga tak tentu pasal. terkadang terlalu murah air mata sehingga terlalu cepat ia mengalir bila hati tercuit sikit dengan kesedihan. walaupun hanya sekadar tercuit cuma. lantas ada yang berkata "itulah engkau terlalu sensitif. menyusahkan betul." sebenarnya apa kesusahan yang d tanggung sedangkan yang merasa adalah diri ini sendiri dan bukan orang lain?

diri ini jugak manusia biasa. terkadang hilang sabar yang bersarang d hati. tapi selalu jiwa memujuk hati dan perasaan pendamkan sebaiknya walaupun tersangat sakit rasa yang d tanggung. jadi salah siapa bila diri berkasar menjadi biadab berkurang ajar bila rasa marah yang timbul masih cuba d simpan sebaiknya? salah diri ini kah jika tak tahu bagaimana untuk menunjuk perasaan marah? kecewa? sedih?

terkadang diri selalu salahkan sendiri. setiap masa beralah sebaik mungkin demi untuk senyuman pada setiap wajah wajah mereka. harga untuk sebuah senyuman itu adalah rasa derita dan terseksa dalam diri kerana terpaksa menyimpan setiap rasa sakit sedih kecewa marah putus asa dan menyesal. lantas bila keadaan sudah terbiasa maka otak sudah terkeliru untuk mentafsir sebaiknya perasaan apakah yang d rasa. ini kerana hati dan otak sudah d set kan sepenuhnya walau apa sekalipun terjadi biarlah hanya senyuman yang terukir d wajah wajah mereka dan setiap zarah kesedihan itu harus diri hirup sepenuhnya oleh diri ini.

peluang sentiasa ada. kerana harga untuk sebuah senyuman adalah peluang demi peluang. dan harga untuk setiap peluang itu adalah penyeksaan penderitaan yang d simpan jauh jauh d satu sudut dalam hati. dan sudut itu d kunci sebaik baiknya kerana takut bila bila hati terluka nanti penyeksaan dan penderitaan itu akan keluar menghasut lalu menghilangkan peluang yang bakal timbul sekali lagi untuk kesekian kalinya.

cuma saat ini diri sudah terlalu letih. demi tuhan ketentuan Allah itulah yang terbaik untuk diri ini. demi tuhan tiap penciptaan Allah pada diri ini walaupun adalah keburukan dan kelemahan yang teruk pada mereka tetapi diri tetap merasa syukur teramat bersyukur. kerana keburukan dan kelemahan pada sangkaan mereka itulah yang menjadi diri ini sentiasa ingat berpijak pada dunia yang nyata. kerana keburukan dan kelemahan pada sangkaan mereka itulah yang menjadikan diri ini kuat dan tabah untuk menjalani hidup yang penuh dengan ujian dan dugaan maha hebat dari Allah sehingga ke saat ini. kerana keburukan dan kelemahan pada sangkaan mereka itulah yang menjadikan diri ini seorang yang berani sehingga mampu lakukan suatu yang d luar jangkaan mereka.

diri tak pernah meminta Allah hadirkan seseorang sebagai pengubat sepi apatah lagi penawar bisa kesedihan akibat hati hancur kerana terlalu berpegang pada janji manusia. d saat bersendiri itu terasa dekatnya diri dengan Allah sehingga rindu kepada manusia bertukar sepenuhnya kepada rindu yang mendalam untuk menghadap Allah secepat yang mungkin. malah diri tak pernah rasa takut untuk kecewa dengan keadaan sekeliling atau masa masa mendatang jika d takdirkan Allah diri harus menempuh hidup bersendirian hingga ke akhir hayat nanti. sehingga tidak timbul lagi rasa malu atau segan untuk menghadap kata kata nista yang selalunya menggelarkan andartu atau apa jua sekalipun. sehebat itulah rasa berani yang Allah kurniakan d saat diri terkapai kapai menderita sendirian.

selepas ini biar takdir tentukan sebaiknya. kerana diri sudah tidak mahu berfikir apa apa lagi sebaiknya. kerana diri sudah letih untuk beralah sebaiknya. kerana diri sudah tidak mahu berkorban hati dan perasaan sebaiknya. kerana diri sudah tidak mahu lagi ada hati hati yang terluka. kerana saat ini apa yang d rindukan cuma pelukan kasih sayang penciptanya berbanding kasih dan sayang dari manusia yang sifatnya kekal hanyalah sementara.

kuasa Allah terlalu besar. Maha Besar malah luar biasa luar dari apa yang mampu d jangkau akal fikiran. dan Allah ciptakan diri yang penuh dengan kelemahan ini dengan lebihnya hati yang selalu benar. dan setiap apa yang terlintas d hati selama diri hidup hingga ke saat ini belum pernah lagi silap. dan saat ini hati sudah menilai sebaiknya dengan apa yang bakal d bina. betul kata hati tiap apa yang terlalu mudah d dapati apatah lagi murah harganya jarang sekali d hargai sebaik mungkin. ia sekadar d perlukan untuk penuhkan ruang ruang kosong yang ada. bila nanti timbul rasa bosan jemu maka berjuta alasan yang bakal timbul semata mata untuk menggantikan ia dengan yang lebih baik sempurna hebat dan betul betul memuaskan hati.

jujur diri memang tidak pandai untuk menjaga hati sesiapa pun. malah diri tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesiapa dengan sebaik mungkin. diri tidak pandai berkata kata untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan. diri tidak pandai untuk berlakon lakon berbuat baik untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan. tapi dalam setiap perbuatan diri itu adalah kasih sayang dan penghargaan sebaiknya. terpulang pada yang mampu menilai. terpulanglah kepada yang mampu mentafsirnya.

terkadang kita selalu merasa tiap perbuatan tiap usaha tiap pengorbanan kita itu sudah sehabis baik untuk sesiapa pun. tapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri kenapa tiap perbuatan tiap usaha dan tiap pengorbanan itu seolah olah lansung tidak d hargai? mungkin pada diri kita itu adalah tahap sehabis baik. tapi sebenarnya pada orang lain itu semua tidak seberapa pun. jadi bila kita cakap itu adalah sehabis baik dan pada orang lain itu adalah tidak sehebat mana maka itu bermaksud kita buat sekadar memuaskan hati dan diri sendiri. itulah yang diri ini belajar hasil dari kekecewaan silam. dan sekarang diri ini selalu berusaha lebih dari yang termampu untuk berikan sehabis baik dan bukan ala kadar seadanya dan bukan sekadar menjaja perkataan perkataan manis dan lembut semata atau hanya berpura pura berbuat baik cuma.

once you have been hurt you're so scared to get attached again. you have a fear that every person is going to break your heart again and again and again. sometimes we expect more from others just because we would be willing to do that much more for them. sometimes we must hurt in order to grow. simply because some lessons are best learned through pain.

diri selalu berjanji dengan sendiri. demi untuk setiap senyuman d setiap wajah mereka maka diri sanggup berkorban apa saja termasuklah nyawa sendiri. tapi mungkinkah setiap pengorbanan itu d hargai sebaik mungkin? atau ia d perlukan sekadar untuk melengkap ruang ruang kosong yang memerlukan dan kemudiannya diri akan terus terkapai dalam dunianya sendiri. kemudian bila diri d perlukan sekali lagi maka ia akan d cari semula. dan seterusnya itulah perjalanan hidup sehingga masa yang d pinjamkan Allah d ambil semula.

Saturday 16 July 2011

Review Movie : Transformers 3 Dark of the Moon Dan Persidangan Robot Sedunia.

ya tuan tuan dan puan puan sekalian alam. sesungguhnya ini adalah persidangan warga autobots yang agak ketinggalan zaman. macam mana lah tak jadi ketinggalan kalau sudah tiap kali nak buat reservation mesti penuh. kecewa betul!

ingat lagi sesi review movie yang lepas? sepatutnya hari itu ai bersusah payah beratur panjang panjang dengan EncekJantugHati sebab mahu tengok movie robot robot nih la. tapi kalinih EncekJantungHati book awal awal. puas hati! alahai tuh pun dapat tengok hari selasa pukul 11.45pagi. wayang memang best lah sebab berapa kerat aje orang yang ada dalam panggung wayang tuh. dah nama pun time office hour jadi semua orang pun sibuk bekerja. EncekJantungHati ai kerja malam. hiks! oke fine. baru harinih mahu hapdet dekat sini. buruk perangai nih! simpan buat jadi pekasam dulu. sorry!

ai rasa tak perlu ai setory dekat sini kot. boleh d katakan semua orang pun dah pergi tengok dah kan kan kan? sob sob sob! ai jek yang tertinggal roket. apa pun yang ai tahu memang tiap kali transformers nih keluar dekat wayang ai lah yang paling tergedik gedik sekali. kalau boleh tengok berulang kali lah. nih pun dah merengek rengek dekat EncekJantungHati mahu pergi tengok sekali lagi. yaiks! ketagih tahap melampau. dulu time ai budak kecik selalu berebut rebut nak duduk depan tv tengok versi kartun aje. sekarang tengok versi life lagi la jenuh nak berebut rebut dengan ahli ahli masyarakat yang lain. perghhh! memang best. layannn habis!

heroin kalinih pun superb jugak. tapi part paling best sekali adalah part yang last last tuh. time semua robot robot tuh dok sebuk berperang bum bam bum bam tebabommm sana sini awek heroin dia tetap cool teguling guling jatuh bangunan melayang layang sana sini lari lari sana sini dia tetap cool pakai heels oke! dia pakai heels! homakaih sungguh hebat. ai bagitahu EncekJantungHati suruh dia fokus tengok awek heroin tuh pakai kasut apa time tuh beliau tergelak gelak. lepas tuh boleh pulak cakap nanti dia pun nak tengok ai berlari sambil pakai heels tinggi tinggi. apalah! hish. mau jatuh tetonggeng agaknya ai nanti. buat malu jek!


~Earth's Last Stand. huwaaa hensemnya! optimus prime tulah yang hensem!~


~tengok klip video trailer dia nih ja sudah cukup menimbulkan perasaan membuak buak untuk pergi tengok sekali lagi.~

okeh. dekat bawah ai share gambar gambar ai berdating dengan warga warga robot sedunia eyh. entahlah apa nak jadi. bila ai jumpa robot robot dan robot ai boleh terlupa EncekJantungHati. cuba tanya beliau macam mana bila tangan kena cubit. heee! sampai tercubit cubit beliau ah. kesian. nak buat macam mana. ai terrrfanatik dengan robot robot dan robot. harap maaf sebab kualiti gambar sangat buruk. nanti ah ai pakai kamera mahal sikit baru gambar cantik. isk!


~dapat jek jumpa bumble bee terus malu malu cover pipi merah. hiks!~


~muka teruja bila jumpa optimus prime pulak walaupun sekadar dekat dinding. muahahah!~


~boleh gila oke bila tengok semua nih! nak jugak nak jugak nak jugak jugak!~


~ha ha ha ha ha ha! puas hati. super besar oke berbanding robot robot yang lain~


~yang nih pun besar jugak. kenapalah bumble bee tak besar macam nih?~


~d sebabkan boyfren ai super sepesel maka dia kena kurung dalam sangkar kaca. kesiannya!~


~oke sudah! nih muka manusia yang tak mau balik sampai kena tarik paksa balik jugak oleh EncekJantungHati beliau. sekian!~

Thursday 14 July 2011

Posto Di Tunggu Sampai Sudah. Yeay!

Alhamdulillah. lepas beberapa purnama jadi pungguk rindukan bulan. tertunggu tunggu seorang diri akhirnya sampai jugak surat yang d nanti nanti hari isnin lepas. seriyus sangat sangat tak sabar dah. bosan kot lama lama duduk dekat rumah. hu hu hu!


~tiba tiba melekat rose sekuntum padahal sah sah sudah tertulis dekat atas Urusan Seri Paduka Baginda. hiks!~


~tebal tahu! dalam nih ada 7mukasurat untuk medical checkup saja~

jadi hari selasa lepas ai pergilah buat medical checkup. PuanMama yang temankan. ketaq oke. mana tak ketaq kalau sudah tengok senarai ada 7mukasurat. semua pun bahasa medik. jenuh ai nak faham. tak ada celah yang tak kena checkup. semua pun kena. hu hu hu! ai menurut perintah ajelah. syukurlah sebab sekejap aja sudah selesai. lebih kurang dalam 1jam aje. teringat lagi last time ai pergi tahun 2008 masa tuh untuk apatah ai pun dah tak ingat untuk apa. masa tu jenuh menunggu. dengan tak ada aircond lagi. lambat. selowww. ramai orang. pening kepala betul. tapi sekarang sejuk aje sebab ada aircond. sudah teratur keadaan KlinikKesihatanButterworth sekarang. suka betul hati ai.

masa buat checkup tuh banyak betul stesen kena ikut. start dekat kaunter B lepas tuh kaunter A lepas tuh baru masuk bilik 4 untuk sesi ukur tinggi timbang berat check mata check tekanan darah. kemudian kena buat x-ray pulak. dulu x-ray selalunya abang abang yang buat. tapi masa ai pergi kalinih akak akak pulak yang buat. rasa lega sangat hati. dulu kecik kecik boleh lah gagah lagi. tapi sekarang umur pun sudah nak masuk 25tahun. tak lupa jugak title ai sekarang tunang orang. haruslah segan kalau kena buka tudung kemudian pakai baju hospital tanpa ehem ehem. haish. malu okeh!

siang tadi sampai sudah surat lapor diri dari jabatan yang ai d tempatkan. fuh fuh fuh! seronoknya sebab ai akan mula hidup baru tarikhnya betul betul hari pertama kita semua berpuasa tahun ini. seronok! ambil berkat Ramadhan tahun ini. sesungguhnya Allah sudah tempatkan jalan kehidupan ai betul betul yang terbaik saat ini. syukur sangat sangat. terima kasih YaAllah.

ramai yang cakap saat ini ai sedang rasa nikmat dari Allah hasil dari kesabaran dengan setiap ujian dan dugaan dalam hidup ai sebelum nih. jujur saat ini ai rasa nikmat yang hebat sangat atas penderitaan sejak 9tahun lalu sampailah ke saat ini walaupun sisa sisa dan saki baki untuk setiap kesakitan dan penderitaan itu masih ada. nikmat Allah yang kecil ini sudah cukup untuk hilangkan semua kesakitan dan penderitaan itu. Alhamdulillah!

haih! jadi masih ada sikit sikit hal yang belum ai selesaikan. errrr! dalam surat nih dia suruh ai buat ujian jenis darah pulak. halamak! konfem kena cucuk sebab nak ambil darah. urghhh! nih yang lemah betul nih. susah hati nya! isk isk isk.



~lepas nih ai akan jadi sibuk semula. Alhamdulillah. seronok sangat sekarang. yeay!~

Monday 11 July 2011

Sekali Lagi Mimpi Ngeri Dia.

sejak sakit antara perkara yang boleh menimbulkan tekanan pada otak hati jantung dan darah adalah mayat. ye betul! damn ai teringat lagi macam mana dalam keadaan normal tiba tiba boleh bertukar jadi gelabah tak tentu arah menggigil gigil pucat dalam masa tak sampai sesaat bila nampak mayat depan mata walaupun jauh sebatu lagi masa asyik asyik ulang alik pergi hospital. seriyus ah ai pitam nak pengsan. nasib baik ada EncekJantungHati. macam superman jek.

oke. sambung cerita semula. semalam ai bermimpi. eyh! bukan semalam tapi malam kelmarin. errmmm rasa macam malas ah mahu sebut nama yang berkenaan. kalau siapa siapa yang memang sudah biasa dengan belog ai mungkin nanti akan faham siapa yang cuba ai maksudkan dekat sini. kalau siapa yang tak faham silalah baca entry entry ai yang lama dulu.

ai mimpi dia. yelah! dia lah! menakutkan. datang dalam mimpi bukan nak datang elok elok hensem ke apa. nih tak datang dengan berbungkus bungkus kain putih. naik van besar tinggi pun warna putih. siapa faham van apakah ini angkat tangan? hu hu hu! ye betul dia datang dalam keadaan itu. masalahnya datang dengan kawan dia pun dalam keadaan yang sama. siapa kawan dia? maaf ai tak dapat tengok sebab celah mana ai nak pergi bukak tengok muka nya. ai pun tengok dari jauh aje.


tengok dari jauh jadi macam mana ai tahu? eyh ai tahulah sebab waktu dia sampai semua orang ramai ramai cari ai sebut nama dia bagitahu dia sudah sampai. bila ai tengok luar tingkap danggg tekejut badak hipopotomus. tapi orang yang mengusungnya diorang tuh tak bawa masuk dalam rumah ai. diorang letak dekat rumah jiran ai. katanya sebab ruang rumah jiran ai lebih luas. luas hape korang nih jiran sebelah rumah ai orang india lah! mimpi nih kan selalu pelik pelik tau. kalau ingat ingat balik harus ai tergelak gelak.

lepas tuh ai pun dah tak faham jalan cerita mimpi ai. yang ai ingat ai siap siap pakai seluar jeans warna putih kemudian polo shirt warna pink kemudian ai keluar ikut pintu belakang rumah kemudian ai lari laju laju sebab tak mahu pergi tengok dia. yang peliknya walau selaju mana sekalipun ai berlari kaki ai tetap terasa sangat berat dan selowww.

bila ai bangun muka ai sangat pucat jantung sangat laju. ai keluar bilik mahu pergi mandi PuanMama tegur kenapa muka macam nampak hantu jadi ai ceritalah. cuma satu yang PuanMama tanya ai masih teringatkan dia kah? erk! tak ingat lansung pun. cuma tak d nafikan kadang kadang bila keadaan ai sangat tertekan dan tak stabil dan kecewa dengan sekeliling maka ai masih teringat ingat peristiwa ngeri dulu. kawan kawan ai cakap ai masih fobia dan trauma sebab terlalu terluka. haih! cuma diorang yang pernah tengok keadaan ai waktu itu yang faham kenapa saat ini ai boleh hilang kawalan diri bila rasa terluka. takut betul!

petang tuh ai cerita dekat EncekJantungHati. ai bagitahu beliau ai pernah mimpi yang sidia mati jugak sebelum terkantoi cerita dan keadaan sebenar yang dia bukan bersama ai lagi. sekarang ai sudah punya dunia baru jadi apakah maksud mimpi yang ai alami. hish! jenuhlah otak berfikir untuk apa ai mimpi macam tuh lagi sekarang nih. apa pun sekarang ai sudah dapat jawapan. Alhamdulillah rasa lega sangat sebab selalu macam nih. tahu tak sejak awal dengan dia dulu sampai ke saat nih tuhan selalu tunjuk kebenaran dekat ai. tak perlu ai susah susah cari. cuma cepat atau lambat aje. kalau dulu memanglah ai kecewa. tapi sekarang ai oke. sedih sikit aje tapi masih oke.

jadi ai tafsirkan mimpi ai sebagai ingatan dari Allah bahawa ai patut hati hati selalu dengan dia. sebab apa biar ai seorang saja yang tahu. jadi lepas nih ai harus lebih tabah dan kuat untuk bina kebahagiaan diri ai sendiri. kalau dia boleh kenapa ai tak boleh. ye tak? kalau dia mampu kenapa pulak ai tak mampu kan? insyaAllah Allah dengar doa orang orang yang teraniaya.

sampai mati ai takkan lupa macam mana kejamnya dia dan mereka mereka yang buat ai jadi macam orang gila hampir 2minggu lamanya. hidup tak terurus. menangis siang malam. makan pun tak kerja pun terabai sungguh tak tentu arah waktu tuh. cuma kawan kawan tempat ai tumpang kekuatan untuk teruskan kehidupan. ai d tampar laju laju sebab menangis macam orang histeria. separuh botol ai telan painkiller ponstan malam tuh sebab ai letih tapi tak boleh tido. tangan berdarah sebab tak boleh fikir dengan waras. itu semua kenangan ngeri yang takkan ai lupa sampai ai mati.

maafkan dia dan mereka mereka? erk! tengoklah dulu. ai tahu semua orang cakap sedangkan nabi ampunkan ummatnya apatah lagi ai manusia biasa. ye betul! sebab ai manusia biasalah ai belum mampu untuk maafkan dia dan mereka. kenapa? sebab dia dan mereka kejam. sesungguhnya ai cuma kenal dia tapi ai tak kenal mereka mereka. sampai ke saat ini hati masih tercari cari jawapan kenapa mereka kejam. pernahkah ai ganggu hidup mereka? pernahkah ai ganggu cinta mereka? ouh tak apalah. Allah cakap hidup manusia ada hukum karma. jadi ai selalu berdoa kalau betul ai yang bersalah dan berdosa maka ai redha terima hukuman sebagai kifarah dosa dosa ai. tapi kalau ai yang teraniaya semoga mereka dapat petunjuk betapa sakitnya diri ai lalui hasil dari dengki kianat kejam mereka dulu.

oke sudahlah. semoga berbahagia selalu. insyaAllah Allah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. saat ini ai sedang bersusah payah bangun dari kejatuhan yang hebat dalam kehidupan ai. ya mungkin ini balasan dan kifarah untuk dosa dosa silam ai. Alhamdulillah. sekurang kurangnya bahagian ai sudah selesai. biar ai d hukum d atas dunia. ai tak sanggup terima balasan d akhirat kelak. lebih dahsyat. menakutkan!

semoga Allah bagi ai kekuatan untuk terus pulihkan diri sendiri. kesian orang orang sekeliling ai yang tak bersalah. kadang terkena tempias dek bahang tekanan perasaan ai yang melampau lampau. betul cakap orang bukan senang nak ubatkan hati yang terluka. bukan senang nak pulihkan diri yang alami fobia apatah lagi trauma. kalau masuk hospital agak agak kena tahan dekat wad icu tak kes macam nih? hiks. oke bye!

General Hospital Pulak.

seriyus ai agak kesemputan bulan ini. perghhh! masuk jek awal bulan Julai itu hari permulaan dia sungguh baik punya bila kawan baik ai eksiden lepas tuh konfem konfem lah ai hari hari pergi lawat. lagi tak sedar lagi itu ai ulang alik hospital. eyh kalau boleh nak duduk berumah tangga sekejap dekat hospital lah semata mata nak tunggu dia sedar buka mata kemudian pot pet pot pet dengan ai semula macam dulu.

elok elok seminggu lepas tuh TokwanHensem ai pulak admitted dalam wad dekat General Hospital Penang. oke fine! keadaan kelam kabut bila ai mahu lawat 2orang yang penting dekat 2hospital yang berbeza pada waktu lawatan yang sama. damn ah seriyus waktu itu memang kelam kabut. bukan saja kelam kabut tapi berserabut dan penat jugak oke. sigh!

d sebabkan EncekJantungHati sudah baik hati temani ai hampir seminggu ulang alik pergi HospitalSeberangJaya jadi kali ini ai pun kena jadi baik hati jugak untuk temani beliau pergi melawat TokwanHensem kesayangan kami dekat GeneralHospitalPenang. yeay! hari hari ulang alik naik ferry. hu hu hu! naik ferry lah sangat sebabnya seingat ai kami lebih banyak naik JambatanPulauPinang dari naik ferry bila tiap kali keluar atas urusan peribadi menuju ke pulau. ha ha ha! ala ala artis feymes gitu bila sebut urusan peribadi. cesh!


~hari pertama TokwanHensem ai check in dekat hospital. amboih hensem nye la haih!~

semalam ai pergi lawat TokwanHensem ai dekat sana lagi. tapi keadaan beliau sedikit kritikal dan tak stabil. terkejut betul sebab hari last ai pergi lawat beliau sebelum ai balik ai tinggal beliau dalam keadaan sihat sejahtera gembira senyum senyum lagi. tapi semalam ai pergi keadaan beliau lemah sangat. mungkin d sebabkan kesan ubat atau mungkin terlalu susah hati atau mungkin terlalu tertekan maka keadaan beliau seolah olah mengalami halusinasi. urgh! korang faham tak apa itu halusinasi? kalau tak faham sila gugel.

tahu tak hampir 25tahun baru ai dapat merasa kasih sayang manja manja mengada ngada gedik gedik dengan seorang TokwanHensem. tiba tiba keadaan jadi macam ini. tipulah kalau ai cakap ai tak sedih. tapi takkan lah nak menangis hu hu hu sampai merambu rambu air mata depan orang ramai kot kan. jadi menangis dalam hati diam diam saja. malu kot! ha ha ha!

semalam dari saat awal ai dekat hospital bersama beliau sampai ke saat akhir sebelum ai melangkah balik cuma 1perkara yang beliau sebut sebutkan. tahu apa? solat. urgh! gugur jantung hati bila tengok macam mana beliau asyik sebut sebut mahu turun katil pergi ke bilik air untuk mandi dan berwuduk sebab mahu bersolat. besarnya kuasa Allah yang mahu tunjuk dan sampaikan sesuatu melalui beliau kepada ai juga mungkin kepada orang orang yang ada bersama beliau ketika itu.

jadi kesimpulannya hari ini ai sangat sangat lah rindukan TokwanHensem ai. rindu lah nk manja manja dengan beliau. ai selalu penat. penat sebab asyik gelak tak henti henti. kadang kadang sampai rasa hilang semua bebanan masalah yg d tanggung. jiwa rasa kosong sekejap. totally feel blessed sebab hampir 25tahun baru dapat merasa kasih sayang seorang TokwanHensem. sekurang kurang nya ada jugak kan walaupun sekadar pinjam meminjam tumpang menumpang TokwanHensem milik EncekJantungHati ai sebenarnya daripada lansung tak ada. heee!


cepat cepat sembuh yea TokwanHensem. lepas tuh kita boleh pergi makan nasik kandaq dengan nasik beriyani lepas tuh nanti TokwanHensem kena bizi bizi dekat majlis besaq yang penting tau. hari majlis nanti konfem TokwanHensem bertambah tambah hensem. lebih hensem dari orang penting majlis tuh nanti. ha ha ha ha ha ha! ai konfem ada orang merajuk dah sebab ai asyik asyik puji TokwanHensem lebih hensem dari beliau. oke bye!

Sunday 10 July 2011

Asalkan Engkau Terus Melangkah.

Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.

Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya asalkan kau terus melangkah.

Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!

Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan dan jangan,
Kerana aku,
Amat amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.

Teruskan langkahanmu wahai sahabatku...

ya iya. semenjak dua tiga menjak ini hati ai sedikit terluka. pedih luka jangan cakap. kalau tangan terluka saja sudah cukup buat ai terlompat lompat menahan pedih sakitnya. ini kan pula hati yang bersedih menahan pedih terluka. tapi apa pun ai harus terus melangkah. melangkah pergi mungkin?

##kredit to##sini

Thursday 7 July 2011

07/07/2011 Proud to be a Penangite!

Happy Declaration of Penang as World Heritage Site Day anak anak Penang. lets proud of it. say it out loud I LOVE PENANG! heheh. jadinya seluruh warga Penang harinih semua pun bercuti dengan senang hatinya.


~ini bendera Pulau Pinang. tengok tengok ada pokok pinang dekat tengah tengah tuh~


~logo Pulau Pinang~


~well known as Pearl Of The Orient~

orang selalu cakap alah Pulau Pinang nih kecil aja. dah nama pun pulau kan? pi mai pi mai tang tu jugak kalau nak tersesat sesat pun. oke fine kecil je! tapi ai sendiri yang lahir dekat sini secara officially nya memang pure anak jati Penang berani mengaku Penang ini besar dan luas sebenarnya. masih banyak tempat tempat best dan menarik yang belum ai terokai. sampai ke harinih kalau ada masa terluang pergi jalan jalan mesti keliru mahu pergi kemana sebenarnya. sebab tak tahu nak pilih yang mana satu destinasi untuk d tujui. nanti nanti ai akan buat entry khas tentang negeri tanah tumpah tercinta ai nih oke.

EncekJantungHati selalu cakap nasi kandar itu sebagai nasi kebangsaan rakyat Penang Darul Mamak. ha ha ha! melampao ah beliau. apa apa pun Pulau Pinang itu Pulau Mutiara. baru betul lah!


~nih la harta karun kebanggaan tak ternilai rakyat Penang nih! demi sesuap nasi kandaq kaw punya orang sanggup datang dari jauh oke. ouh bangganya!~

Tuesday 5 July 2011

3 Julai 2011 Dan Puan Samiza #Siri 3#

hari ini hari ketiga PuanMiza terlantar dekat hospital. dan hari ini hari ai sangat sangat sedih! EncekJantungHati kerja shift pagi minggu ini. oke fine! jadi pukul 11.30am beliau call call untuk kejutkan ai bangun tido. urghhh bila malam tak boleh tido konfemlah tido siang terlajak lajak. kalau ai bangun awal pagi pun konfem akan sambung tido semula. buruklah perangai anak dara nih kan? oke fine ai tahu!

petang lepas jemput EncekJantungHati pergi makan sekejap sebab beliau sudah membebel bebel muka pucatlah muka masam lah sakit gastrik lah. kalah doktor! jadi lepas makan pergi cari barang sekejap lepat tuh terus shoot pergi hospital.

bila ai masuk bilik ward tengok tengok tak ada siapa siapa pun ahli keluarga PuanMiza. hati sudah pelik. lagi terkejut bila ai tengok katil beliau kosong. dang! terkejut badak hipopotomus ai d buatnya. main tolak tarik sorong papan dengan EncekJantungHati sebab masing masing malu malu segan segan untuk tanya dekat kaunter kemana PuanMiza d tukar. gedik betul EncekJantungHati. malu malu kucing konon. cubit kang!

rupanya PuanMiza sudah d tolak pergi ke OperationRoom. terus call call henfon PuanMiza yang d bawah jagaan hubby beliau. damn! henfon off pulak. jadi terhegeh hegeh lah ai dengan EncekJantungHati pergi ke section OperationRoom tapi pelik sebab tak jumpa jugak ahli keluarga beliau. membebel bebel lah ai dekat EncekJantungHati sekejap ke hulu sekejap ke hilir mencari cari mereka.


~bila sudah penat kami duduk sekejap dekat tepi nih sambil berharap kalau kalau ada ahli keluarga PuanMiza terlalu dekat sini~

bila sudah penat mengharap jadi ai pujuk EncekJantungHati untuk pergi dekat OperationRoom semula. dan sekali lagi ai kecewa. EncekJantungHati cakap tak apalah tunggu dulu. jadi kami tunggulah dekat situ hampir 1jam. dan kemudian sama sama kecewa lagi. kemudian ai cakap dekat EncekJantungHati tak apalah kita balik dulu ajelah. dalam hati kecewa sangat! muka masam. mulut muncung. hati membebel bebel. ai terlambat berapa minit aje sudah tak sempat jumpa PuanMiza hari ini. kecewa betul!

jadi kesimpulannya hari ini ai tak sempat jumpa PuanMiza. sedihnya! ai balik rumah buka fesbuk tengok tengok ada gambar yang hubby PuanMiza uploadkan. PuanMiza ai upload dekat sini. jangan marah oke.


~keadaan PuanMiza hari ini. balutan dekat kepala sudah tak ada. mungkin beliau tak selesa~


~gambar semasa PuanMiza d tolak masuk ke OperationRoom~

jadi sepanjang malam ai berdoa semoga pembedahan PuanMiza berjalan dengan lancar sebab hubby PuanMiza cakap operation tersebut akan ambil masa lebih kurang 7jam atau 8jam. hubby beliau pun minta maaf sebab waktu ai cari cari mereka rupanya mereka sudah balik ke rumah selepas PuanMiza masuk ke OperationRoom.

tapi tiba tiba dalam pukul 9malam hubby PuanMiza call ai bagitahu operation beliau d batalkan sebab tekanan darah beliau terlalu rendah. haih! kecewa lagi. kecewa dan risau tahu. hari nih sudah hari ketiga dan kaki PuanMiza yang patah belum d rawat. apalah nak jadi. nih yang ai rasa macam nak marah. hospital kerajaan memang selalu macam nih kan. ish!

Review Movie : Sekali Lagi.

kali ini percubaan pertama ai untuk jadi seorang pengkritik bebas. mungkin berjaya? ouh mungkin tidak. ai pandai membebel tapi tak berapa pandai untuk kondem mengondem.


baru baru nih ai pergi tengok wayang lepas berkurun sangat sudah ketinggalan zaman. sepatutnya ai tengok movie transformers tapi tiket habis. tahniah kepada diri sendiri sebab lambat sangat! tapi sebab mahu tengok wayang sangat sangat spontan aje terbeli tiket movie Sekali Lagi nih. jujur ai jarang tengok movie melayu dekat wayang sebab selalu ending kecewakan ai kemudian mesti akan rasa menyesal betul rugi duit aje. kadang kadang tak ada ending. atau mungkin ending macam tak masuk akal pun ada jugak! tak ke sakit hati kalau macam tuh? tapi kali nih sebab ai suka MiaSara dan EncekJantungHati suka LisaSurihani maka layan sajalah.

dari 10bintang ai bagi 10bintang jugak lah. movie nih simple. ringan dengan erti kata lain tak adalah serabut sangat. jalan cerita senang untuk d fahami walaupun mula mula macam konfius sekejap. semua elemen gembira sedih lawak adalah secukup rasa. complete lah! dan paling penting movie nih ada ending. itu yang penting. ada jugak kan sikit sikit movie yang ending dia macam entah kehapa hapa aje kan? yang ini jalan cerita dia best! yang banyak buat movie nih ceria sebab ada MiaSara. idea yang menarik untuk tarik penonton. pandai! jadi tak rugi kalau pergi tengok dekat panggung wayang oke.

tapi! tapi! part paling mencairkan hati adalah part shaheizy sam semasa muda remaja. omak aih boleh dia kontrol macho sepenuh hati. tercairlah sekejap dengan kehenseman dia. aduh! oke cukup. nanti EncekJantungHati merajuk.


komen dari juri hati :
**10bintang / 10bintang.
**memuaskan hati.
**tak rugi kalau pergi tengok dekat wayang.
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers