Saturday, 25 June 2011

Second Time Last Minit Dengan Beliau!

oke fine! sedang insan insan lain sibuk berentry pasal siapa maharaja lawak ai pulak nak sibuk berentry pasal errmmm cerita last minit. hmmm! sejak dari awal dengan EncekJantungHati. bukan saja saja beliau buat semuanya last minit. tapi memang selalunya tiap apa yang terjadi akan jadi hanya pada last minit. sampaikan beliau dengan bangganya mengeluarkan statement beliau adalah PakarLastMinit. oke fine sayang! yu memang lah terer bab bab macam ni! yang kalutnya ai lah nanti. ada faham?

ai buka ceritera tentang ai dan beliau sedikit dekat sini oke? hmmm ai dengan dia satu sekolah. kelas pun sebelah sebelah aje. beliau ada title beliau sendiri. dan ai ada title ai sendiri. hmm kira masing masing feymes dalam dunia masing masing lah. tapi sumpah ai lansung tak pernah sedar kewujudan beliau pun selama 5tahun. apatah lagi kenal. lansung lah ai tak pernah kenal beliau. sila bayangkan macam mana beliau boleh cakap beliau adalah seorang yang sangat feymes? heylooo sayang yu nye feymes belum cukup untuk lawan ai nye feymes ye sayang. kalau ai cakap ai feymes memanglah logik. sila sebut nama ai @ adieq. ouh siapalah yang tak kenal. muahahaha! jangan marah oke. hiks.

hmmm. macam mana lagenda kami bermula? semuanya sebab facebook. errr kalau siapa yang kenal ai akan tahu betapa ai sangat kedekut untuk add atau approve orang dekat facebook. jadi muka muka dalam facebook ai semuanya kawan kawan masa sekolah atau dekat universiti dulu atau anak anak penang port aje. gila kedekut kan ai? orang penang cakap sepp lah. oke fine ai memang sepp! jadi ai pun lansung tak sedar bila masa ai approve beliau. tapi yang pastinya kalau ai tengok dekat info orang tersebut tulis ex-smkdob baru ai akan accept jadi kawan. kalau tidak harap maaf. heee.

facebook ai memang meriah. sejak sejak putus cinta satu masa dulu kemudian status tukar jadi single lagi lah bertambah meriah. semua orang pun tiba tiba jadi rajin nak tegur cakap hi lah cakap hello lah tanya khabar lah. dalam ramai ramai ai selalu berfacebook dengan seorang ermmm nama dia AhSengKu. dari sekeping gambar yang AhSengku upload ni lah jadi punca EncekJantungHati ai rajin bebenar tegur tegur ai. cewahhh!

oke cukup cukup. nanti ai sambung lagi ceritera lagenda tentang kami oke? mana boleh cerita semua dalam satu entry. konfem tak tido malam 3hari 3malam. yang pastinya esok ai dan EncekJantungHati nak pergi kursus kawen. yeay! lepas 4bulan 6hari baru ai nekad buat keputusan yang pasti. dari awal dulu beliau sudah ajak tapi ada saja alasan. entah kenapa mungkin hati ai belum betul betul yakin dan pasti dengan satu keputusan. ingat ai senang senang aje ke nak pergi kursus kawen dengan orang yang belum ai yakin?

siang tadi ai teman EncekJantungHati pergi setelkan bayaran untuk kursus autocad beliau. lepas pergi lunch sama sama tadi tiba tiba secara serentak terkeluar pasal kursus kawen. dengan selamba niat hati mahu pergi survey survey aje. bajet macam alah tengok tengok lah dulu. sekali bila sampai dekat sana EncekJantungHati cakap oke jom daftar nama. huwaaa! sungguh ai terperanjat. sila bayangkan dalam masa 5minit neuron neuron dalam otak bekerja dengan pantas hantar soalan dekat hati sudah bersediakah sudah sudi terimakah sudah nekadkah sudah mahu sehidup sematikah dan sudahkah ini yang terakhir kali? erk! sila bayangkan seberapa pantas pulak hati ai memproses jawapan kemudian hantar balik dekat otak untuk buat lidah ai yang kelu keluarkan jawapan yes jomlah. dapat bayangkan ke tidak? jadi inilah 2nd time last minit dengan beliau. yang pertama dulu waktu nak engage. tiba tiba je cakap nak engage. haru biru ai sekejap nak siapkan preparation dalam masa tak sampai sebulan. urgh! yu suka sangat buat keputusan last minit kan? tak reti lansung nak bagitau awal awal. konon konon nak seperais la tu kan? tapi kalau rancang awal awal tak jadi kecewa pulak. ye tak?


~satu masa dulu selalu lalu lalang depan tempat ini bila pergi melepak dekat mall. esok ai ke sana berkursus pulak. eyh macam mimpi!~


~terima kasih sayang. sebab yuran semua on him. errr terharu!~

oke! sudah sudah. EncekJantungHati sedang sibuk bekerja sekarang. ai kena tinggal seorang diri tak ada yang teman macam selalu. haih! apa nak buat. bila beliau kerja shift malam mesti kena paksa mata tido. kalau beliau kerja shift pagi atau petang memang konfem tugas beliau lah yang kena pujuk mata ai untuk tido dengan bebelan bebelan beliau. hahahah!

2 comments:

45IL4H D.K.K said...

Haaa.. selamat berkursus kawen! :D

♣DYA AL-AIEN♣ said...

PUAN ASILAH:

terima kaseh sgt sgt sgt.. :)

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers