Wednesday, 20 July 2011

Honey! Sugar! Sugar! Ouh Honey! Sugar Sugar Glider.

semenjak dua menjak nih ai jadi gedik semacam tiba tiba mahukan seekor haiwan perliharaan. lebih bertambah gedik bila tengok gambar gambar comel haiwan perliharaan milik kawan kawan dekat fesbuk.

dekat rumah ai nih suci murni. yang ada pun kolam ikan gedabak dekat depan rumah siap dengan air terjun sekali. hasil idea ai yang seciput aje dan selebihnya TuanAbah ai yang buat dan reka cantik cantik. dalam kolam tuh adalah berapa puluh ekor ikan dok berenang renang kesana kemari sambil kejap kejap main acilok nyorok sesama sendiri. kalau time gedik lompat lompat maka adalah kesempatan nak terkejut sebab boleh tengok tiba tiba ikan melompat keluar tangkap nyamuk punya pasal. dan bila silap landing alamat jatuh ke tanah ler jawabnya.

pernah sekali ada seekor dari ikan tuh tersilap landing masuk dalam baldi dekat sebelah kolam. terkejut tergempak jugaklah jadinya malam tuh bila dengar bunyi bedebum bedebam ala ala macam orang nak pecah masuk rumah. ikan tuh seekor buat kami seisi rumah terkejut badak sumbu air tahu. tergelak gelak sampai sakit perut lah jugak jadinya.

masalah sekarang bila rasa tergedik mahu bela haiwan tuh timbul mula lah berfikir fikir nak bela binatang apa? ai pernah cuba bela seekor ikan laga dalam tahun lepas. tahu berapa hari bertahan ikan tuh? 5hari aje. perghhh! rasa bersalahnya jangan cakaplah. nak kata ikan tuh mati sebab ai tak bagi makan tak adalah ai kejam sangat sampai macam tuh. ikan tuh mati sebab ai terlebih bagi dia makan! demmm! ai punya sayang dekat ikan tuh sebab dia cantik jangan cakaplah. ternampak dekat ekspo apatah lepas tuh terus manja manja minta dekat PuanMama.

dalam 5hari sebelum kejadian tiap tiap pagi sebelum ai keluar pergi kerja ai harus bagi dia bekalan makanan yang cukup. mana tahu kalau tiba tiba petangnya ai balik lambat. haruslah lapar ikan ai tuh nanti kan. dan seperti yang ai jangka memang petang tuh ai balik sedikit lewat sebab kerja dekat office bersepah sepah. bila ai balik perkara pertama yang ai cari konfemlah ikan ai. sekali ai tengok dia sudah terbongkang dalam akuarium cawan dia. hadoi sedih sob sob sob lah kejap. takut nak bagitahu PuanMama. rasa bersalah dekat ikan comel tuh dan PuanMama pun ada. maka ai diam diam kan ajelah sampai PuanMama sedar sendiri. hiks! takut punya pasal daaa.

ada orang bagi cadangan bela kucing. masalahnya ai dengan CikAdikPerempuan ai takut gila dengan kucing. kalau nampak kucing dari jauh harus angkat kaki. pernah dekat kedai makan tiba tiba kucing lalu bawah meja terus dua dua melompat panjat kerusi sampai satu kedai yang kalut penuh dengan orang ramai semua terdiam berhenti tengok reaksi kartun kami. malu gila oke! jadi cadangan untuk bela seekor kucing itu harus d tolak mentah mentah. selamat tinggal!

kemudian ada orang cadangkan bela hamster. alamak ai! hamster memanglah comel tapi masalahnya tiap kali ai tengok hamster yang ai nampak dan bayangkan hanyalah seperti seekor tikus. huwaaaa! lagi geli geleman! euwww! ai pernah cuba pegang hamster perliharaan jiran ai. elok elok pegang bila terasa badan dengan tulang yang lembik lembik terus terlepas dari tangan. yaiks! ai geli dengan benda yang lembek lembek nih. halamak berdiri segala bulu roma ai. yeksss!

tapi ‎bila ai tengok gambar sugar glider milik kawan fesbuk tiba tiba rasa teringin jugak nak bela seorang eyh silap seekor! tapi masalahnya macam mana nk bela kalau tahap kegelian dalam diri terhadap benda benda kecik comel lembek lembek adalah sangat maximum dan melampao lampao? sedangkan kucing dengan hamster pun ai takut. ini kan pulak sugar glider. haish! sudahlah sugar glider nih boleh terbang. huwaaaa! laaagi menakutkan!


~bulatnya mata engkau yek!~


~alololololo! kecik comel aje sugar glider nih sebenarnya~


~sekali datang time dia berterbangan baru pecah rahsia besar pulak badan engkau eyk! bayangkan tiba tiba time tengah tido haiwan comel nih landing atas muka dengan keadaan macam nih. aaaa lemas lah! ngeri!~


~eeeeee! ekor dia panjang! laaagi ai bertambah tambah geli! euwww!~


~tapi bila part tengok jari jemari dia yang halus dengan kuku yang menakutkan macam tuh ai cuma boleh cakap oke fine bye! tak jadi idea nak bela seekor sugar glider!~

ada satu hari tuh dalam kereta masa balik dari hospital ai pun bodek bodek lah EncekJantungHati. dengan harapan dia bela sugar glider nih jadi ai boleh tumpang main main jek. sekali beliau cakap apa tahu? "haaa! sugar glider. alamak sedangkan hamster pun geli inikan pulak sugar glider." dan ai terus pffttt! apakah? kemudian gelak guling guling sebab baru tahu fakta baru tentang beliau. kuang kuang kuang! maka sudahlah ye. padamkan saja angan angan suci murni nih.

errr kadang kadang ai terfikir kalaulah ai boleh bela rama rama kan bagus? sekurang kurangnya tercapai lah jugak hasrat untuk ada haiwan perliharaan yang comel. cukuplah sebagai tempat buat ai bersembang seorang diri bila bosan tatkala semua orang pun sibuk dengan dunia masing masing. hu hu hu!

2 comments:

DILEMA WANITA said...

comel tupai tu can nk picit2 je... =p

♣DYA AL-AIEN♣ said...

DA'DA'DA'SHIDA:

hikhikhikhik..
comel kan??
tu la pasal..
dya pun ada rasa nk cubit cubit jek hidung dia yg kecik comel tu tau..

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers