oke. sambung cerita semula. semalam ai bermimpi. eyh! bukan semalam tapi malam kelmarin. errmmm rasa macam malas ah mahu sebut nama yang berkenaan. kalau siapa siapa yang memang sudah biasa dengan belog ai mungkin nanti akan faham siapa yang cuba ai maksudkan dekat sini. kalau siapa yang tak faham silalah baca entry entry ai yang lama dulu.
ai mimpi dia. yelah! dia lah! menakutkan. datang dalam mimpi bukan nak datang elok elok hensem ke apa. nih tak datang dengan berbungkus bungkus kain putih. naik van besar tinggi pun warna putih. siapa faham van apakah ini angkat tangan? hu hu hu! ye betul dia datang dalam keadaan itu. masalahnya datang dengan kawan dia pun dalam keadaan yang sama. siapa kawan dia? maaf ai tak dapat tengok sebab celah mana ai nak pergi bukak tengok muka nya. ai pun tengok dari jauh aje.
tengok dari jauh jadi macam mana ai tahu? eyh ai tahulah sebab waktu dia sampai semua orang ramai ramai cari ai sebut nama dia bagitahu dia sudah sampai. bila ai tengok luar tingkap danggg tekejut badak hipopotomus. tapi orang yang mengusungnya diorang tuh tak bawa masuk dalam rumah ai. diorang letak dekat rumah jiran ai. katanya sebab ruang rumah jiran ai lebih luas. luas hape korang nih jiran sebelah rumah ai orang india lah! mimpi nih kan selalu pelik pelik tau. kalau ingat ingat balik harus ai tergelak gelak.
lepas tuh ai pun dah tak faham jalan cerita mimpi ai. yang ai ingat ai siap siap pakai seluar jeans warna putih kemudian polo shirt warna pink kemudian ai keluar ikut pintu belakang rumah kemudian ai lari laju laju sebab tak mahu pergi tengok dia. yang peliknya walau selaju mana sekalipun ai berlari kaki ai tetap terasa sangat berat dan selowww.
bila ai bangun muka ai sangat pucat jantung sangat laju. ai keluar bilik mahu pergi mandi PuanMama tegur kenapa muka macam nampak hantu jadi ai ceritalah. cuma satu yang PuanMama tanya ai masih teringatkan dia kah? erk! tak ingat lansung pun. cuma tak d nafikan kadang kadang bila keadaan ai sangat tertekan dan tak stabil dan kecewa dengan sekeliling maka ai masih teringat ingat peristiwa ngeri dulu. kawan kawan ai cakap ai masih fobia dan trauma sebab terlalu terluka. haih! cuma diorang yang pernah tengok keadaan ai waktu itu yang faham kenapa saat ini ai boleh hilang kawalan diri bila rasa terluka. takut betul!
petang tuh ai cerita dekat EncekJantungHati. ai bagitahu beliau ai pernah mimpi yang sidia mati jugak sebelum terkantoi cerita dan keadaan sebenar yang dia bukan bersama ai lagi. sekarang ai sudah punya dunia baru jadi apakah maksud mimpi yang ai alami. hish! jenuhlah otak berfikir untuk apa ai mimpi macam tuh lagi sekarang nih. apa pun sekarang ai sudah dapat jawapan. Alhamdulillah rasa lega sangat sebab selalu macam nih. tahu tak sejak awal dengan dia dulu sampai ke saat nih tuhan selalu tunjuk kebenaran dekat ai. tak perlu ai susah susah cari. cuma cepat atau lambat aje. kalau dulu memanglah ai kecewa. tapi sekarang ai oke. sedih sikit aje tapi masih oke.
jadi ai tafsirkan mimpi ai sebagai ingatan dari Allah bahawa ai patut hati hati selalu dengan dia. sebab apa biar ai seorang saja yang tahu. jadi lepas nih ai harus lebih tabah dan kuat untuk bina kebahagiaan diri ai sendiri. kalau dia boleh kenapa ai tak boleh. ye tak? kalau dia mampu kenapa pulak ai tak mampu kan? insyaAllah Allah dengar doa orang orang yang teraniaya.
sampai mati ai takkan lupa macam mana kejamnya dia dan mereka mereka yang buat ai jadi macam orang gila hampir 2minggu lamanya. hidup tak terurus. menangis siang malam. makan pun tak kerja pun terabai sungguh tak tentu arah waktu tuh. cuma kawan kawan tempat ai tumpang kekuatan untuk teruskan kehidupan. ai d tampar laju laju sebab menangis macam orang histeria. separuh botol ai telan painkiller ponstan malam tuh sebab ai letih tapi tak boleh tido. tangan berdarah sebab tak boleh fikir dengan waras. itu semua kenangan ngeri yang takkan ai lupa sampai ai mati.
maafkan dia dan mereka mereka? erk! tengoklah dulu. ai tahu semua orang cakap sedangkan nabi ampunkan ummatnya apatah lagi ai manusia biasa. ye betul! sebab ai manusia biasalah ai belum mampu untuk maafkan dia dan mereka. kenapa? sebab dia dan mereka kejam. sesungguhnya ai cuma kenal dia tapi ai tak kenal mereka mereka. sampai ke saat ini hati masih tercari cari jawapan kenapa mereka kejam. pernahkah ai ganggu hidup mereka? pernahkah ai ganggu cinta mereka? ouh tak apalah. Allah cakap hidup manusia ada hukum karma. jadi ai selalu berdoa kalau betul ai yang bersalah dan berdosa maka ai redha terima hukuman sebagai kifarah dosa dosa ai. tapi kalau ai yang teraniaya semoga mereka dapat petunjuk betapa sakitnya diri ai lalui hasil dari dengki kianat kejam mereka dulu.
oke sudahlah. semoga berbahagia selalu. insyaAllah Allah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. saat ini ai sedang bersusah payah bangun dari kejatuhan yang hebat dalam kehidupan ai. ya mungkin ini balasan dan kifarah untuk dosa dosa silam ai. Alhamdulillah. sekurang kurangnya bahagian ai sudah selesai. biar ai d hukum d atas dunia. ai tak sanggup terima balasan d akhirat kelak. lebih dahsyat. menakutkan!
semoga Allah bagi ai kekuatan untuk terus pulihkan diri sendiri. kesian orang orang sekeliling ai yang tak bersalah. kadang terkena tempias dek bahang tekanan perasaan ai yang melampau lampau. betul cakap orang bukan senang nak ubatkan hati yang terluka. bukan senang nak pulihkan diri yang alami fobia apatah lagi trauma. kalau masuk hospital agak agak kena tahan dekat wad icu tak kes macam nih? hiks. oke bye!
6 comments:
Sedih saya baca. Kadang2 itulah, kalau tak suka... cakap awal2. Takdelah kita kecewa tahap gaban macamni. Bagi saya dia sangat mementingkan diri sendiri, hanya fikirkan perasaan sendiri tanpa ambil kira perasaan orang apabila tindakan dibuat. Lepas dah buang, sibuk hadir semula kononnya ambit berat. Seriously tindakan mcmtu bkn membantu, sebaliknya buat kita lebih menderita. Kau puncanya aku menderita dan sekarang kau buat2 ambil berat konon masih concern. Kenapa tak dari dulu menjaga hati dan perasaan kita, betul tak? Kenapa setelah kita separuh gila menahan beban baru nak tunjuk kesian?
Mungkin pahit untuk ditelan, tapi kalau cakap awal2, Insyaallah kita mampu ubati hati yang terluka dengan cepat. Dia yang blah mungkin tak rasa apa-apa, tapi kita yang ditinggalkan ni yang terpaksa terima segala akibat dan luka perasaan yang dahsyat.
Tak apalah Dya, slow2 bangkit semula. Betul ckp Dya.. kalau ini semua kesilapan Dya, sekurang2nya Allah dah balas di dunia. Buat dosa dengan Allah..kalau bertaubat, Insyaallah Allah akan ampunkan. Tapi buat dosa dengan manusia, selagi tak dapat keampunan dari org2 mcm Dya, selagi itu hidupnya takkan tenang. Jangan risau, teruslah melangkah ke hadapan dengan yakin. Mak, ayah, kawan2, even tunang sentiasa disisi Dya. :)
sabar ye :)
hi,,ths for the sweet comment :) I hope we can follow each other :)
45ILah D.K.K:
awk..
terima kasih sbb selalu beri kata kata semangat utk dya..mungkin bagi orang laen nmpk mcm mengada ngada sbb tlalu mengharapkan org tp pecayalah sedikit sebanyak ape yg awak buat tu byk membantu dya.. dya terharu sgt sgt.. wan pun berterima kasih kt awk.. dia cakap awk baek sgt n prihatin sgt.. sgt sgt amek berat.. wan ckp awk byk dorong dya.. bg semangat balik.. :)
insyaAllah skgni dya tgh cuba bgn blk.. hidup mcm normal.. bina semangat baru.. bina hidup baru.. bina kebahagiaan baru yg insyaAllah lebih baek utk dya.. awk doa doa kan dya ye wak.. :)
NUR AMIRA RADHIAH:
yup.. yup..
tq ye cik adik.. :)
PRAMUDITA PUSPITA:
hi gurl..
thanx for ur sweet comment too..
yes of course we can always follow each other..
i do read ur blog everyday.. :)
Post a Comment