Alhamdulillah. Selamat Yang KeEnam Bulan Sama Sama Terdimengorat. Selamat Yang KeTiga Bulan Pertunangan ai dan EncekJantungHati. jujur kalau ada yang selalu mengadap belog ai mesti tertanya tanya kenapa ai lansung tak pernah sebut tak pernah cerita tak pernah apa apa pun tentang hari pertunangan ai apatah lagi nak beriya iya ucap ucap bagai. selalunya kan ai membebel bebel pasal kisah kisah sedih saja. sampai siap kena kena soundlah dengan SiAnon. jadi ini yang pertama kali.
ai seboleh boleh nya belum mahu kisahkan tentang cerita hikayat ai dan beliau. mungkin 1hari nanti ai akan ceritakan semuanya. apa apa pun hari hari yang berlalu penuh dengan dugaan ujian pengalaman dan pengajaran yang betul betul mematangkan fikiran kami.
apa yang pasti genap 2bulan kami bertunang ujian seberat berat ujian sudah menimpa. ouh mungkin itu perkara normal sebagai proses kami saling mengenali. hampir hampir saja ikatan terputus. setakat ini itu adalah ujian yang paling hebat untuk kami. dan Alhamdulillah hari berganti hari semuanya semakin baik baik semula. dan Alhamdulillah apa yang sudah berlaku menjadi punca hati ini terbuka sepenuhnya untuk belajar menerima kehadiran beliau sepenuhnya dalam hidup ai saat ini. dan apa yang sudah berlaku juga menjadi penutup kepada segala kisah silam ai. Alhamdulillah.
anyway d sebabkan ini adalah pertama kali kami menyambut hari 19haribulan jadi ini adalah pertama kali ai ucapkan d sini dalam belog ai. ouh kami gelarkan hari 19haribulan sebab 19haribulan setiap bulan adalah hari istimewa untuk kami berdua.
19haribulan kali ini sangat hebat. d sebabkan EncekJantungHati sudah buat silap besar maka beliau sangat sangat bersungguh sungguh untuk menebus kesilapan beliau. ouh ai sangat terharu! 19haribulan kali ini ai dapat banyak hadiah. hoyeah! hoyeah!
heee! ai dapat cincin baru sebagai ganti cincin merisik ai yang sebelum ini. sebab ai sudah terpatahkan cincin merisik yang sebelum ini. bila terpatahkan itu bermaksud agak ganas jugaklah ai ni dengan secara tidak sengaja. nasib baik EncekJantungHati sangat sangat baik hati. ai fikir ai cuma mahu pergi betulkan semula tapi beliau bermurah hati tukar yang baru. terima kasih sayang! paling best ai dapat sepasang anting anting mutiara asli dengan percuma. itu paling hebat! EncekJantungHati cakap hari itu hari bertuah untuk ai. ameeen.
hadiah yang kedua lebih lebih lebih lagi hebat. sebab EncekJantungHati lebih lebih bermurah hati mahu hadiahkan ai sebijik henfon idaman hati ai. ouh yeah! tapi sebenarnya kebetulan saja. awalnya cuma beliau yang mahu tukar henfon. tapi tiba tiba beliau sudah booking dua sekaligus. katanya mahu sama sama sedondon. ameeen sekali lagi.
syukur Alhamdulillah. rasa macam nak melompat lompat sampai terkeluar bumbung rumah. heee melampau sungguhkan? apa apa pun keadaan sehari demi sehari semakin baik lepas semua kisah sedih berlalu. banyak ruang ruang baru semakin terbuka. Alhamdulillah.
sekarang ai tengah bergayut dekat telefon dengan EncekJantungHati. tepat pukul 12malam tadi terus beliau call. tak menyempat nyempat. jadi sepanjang beliau membaca text ucapan untuk malam istimewa ini ai pulak dengan rajinnya update entry ini dekat belog. hebat!
anyway sayang Selamat Yang KeEnam Bulan Sama Sama Terdimengorat. Selamat Yang KeTiga Bulan Pertunangan kita. maafkan ai untuk setiap salah silap dan dosa dosa ai. ai bersyukur sebab yu faham kenapa dan apa yang berlaku semuanya bersebab. terima kasih juta juta lemon.
##notakaki##EncekJantungHati cakap esok lusa mungkin tulat ada lagi hadiah seperais dari beliau. huiyooo hadiah secara pukal betul bulan ini. ameeen murah betul rezeki.
No comments:
Post a Comment