Wednesday, 9 November 2011

Hulk Warna Pink. Wehuuu!

yeahhh! cepat ucap tahniah dekat ai. sebab berjaya tukar jadi hulk warna pink. barulah sepadan dengan EncekTunang EncekJantungHati. sebab beliau adalah hulk warna hijau. oke fine! berhenti melalut. sebenarnya ai sangat gembira sebab akhirnya berjaya atasi perasaan takut untuk pakai contact lense. yeahhh! bertahun tahun sudah ai memendam hasrat menyimpan impian kot!

pernah sekali dulu masa contact lense baru mula nak famous amos dalam negara kita nih ai pulun pergi optical care. beriya lah hai siap check mata semua sudah. bila sampai part untuk belajar pakai lense ai gagal. hasrat terpendam d situ sahaja sebab ai terlalu takut. ai tak ingat tahun berapa tapi waktu itu ai dalam tingkatan 6rendah dekat sekolah menengah methodist acs sitiawan. hahah! sila kira sudah berapa tahun berlalu sebab sekarang umur ai sudah pun 25tahun. hiks!

setiap kali teman kawan pergi buat contact lense atau tengok kawan kawan pakat ramai ramai pakai lenses ai cuma diam. bila mereka soal ai jawab tunggu sampai ada lense warna pink baru ai pakai. maklumlah waktu tuh ai fikir siapalah merepek nak buat contact lense warna pink ye tak? akhirnya sekarang hamek kau betul betul ada contact lense warna pink. harussslah ai bantai beli lenses warna pink. ekekeke!

sekarang ai nekadkan hati untuk overcome rasa takut sebab mahu surprisekan EncekJantungHati masa hari akad nikah dan hari kenduri nanti. sekali ai heret beliau untuk teman ai mencari mencari yang berkenan d kalbu. plan yang asalnya ai mencari lenses warna purple nak ala ala violet gitu. tahu tahu tadi terjumpa satu kedai ada lense warna pink. anda fikir makhluk tuhan yang obses dengan warna pink tapi tak mengaku nih nak tunggu lagi? harussslah gedik gedik nak buat. hilang habis rasa takut. tapi sekejap ajelah hilangnya pun!

d sebabkan ai baru pertama kali nak belajar pakai contact lense jadi orang dekat optical care tuh besungguh sungguhlah ajar ai. sampai merah bijik mata. menangis lah konon sekejap sebab meleleh leleh air mata. jari pegang lense mulut memanggil manggil EncekTunang EncekJantungHati. tapi boleh beliau diam diam. siap keluar pergi jenjalan sekejap. alasannya tak sampai hati dengan ai merintih rintih. hati mau tapi takut. tapi syukur alhamdulillah sebab akhirnya ai berjaya atasi rasa takut. siap boleh pakai buang pakai buang sudah. huhuh!

apa apa pun ini untuk EncekJantungHati. harap beliau berbanggalah jugak dengan perngorbanan kecil ai nih. walaupun orang cakap eleyhhh bukan apa sangat pun tapi bagi ai besar jugak kot sebab jujur ai memang takut bab nak jolok jolok bijik mata. hahaha!


~ini contact lense warna violet @ purple~


~tadaaa! inilah warna mata baru ai. hulk pink gitu. sebijiklah macam dalam gambar dekat atas nih~

kesimpulannya ai puas hati dengan pencapai terbaru ai. kira berbaloi jugaklah usaha menapak beribu batu selamanih semata mata mencari lenses yang berkenan d hati. kesian EncekTunang EncekJantungHati. dan terpaling ai puas hati adalah kerana warna contact lense ai macam boleh tukar tukar. kalau tengok dari jauh nampak macam warna brown. kalau tengok sekali imbas nampak macam warna violet. tapi kalau renung betul betul baru akan nampak warna pink. wehuuu! ai gembira. oke nyte nyte. mahu pergi tido sambil senyum senyum.

1 comment:

n@n@ said...

wah pink.

sweet ar.

^__* wink wink !!

bile majlis ai?

smoga sume bjlan lncar sprti yg drancang. ^^

entri ni nana baca pn cam sweet je sbb g jln2 cri lens dgn ur en.tunang kn? ^^

nice blog sis.

mintak jasa baik awak
1. komen,
2. like FB,
3. retweet Twitter and
4. klik Google +1

di entri terbaru nana tq

http://yuslianayusof.blogspot.com/2011/11/contest-gadjet-impian-by-denaihati_19.html