oke! d sebabkan sebulan sekali mood ai memang senantiasa menuju ke laut maka ai dengan rajin dan baik hati menggugellah mencari apalah punca. nak kata ada penyakit sesungut eyh silap bukan sesungut tapi senggugut konfemlah tidak. alah kalau setakat sakit perut sikit sikit tuh benda biasalah. kalau dulu waktu pegang title seorang student pernahlah sekali sakit perut sampai menonggeng nonggeng. kalah orang frust bercinta. dulu pun pernah jugaklah sakit pinggang sampai rasa macam nak tercabut cabut dah. tapi sekarang Alhamdulillah tak ada dah semua tuh.
oke sudah sudah! kalau biar lama lama konfem lagi jauh melalut lalut. mungkin ada yang sedar dan mungkin ada yang belum sedar ai sudah bertunang. maaf sebab belum pernah buat apa apa entry tentang majlis pertunangan ai hari itu. saja malas. boleh ke ai bagi alasan macam tuh? dan sejak ai bertunang ramai yang cakap macam nih "wah engkau seronoklah dah bertunang." "wah engkau hot lah sebab dah pegang title tunang orang." "wah engkau bestnya sebab tak lama lagi dah nak kahwin." berapa banyak wah daaa?
semua orang ingat bila sudah bertunang tuh kira sudah boleh syok habislah. sampai ada yang tak sabar sabar nak d pinang. tapi kalau d selami sepenuhnya apa erti nikah kahwin tanggungjawab suami isteri ayah ibu kadang kadang rasa takut pun ada jugak. mampukah ai jadi seorang isteri yang baik? mampukah ai jadi seorang ibu yang baik? mampukah ai?
sedangkan zaman bercinta saja sudah cukup banyak dugaan. apatah lagi zaman bertunang pulak kan. itu belum lagi dunia berumahtangga nanti. point yang terbesar dalam entry nih sebenarnya ai nak highlightkan adalah dugaan semasa dalam alam pertunangan. dulu masa single single bila dengar kawan kawan yang sudah bergelar tunangan orang menceritakan masalah itu ini mulut cuma mampu tenangkan mereka dengan berkata sabarlah sabarlah. tapi sekarang bila diri sendiri yang hadapinya baru faham.
terkadang rasa lelah sangat. terkadang rasa haih sudahlah malas sudah mahu fikirkan semuanya. untuk yang berkesempatan bercinta dahulu sebelum bertunang itu d kira satu bonus. dan macam ai dengan EncekJantungHati pulak tidak punya masa alam percintaan. berkawan hanya untuk 3bulan kemudian beliau hantar rombongan meminang. jadi sekarang dalam alam pertunangan inilah masa yang ada untuk kami saling mengenali antara satu sama lain saling mencari persefahaman saling mencari segala gala nya lah. dan dalam alam pertunangan ini jugaklah kuatnya dugaan yang datang menguji.
dekat sini boleh ai buat kesimpulan antara dugaan dugaan semasa alam pertunangan :
1. emosi diri yang tidak terkawal. perkara yang kecil akan menjadi besar sehingga pergaduhan terjadi. yang ini memang betul pun. tambah pulak dengan keadaan ai yang belum pulih sepenuhnya dari sakit nih. tuhan saja yang tahu betapa ai letih dengan keadaan macam nih. haih!
2. gangguan dari pihak ketiga. jika sebelum bertunang tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda namun bila sudah bertunang masa nih lah tiba tiba nak jadi perhatian. kalah artis. kata atuk atuk nenek nenek makcik pakcik ini sebabnya seri orang bertunang. cesss. yelah sangat tuh! tapi memang betul pun. ai sudah dan sedang lalui masalah nih. EncekJantungHati pulak tak tahu lah kalau time time nih beliau gatal nak test power ayat mengayat. harap harap tak lah ye!
3. masalah berkaitan kewangan. anda dan pasangan asyik asyik tidak dapat menyimpan duit untuk majlis perkahwinan nanti. duit yang ada entah kemana d belanjakan. errr yang ini? ai belum dapat nak pastikan lagi. tunggu nanti bila ai sudah start kerja boleh ke tidak ai menabung. ha ha ha ha ha!
4. pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. anda mahukan tema itu. tunang anda pulak inginkan tema ini. kan ke memeningkan kepala? untuk ai masalah ini sedikit setel sebab EncekJantungHati jenis terbuka. apa ai pilih itu jugaklah pilihan beliau. lega! lega!
5. tiba tiba rasa seperti tidak bersedia untuk berumah tangga. perasaan ragu ragu timbul setelah bertunang. untuk yang ini ai sebelum bertunang lagi sudah ragu ragu tak bersedia semua pun adalah. dan sampai sekarang kadang kadang selalu suarakan hasrat hati untuk tangguhkan semuanya dulu sampai ai ready. tapi tah bila tahun ai nak bersedia ai sendiri pun tak pasti. harap maklum. apatah lagi perasaan ragu ragu yang timbul tuh d campur pulak dengan rasa takut untuk terluka sekali lagi.
6. jika dulu bukan seorang yang kuat merajuk tiba tiba bila sudah bertunang sikit sikit punya hal pun boleh terasa sampai jadi merajuk. tunang pulak malas nak layan kerenah. boleh jadi tak keruan hubungan anda ye. oke fine! oke fine! oke fine! yang nih memang kena sejibik sejibik dekat muka ai. tapi bukan salah seorang ye. kalau beliau tak buat ai terasa hati tak ada nya ai nak merajuk 24jam 7hari seminggu. penat tahu!
kalau ikutkan ai tak mahu bertunang lama lama. kalau dulu masa zaman anak dara sunti waktu tuh selalu berangan d pinang kekasih hati tercinta biarlah tempoh pertunangan ai sekejap cuma. pernah ai terfikir untuk bertunang sekadar beberapa jam sahaja sebelum majlis akad nikah. bukan apa sebab ai tak mahu pening pening kepala. kalau nak bergaduh ke apa ke sekurang kurang nya kalau terputus d tengah jalan tak adalah rumit serumit rumit nya. bukankah pertunangan itu sudah d kira kan sebagai perjanjian yang melibatkan banyak pihak. waktu nih kalau nak bertengkar bergaduh berpatah arang berputus kasih eyh susah betul tahu. ramai kaki tangan yang akan masuk campur. susah! susah!
tapi apakan daya tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk jalan takdir ai. maka tup tup sekarang ai sudah bergelar tunangan orang. dan Alhamdulillah 19haribulan julai 2011 genaplah 5bulan sudah ai bertunang. yaiks! sekejap aje sudah hampir setengah tahun pegang title tunang tunang nih. euwww ajaibnya! hi hi hi!
dalam ajaib ajaib pun boleh d katakan sebulan sekali konfemlah bergaduh berperang ber segala jenis ber lagi. dan biasanya ai lebih suka block beliau dari fesbuk tak pun hide aje wall ai kemudian offline kan chat. matikan henfon berhari hari. abaikan segala gala nya berminggu minggu. dan bila masa ai sendiri itulah ai akan rasa YaAllah tenangnya hati dan perasaan. ai tak suka gaduh gaduh. sebab tuh lah bila musim bergaduh pun tiba ai pilih jalan untuk diamkan diri sampai keadaan oke. mungkin cara ai sedikit kejam tapi mungkin itu lebih baik untuk beliau. tak adalah beliau rasa terbeban dengan tingkah laku ai. bagus kan? dari berperang mulut berperang mesej lebih baik diam. bila sudah luahkan segala yang terbuku tapi keadaan masih sama maka diam itulah pilihan ai. dah tak sayang buat apa nak cari cari lagi ye tak? huh! buat jadi gaduh aje. penat lah!
kecewa jangan cakaplah. hancur luluh lah hati dengan keadaan. tapi apa guna kita memaksa orang lain untuk berubah ye tak? jadi baik ai yang berubah menurut keadaan. macam macam dugaan dalam alam pertunangan nih. kadang kadang yang tak masuk akal pun ada jugak. bila sudah penat ai akan diam dan abaikan segalanya. fokus ai cuma dunia ai sendiri. itu perkara yang paling terbaik. dan kalau ai rasa stress sangat sangat sampai tension tension bagai atau pun rasa lansung tak d hargai dan d perlukan lagi maka ai suka cuci kereta. tak kisahlah cuci sendiri atau cuci dekat carwash. setakat hari nih ai rasa itu adalah habit paling mujarab untuk neutral kan balik segala perasaan yang berasid atau yang beralkali dalam hati ai.
~entah berapa lama ikatan pertunangan yang rapuh mampu bertahan?~
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas. jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
1 comment:
terbaik...
Post a Comment