Wednesday, 16 February 2011
Sudah Setahun!
tahun ini 16hb Feb 2011 selepas genap setahun semuanya benar benar berakhir ai sibuk. sibuk menyiapkan segala persiapan. persiapan untuk diri ai terikat dengan EncekJantungHati. bila d kenang kenang semula dalam tempoh setahun yang singkat boleh d katakan sudah banyak air mata air yang mengalir keluar. membazir betul! siapa sangka untuk setiap titis air mata ai dan setiap lafaz menyesal yang ai luahkan pada Allah hari ini akan d balas dengan kebahagiaan yang d luar sangkaan. Allhamdulillah.
dalam dua tiga hari ini banyak masalah yang menimpa. dugaan! harus bersabar. tapi Alhamdulillah saat ini satu persatu masalah yang datang semuanya selesai. dengan bantuan dari orang orang yang ikhlas dan baek hati. Maklong dan Paklong banyak membantu. jasa mereka budi baek mereka akan d kenang sampai mati. tak lupa juga pada mereka mereka yang membuat hati ini terasa jauh ouh malas nak ambil kisah. dunia ini berputar. hidup ini ada karmanya. Alhamdulillah juga.
ai baru balik dari lepak dekat mekdi dengan EncekJantungHati. simple meeting up dengan bakal OP kami. hye abg OP ai like ur work! terima kasih! semuanya secara kebetulan. dan terima kasih jugak kepada CikAdik ai. baek hati nak seponsorkan OP. ouh terharu! kalau tak rasanya harus melayang layang lagi lah. ini baru kerja tunang tunang. haish.
baeklah. got to go. banyak kerja nak d selesaikan.
Tuesday, 15 February 2011
Quotes Of The Day (2)
Yang d impi biarlah tak punya rupa, asal sedap mata memandang.
Yang d nilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang d harap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang d nanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi andai tak sama dengan kehendak hati, InsyaAllah ku redha ketetapan Ilahi.
Monday, 14 February 2011
Malam Ini Rasa Nak Cakap Cakap
bila dua dua dah diam layan lagu lagu jiwang tiba tiba fikiran ai melayang kepada seorang dia yang pernah ada dalam hidup ai dahulu. ada kenangan manis d setiap tarikh ini. ouh yea ai memang mengada. satu masa dulu zaman ai agak kejahilan ai memang degil. yang mana orang cakap tak bole ai seronok aja nak buat.
masa dengan dia dulu kami tak adalah sambut beria ria. setiap hari pun dinner bersama. itu wajib. kalau ada masa terluang baru lunch atau breakfast sama sama. bila ada masa lapang kadang kadang lepak bersama. setiap hari! ya setiap hari untuk sepanjang 6tahun macam lansung tak ada rasa jemu apatah lagi bosan mengadap muka masing masing setiap hari. dahsyat kan? lebih dahsyat bila setiap kali berjumpa itu akan ada saja topik topik baru yang kami sembangkan. tak cukup itu sambung pula mesej mesej pakai henfon. sampaikan orang boleh cakap henfon itu melekat d tangankah? berhenti bila mahu solat. ye selebihnya henfon sangat banyak berjasa kepada kami. terima kasih henfon.
bila hari 14 Feb kalau pergi jalan jalan harus ramai bersepah sepah sana sini jual bunga bunga merata tempat. bila terjumpa mesti dia akan tanya mahu ke? anda agak apa ai jawab? heee tak adalah ai nak jawab apa apa melaenkan senyum senyum sambil buat muka comel jadi dia paham apa maknanya itu. ouh rindu saat itu.
dalam keadaan masih mencari identiti dan ingatan yang hilang ai sangat berterima kaseh pada surat surat cinta yang lama. naseblah dulu ai rajin buat diari. ai suka simpan setiap cebisan memori kami. sekarang bila nak ingat semula ai bukak ai cari semula kenangan kenangan dulu. paling lawak ai jumpa buku nota kecil ada tulis bajet bulanan kami tahu. kalah orang dah kawen lah pulak. blushing ai d sini.
saat ini dia bahagia d sana. ai sedang belajar untuk bahagia seperti dia juga. tak mudah untuk terima orang baru. apatah lagi bila d hati sudah tersemat dia adalah cinta pertama. dia adalah cinta mati. dia adalah segalanya. dan untuk manusia yang tersangat ego tinggi melangit seperti ai maka adalah kelemahan ai untuk meluahkan apa yang terbuku d hati. kisah silam mengajar erti kelukaan.
tak apa. saat ini ai bahagia bila dia bahagia. sudah lama ai sematkan dalam hati bercinta tak bererti memiliki. sudah lama ai tanamkan dalam jiwa jika mahu orang yang kita sayang itu bahagia maka doakanlah yang terbaek untuk dia selalu walaupun kita sendiri terluka. redha dan tawakal pada qada qadar Allah. percaya pada ketentuan takdir dan jodoh yang sudah d tetapkan.
pada dia pada semua malah pada EncekJantungHati ai sudah ai akui cinta pertama itu akan terus hidup. mujur semua pun faham. malah mereka sentiasa berharap ai terus tabah. terima kasih semua. setiap inci tanah tempat lahir ai ini penuh dengan kenangan kami. d sini tempat dia ajar ai menjadi seorang yang matang. d sini tempat dia ajar ai apa itu cinta. d sini dia ajar ai apa itu pengorbanan. sehingga ke saat ini belum ada yang mampu ganti tempat dia. tapi mungkin esok lusa atau masa masa akan datang EncekJantungHati ai akan lebih ajar ai apa itu pengorbanan. masa akan tentukan semuanya.
terkadang ai terlupa siapa diri ai. terkadang ai terlupa pada setiap kisah hidup ai dahulu. terkadang ai terlupa apa yang perlu ai buat. terkadang ai terlupa pada apa yang ai dah buat. saat ini hari ini semuanya harus ada yang mengingatkan ai. reminder dalam henfon sudah penuh dengan reminder itu ini. ai jugak suda punya buku sebagai diari jadual kehidupan seharian ai. ai jugak ada mereka mereka yang rajin mengingatkan ai banyak benda. kesian mereka.
saat ini ai simpan belog comel ai pula. mungkin satu hari nanti bila ai dah tak ada mereka boleh terus baca dan simpan setiap kenangan penting dalam ini. nanti ai ajar junior junior ai jadi kesinambungan ai pulak d sini.
ouh ok lah. nanti ai buka cerita tentang EncekJantungHati ai pula ok.
Check Check 1 2 3
semalam ai d kidnap kena bawa pergi buat facial lah bagai! sakit weyh! habes merah merah muka ai. sampai hari ini merah dan sakit. eyh seriyus ai sangat pening sekarang. kerja banyak sampai tak tahu apa yang nak d buat dulu. tapi sementara nak cari idea melalut dekat sini ai siapkan dulu kad kad jemputan ai.
~colourful kan kan kan? tapi ai paling sayang yang warna pink tu aje. rasa nak simpan takmau bagi dekat orang!~
~ini rupa bila kad dah siap!~
ai pilih untuk Do It Yourself aje untuk kad jemputan kenduri bertunang ai nanti. alah! kenduri bertunang aja pun! ini pun dah kira cukup dengan taste ai! kalau hantar pergi kedai belom tentu kad diorang buat ai puas hati! ai kan super cerewet!
Rasa macam nak buat checklist pulak dekat sini.
1. khemah - done! harus warna pink.
2. baju ai - done! harus jugak warna pink + warna rahsia.
3. hantaran - done! tunggu nanti hari khamis 17hb Feb pergi collect dekat kedai.
4. mini pelamin - done! warna pink jugak yeay!
5. make-up - done!
6. doorgift untuk orang tahlil - belom buat. alamak!
7. ring - done!
8. hand bouquet - belom jugak. hadoi!
9. tudung - belom cari lagi. adeyhla!
10. official photographer - done! hoyeah! hoyeah!
oke. buat masa ni ai rasa itu aje yang penting untuk ai fikirkan. sebab ai malas nak fikir banyak banyak. kalau fikir banyak banyak ai stress nanti lagi berserabut! kalau ada nanti ai tambah. macamlah masa cukup lagi untuk ai tambah sana sini. bubye.
