hari ini hari ketiga PuanMiza terlantar dekat hospital. dan hari ini hari ai sangat sangat sedih! EncekJantungHati kerja shift pagi minggu ini. oke fine! jadi pukul 11.30am beliau call call untuk kejutkan ai bangun tido. urghhh bila malam tak boleh tido konfemlah tido siang terlajak lajak. kalau ai bangun awal pagi pun konfem akan sambung tido semula. buruklah perangai anak dara nih kan? oke fine ai tahu!
petang lepas jemput EncekJantungHati pergi makan sekejap sebab beliau sudah membebel bebel muka pucatlah muka masam lah sakit gastrik lah. kalah doktor! jadi lepas makan pergi cari barang sekejap lepat tuh terus shoot pergi hospital.
bila ai masuk bilik ward tengok tengok tak ada siapa siapa pun ahli keluarga PuanMiza. hati sudah pelik. lagi terkejut bila ai tengok katil beliau kosong. dang! terkejut badak hipopotomus ai d buatnya. main tolak tarik sorong papan dengan EncekJantungHati sebab masing masing malu malu segan segan untuk tanya dekat kaunter kemana PuanMiza d tukar. gedik betul EncekJantungHati. malu malu kucing konon. cubit kang!
rupanya PuanMiza sudah d tolak pergi ke OperationRoom. terus call call henfon PuanMiza yang d bawah jagaan hubby beliau. damn! henfon off pulak. jadi terhegeh hegeh lah ai dengan EncekJantungHati pergi ke section OperationRoom tapi pelik sebab tak jumpa jugak ahli keluarga beliau. membebel bebel lah ai dekat EncekJantungHati sekejap ke hulu sekejap ke hilir mencari cari mereka.
~bila sudah penat kami duduk sekejap dekat tepi nih sambil berharap kalau kalau ada ahli keluarga PuanMiza terlalu dekat sini~
bila sudah penat mengharap jadi ai pujuk EncekJantungHati untuk pergi dekat OperationRoom semula. dan sekali lagi ai kecewa. EncekJantungHati cakap tak apalah tunggu dulu. jadi kami tunggulah dekat situ hampir 1jam. dan kemudian sama sama kecewa lagi. kemudian ai cakap dekat EncekJantungHati tak apalah kita balik dulu ajelah. dalam hati kecewa sangat! muka masam. mulut muncung. hati membebel bebel. ai terlambat berapa minit aje sudah tak sempat jumpa PuanMiza hari ini. kecewa betul!
jadi kesimpulannya hari ini ai tak sempat jumpa PuanMiza. sedihnya! ai balik rumah buka fesbuk tengok tengok ada gambar yang hubby PuanMiza uploadkan. PuanMiza ai upload dekat sini. jangan marah oke.
~keadaan PuanMiza hari ini. balutan dekat kepala sudah tak ada. mungkin beliau tak selesa~
~gambar semasa PuanMiza d tolak masuk ke OperationRoom~
jadi sepanjang malam ai berdoa semoga pembedahan PuanMiza berjalan dengan lancar sebab hubby PuanMiza cakap operation tersebut akan ambil masa lebih kurang 7jam atau 8jam. hubby beliau pun minta maaf sebab waktu ai cari cari mereka rupanya mereka sudah balik ke rumah selepas PuanMiza masuk ke OperationRoom.
tapi tiba tiba dalam pukul 9malam hubby PuanMiza call ai bagitahu operation beliau d batalkan sebab tekanan darah beliau terlalu rendah. haih! kecewa lagi. kecewa dan risau tahu. hari nih sudah hari ketiga dan kaki PuanMiza yang patah belum d rawat. apalah nak jadi. nih yang ai rasa macam nak marah. hospital kerajaan memang selalu macam nih kan. ish!
No comments:
Post a Comment