Saturday, 16 July 2011

Review Movie : Transformers 3 Dark of the Moon Dan Persidangan Robot Sedunia.

ya tuan tuan dan puan puan sekalian alam. sesungguhnya ini adalah persidangan warga autobots yang agak ketinggalan zaman. macam mana lah tak jadi ketinggalan kalau sudah tiap kali nak buat reservation mesti penuh. kecewa betul!

ingat lagi sesi review movie yang lepas? sepatutnya hari itu ai bersusah payah beratur panjang panjang dengan EncekJantugHati sebab mahu tengok movie robot robot nih la. tapi kalinih EncekJantungHati book awal awal. puas hati! alahai tuh pun dapat tengok hari selasa pukul 11.45pagi. wayang memang best lah sebab berapa kerat aje orang yang ada dalam panggung wayang tuh. dah nama pun time office hour jadi semua orang pun sibuk bekerja. EncekJantungHati ai kerja malam. hiks! oke fine. baru harinih mahu hapdet dekat sini. buruk perangai nih! simpan buat jadi pekasam dulu. sorry!

ai rasa tak perlu ai setory dekat sini kot. boleh d katakan semua orang pun dah pergi tengok dah kan kan kan? sob sob sob! ai jek yang tertinggal roket. apa pun yang ai tahu memang tiap kali transformers nih keluar dekat wayang ai lah yang paling tergedik gedik sekali. kalau boleh tengok berulang kali lah. nih pun dah merengek rengek dekat EncekJantungHati mahu pergi tengok sekali lagi. yaiks! ketagih tahap melampau. dulu time ai budak kecik selalu berebut rebut nak duduk depan tv tengok versi kartun aje. sekarang tengok versi life lagi la jenuh nak berebut rebut dengan ahli ahli masyarakat yang lain. perghhh! memang best. layannn habis!

heroin kalinih pun superb jugak. tapi part paling best sekali adalah part yang last last tuh. time semua robot robot tuh dok sebuk berperang bum bam bum bam tebabommm sana sini awek heroin dia tetap cool teguling guling jatuh bangunan melayang layang sana sini lari lari sana sini dia tetap cool pakai heels oke! dia pakai heels! homakaih sungguh hebat. ai bagitahu EncekJantungHati suruh dia fokus tengok awek heroin tuh pakai kasut apa time tuh beliau tergelak gelak. lepas tuh boleh pulak cakap nanti dia pun nak tengok ai berlari sambil pakai heels tinggi tinggi. apalah! hish. mau jatuh tetonggeng agaknya ai nanti. buat malu jek!


~Earth's Last Stand. huwaaa hensemnya! optimus prime tulah yang hensem!~


~tengok klip video trailer dia nih ja sudah cukup menimbulkan perasaan membuak buak untuk pergi tengok sekali lagi.~

okeh. dekat bawah ai share gambar gambar ai berdating dengan warga warga robot sedunia eyh. entahlah apa nak jadi. bila ai jumpa robot robot dan robot ai boleh terlupa EncekJantungHati. cuba tanya beliau macam mana bila tangan kena cubit. heee! sampai tercubit cubit beliau ah. kesian. nak buat macam mana. ai terrrfanatik dengan robot robot dan robot. harap maaf sebab kualiti gambar sangat buruk. nanti ah ai pakai kamera mahal sikit baru gambar cantik. isk!


~dapat jek jumpa bumble bee terus malu malu cover pipi merah. hiks!~


~muka teruja bila jumpa optimus prime pulak walaupun sekadar dekat dinding. muahahah!~


~boleh gila oke bila tengok semua nih! nak jugak nak jugak nak jugak jugak!~


~ha ha ha ha ha ha! puas hati. super besar oke berbanding robot robot yang lain~


~yang nih pun besar jugak. kenapalah bumble bee tak besar macam nih?~


~d sebabkan boyfren ai super sepesel maka dia kena kurung dalam sangkar kaca. kesiannya!~


~oke sudah! nih muka manusia yang tak mau balik sampai kena tarik paksa balik jugak oleh EncekJantungHati beliau. sekian!~

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers