Alhamdulillah. selesai sudah satu perkara yang terpenting dalam proses untuk bertukar status. haih! hati rasa lega sangat. lapang sikit dada yang sendat nih. sesungguhnya antara yang terpaling ai lemas bila orang tanya bab nikah kahwin ni salah satunya adalah kursus kahwin. sebab ai lemas sangat sangat bila kena duduk lama lama dalam satu ruang kemudian dengar ceramah ceramah dan ceramah. kalau dapat penceramah yang best rajin buat lawak bagi orang gelak gelak bestlah. kalau dapat penceramah yang mandom jek alamat jam lah otak ai. konfem mata pun kuyu aje. ha ha ha! eyh sekejap. anda tahu tak mandom itu apa? cuba buka kamus dewan cari sendiri. hiks!
seronok rupanya kursus praperkahwinan ni. sebab ai dapat belajar banyak benda baru. eyyy benda baru? ha ha ha! jangan pikir bukan bukan oke. tak adanya penceramah penceramah tu nak ajar benda yang gedik gedik oke. diorang ajar cara cara macam mana untuk jadi suami mithali dan isteri mithali. meh sini ai share apa yang ai dah belajar oke. kalau yang dah bergelar puan tu mesti dah tau dah kan. so yang masih single mingle pringle cik cik boleh lah tau sikit sikit. he he he! semuanya ada 3bahagian.
1. Asas Pembinaan Insan.
- akidah
- ibadah
- akhlak
- perkahwinan dan prosedur
2. Pengurusan Keluarga
- hubungan dalam keluarga
- pengurusan kewangan dan masa
- pengurusan kesihatan
- komunikasi suami isteri
3. Pengurusan Masalah Dalam Keluarga
- pengurusan tekanan (stress) dan konflik dalam kehidupan
- pembubaran perkahwinan
dalam banyak banyak bahagian yang paling ai suka adalah komunikasi suami isteri. kena pulak ustaz yang berceramah itu best. selamba aje. penuh dengan lawak tapi mendalam maksudnya. siap tunjuk contoh contoh yang bernas pulak tu. he he he! asyik gelak ajelah sesi tu sampai sakit perut keluar air mata. muka pun merah merah jadinya. dan part paling tak best adalah pembubaran perkahwinan. erkkk! sumpah ai sangat takut. masuk aje bab ini terus rasa macam nak givup. ouh fobia betul. trauma yang lama belum sembuh sepenuhnya. ketakutan itu masih ada. kelukaan itu masih ada parutnya sangatlah dalam. ya Allah sesungguhnya ai tak mahu kelukaan dan kehilangan lagi. oke oke! cukup dah. otak ai sudah jam. tengok gambar aje.
~masa pendaftaran dapatlah sorang satu file. satu ai punya. satu lagi EncekJantungHati punya. nama? harap maaf terpaksa d love love kan. ha ha ha ha ha!~
~dalam file ada macam macam kertas ada pen. tapi yang penting adalah buku Memasuki Gerbang Perkahwinan ni lah. eyh lagi satu ada duit makan tengah hari jugak tau~
~lepas 2hari dengar ceramah sebelum tamat adalah sesi exam kecil kecilan sikit kemudian barulah boleh d kira lulus ke tidak. fuhhh nasib baik ai lulus dengan cemerlang. boleh kahwin sudah. ha ha ha!~
~ini hari kedua. pandai EncekJantungHati curi curi snap pic~
~akhirnya! lulus dengan cemerlang sudah. penat tau! penat montot semata mata nak dapat sekeping sijil nih. yeay! boleh kahwin dah. ha ha ha!~
~muka EncekJantungHati terpaksa d rahsiakan. nak simpan seri namanya. muka orang dah nak kahwin. macam budak kecik. eyh betul ke dah nak kahwin ni?~
apa apa pun ai bersyukur sangat. selesai sudah satu perkara. lepas aje selesai kursus kahwin ni feeling terus bertukar oke. kalau dulu cubalah korang tanya EncekJantungHati ai macam mana ai boleh lewa lewa aje bila sebut bab kahwin. masa dalam kereta EncekJantungHati ai tanya soalan cepukmas ai sudah nampak ke tidak keikhlasan beliau yang mahu mengahwini ai untuk jadi isteri kepada beliau. heee! ampun sayang! oke oke. sekarang ai sudah nampak. ai akan lebih seriyus dan berjanji akan mula rancakkan otak untuk memikirkan persiapan hari penting kita nanti mulai sekarang. promise!
untuk EncekJantungHati ai tahu yu akan rajin baca belog ai. jadi dekat sini ai ada satu pesanan untuk yu. soal jodoh itu perkara ghaib. kedatangannya terkadang senang terkadang sulit malah kadang tak kunjung tiba. tapi bila seru pun tiba sesungguhnya perkahwinan itu bukan datang sekadar untuk memiliki cinta atau sekadar bersuka suka. sesungguhnya ia d sertai dengan tanggungjawab. tanggungjawab yang sangat besar dan berat. nanti d akhirat sana setiap tanggungjawab itu akan d persoalkan semula oleh Allah. semoga semuanya d permudahkan Allah.
untuk EncekJantungHati ai. terima kasih kerana sudi menerima siapa diri ai seadanya. lega sebab semua kisah silam ai sudah pun yu tahu. maafkan ai andai ada kisah silam itu yang melukakan hati yu. terima kasih kerana yu bangunkan ai dan yu bimbing ai d saat ai jatuh terduduk dalam kehidupan ai yang lepas. terima kasih untuk setiap pengorbanan yu yang sudah bersusah payah jaga ai sepanjang keperitan yang ai lalui dalam hidup sejak dari awal yu kenal ai sampai ke saat ini. terima kasih kerana terlalu banyak bersabar dengan setiap kerenah dan kelemahan diri ai. terima kasih kerana hormati pendirian ai yang hanya mahukan cinta selepas pernikahan. terima kasih kerana ikhlas dan sudi mahukan ai untuk jadi isteri dan teman hidup yu. terima kasih kerana banyak buat ai rasa gembira dan bahagia. terima kasih sayang!
No comments:
Post a Comment