ai belum mahu announce kan tarikh tarikh penting majlis ai. errr ai kan memang selalu perahsia. cuma yang ai boleh cakap eyhhh hari nih sudah masuk bulan November. jadi genaplah tinggal lagi 19hari sisa sisa baki hari hari ai berstatus cik. dan kalau ai selak selak kalendar dengan terang terang nya ai cuma akan nampak cuma tinggal baki lagi 2kali hujung minggu untuk ai ber huha huha sebagai anak dara.
jadi ai dengan suka hati nya menggugel gugel due time and date countdown. hasilnya inilah yang ai dapat. jom kita yeayyy beramai ramai!
It is 19 days from the start date to the end date, end date included
Alternative time units 19 days can be converted to one of these units:
1,641,600 seconds
27,360 minutes
456 hours
2 weeks (rounded down)
huwaaa.. bak kata encek tunang clock is ticking time is running.. NovemberRain bertukar menjadi NovemberRainbow.. lalalalala.. Alhamdulillah.. =)
ramai orang bertanya kenapa tiba tiba ai berubah jadi sangat gembira. tergedik gedik mahu kawen sangat ke? bukan! bukan tergedik gedik soalnya sekarang. kalau yang selalu baca belog buruk ai mesti sudah faham sedari awal. cuma apa yang ai boleh cakap sekarang ini adalah ai terlalu bersyukur. Allah uji ai bertahun tahun lama nya. kemudian dengan berkat niat dan hati yang selalu ikhlas saat ini semua kesedihan yang dulu Allah gantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan baru. jadi ai harus hargai sebaik mungkin. haruslah ai ucap syukur Alhamdulillah setiap masa. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Adil. doa doa orang yang teraniaya selalu Allah dengar dan mudah Allah makbulkan. insyaAllah. ameen. nyte nyte!
No comments:
Post a Comment