Tuesday 17 May 2011

Combo Wishes.

lama diam. sibuk. yeah ai sangat sibuk. dan banyak aral yang melintang. eyh hmm lebih kuranglah kan. ermmm ouh yea ai sudah mula kerja baru. Alhamdulillah kali ini hebat sikit. sebab sudah masuk minggu yang ketiga. ini baru cool. kan? hahaha! ouh yeah. entry kali ini ai letak title combo wishes. combo lah. combo kan maksudnya banyak banyak campur sekali.

pertama ai mahu ucap Selamat Hari Ibu. ermmm Happy Belated Mother's Day untuk semua yang sudah bergelar ibu. dan ai sangat gembira dengan kehidupan ai sekarang. untuk tahun ini pertama kali ai sambut dengan adanya 3orang ibu dalam hidup ai. ai ada PuanMama ai. ai ada PuanMotherInLaw ai. dan ai ada PuanEmak ai. Alhamdulillah rezeki murah jadi adalah hadiah untuk mereka. cuma paling ai tak sabar adalah mahu pulang ke kampung halaman dekat Lekir sana dan jumpa dengan PuanEmak ai. sebak betul dengar suara beliau cakap terima kasih sebab ai masih sudi ucapkan ucapan dan masih mahu anggap beliau sebagai ibu. mereka adalah hadiah paling bermakna dalam hidup ai saat ini dari Allah. Alhamdulillah!

kedua ai mahu ucapkan Selamat Hari Guru. ermmm Happy Belated Teacher's Day untuk semua cikgu cikgi. ermmm TicerChacha ini untuk awak juga. selamat menjadi pendidik yang berdedikasi. semoga tabah selalu. jadi cikgu cikgi zaman sekarang banyak ujian dan dugaan. silap sikit alamatnya "i see u in court" lah jawabnya. hahahah! apa pun bertabahlah selalu. kerja apa pun sebenarnya semuanya sama saja. ada susah ada senangnya. bergantung kepada diri kita sendiri macam mana mahu buat diri mampu untuk jatuh cinta kepada tugas yang kita pegang.

ketiga ai mahu ucap Selamat Menyambut Hari Wesak. kepada kita kita yang tumpang sekaki bercuti maka Selamat Bercuti. dengan adanya cuti hari ini barulah ai ada kesempatan untuk update belog ai. kalau tidak jangankan belog mahu sentuh BabyVostro ai pun tak sempat. hari hari ai sekarang sibuk dengan kerja. kadang kadang rasa macam sudah tidak punya dunia lain lagi selain dari kerja kerja kerja dan kerja saja. setiap hari ai berumahtangga dekat office dari pukul 8.30pagi sampailah ke malam. kadang kadang pukul 10.30malam baru balik. kadang kadang sudah terlupa waktu sebenar office hour ai sepatutnya 5.30petang atau 6petang. haih. tiap tiap hari mesti kena OT. silap silap gaji OT lagi banyak dari gaji basic. muahahaha! ouh kerja yang banyak sampai ke tua pun belum tentu siap.

ai enjoy dengan dunia sekarang sebab sudah memang sebati dalam diri sifat workaholic. hahaha! masuk hari ketiga kerja ai sudah kena kerja sampai malam. proses untuk handover kerja dari senior kepada junior memang renyah sangat sangat. banyak kerja! awal awal dulu memang susah hati. takut takut nanti pengalaman lama berulang lagi. ai sibuk dengan kerja sampai ada orang ketiga lain yang masuk jarum. nasib baik EncekJantungHati sangat sangat faham. beliau kata dari moment pertama beliau kenal ai memang dengan shoutout ai cakap pasal kerja kerja dan kerja saja. jadi sampai ke saat ini beliau tidak punya masalah dengan kesibukan ai dengan dunia kerja. Alhamdulillah.

kalau ikutkan banyak yang mahu ai cerita. banyak dugaan datang. dalam masa yang singkat gelaran tunangan orang yang d sandang hampir terlucut. dalam kalut kalut dengan masalah ai masih pilih untuk diamkan diri hampir sebulan lamanya. betullah cakap orang bila sudah bertunang banyak betul dugaan. mana yang lemah mesti akan kalah. dan bagi diri ai yang memang lembek kalau ikutkan hati mungkin hari ini ai bertitle bujang semula. hahaha! bersyukur sebab ada beliau yang sangat tabah. tabah dengan sikap ai yang ermmm entahkan apa apa je.

dan dalam kalut kalut itu jugalah Allah berikan rezeki yang baik untuk ai hari ini. lepas berbulan bulan jadi penganggur terhormat akhirnya bertemu juga dengan kerja yang sesuai dengan jiwa. kata orang kalau kerjanya bagus titlenya hebat gajinya beribu tapi tak sesuai dengan jiwa takkan bertahan lama jugakan? jadi kali ini Alhamdulillah. sudah masuk minggu ketiga. dan Alhamdulillah minggu depan ai d panggil untuk pergi temuduga dengan SPA pulak. bukan kerja dengan spa kecantikkan tau. ini SPA yang SPA itulah. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. hah itulah. Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi memang sekelip mata. mungkin ini hikmah d sebalik ujian yang sudah ai lalui untuk satu masa sebelum ini.

ouh yea. baru baru ini ada orang cari ai. cuba teka siapa dia? haha! faham faham sendiri ajelah. lama sudah dia hilang. macam chipsmore. sekejap ada sekejap hilang. sampai ai sendiri pun tak faham. kata kawan tapi ouh kawan lah sangat. apa apa pun terima kasih sebab masih sudi bertanya khabar dan masih mahu mengambil berat tentang diri ai.

tapi sebenarnya ai faham kalau makwe buah hati awak tak ada depan mata baru awak berani nak cari ai tanya khabar bagai. ermmm paling ai tak boleh blah siap pesan jangan bagitahu siapa siapa yang dia cari ai dia call ai dia mesej mesej dengan ai lagi. apahal? takut sangat. ouh yea untuk pengetahuan awak ai masa awak call dan awak mesej ai hari itu EncekJantungHati ai ada dekat sebelah. ai boleh jawab dan ai masih balas mesej mesej dari awak. ini baru jujur. dan ai tahu awak kenal siapa diri ai. ai tidak pernah takut untuk jadi jujur. kalau kawan tidak ada apa pun masalah untuk berlaku jujur. tak adalah ai sembunyi sembunyi jawab call apatah lagi untuk balas mesej mesej dari awak. simple. tak perlu cari ai untuk sakitkan hati ai. konon mahu nasihat itu ini. fakta yang sebenarnya diri awak sendiri sudah berubah ke tidak. itu saja. sekian bye.


2 comments:

khashamimi said...

wah2 da keje ek..kak dya keje kat mana??? =)

alexayussida said...

wahhh ni dah mcm galaxy combo..combo meal kfc:p

selamat bekerja n pegi interview..n selamat smuanya la:)

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers