sakit! kadang kadang rasa macam mahu putus asa pun ada. kadang kadang rasa macam alah nak biar ajelah pun ada. dan kadang kadang rasa macam kalau sudah ini cara berakhirnya kehidupan ai maka tak mengapalah ai redha. tapi ai bersyukur sebab ada orang orang yang sangat sangat selalu ingatkan ai betapa beliau dan mereka masih perlukan ai. jujur ai bukanlah orang yang terlalu cepat mengalah tapi kali ini entah kenapa rasa letih sudah tak mampu nak d tanggung lagi. EncekJantungHati lah tempat ai mengadu dan menangis dan luahkan semua tekanan yang terbeban. syukur beliau sangat sangat memahami dan beliaulah yang sangat sangat banyak menghulurkan bantuan kepada insan yang lemah lagi tak berdaya ini. terima kasih sayang. ceeewah! feeling lebih pulak. kalau beliau baca konfem kena gelak guling guling. tak bagi chance lansung nak jiwang lentok lentok.
kerja! ouh part ini yang paling paling paling sudah sampai tahap maksimum kesabaran ai. Tuhan saja tahu macam mana meter hati ai bergerak gerak bila kesabaran ai d uji. isk! kalau nak cerita sangatlah panjang. tapi apa yang boleh ai katakan hanyalah indah khabar dari rupa. rasa macam nak baling laju laju aje semua bebanan dan tekanan dari mereka masuk dalam laut. dan apa yang buat ai masih kuat bertahan d situ cumalah atas permintaan dari PuanMama. kalau bukan kerana beliau maka jangan haraplah ai nak biar diri d tindas. perghhh! ayat malam ni semua kalah sasterawan pujangga. isk isk isk! malu ai.
TokwanHensem ai! ini part paaaling sedih. kesian beliau. dalam masa sebulan 2 3 kali keluar masuk hospital. mula mula macam biasa. tapi sejak seminggu lepas keadaan TokwanHensem ai sangat kritikal. 8hari dalam icu baru petang tadi boleh keluar hospital. itu pun keadaan beliau tetap lemah. masalah jantung. sekejap oke. sekejap lemah sangat. tambahan lagi dengan sakit kencing manis dan darah tinggi. runsinglah sekejap jiwa ai. tapi lebih runsing lagi jiwa EncekJantungHati ai. sebabnya itu tokwan beliau. ai mana ada tokwan. belum sempat ai ada dalam perut PuanMama ai lagi memang dua dua tokwan ai sudah pergi dulu. jadi dengan tokwan EncekJantungHati ai lah tempat ai menumpang kasih sayang mengada ngada menggedik gedik. ekekek! dalam masa seminggu dari malu malu ai sudah sangat sangat rapat dengan beliau. dari malu malu ai sudah berjaya suapkan beliau makan. kalah semua cucu cucu beliau. ai yang pertama. dan dari malu malu terus tiap tiap hari TokwanHensem ai terindu rindu kan ai. asal saja nampak muka EncekJantungHati ai perkara yang wajib d tanya adalah ai datang ke tidak. ouh berbaloi tiap tiap hari ai pergi melawat beliau lepas balik dari kerja. perghhh! banggalah sekejap sebab dapat rampas takhta CucuIntanPayungKesayanganTokwan dari EncekJantungHati ai.
hari ini sebenarnya ai sangat tension. tapi dalam tension ai happy. sebab EncekJantungHati hadiahkan 2pasang heels untuk ai. muahahaha! sebab rumit sangat nak pilih mana yang paling cantik. sebab susah sangat nak buat keputusan mana yang lebih gojes makanya dua dua sekali ai rembat. terima kasih sayang! ai love yu lah! nasib baik beliau sangat memahami betapa ai sangat gilakan heels. oke fine lepas ni jangan tanya ada lagi ke ruang nak susun semua kasut kasut heels heels dalam kereta ai. sekali tengok dah macam kedai kasut bergerak pun ada jugak. nantilah kalau ada masa bila ai dah susun semua cantik cantik ai snap gambar ai upload dekat sini. heheh!
ouh sebelum ai pergi tido ai rasa macam nak renovate lah belog buruk ai. kadang kadang rasa macam erkkk dah tak lalu nak tengok belog sendiri. tapi ai sangat sangat lah tak punya idea. errr mungkin tak punya masa jugak. tengok belog orang orang lain sangatlah cantik tersusun rapi cemburulah jugak. ada siapa siapa sudi tolong bagi idea? tolong ajarkan? tolong renovatekan cantik cantik murah murah? adeke? adeke? ouh silalah ada. oke ai tido dulu. jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment