Monday, 4 July 2011

3 Julai 2011 Dan Puan Samiza #Siri 2#

semalam hampir subuh baru mata terpejam. tak ada lain yang ai buat selain terduduk diam mengadap lappy. sekejap sekejap bukak fesbuk PuanMiza. sekejap sekejap bukak twitter PuanMiza. sekejap sekejap bukak blog PuanMiza. sekejap sekejap bukak foursquare PuanMiza. macam orang bodoh. sudah tahu tuan badan sedang terlantar d hospital tapi masih berharap. entahlah kenapa. rasa macam semua pun sunyi. ai dan dia suka sepahkan wall masing masing. ada saja kerja kami. ouh rindu sangat!

hari ini hari kedua PuanMiza terlantar d hospital. bangun awal pagi tergedik mahu pergi hospital. bila d pikirkan baru teringat itu hospital kerajaan. waktu melawat ada jadual. ish! lemas tunggu d rumah rasa macam lambat pulak jarum jam nak sampai ke angka 5petang. keluar sekejap tanpa arah tuju. muka pucat mata bengkak badan lemah hati runsing otak serabut. singgah sekejap dekat tesco bila teringat sudah lebih 24jam ai lansung tak makan apa apa. tapi sudahnya cuma order bubur. itu pun cuma 2kali 3kali suap. YaAllah! susah hati bila teringatkan PuanMiza. sampaikan ai boleh terlupa benda benda yang tak pernah ai lupa untuk buat. contohnya makan! dan paling nyata betapa ai sangat runsing adalah ai boleh terlupa untuk tarik handbrake masa parking kereta. bila ai masuk semula dalam kereta baru tersedar. oppsss nasib baik kereta tak bergerak sendiri. hmmm!

petang lepas jemput EncekJantungHati perkara pertama yang ai dapat adalah kena brainwash. oke fine sebab perut gastrik muka pucat ekspresi muka jelas nyata seperti orang kecewa sedih yang teramat. beliau cakap muka ai kalah muka orang putus cinta. ouh macam itu erk? lepas pergi makan terus laju laju pergi hospital. ouh rasa tak sabar mahu jumpa PuanMiza!

hari ini PuanMiza sudah sedar. cuma belum sedar sepenuhnya. beliau sedar dan akan buka mata bila namanya d panggil. mak suruh ai panggil beliau. mak tahu dari semalam ai panggil panggil PuanMiza sambil pegang pegang tangan tapi tak ada respon. mak kejutkan beliau. mak suruh buka mata dan tengok siapa yang datang. mak tanya kenal ke tidak? PuanMiza jawab tak tahu. hancur luluh hati ai. air mata tunggu masa nak meleleh tapi ai tahan. keadaan beliau masih lemah. itu saja yang mampu ai pujuk hati sendiri.

sebab tak tahan sedih ai minta diri pergi lawat hubby PuanMiza sekejap. hubby PuanMiza sudah oke. sudah boleh keluar hospital hari nih jugak. oke part itu sudah lega sikit. sembang sembang sekejap tanya tanya sikit kemudian ai balik semula pergi tengok PuanMiza. sekali lagi mak cakap panggillah sekali lagi. ai takut nak panggil sebenarnya. ai takut dia tido dan ai ganggu. mak cakap tak apa panggil saja nanti dia akan buka mata.

jadi ai panggil beliau sambil pegang tangan. kalau korang mahu tahu ai panggil dia dengan nama Babe sebab dia memang sesuai d panggil dengan nama tuh. sebab apa tahu? sebab dia manja dengan ai sebenarnya. tapi manja yang tercover cover. jadi ai panggil sambil bisik bisik dekat telinga "babe bukalah mata. adieq dekat sini. adieq rindu sangat sangat nih. tak ingat adieq dah ke? tak kenal adieq dah ke?" ai tahu dia sakit tapi dia tahan. dia bukak mata kemudian dia anggukkan kepala. lega! dia tahu ai tapi tahu dia masih belum ingat siapa ai sangat pun sebenarnya. sedih sangat. EncekJantungHati sudah siap siap berdiri dekat sebelah takut tiba tiba ai menangis teresak esak lagi macam semalam. memang haru betul. ish!

ai tengok rambut beliau sudah d potong sikit. luka dekat kepala yang terkoyak sudah d jahit. kaki belum d operate. kemudian mak datang ai tanya macam macam kalau boleh semua benda pun ai tanya. mak cakap paha yang patah belum d operate untuk masukkan besi. besi oke? hadoi! pinggang PuanMiza pun cedera sikit jadi kena operate untuk masukkan skru. erk! skru? ai sudah tergamam. muka bertambah pucat. mak pegang bahu ai sambil cakap ai kena kuat jangan menangis jangan sedih lagi.

jenuh betul petang tadi pujuk diri jangan menangis depan beliau. semalam kawan kawan dekat fesbuk pun ada yang pujuk pujuk supaya ai tak menangis. EncekJantungHati lagi lah. sekejap sekejap beliau akan call sekejap sekejap beliau akan mesej pujuk pujuk supaya ai tak menangis terlalu banyak sangat. bila datang maksu PuanMiza bila ai bersalam tiba tiba beliau menangis dekat bahu ai. hadoi! sila bayangkan orang yang lemah tapi tengah berusaha dengan kuat berpura pura seperti ai oke tiba tiba macam itu pulak situasinya? konfemlah meleleh air mata ai yang d tahan tahan.

ai berdiri sebelah katil PuanMiza. ai pegang pegang tangan beliau. kemudian ai bisik dekat telinga tanya sakit sangat tak? beliau anggukkan kepala. jadi ai tanya sakit dekat mana? beliau jawab sakit dekat kepala dan kaki. oke ai paham! beliau sedang bertarung dengan kesakitan. ai pernah lalui keadaan seperti itu. hidup tapi bertarung nyawa. perit sangat sebenarnya. sekejap kemudian beliau sorokkan kedua dua belah tangan dalam selimut. ai tanya kenapa dan beliau jawab sejuk jadi ai tolong tarikkan selimut dan betulkan selimut untuk beliau. eyh ai boleh jadi nurse kan? ahhh sudah! tengok darah sikit pun ai pitam sebab itu cita cita mahu jadi doktor terpendam macam tuh saja.

muka beliau yang bengkak belum surut. PuanMiza minta ai panggilkan nurse untuk betulkan balutan dekat kepala dan muka. masa tengok nurse buat kerja amboih mak bukan main kasar betul sungguh ai rasa macam nak marah. urghhh! nurse kawan ai tengah sakit oke. sudahlah yu tolak tolak badan dan kaki beliau pun kasar kasar tadi ini kepala dan muka oke. ish!

sebelum ai balik sempatlah ai berbisik dekat telinga tanya beliau ada mahu apa apa lagi tak? beliau jawab dahaga mahu minum air. jadi ai pun suaplah air dan syukur sangat beliau sudah tidak muntah lagi. beliau makan tapi cuma sesuap aje. oke tak apa. janji ada perubahan yang positif untuk hari ini berbanding semalam walaupun sedikit. dan saat ini hati ai sudah sedikit tenang walaupun rasa sedih masih terlalu banyak. siapa yang tak sedih kalau orang yang kita sayang yang selalu gaduh gaduh manja yang tak pernah sakit teruk teruk hatta demam pun cuma seminggu tiba tiba sekali d uji dengan kesakitan sehingga ke tahap ini kritikalnya keadaan beliau. sungguh hancur luluh hati ai. sedih sangat.

babe! be strong always yea! cepat cepat sedar cepat cepat sembuh oke. adieq rindu sangat sangat nih. belum sempat nak share berita gembira adieq sudah dapat kerja baru. urghhh! get well soon oke! im waiting for yu! ai love yu much!

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers