Thursday 3 February 2011

My Merisik Day! My Meminang Day! Officially A Bride To Be!

amaran awal! ini adalah entry ai yang super panjang! kalau sudi nak baca cepat pergi sediakan secawan kopi panas dan sekotak biskut sedap supaya boleh la mencicah cicah sambil baca entry ai kalini.

ape itu merisik?
adat ini d panggil meninjau atau menengok. tujuan nya adalah untuk memastikan bahawa si gadis yang d hajati itu masih belum berpunya. ini penting kerana dalam Islam seseorang itu d larang meminang tunangan orang. biasa nya adat ini akan d jalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki. adakala nya semasa merisik wakil pihak lelaki akan memberi kan sebentuk cincin berupa cincin belah rotan sebagai cincin tanda dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. zaman sekarang adat merisik jarang d buat lagi kerana kebanyakan pasangan sudah berkenalan bercintan cintun terlebih dahulu.

ape itu meminang?
selepas merisik pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. urusan peminangan ini akan d lakukan kaum keluarga terdekat pihak lelaki. adat ini d lakukan untuk menyatakan tujuan mereka secara rasmi sekaligus berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. mereka akan berbincang tentang hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis bertunang nanti.

dah paham? heee! hari ini 03.02.2011 secara rasminya ai akan bertukar mode kepada Bride To Be suda kerana hari ini hari tahun baru cina tahun arnab. yeay! erk gedik kan? bukan bukan! hari ini adelah hari ai d risik dan d pinang oleh keluarga encek si jantung hati ai. gembira? adelah sikit. penat ai d soal berdebar ke tak. jawapan ai tak pun! ai terlalu sebok sampai lansung tak sempat nak rasa berdebar pun! sudahla tak cukup tido. kena bangun awal pagi pulak tu. bilik dan rumah masih berbaki keselerakkan nye! pukul 12pm baru siap rumah d kemas cantek cantek! terus kalut mop lantai pulak. pukul 1.30pm baru kalut nak iron baju untuk family family ai. dekat dapur jangan cakaplah. lagi berserabut keadaannye! dah macam kenduri kendara besar besaran pulak tapi yang buat kerja semua cuma puanMama dan cikAdik kesayangan ai. kesian!

oke! sambung semula. pukul 2.30pm baru siap iron semua baju kemudian kalut mandi dan bersiap cantek cantek. pukul 3.00pm family encek jantung hati ai nak datang. tapi bole pulak encek jantung hati cakap tak lah pukul 2.30pm nanti diorang dah nak datang. kalau lah rumah nye jauh makan berjam perjalanan takde lah ai kisah sangat. ini dalam masa 10minit saja dah sampai silap silap 5min pun dah terpacak depan rumah ai tahu. tengok jam waktu itu sudah pukul 2.30pm tahu. semua pun macam kartun! hahahahaha! kesian!

naseblah nenek kesayangan sanggup berdiri d dapur tolong gorengkan kueh karipap. cikAdik ai adalah orang terpenting hari ini. kalau dia tak ade mati lah ai! sayang dia sangat sangat ouh! tapi tanak lah tunjuk karang kena buli! mama ai orang paling terpenat kot sebab dia chef of the day! terima kaseh jugak untuk kezen kembari ai yang datang dan terpaksa menjadi runner ke sana sini. maaf menyusahkan atie dan mimi! luv u kembare! untuk aunty aunty ai. untuk uncle ai yang menjadi nakhoda majlis hari ini. walaupun sedikit kesalahfahaman berlaku tetapi ending nya baek baek saja. ameen! alhamdulillah!

~tadaaa!!! ini adalah hasil kerja tangan ai yang keras!~

~R untuk risik! heee cincin tanda @ cincin merisik~

akhir kata selamatlah sudah majlis merisik dan meminang ai pada hari tahun baru cina ini hasil dari permikiran Encek Si Jantung Hati ai yang super kreatif kononnya nak buat surprise. tak pasal persediaan cuma d buat dalam masa dua minggu sahaja. lepas ini majlis pertunangan pulak. officially a Bride To Be sudah!



2 comments:

Cik Fasyareena said...

tahniah dear..!
bila langsung?
hepiiiiii for u..

♣DYA AL-AIEN♣ said...

CIK FASYA:
timekaseh..
langsung nye tak tau lg..
but engage will be soon.. :)

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers