Alhamdulillah rezeki Allah datang dalam bulan Ramadhan. hari pertama lapor diri adalah hari pertama kita ummat islam sambut ramadhan tahun ini. seminggu bolehlah diam diam. bila sudah tahu jabatan mana tempat bertapak maka hilang nikmat duduk diam. sungguh ai sangat sebok. sepanjang ramadhan masih kalut cari kesesuaian diri dari waktu bangun tido waktu keluar rumah waktu d office dan waktu nak cabut balik rumah. semuanya gara gara harus ai redah jambatan yang jam. nak selit ikut ferry konfem lagi cepat kena sakit jantung. tapi Alhamdulillah semua berlalu dengan baik sekali.
hari raya tahun 2011 adalah hari raya paling banyak memori. memori gembira haruslah inilah pertama kali ai sambut syawal dengan gelaran tunangan orang. dan memori paling sadis inilah kali pertama seumur hidup ai jatuh sakit sejak malam raya cukup seminggu ai cuti. kiranya cuti raya tahun nih sia sia sebab ai cuma tido. orang lain pergi beraya sakan ai kena demam panas. dan kenangan paling sedih adalah sepatutnya tahun nih raya haruslah meriah sebab sakan beli baju sedondon dondon dengan EncekTunang EncekJantungHati ai. sudahnya semua pun tersimpan sebab sakit campur dengan gaduh gaduh manja ibarat perang dunia ketiga lah jugak. tapi syukur dengan pertengkaran pertama kali sehebat ini yang hampir hampir memutuskan silaturahim pertunangan kami banyak belajar mencari kesilapan diri dan kemudian sama sama betulkan apa yang kurang. Alhamdulillah.
habis raya dunia ai cuma d office. keluar rumah sesudah subuh balik ke rumah hampir lewat malam. dunia kerja ai kalinih sungguh mencabar mental. sakit jiwa bila perlu berdepan dengan audit auditan major yang boleh d katakan boleh buat ai penat tahap cipan! kesian EncekJantungHati beliau selalu d abaikan. tak ada maknanya dunia dating dating. kadang kadang mesej seround dua round terus ai tertido. kadang kadang mesej mesej termasuklah jugak panggilan panggilan hangit beliau terbiar sia sia macam tuh aje. sorry sayang tapi terima kasih sebab faham dunia kerja baru saya. anda seorang yang sangat memahami. cadangan anda yang mahu saya bertukar jabatan mungkin akan d pertimbangkan tapi cuma mungkin bukan sekarang sebab saya mahu semua pengalaman pengalaman penting d dunia itu. sorry sayang.
dan akhirnya semua audit auditan selesai sudah 2minggu yang lalu. tapi belum sempat tarik nafas lega sudah ai harus pulun ke kursus induksi seminggu pulak. ouh mannn kalau mahu tahu apa itu dunia super kelam kabut silalah ganti ai barang sebulan dua. tapi apa pun ai puas hati. kursus induksi sangatlah seronok. pertama kali ai suka pergi kursus. dan pengalaman paling manis adalah anak dara yang tengah berdarah manis ini berjaya lepasi ujian panjat bukit dekat TamanBelia. bukitnya boleh tahan lah jugak tinggi. ermmm agaknya adik sedikit kepada bukit bendera. bangga EncekJantungHati ai weyh. tunangan beliau yang gedik gedik manja nih berjaya panjat bukit. apa pun ai rindu semua kawan kawan kursus induksi sesi 4/2011.
dan sekarang ai menghitung hari tunggu hari raya haji. sebabnya hari raya haji ada kenangan yang sangat bahagia buat ai dan EncekJantungHati. kadang kadang bila duduk termenung diam diam otak ligat aje terkenang kenang setahun yang lepas. Allah maha berkuasa. siapa sangka tahun lepas tahun ai single. tahun ini tahun ai bertunangan. tahun depan? huhuhu. insyaAllah hari hari yang d tunggu semakin dekat. cuma yang ai pelik kenapa orang lain berdebar debar tapi ai tak sempat lansung untuk rasa berdebar debar. yang ai tahu ai agak keletihan dengan kerja kerja yang memerlukan ai menjadi cergas cepat dan aktif tambah lagi otak kena ligat. sila bayangkan bagaiman keadaan ai bila otak kanan fikir kerja otak kiri fikir hari penting otak bawah fikir macam macam. serabut serabai weyh! persiapan hari penting? sila bayangkan betapa ribut ributan nya keadaan ai saat ini bila ai hanya ada lebih kurang 2bulan saja lagi. yaAllah permudahkanlah setiap pekerjaan dan urusan kami hambaMu ini.
bila datang mood notty notty ai selalu usik EncekJantungHati. ai cakap sayang tahun lepas HariRayaAidilfitri anda single singelan kenal saya pun tidak tapi tahun ini anda dan saya tunang tunangan sudah. ai cakap lagi sayang tahun lepas HariRayaDeepavali kita kawan biasa biasa aje tahun ini kita tunang tunangan sudah. ai cakap jugak sayang tahun lepas HariRayaHaji kita kawan tapi mesra sebab anda takut saya terlepas sekali lagi selepas sekian lama jadi secret admirer dari zaman sekolah maka kita declare dekat facebook dari single kepada in relationship tapi identiti diri masing masing d rahsiakan sebab sebenarnya kita cuma masih kekal sebagai kawan biasa yang sedang belajar mengenali diri masing masing tapi tahun ini HariRayaHaji yang terakhir anda dan saya sambut sebagai orang bujang bujangan sekaligus tunang tunangan orang. hebatkan kuasa Allah. dunia berputar tanpa kita sedar. dan bila d renung kembali subhanallah banyak keajaiban Allah terselit dalam setiap saat kehidupan kita.
oke lah. ai bantai semua cerita dalam satu entry sebab kalau lagi lama ai simpan lagi basi lagi masam kepala otak ai nih. jadi dalam kesempatan yang ai curi curi sikit masanya nih ai ceritakan semua sekali. ai terlalu sibuk dengan dunia kerja yang kadang kadang menuntut ai bekorban masa yang terlalu banyak sampaikan ke hujung minggu pun berumah tangga dekat office. kerja tambahan sekarang adalah persiapan hari penting ai dengan EncekJantungHati. peeening kepala weyh. anda yang baca doa doa kan perjalanan ai dengan EncekJantungHati yeah. semoga Allah permudahkan semua urusan kami dalam membina masjid Allah nih. insyaAllah ameen.
##p/s untuk EncekJantungHati : sudahkan anda bersedia untuk menjadi imam saya? errr jangan lupa tahun depan zakat fitrah saya adalah tanggungjawab anda oke.##
2 comments:
wah..kak dayah, wedding raya haji ni ek? tahniah2...blog mimi yg lama xbole bikak da xingat password...kak dya rajin2 la view blog baru mimi ni..hehe..moga kerja kenduri berjalan dgn lancar ^_^ perlukan bantuan @ ape2...calling2 yer..
MIMI:
mekaseh untuk ucapan tahniah tu.. ;)
insyaAllah apa apa nnt kakdya gtau anda smua oke.. ;)
Post a Comment