tahu tak d sebabkan terlalu sebok ai kadang kadang ai terlupa lansung tarikh dan juga hari apa. macam tadi masa tengah kusyuk memandu sambil otak cuba fokus sepenuhnya pada jalanraya tiba tiba CikAdik ai cakap hari ini bosan radio asyik asyik pasang lagu lagu jiwang. ai diam. kemudian dia cakap lupakah hari ini 14hb Feb 2011 lah. terus ai tepuk dahi sendiri.
bila dua dua dah diam layan lagu lagu jiwang tiba tiba fikiran ai melayang kepada seorang dia yang pernah ada dalam hidup ai dahulu. ada kenangan manis d setiap tarikh ini. ouh yea ai memang mengada. satu masa dulu zaman ai agak kejahilan ai memang degil. yang mana orang cakap tak bole ai seronok aja nak buat.
masa dengan dia dulu kami tak adalah sambut beria ria. setiap hari pun dinner bersama. itu wajib. kalau ada masa terluang baru lunch atau breakfast sama sama. bila ada masa lapang kadang kadang lepak bersama. setiap hari! ya setiap hari untuk sepanjang 6tahun macam lansung tak ada rasa jemu apatah lagi bosan mengadap muka masing masing setiap hari. dahsyat kan? lebih dahsyat bila setiap kali berjumpa itu akan ada saja topik topik baru yang kami sembangkan. tak cukup itu sambung pula mesej mesej pakai henfon. sampaikan orang boleh cakap henfon itu melekat d tangankah? berhenti bila mahu solat. ye selebihnya henfon sangat banyak berjasa kepada kami. terima kasih henfon.
bila hari 14 Feb kalau pergi jalan jalan harus ramai bersepah sepah sana sini jual bunga bunga merata tempat. bila terjumpa mesti dia akan tanya mahu ke? anda agak apa ai jawab? heee tak adalah ai nak jawab apa apa melaenkan senyum senyum sambil buat muka comel jadi dia paham apa maknanya itu. ouh rindu saat itu.
dalam keadaan masih mencari identiti dan ingatan yang hilang ai sangat berterima kaseh pada surat surat cinta yang lama. naseblah dulu ai rajin buat diari. ai suka simpan setiap cebisan memori kami. sekarang bila nak ingat semula ai bukak ai cari semula kenangan kenangan dulu. paling lawak ai jumpa buku nota kecil ada tulis bajet bulanan kami tahu. kalah orang dah kawen lah pulak. blushing ai d sini.
saat ini dia bahagia d sana. ai sedang belajar untuk bahagia seperti dia juga. tak mudah untuk terima orang baru. apatah lagi bila d hati sudah tersemat dia adalah cinta pertama. dia adalah cinta mati. dia adalah segalanya. dan untuk manusia yang tersangat ego tinggi melangit seperti ai maka adalah kelemahan ai untuk meluahkan apa yang terbuku d hati. kisah silam mengajar erti kelukaan.
tak apa. saat ini ai bahagia bila dia bahagia. sudah lama ai sematkan dalam hati bercinta tak bererti memiliki. sudah lama ai tanamkan dalam jiwa jika mahu orang yang kita sayang itu bahagia maka doakanlah yang terbaek untuk dia selalu walaupun kita sendiri terluka. redha dan tawakal pada qada qadar Allah. percaya pada ketentuan takdir dan jodoh yang sudah d tetapkan.
pada dia pada semua malah pada EncekJantungHati ai sudah ai akui cinta pertama itu akan terus hidup. mujur semua pun faham. malah mereka sentiasa berharap ai terus tabah. terima kasih semua. setiap inci tanah tempat lahir ai ini penuh dengan kenangan kami. d sini tempat dia ajar ai menjadi seorang yang matang. d sini tempat dia ajar ai apa itu cinta. d sini dia ajar ai apa itu pengorbanan. sehingga ke saat ini belum ada yang mampu ganti tempat dia. tapi mungkin esok lusa atau masa masa akan datang EncekJantungHati ai akan lebih ajar ai apa itu pengorbanan. masa akan tentukan semuanya.
terkadang ai terlupa siapa diri ai. terkadang ai terlupa pada setiap kisah hidup ai dahulu. terkadang ai terlupa apa yang perlu ai buat. terkadang ai terlupa pada apa yang ai dah buat. saat ini hari ini semuanya harus ada yang mengingatkan ai. reminder dalam henfon sudah penuh dengan reminder itu ini. ai jugak suda punya buku sebagai diari jadual kehidupan seharian ai. ai jugak ada mereka mereka yang rajin mengingatkan ai banyak benda. kesian mereka.
saat ini ai simpan belog comel ai pula. mungkin satu hari nanti bila ai dah tak ada mereka boleh terus baca dan simpan setiap kenangan penting dalam ini. nanti ai ajar junior junior ai jadi kesinambungan ai pulak d sini.
ouh ok lah. nanti ai buka cerita tentang EncekJantungHati ai pula ok.
3 comments:
:)
yup.cinta pertama mmg xleh dilupakan.tapi bila cinta sejati dtg, kite harapkan yg terbaik je..
saya doakan awk dgn bakal tunang awk kekal hingga ke akhir hayat.
kisah sy & MAO berbeza. cinta pertama sy masih ada, cinta MAO dl, da arwah. accident same2. tp alhmdlh, MAO still here..:')
FASYA:
setuju dgn awak part cinta sejati tu.. :)
terima kasih dear..dya pun doa kan fasya an MAO kekal hingga akhir hayat ye syg.. :)
MAO sudah d takdirkan utk kamu..
Allah lebih mengetahui kan.. :)
awww syg. semoga anda berbahagia and yeah cinta tak harus memiliki. ive learned that too :)
Post a Comment