sesungguhnya ai sedang melalui satu fasa yang mana penuh dengan keajaiban dari kekuasaan Allah S.W.T. dan ai rasa bukan ai seorang saja yang rasa nikmat ini sebab EncekJantungHati jugak selalu cakap benda yang sama.
d awal waktu dulu ai takut untuk fikir soal kahwin. tapi beliau berani untuk ubah semuanya. dan jujur ai katakan seawal seminggu usia pertunangan kami pintu rezeki beliau sudah terbuka dan terus terbuka sampai ke saat ini. segala urusan beliau Alhamdulillah semuanya sangat mudah. nikmat dan bantuan serta pertolongan dari Allah sangat banyak.
saat ini ai pulak rasa benda yang sama. penderitaan sejak 9tahun dulu seakan hampir untuk berakhir. tiap kesusahan dan kepayahan itu walau seberat dan sesukar mana sekalipun pasti ada jalan penyelesaiannya. dan sekarang pintu rezeki sikit sebanyak semakin terbuka luas. Alhamdulillah.
SPA. eyh bukan spa tempat cantikkan badan tu oke. ini yang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tu lah. okeh siapa berani cakap dia lansung tak pernah cuba untuk apply? tipu lah. ai? ai pulak jujur ai bagitahu seawal umur 18tahun PuanMama sudah bising bising suruh apply apa apa aje yang boleh. boleh d katakan setiap tahun ai dapat panggilan temuduga. pernah dalam setahun 2kali panggilan temuduga pun ai pernah dapat. tapi hampeh semuanya gagal.
tipulah kalau ai cakap pergi tapi tak berharap untuk berjaya. pernah ai bersusah payah dari KL balik ke Penang kemudian balik ke KL semula dalam hari yang sama semata mata untuk interview spa nih. penat jangan cakaplah. tapi terpaksa sebab masa kerja dekat KL cuti susah nak dapat. lagipun takmau terkantoi dengan bos jadi alasan yang terpaling logik saat itu cumalah mc. hebat ke tidak?
ingat tak dalam bulan lepas masa 2minggu ai baru start kerja haritu ai ada cakap dekat sini ai dapat panggilan temuduga spa. ouh sebenarnya ai baru aje renew balik permohonan ai dalam spa. itu pun dalam bulan Mac ke April kot kalau tak silap ai. tiba tiba bulan lepas ai dapat panggilan interview. masa tu terkejut jangan cakaplah.
ai pergi tanpa sebarang persediaan apa pun sebab terlalu sibuk dengan kerja. malam sebelum interview barulah terhegeh hegeh semak itu ini. pagi sebelum interview barulah tergedik gedik pergi sah kan dokumen. nampak sangat macam tak punya nafsu nak hadirkan diri hari tu. bukan ai malas tapi sebenarnya sudah putus harapan. sebab ai tahu dan semua orang pun tahu percentage nak bejaya memanglah sangat sangat tipis.
masuk interview hari itu adalah yang ke5 kali nya ai pergi untuk jawatan yang sama. belum kira untuk jawatan jawatan yang lain lagi. haih! panggilan temuduga sudah berpuluh puluh kali ai dapat. adalah yang sampai lansung tak pergi. dan hari interview tu EncekJantungHati yang teman tak macam yang lepas lepas biasanya PuanMama yang temankan ai. beliau dan PuanMama lah yang banyak memujuk mujuk suruh ai pergi. jadi ai pun setuju untuk menurut perintah.
masa haritu semuanya selesai dengan sangat mudah. lancar aje. urusan dokumen pun sekejap aje selesai. kemudian kalut kalut pulak cross jambatan sebab ferry sesak. kebiasaannya pagi pagi jetty ke jambatan ke jam jangan cakaplah. waktu semua orang kalut nak ke tempat kerja. itu perkara biasa. tapi pagi tu atas jambatan jalan semua tak sesak. ai boleh cakap ai sampai tempat interview dalam masa 20minit aje. hebatkan? kuasa Allah memang hebat!
ai interview dekat tempat yang pertama kali dulu ai pergi untuk temuduga spa entah berapa tahun yang dulu. ai tengok muka muka yang datang semua gelabah gelabah aje. ada yang kalut kalut hafal nota macam macam lah. sekejap sekejap dengar diorang cakap pasal nama nama menteri itu ini. kejap kejap dengar ada yang hafal rukun negara lah rukun iman lah. ada jugak yang waktu itulah mula tanya tentang isu isu semasa. terus teringat ingat macam itu lah ai dulu dulu. he he he!
korang tahu ai macam mana? ai boleh duduk diam diam mesej mesej dengan EncekJantungHati. ai adalah jugak hafal sikit sikit tapi tak macam dulu dulu dah. kalau dulu ai punya takut sampai sejuk kakitangan muka semua pucat tak berdarah. sampai turn ai untuk d interview korang tahu berapa lama masa ai? 10minit aje tahu. diorang mintak ai cerita serba sikit tentang diri kemudian sembang sembang aje. bila sudah tamat ai keluar dengan muka lega yang amat amat siap cakap cehhh penat ai buat nota nota bagai. hafal pun tidak kena soal pun tidak. dan! dan semua orang yang sedang tunggu turn semua terkejut. sebab boleh d katakan setiap yang masuk ke bilik temuduga kurang kurang ambil masa 20minit. itu d kira paling sekejap. ada yang kena sampai 30minit. dan ai? ai cuma 10minit. Alhamdulillah.
dan hari semalam keputusan sudah keluar. ai lansung tak semangat nak check ke apa ke. sebab macam dah tak sanggup nak kecewa lagi. tapi korang tahu tak apa jawapan yang ai dapat?
~tadaaa! akhirnya ai berjaya selepas mencuba berkali kali. Alhamdulillah! maaf ye nama nombor ic dan jabatan mana ai terpaksa rahsiakan~
mengalirlah sekejap air mata. touching oke sebab rasa macam mimpi saja. berkali kali ai semak sebab takut ai tersalah. sampai ai suruh EncekJantungHati pun semak sama betul ke tidak itu nama ai itu nombor ic. dan sampai ke saat ini ai masih semak keputusan temuduga ai haritu. sebab ai takut ai tersilap. ai takut ai kecewa. sampai berkali kali EncekJantungHati cakap ai kena percaya sebab ai bukan bermimpi. sekejap sekejap ai tampar tampar lah jugak pipi ai nih. mana nak tahu mungkin ai tengah mimpi dalam berjaga ke.
~petangnya makan makan dengan EncekJantungHati. heee!~
dalam hal ini berani ai katakan sekiranya usaha mencari rezeki d jalankan dengan tersusun selepasnya yakinlah bahawa rezeki akan d mudahkan melalui perkahwinan itu. itulah janji Allah S.W.T. dan saat ini ai sedang melalui saat saat yang penuh dengan nikmat dari Dia. orang selalu takut untuk kahwin sebab katanya duit belum cukup itu ini tak cukup. tapi hari ini EncekJantungHati sudah buktikan. dan ai sendiri sedang melalui saat yang sama seperti apa yang beliau lalui. terima kasih YaAllah.
apa yang ai dapat hari ini berkat dari doa PuanMama yang tak sudah sudah. dan dengan doa bakal suami yang tak henti henti. semangat dari mereka yang ai pinjam. betullah kata PuanMama dan EncekJantungHati yang terlalu beria ia mahu temani ai mana tahu mungkin kali itu adalah kali terakhir ai pergi temuduga sebelum ai berjaya. jadi adalah sikit kenangan yang EncekJantungHati ai dapat. dan sekarang kenangan itu beliau yang punya. terima kasih PuanMama. terima kasih EncekJantungHati.