tahu tak semalam team The Blues ada dekat mana? tahu tak? tahu tak? urgh! ai rasa semua orang pun tahu dan ada jugak yang pergi tengok hidup hidup dekat stadium. oke fine sebenarnya tengok mereka live. itulah jadinya kalau ayat english d bahasa melayu kan! dan tahu tak semalam seorang peminat The Blues ini ada dekat mana? tahu tak? tahu tak? sigh! frust betul!
ini adalah kali ketiga mereka datang ke Malaysia. dan ini adalah kali ketiga jugak ai masih ketinggalan untuk berjumpa dengan mereka dekat stadium sana! uwaaa! dulu ai memang tinggal dekat Kuala Lumpur maka boleh pergi dengan senang kalau mahu tapi masalahnya tak ada yang meneman. sekarang sudah ada EncekJantungHati masalah yang menghalang pulak adalah ai dekat Penang. ye ada faham? ai dekat Penang.
ai bukanlah peminat fanatik mereka. tapi yang pasti ai peminat setia mereka. heee! kalau ada apa apa tentang mereka haruslah ai ambil tahu serba sikit. errmmm tapi kalau korang semua tanya siapa nama nama pemain team The Blues nih jangan harap ai boleh jawab dengan tepat pun. ha ha ha! ai cuma minat mereka. ai bukan fanatik dengan mereka. tapi apa pun dekat kereta haruslah ada sticker The Blues Forever oke.
hari ini EncekJantungHati kerja shift petang. dan hari ini jari beliau cedera. erk! sorry sayang. kesian anda. ai mengada ngada pergi tulis dekat dinding fesbuk beliau konon konon mengharapkan simpatilah sebab ai tak boleh pergi tengok The Blues jugak kali nih.
ai tulis macam nih : "tau tak harini team THE BLUES ada dekat mana? dan tau tak harini sorg peminat THE BLUES ni ada kt mana? sigh! frust betoi!"
anda tahu apa EncekJantungHati balas balik? beliau balas macam nih : "You'll never walk alone.. Teheee.. T kta pi kat sana trus.. Kat cni panas.. X best.. ;-)"
erkkk! oke fine! oke fine! nyata terang lagi bersuluh sesungguhnya ai dengan beliau adalah ermmm tak sehati sejiwa bila masuk bab nih. oke fine! you'll never walk la alone seorang diri. sudahlah angan angan tinggi melangit nak pergi tengok real rela dekat oversea sana nuh. ish cubit kang baru tahu!
~ini keputusannya. tapi ai tengok dekat fesbuk ada jugak yang tak puas hati. kenapa ya?~
~abang abang hensem lain kali datang lagi oke! selagi ai belum berjaya pergi tengok aksi korang dekat stadium selagi tuh korang kena selalu selalu datang sini oke!~
No comments:
Post a Comment