Wednesday, 9 February 2011
Ring Hunting D Hutan Batu Yang Meriah!
malas nak jalan jauh jadi semalam angkut 1kampung pergi JuscoPerda aje. sampai sana harus melantak dahulu. sesi melantak tak ado pun yang nak gedik konon semua pun pemalu. pemalu lah sangat! lepas dah selesai muka kenyang hati gembira terus pergi tempat yang d tuju. jari kecik harus lah kena otter otter bagai. jenuh memilih naseb baek EncekJantungHati sehati dan sejiwa lansung tak kisah. heeee! dua kali otter. jenuh menunggu. penat kot tawaf setiap tingkat yang ada. sudahnya ai heret EncekJantungHati pergi cari mende alah idaman ai. nak tergelak kalau ingat balik bila beliau tanya apatu dengan wajah yang sungguh blurr. betambah blurr wajah beliau ai jawab adelah mendenya comei comei gitu kaler kaler lagi.
bila dah selesai hasrat yang sebenar. bila dah dapat mende alah comei yang ai nak. perlukah ai tunggu tunggu lagi? haruslah bergedik. okeh dah ai nak p sambung buat kerja kerja yang bersepah sepah lagi tu. layanlah feeling kegedikan kami yang memang senantiasa bergelak ketawa sampai penat. terbawa bawa dalam mimpi lagi oke.
~hah! dah dapat mende idaman hati terus gedik nak bergambar~
~the girls~
~tadi bertiga sekarang berempat. itu adik ai penjaga ai sepanjang ai sakit sampai sekarang kerana takut mimpi ngeri itu berulang lagi~
~and the gurls again. ala ala power puff gitu~
mesti semua pun tanya mana EncekJantungHati ai? eyh ada aje sesi bercamwhore dengan beliau. tapi ai tanak letak dekat sini. semua simpan dekat fesbuk ai aje. tengok tengok kan ai dah cakap ai dengan beliau memang tak ada dunia dating berdua. kami lebih senang beramai seperti ini. lebih sakan dan lebih meriah. lagi seronok. hehe ok lah ai nak pergi sambung siapkan kad jemputan. penat dah nih. bubye.
Tuesday, 8 February 2011
Siapa Cakap Senang?
masa dah tak berapa nak cukup. kerja yang ada makin bertambah tambah. dan ini adelah yang pertama dalam hidup ai. harus ai mahu semua yang terbaek sahaja. yea iya ai seorang yang super cerewet. dari sekecik kecik hal kad jemputan untuk tetamu yang d undang, makanan yang bakal d hidangkan kepada para tetamu nanti sampailah ke tahap siapa yang bakal menjadi official photographer ai nanti aja dah cukup memeningkan kepala ai, macam mana hantaran ai nanti, warna apa baju ai nanti, macam mana mekup ai nanti dan juga warna apa khemah ai nanti. harus ai mahu semuanya seiya sekata menepati tema ai. harus!
mahu tahu tema apa majlis ai nanti? heee untuk budak besar yang senantiasa ada jiwa budak kecik d dalam sanubari ai ini haruslah ai mahu yang comel comel aja. kebetulan pula warna baju ai menjurus ke arah warna jiwa ai haruslah semua pun menjadi sehati sejiwa. kebetulan pula PuanMama dan TuanAbah lansung tak membantah. jadi dengan tak semena mena majlis ai bakal bertema fairytales! yeay! pinky pinky here and there. dari bajuan ai ke hantaran ai ke warna khemah ai harus semuanya pink. fushia pink! shocking pink! i loike!
kalut kalut. ai dalam keadaan super kalut sekarang ini. preparation untuk majlis pertunangan ai cuma dalam masa 2minggu. mau ai tak kalut kelam kelibut! haih! hantaran belum buat. cincin belum beli. OP belum ada. kad jemputan baru siap. baju belum siap. waaa banyaknya kerja ai!
~majalah Pesona Pengantin yang 5 ini ajelah sumber rujukan ai~
My Gud & Bad Old Days
ai bukanlah seorang manusia yang perlukan simpati manusia manusia laen untuk ai teruskan kehidupan ai. ai cuma perlukan suasana yang riang dan gembira. jalan hidup ai tak semudah yang orang sangka. kisah hidup ai penuh dengan kisah kisah yang super! yes! superb! nak tahu kenapa? sebab ai lebih suka hipokrit untuk menjadi seorang yang gembira berbanding menunjukkan kesedihan diri ai. perlu apa ai bagitahu seluruh dunia?
ai buat enrty kali ini untuk ai bagitahu yu seorang stalker tegar ai keadaan diri ai selepas kita tak bersama. biar yu puas hati! tak perlu ai pura pura bila masuk soal jodoh pertemuan ajal perpisahan. seingat ai ini kisah perjalanan hidup ai.
* around july 2009
- kita sudah clash! kehidupan kita masing masing dalam haluan masing masing. dan yes waktu itu ego ai adelah keutamaan ai. dan hati ai adelah kepentingan ai.
* around nov - dec 2009
-ai bekerja sumwhere in shah alam dan yes ai berkenalan dengan ramai umat manusia. dan waktu itu tuhan tunjukkan penipuan yu tentang kewujudan fesbuk yu dalam alam maya ini. nak tahu macam mana ai tahu? hati! yes! sebab hati ai gugel gugel nama yu!
* around january 2010
- ai dah mulakan hidup baru. ai dah mulakan dunia carier ai dengan syarikat yang baru. dan yes ai sangat sayangkan kerja baru ai!
- ai mimpi yu mati dalam kemalangan. dan yu mati depan mata ai. ai tengok betapa parahnya keadaan yu! dan yes pagi itu ai bangun sambil menanges dan terus ai call yu. dan ai yakin yu masih ingat akan saat itu!
* around feb 2010
- yu call ai. yu mahu kita jumpa. yu mahu pulihkan keadaan.
- i-city shah alam jadi saksi janji yu! kawan yu jadi saksi siapakah ai d samping yu!
- tuhan itu adil! malam itu Dia tunjukkan kecurangan yu d tangan ai sendiri!
- 16.feb.2010 yu nekad lepaskan ai dan pergi pada dia yang baru yu kenal! yes pada yu dia lebih baek!
- dua minggu ai mati! air mata ai ego ai jatuh depan semua officemates ai depan boss ai sendiri kerana ai dah tak mampu terima hakikat ai masih perlukan yu! yes yu! walaupun ada yang mahu jadi pengganti.
- puas ai merayu mahu yu kembali! ai tolak tepi rasa malu ai dan ai merayu pada dia yang rampas yu dari ai dan yang ai dapat cumalah maki hamun! yu tahu apa ai rasa?
- ai balik rumah mak! jatuh air mata ai depan mak abah. yu tahu apa nasihat mereka untuk ai? mereka mahu ai cari pengganti yu! mereka tak mahu ai merana sedangkan yu bahagia. mak cakap suatu hari nanti yu akan kenal tinggi rendah langit bumi itu!
* around march - april 2010
- terima kaseh sebab tolong ai pindah rumah! budi yu ai hargai!
- yes ai kantoi! itu sebab yu ceroboh hak peribadi ai!
- yes ada yang mahu jadi pengganti yu.
- yes masa itu ai sudah putus harapan!
- dan yes masa itu ai terima lamaran sumone else cuz ai mahu lupakan yu!
* around may - june - july - august - september - oct 2010
- ai punya ramai pakwe masa itu.
- ai cuma mahu lupakan yu walaupun ai cuma menipu diri ai.
- ai enjoy dengan dunia ai sendiri.
- ai sebok bekerja dan ai itu yang paling ai sayang. yes! ai sangat sayang akan kerja ai!
- walaupun pada pandangan mata kasar orang ai sudah oke tapi sebenarnya ai dah mula sakit!
- ai masih mampu gagahkan diri untuk hadirkan diri berhari raya bersama keluarga yu! ai buat semua tu sebab ai terlalu sayangkan mak abah ayn dan semua family yu!
* around nov - dec 2010
- ai seronok dengan dunia ai! ai pergi melancong ke hanoi itu pun atas hadiah dari orang!
- kesakitan yang ai tanggung sudah nampak kesannya!
- walaupun ai sakit kerjaya ai masih tetap ai utamakan!
- tanggal 15.dec.2010 mama abah adik ai datang untuk bawa ai balik ke penang cuz ai sudah tak berdaya untuk hidup seperti biasa.
-tanggal 19.dec.2010 hidup ai seperti mati. dua minggu rumah ai penuh. ai lalui saat nazak. ai lalui saat ai lupa siapa diri ai. ai lalui mimpi ngeri dalam hidup ai. ai hilang kerja kesayangan ai. ai hilang dunia ai. ai bukan lagi diri ai.
* around jan 2011
- selamat tahun baru! tapi bagi ai dah tak ada apa apa erti lagi. terkadang ai lupa siapa diri ai. terkadang ai lupa semua perkara. kehidupan ai perlu ada yang kawal. ai takut untuk berdepan dengan dunia luar.
- semakin hari ai semakin pulih. tapi ingatan dan keyakinan ai masih belum pulih!
- saat itu tiba tiba yu muncul! muncul untuk apa? alasan yu sangat senang cuma mahu tahu perkembangan ai. untuk apa?
* saat ini ai sedang mahu bina hidup baru! dan yes ai baru d lamar! ai dan dia tak punya dunia cinta sama macam yu atau orang laen. kalau yu tengok betul betul ai baru terima dia sebagai kawan untuk 2bulan 2minggu dan 6hari. ai dan dia lansung tak kenal dunia couple. kami lansung tak pernah ada dunia dating sama macam orang laen. tapi dia lah yang ada d rumah ai bersama mama abah dan keluarga ai yang laen untuk jaga ai sepanjang ai sakit! dia yang bersusah payah mencari itu ini sampaikan sanggup unpaid leave 2minggu lamanya kerana mahu temani mama dan abah d saat ai sakit!
* saat ini ai terima lamaran dia kerana hati budi dia! dan sampai saat ini nama yu masih ai sebut sebut. jauh d satu sudut hati ai, ai masih mahu yu kembali dan kita sama sama betulkan keadaan. tapi sayang dengan maki hamun dan caci hina yu sekali lagi buat hati ai hancur sepenuhnya. tapi nama yu masih ai sebut. setiap hari! malah ai banding bezakan dia dengan yu. walaupun ai tahu ai sakitkan hati dia yang tak bersalah.
* dan saat ini, inilah diri ai. seperti diri yu macam itulah diri ai. sudah sampai masanya ai lepaskan semua kenangan yang dulu itu pergi. kekuatan yang datang itu adelah dari yu sendiri. kalau yu mampu buang ai, ai yakin ai jugak mampu buang yu. dan keyakinan dari dia buat ai yakin dia mampu bahagiakan ai lebih dari apa yang pernah ai ada suatu masa dulu. keikhlasan dia buat ai terima dia seadanya dia. dia biasa biasa saja. dia tak punya pangkat apetah lagi status atau title sehebat yu. tapi dia punya kejujuran yang sangat luar biasa! dan dia adalah dia yang mampu terima diri ai seadanya dia. Alhamdulillah. Ameen.
~beberapa hari selepas ai d risik dan ai berbangga cincin itu tersarung d jari ai~
~Alhamdulillah! rezeki Allah selalu ada d mana mana dalam pelbagai cara~
Thursday, 3 February 2011
My Merisik Day! My Meminang Day! Officially A Bride To Be!
ape itu merisik?
adat ini d panggil meninjau atau menengok. tujuan nya adalah untuk memastikan bahawa si gadis yang d hajati itu masih belum berpunya. ini penting kerana dalam Islam seseorang itu d larang meminang tunangan orang. biasa nya adat ini akan d jalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki. adakala nya semasa merisik wakil pihak lelaki akan memberi kan sebentuk cincin berupa cincin belah rotan sebagai cincin tanda dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. zaman sekarang adat merisik jarang d buat lagi kerana kebanyakan pasangan sudah berkenalan bercintan cintun terlebih dahulu.
ape itu meminang?
selepas merisik pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. urusan peminangan ini akan d lakukan kaum keluarga terdekat pihak lelaki. adat ini d lakukan untuk menyatakan tujuan mereka secara rasmi sekaligus berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. mereka akan berbincang tentang hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis bertunang nanti.
dah paham? heee! hari ini 03.02.2011 secara rasminya ai akan bertukar mode kepada Bride To Be suda kerana hari ini hari tahun baru cina tahun arnab. yeay! erk gedik kan? bukan bukan! hari ini adelah hari ai d risik dan d pinang oleh keluarga encek si jantung hati ai. gembira? adelah sikit. penat ai d soal berdebar ke tak. jawapan ai tak pun! ai terlalu sebok sampai lansung tak sempat nak rasa berdebar pun! sudahla tak cukup tido. kena bangun awal pagi pulak tu. bilik dan rumah masih berbaki keselerakkan nye! pukul 12pm baru siap rumah d kemas cantek cantek! terus kalut mop lantai pulak. pukul 1.30pm baru kalut nak iron baju untuk family family ai. dekat dapur jangan cakaplah. lagi berserabut keadaannye! dah macam kenduri kendara besar besaran pulak tapi yang buat kerja semua cuma puanMama dan cikAdik kesayangan ai. kesian!
oke! sambung semula. pukul 2.30pm baru siap iron semua baju kemudian kalut mandi dan bersiap cantek cantek. pukul 3.00pm family encek jantung hati ai nak datang. tapi bole pulak encek jantung hati cakap tak lah pukul 2.30pm nanti diorang dah nak datang. kalau lah rumah nye jauh makan berjam perjalanan takde lah ai kisah sangat. ini dalam masa 10minit saja dah sampai silap silap 5min pun dah terpacak depan rumah ai tahu. tengok jam waktu itu sudah pukul 2.30pm tahu. semua pun macam kartun! hahahahaha! kesian!
naseblah nenek kesayangan sanggup berdiri d dapur tolong gorengkan kueh karipap. cikAdik ai adalah orang terpenting hari ini. kalau dia tak ade mati lah ai! sayang dia sangat sangat ouh! tapi tanak lah tunjuk karang kena buli! mama ai orang paling terpenat kot sebab dia chef of the day! terima kaseh jugak untuk kezen kembari ai yang datang dan terpaksa menjadi runner ke sana sini. maaf menyusahkan atie dan mimi! luv u kembare! untuk aunty aunty ai. untuk uncle ai yang menjadi nakhoda majlis hari ini. walaupun sedikit kesalahfahaman berlaku tetapi ending nya baek baek saja. ameen! alhamdulillah!
~tadaaa!!! ini adalah hasil kerja tangan ai yang keras!~
~R untuk risik! heee cincin tanda @ cincin merisik~
akhir kata selamatlah sudah majlis merisik dan meminang ai pada hari tahun baru cina ini hasil dari permikiran Encek Si Jantung Hati ai yang super kreatif kononnya nak buat surprise. tak pasal persediaan cuma d buat dalam masa dua minggu sahaja. lepas ini majlis pertunangan pulak. officially a Bride To Be sudah!
Tuesday, 1 February 2011
Its February! And Egypt's Crisis!
tahu tak ai baru tahu tentang masalah dunia yang melanda bumi Mesir semalam! kesian sungguh kan ai nih. ai tengok banyak sangat orang yang post dekat fesbuk. banyak jugak blogger yang buat entry pasal hot story nih!
dalam berita dan surat khabar dalam berita semua channel pun akan cakap benda yang sama 'Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat!'. 11,319 pelajar Malaysia berada d bumi Mesir. 6,135 orang tengah study pengajian Islam. baki selebih nya pelajar perubatan. sila bayang kan berapa ramai bakal doktor cerdik pandai kita ada dekat bumi Mesir sana tu.
semua pun sedia maklum bumi Mesir tengah huru hara. demonstrasi jalanan dekat bandar bandar besar Mesir makin meruncing. semua nya sebab nak desak Presiden Hosni Mubarak letak jawatan. talian internet talian telefon 100% d dah potong. kalau ai mau mati akal sebab tak boleh layan fesbuk dah. struktur pemerintahan Mesir dah lumpuh. polis dah tak berkuasa. orang orang yang meringkuk dalam penjara semua dah terlepas. berparti sakan lah mereka buat kerja jahat. merompak mencuri menyamun. ouh totally sangat bahaya dan menakutkan! paling kesian bekalan makanan mesti terputus. kedai kedai semua pun dah tutup. yelah siapa yang nak berjual beli kalau dah semua penjenayah besepah sepah dekat sekeliling. naseb lah dorg ambil inisiatif sendiri untuk tubuh kan kumpulan macam rukun tetangga dengan rakyat tempatan kat sana untuk jaga keselamatan sekeliling.
ai ada seorang skoolmate yang adik beliau sedang terperangkap dekat Mesir sana. hari hari ai tengok dia update status fesbuk dia meluah kan rasa hati yang risau. kerajaan Malaysia pulak baru pertimbangkan rancangan nak guna kapal selam untuk bawak balik semua student kita. haish! baru nak pertimbangkan? apelah!
apa pun jom kita doa sama sama harap harap semua rakyat Malaysia kita yang terperangkap dekat sana dapat balik sini dengan selamat. ameen!