hari ini genap 8bulan lah terdimengoratlah konon nya. dan hari ini genaplah 5bulan sudah terdibertunangkan konon nya jugak. kali nih ai dapat hadiah lain macam punya sepesel. sampai sekarang tengah fikir fikir samada nak simpan ke nak buang aje. kang kalau simpan lama lama hati ai makin parah. tapi kalau tak simpan dalam hati karang ada jugak yang mula naik kepala. jadi apa patut ai buat?
ouh mahu tahu apa hadiah nya? hadiah nya adalah ayat baik punyaaa sampai boleh sentap segala isi alam. perghhh! seriyus ah ai terdiam. oke fine! terima kasih lah berbanyak banyak nya yea EncekJantungHati. hadiah kali nih menarik habis. eyh silap menyakitkan hati betul!
ai tak minta pun yu baik baik hati bagi ai itu ini sebab semuanya ai boleh cari sendiri. ai pun tak minta lebih lebih dari yu untuk buat ai macam puteri raja ke puteri bunian sekalipun. cukup sekadar faham ai. bukan faham ai untuk jatuhkan ai? dan bukan faham ai semata mata lakonan untuk dapatkan ai! sedangkan saat nih ai sedang berperang dengan keadaan dan diri ai sendiri untuk sembuh. ouh yea sebelum ai terlupa ai minta maaf banyak banyak lah yea sebab sedar tak sedar rupanya 8bulan sudah ai menyusahkan yu.
selama hari nih ai tak pernah minta yu berubah semata mata untuk dapatkan ai. erk! tak pernah pun oke! jadi yu berubah semata mata untuk pastikan ai milik yu lepas tuh yu jadi diri yu semula? maka ai adalah tipah tertipu ke apa nih? sigh! sakit hati oke. seriyus ai sangat sangat sakit hati. bukan setakat sakit hati tapi kecewa. macam nak tembak tembak orang pun ada jugak.
selama hari nih ai tak pernah minta simpati yu untuk ada dalam hidup ai. ai tak pernah minta yu datang dalam hidup ai lebih dari seorang kawan. dan ai tak pernah pun minta yu jadi superhero yang konon konon nya mahu selamatkan hidup ai. nope! nope! ai tak perlukan superhero apatah lagi superman! dan ai tak perlukan semua kebaikan itu yang d kemudian hari nya semua itu d ungkit semula!
lagi banyak ai cakap dekat sini lagi melalut. jadi ai simplekan semuanya. harap yu mengerti dan bukan sekadar faham semata mata! ai tak pernah minta diri dan keadaan ai tersangkut dalam keadaan yang sesukar nih selama hari nih. ai tak pernah minta ai d uji atau d duga dengan ujian seberat berat ujian nih selama hari nih. orang yang tengok boleh cakap kesian kesian dan kesian. orang cakap berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.
bukan ai tak redha dengan takdir hidup ai selama hari nih. 9tahun bukan satu masa yang singkat. kalau d hitung balik setiap apa yang ai hilang maka yu akan faham kenapa terkadang ai seolah olah orang yang jatuh terduduk sampai tak mahu bangun lagi. tapi tengok keadaan ai hari ini? ai masih mampu bangun ai masih mampu berdiri ai masih mampu untuk belajar berjalan perlahan lahan hasil dari kesakitan dan kekecewaan yang ai tanggung. cuma terkadang ai perlukan bahu untuk ai menumpang kekuatan. cuma terkadang ai perlukan tangan untuk memegang dari terjatuh semula. tengok macam mana seorang bayi yang baru belajar bertatih untuk berjalan maka itulah keadaan diri ai hari ini.
ai cuma mahu pinjam kekuatan. ai cuma mahu pinjam semangat. ai cuma mahu pinjam keazaman. ai tak minta diri ai d papah selamanya. ai tak minta tangan ai d pimpin selamanya. malah ai tak minta diri ai d dukung selama mana pun. ai hadiahkan senyuman untuk semua orang saat ai sakit berperang dengan keadaan. tapi orang hadiahkan ai sebuah tanggapan buruk bila ai sakit dan ai luahkan yang ai sedang sakit. ai tak minta diri ai d layan seperti bayi pun selama ai sakit. ai cuma minta diri ai d beri ruang untuk bernafas dan biar ai sendiri yang bangun semula. tapi siapa sebenarnya yang mengongkong kehidupan ai? siapa sebenarnya yang terlalu takut untuk terima hakikat kalau mungkin ai d takdirkan mati dalam melawan kesakitan yang d tanggung? siapa sebenarnya yang terlalu komplikated kan keadaan yang sebenarnya ai anggap simple dan mudah? siapa siapa dan siapa sebenarnya?
kata kata yu semalam cukup untuk menghancurkan hati yang sedang terluka. terima kasih jika ini hadiah yang terbaik yang mampu yu beri pada ai untuk hari ini. diri yu tak ubah seperti boneka kayu yang d cat cantik cantik kemudian dekat bahagian muka d lukis senyuman palsu. maka semua orang yang tengok mesti tertawan! mesti terjatuh hati! mesti cakap wahhh yu lah yang terpaling baik! fakta yang sebenar kayu tetap akan kayu. kalau cat tertanggal dan kalau kayu ketuk orang memang konfem akan sakit!
beri ai ruang untuk bercakap dan bukan bila ai mula buka mulut yu pulak akan mencelah! beri ai ruang untuk luahkan segala yang terpendam dan bukan bila ai mula buka mulut yu pulak akan beri sejuta jawapan dan alasan kononya cuma diri yu saja yang betul! beri ai ruang untuk bernafas sebab ai jemu untuk jaga hati yu semata mata dan buat orang fikir oke fine yu lah yang terpaling baik sekali! beri ai ruang untuk menjadi apa yang ai mahu jadi dan bukan anak patung yang yu mahu untuk menjaga hati perasaan dan keinginan yu semata mata!
ai cuba bercakap yu menghalang. jadi apa lagi cara yang ada? ai ada sabar. ai d didik dengan baik selama dulu. kalau tak percaya tanyalah BekasKesayangan ai. dia tahu siapa ai sebenarnya lebih dari orang lain. ai tak berkurang ajar tanpa sebab. ai biadap bila ai d cabar dan bila sabar sudah hilang. sedangkan ai cuma mahu ruang dan peluang untuk luahkan apa yang terpendam! itu saja.
marah ai sekejap cuma bila ai diam. dan bila waktu untuk berbincang itu tak bermaksud yu boleh mencelah sesuka hati menjawab mendabik dada kononnya cuma yu seorang saja yang betul! urgh ai fedup dengan lelaki yang ego macam nih tapi berlakon baik tak mengaku kononnya cuma dia seorang saja yang terbaik!
yu cakap ai ego! yes ai mengaku ai memang ego tapi fikir balik siapa lebih ego sebenarnya? maka ego lagi kah ai hari ini kalau yu masih mendapat peluang selama hari ini? yu cakap ai panas baran! yes ai mengaku ai ada baran sendiri. tapi pergi tanya manusia manusia lain yang betul betul kenal siapa ai maka yu akan tahu baran ai itu untuk apa sebenarnya! dan pergilah tanya mereka mereka yang lebih lama kenal ai berbanding yu pernahkah selama ai hidup hari ini perbuatan ai cuma menyakitkan hati orang orang lain semata mata?
cukuplah ayat ayat manis yu selama 8bulan nih. jangan jadi manusia yang lidah bercabang. sekejap cakap lain. kemudian lain hari nanti cakap lain. yu boleh cari orang yang betul betul sempurna. buktikan ada orang yang mampu bertahan dengan sikap dan diri yu sebenar benar nya. ai tak kisah. untuk apa ai d ikat semata mata untuk d sakiti? ai bukan anak patung semata mata! ai tak perlukan lakonan. ai tak perlukan kepura puraan semata mata. sekian terima kasih!
ai boleh d tegur tapi bukan dengan cara menyakitkan hati. ai boleh d ubah tapi bukan dengan cara yang mengecewakan. jangan fikir bersama yu adalah perkara yang mudah untuk ai lakukan. ai perlu siapkan diri ai sebaik baiknya. ai perlu kuatkan mental dan fizikal ai sekuat kuatnya. tapi pernah yu terfikirkan semua tuh? pernahkah? untuk menahan kerenah dari yu. untuk melawan rasa kesakitan ai. untuk melupakan dan bangkit dari kekecewaan silam. dan untuk berdepan dengan kata kata negatif dari luar. pernahkah yu hargai semua tuh?
jangan samakan keadaan yu dengan keadaan ai. sebab kita berdepan dengan dugaan dan cabaran yang berbeza sebenarnya. sebab ai hargai yu maka ai sentiasa berubah cuma yu yang tak pernah sedar. sebab ai terlalu hargai diri yu maka peluang dan ruang akan sentiasa ada untuk yu. sebab itulah kelemahan diri ai. terlalu pemaaf. maka yu gunakan kelemahan ai sebaik baik nya. hebat!
letih! jujur ai letih. maka d sebabkan yu tak beri ai ruang dan peluang untuk luahkan apa yang ai rasa maka ini adalah jalan terbaik. jangan terlalu bersikap mementingkan diri yu semata mata. dan paling penting tolonglah hentikan sikap pura pura yu. sampai bila yu boleh berpura pura? sampai bila?
EncekJantungHati ai mahu yu faham bila yu ikat diri ai dalam ikatan ini beerti terlalu banyak perkara yang perlu dan bakal ai korbankan semata mata kerana taraf dan darjat yu sebagai bakal suami. seboleh boleh nya ai sedang belajar untuk menjadi seorang isteri seorang tunang seorang kawan seorang sahabat dan seorang musuh untuk yu agar yu tahu hakikat dunia sebenar. isteri tunang kawan sahabat dan musuh yang akan selalu membantu yu untuk bangkit semula ketika seluruh dunia berusaha menjatuhkan yu. sahabat yang akan buat yu percaya diri yu semula. tapi apa guna kalau yu layan ai antara perlu dan tak perlu.
jujur jika ai masih memaafkan yu bukan bererti ai masih mencintai. ai maafkan yu lebih kerana ai masih mencintai diri sendiri. saat ini kalau langkah ai pilih untuk pergi itu beerti hati ai terlalu terluka. lebih teruk dari terluka. hati ai hancur sepenuhnya. ai perlu berlaku adil dengan diri sendiri. kesian hati perasaan jiwa dan diri ai sendiri. sampai bila ai perlu biar mereka d sakiti? selalu ai melangkah pergi dan kemudian nya ai kembali dengan memberi ruang dan peluang untuk kesekian kalinya. tapi kali ini biar semua kesakitan nih terhenti cukup sampai sini.
dan paling penting ai takkan menyusahkan yu lagi dah. cukuplah. ai tak perlukan pertolongan dari yu dan kemudian hari nanti yu akan cakap yang bukan bukan sekali lagi sama seperti apa yang yu cakap pada ai hari ini. hancur luluh hati ai. kesakitan kesusahan kesukaran kesengsaraan ujian dan dugaan dari Allah untuk ai selama hari ini bukan atas permintaan ai. tapi bila ai d pilih oleh Dia maka ai dengan rela hati dan redha terima semuanya. dan ai tak pernah mintak orang orang lain apatah lagi keluarga ai sendiri turut sama terbabit dengan kedukaan ai hari ini. cubalah untuk mengerti keadaan ai sebaiknya dan bukan fahami ai semata mata. terima kasih.
Selamat Hari 19haribulan. Selamat yang ke 8bulan. Selamat yang ke 5bulan. Selamat untuk ke 242 hari.
No comments:
Post a Comment