Friday 28 October 2011

Cocok Cocok HIV Test Campur Ketaq Ketaq Interview

salam sayang cocok cocok. ahahhh hari nih otak ai mereng sikit. bukan sikit tapi banyak kot rasanya. manakan tidak penat siang tadi belum hilang. ouh yea jom ai share pengalaman gumbira ai dalam proses kerja kerja kawen nih. huuu berbunga bunga hati rasanya. berbungalah sangat ye tak? tinggal lagi berapa hari aje baru gedik nak setelkan hal hal yang major nih. phewww mencabar iman weyh!

pagi ai bangun seawal awalnya konon mahu jadi muka yang terpaling awal betenggek depan kaunter nombor. tapi rupanya ramai lagi ummat manusia yang lain yang jauh lebih awal dari ai dan EncekJantungHati padahal waktu kami sampai jam baru aje pukul 7.40am. dengan muka penuh semangat last last kena gelak percuma dek EncekTunangan EncekJantungHati ai. hampir setengah jam tunggu untuk dapatkan nombor. sempat bergelak ketawa sebentar dengan beliau. sekarang nih semakin dekat hari yang d tunggu ai semakin belajar untuk terima kehadiran beliau sepenuhnya dalam hidup. sebelum nih mana pernah mengaku beliau EncekTunangan tapi sekarang dalam sisa sisa saki baki hari hari dalam alam pertunangan nih barulah ai mahu mengaku bahawa dia EncekTunangan ai. kesian beliau. maaf sayang!

dapat nombor penuh eksaited pergilah ke bilik nombor 7. tunggu punya tunggu hampir 2jam. mak nenek macam ai bila dah kena tunggu lama lama haruslah merengek rengek. bila EncekJantungHati tanya rupanya kena terus masuk serah nombor sendiri kemudian baru tunggu angka giliran naik. aiseyhhh hangen betul pagi pagi tadi. elok beliau masuk serahkan nombor sudah kena tuju soalan dari AbangMA dekat situ tanya mana borang kebenaran untuk ujian HIV warna kuning? haruslah dua dua pun blurrr. sudahnya kami terpaksa rushing pergi PejabatAgamaButterworth semula sebab borang kuning tuh cuma boleh dapat dari situ aje. rupanya ini sistem baru proses bakal pengantin negeri PulauPinang. borang kuning nih baru d kuatkuasakan bulan Ogos2011 padahal kami ambil borang untuk kawen tuh bulan Enam2011. haruslah ketinggalan zaman. tapi borang nih comel sebab dekat atas tuh ada tulis untuk bakal pengantin. bila baca terus tergelak gelak sendiri sebab macam lawak aje budak kecik macam ai nih dah nak kawen. ha ha ha!


~gara gara borang kuning berserta sampul surat sulit untuk bakal pengantin nih aje kami jadi kelam kabut. haishhh~

selesai soal borang kembalilah kami ke pangkal jalan untuk selesaikan ujian HIV yang terbantut tadi. itupun ada lagi borang borang yang perlu d isi. kerja ai harinih asyik isi isi borang aje. kenalah pulak EncekJantungHati pandai meragam tak mahu tulis sendiri sebab ai selalu gelak tulisan beliau comot. jadi sebab taknak ai gelak gelak beliau serahkan semua tugas tulis menulis nih dekat ai dari awal dulu sampai sekarang dan beliau cakap sampai bila bila pun. sighhh! mengada ngada betul.

d pendekkan cerita urusan ujian darah nih selesai pukul 12noon. sila bayangkan separuh hari melangut dekat hospital sedangkan kami tengah kejar masa untuk sesi interview kawen kawen dekat PejabatAgama pulak. sudahlah jari sakit kena cucuk. phewww ai rasa ai lagi sanggup ambil darah cucuk dekat urat lengan dari kena cucuk dekat hujung jari pakai alat apatah. sudahlah kecik tapi macam kena gigit dengan ketam lepas tuh keluar darah. sakit okeyh! sampai sekarang hampir tengah malam dah nih pun belum hilang sakit lagi.


~sambil menunggu haruslah ada gambar. dan macam biasa identiti EncekJantungHati haruslah d simpan rahsia lagi. huuu~

selesai urusan ujian darah terus cabut pergi PejabatAgama. part nih la paling ai tak suka sebab memang sejak azali kelemahan utama diri ai adalah cepat gabra bila masuk interview. bila gabra konfem terus otak blurrr. EncekJantungHati boleh selamba sebab Ustaz yang interview kami tuh awal awal sudah d book TokwanHensem sebagai tukang interview sekaligus merangkap TokKadi kami nanti. paling tak adil sekali EncekJantungHati kena soal dua soalan aje. beliau d suruh mengucap dan istifar. ai pulak kena mengucap istifar dan baca AlFatihah. punyalah eksyen EncekTunangan ai katanya kabel kuat sudah d pasang siap siap. cehhh! tapi Alhamdulillah part yang paling ai takut sudah selesai. ameen!

jadi mulai saat ini perkara perkara penting berkaitan sesi sebelum akad nikah untuk part ai sudah selesai. tarik nafas lega! cuma tinggal part EncekJantungHati aje lepas nih. tapi bila ai tanya beliau sudah ready ke tak dengan muka bangga penuh konfidennya beliau jawab sudah siap hafal dah pun. yang tinggal cuma moment untuk d lafazkan d hadapan semua orang aje. ouh terharunya hati ai tiap saat kali dengar jawapan beliau macam tuh. dan setiap saat itulah ai selalu ingatkan diri ai untuk selalu bersyukur Allah gantikan setiap air mata kekecewaan ai yang lepas dengan seorang lelaki yang benar benar jauh lebih jujur dan ikhlas mahukan diri ai seadanya. pengalaman lepas banyak ajar diri ai erti cinta kejujuran keikhlasan pengorbanan setia dan tanggungjawab. dan dari pengalaman lepas jugaklah ai ajar diri ai untuk jadi lebih tabah setabah yang mungkin. dan ai bersyukur dalam saat ai takut untuk bangun bina hidup baru semula Allah hantar seorang adam yang benar benar berani nyatakan cinta beliau dengan cara yang lebih ikhlas. dan ai terima beliau seadanya d sebabkan keikhlasan beliau. dan ai yakin Allah lebih tahu kenapa Dia atur jalan hidup ai macam nih caranya.

oke lah ye! ai mahu tido dulu. mata sudah mengantuk tahap gaban. ada masa hari lain ai sambung lagi cerita dekat sini.

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers