Monday, 4 July 2011

3 Julai 2011 Dan Puan Samiza.

tarikh keramat! sampai bila bila konfem ai takkan lupakan. akan terselit dalam banyak banyak tarikh penting dalam diari hidup ai. seawal pagi EncekJantungHati sudah call call kejutkan ai sebab janji kami hari ini mahu pergi cari kain untuk baju raya sambil sambil tu bolehlah celah mencelah cari kain untuk buat baju hari pernikahan yang belum tentu lagi tarikhnya. eksaited lebih namanya nih!

dalam mamai mamai EncekJantungHati call pujuk pujuk suruh bangun awal tiba tiba henfon yang satu lagi melalak lalak. tengok dekat skrin eyh nama PuanSamiza. pelik sambil berpikir pikir apa mimpi beliau call ai awal awal pagi. hati terdetik ouh mungkin sebab dah rindu ai sangatlah tuh. rindu nak bebel bebel gosip gosip gelak gelak marah marah ai lah tuh. tapi bila jawab dengar suara lain. dalam berbaring terus terduduklah bila yang call rupanya emak beliau. katanya begini "adieq. mak ni. miza ada dekat hospital nih. miza eksiden." gulp! oke fine. dapat tak korang bayangkan keadaan ai? ai terdiam. lepas tu tersedar sebab dengar suara mak beliau panggil panggil nama ai banyak banyak kali. ai cuma cakap "oke mak. adieq nak mandi mandi siap siap pergi terus dekat miza."

lepas tuh ai diam sekejap baru teringat yang ai still online dengan EncekJantungHati. cepat cepat bagitau beliau PuanMiza eksiden kemudian ai diam lagi. EncekJantungHati cakap "okelah. cepat pergi mandi siap siap kita pergi hospital." dan ai diam lagi. diam dan diam kemudian ai menangis! oih! lambat betul otak ai berfungsi pagi nih. boleh diam lama lama lepas tuh baru nangis nangis sampai EncekJantungHati terkejut. mungkin sebab awal awal dapat berita ai ingat ai tengah mimpi agaknya kan?

waktu berjalan rasa macam lambat aje. ke ai yang lembap? tapi ai rasa macam ai sudah sehabis laju untuk mandi mandi dan bersiap siap. jantung dengan hati jangan cakaplah. berdebar debar laju sangat. resah! gelisah! bila pergi jemput EncekJantungHati baru teringat eyh ai lupa nak tanya mak PuanMiza ada dekat hospital mana. jadi ai pun bajet bajet sesedap rasalah pergi aje Hospital Seberang Jaya. dengan keadaan cuaca pagi yang mendung hujan sikit sikit. urgh! macam itulah keadaan hati ai. sampai bila bila pun takkan ai lupa!

bila sampai dekat sana terus pergi section Emergency. jumpalah kaum keluarga PuanMiza yang memang sudah ai rapat. PuanMiza tak ada sebab diorang bawa beliau pergi x-ray. ai suruhlah EncekJantungHati pergi tengok hubby PuanMiza. kesempatan yang ada ai sembang sembang sekejap untuk dapat cerita sebenar. mana tak nya? ai kan tengah kebingungan waktu itu.

sekejap aja diorang tolak hubby PuanMiza masuk ward. ouh itu maknanya hubby beliau tak seriyus. ameen! ai lega sikit. tapi hati resah gelisah lagi tunggu manalah PuanMiza. ai nak tengok beliau! jenuh hati meronta ronta jerit jerit "PuanMiza! adieq sudah sampai nih! hang rindu adieq kan? adieq tau!" urghhh! tuhan saja tahu perit betul hati ai masa tuh. susah hati! rasa macam nak menangis pun ada tapi menangis untuk apa?

bila diorang tolak PuanMiza masuk Emergency room semula mak suruhlah ai turutkan beliau. katanya nanti ai boleh tengok beliau. ai pun lari lari lah turutkan katil beliau sampai terlupa EncekJantungHati. bila dapat tengok PuanMiza terus muka ai pucat lansung tak berdarah! lembut lutut jadinya! jantung lagilah laju dah macam F1 aje! terus ai pitam hampir pengsan. nasiblah baik EncekJantungHati menurut ai dari belakang. jadi sempatlah beliau sambut badan ai sekejap. kalau tak mahu ai rebah jatuh terjelepuk atas lantai dekat situ jugak.

ai terkejut sangat sangat. rasa macam terhenti sekejap jantung. itukah kawan baik ai yang selama ini bertahun tahun dengan ai sejak umur 16tahun lagi? itukah kawan ai yang faham diri ai seadanya yang tahu diri ai sebaiknya? beliau terlantar. muka pucat. katil keliling baju selimut penuh darah. kaki kanan d pasang kayu. kepala berdarah sebab terkoyak sikit. muka pun membengkak. YaAllah itukah PuanMiza yang ai sayang dan ai anggap seperti kakak ai? hati menangis tuhan saja yang tahu. dan nasib baiklah EncekJantungHati setia d sisi memujuk mujuk tenangkan ai. beliau selalu ingatkan ai untuk kuat sebab mesti PuanMiza perlukan semangat dari ai jugak. apatah lah lagi seluruh kaum keluarga beliau. jadi sepanjang pagi hari ai setia menunggu PuanMiza d hospital sampai terlupa diri sendiri dan EncekJantungHati belum lagi sarapan pun.

kemudian ai turutkan pulak katil hubby PuanMiza. beliau tak seriyus atau kritikal macam PuanMiza jadi beliau masuk wad awal awal pagi tadi. ai pitam sekali lagi sebab tengok darah banyak banyak. masa tuh hubby PuanMiza belum tukar baju lagi. YaAllah ai rasa macam ai tengah tunggu masa untuk pengsan saja waktu tuh. jadi kerja EncekJantungHati sepanjang masa pimpin ai sebaik mungkin sebab takut ai jatuh. sembang sembang cakap cakap sekejap kemudian ai turun semula pergi dekat PuanMiza dalam Emergency room tadi. ulang alik lah keluar masuk banyak banyak kali untuk tengok beliau. ai pegang tangan beliau rasa sejuk betul! rasa macam nak marah hospital sebab kawan ai tengah sejuklah jadi tutuplah aircond tuh. ish!

tengah hari tengok muka EncekJantungHati sedang tahan lapar. kesian! ai terlupa beliau. maaf sayang! ouh yelah hari nih ai sudah berjanji mahu keluar cari baju. minta diri sekejap dari keluarga PuanMiza. masuk dalam kereta sampai lah ke sudah mulut ai tak henti henti sebut nama PuanMiza dekat EncekJantungHati. muka sebek jangan cakaplah. mata berair air aje. tapi ai paksa jugak hati untuk tabah! sebab ai tahu PuanMiza perlukan semangat dari ai jugak jadi ai tak boleh lemah. macam terdengar dengar terbayang bayang PuanMiza panggil panggil ai jangan tinggalkan beliau dekat sana. ai rasa bersalah sebab tak tunggu beliau lama lama. haih! jenuhlah pulak EncekJantungHati memujuk mujuk sepanjang jalan.

EncekJantungHati bawa ai pergi makan. konon mahu makan nasi kandar. ai makanlah sikit. 4kali 5kali suap lepas tuh terus hilang selera. lepas selesai urusan peribadi yang misinya mencari baju terus balik pergi hospital semula. petang ini PuanMiza sudah d pindahkan ke wad8. eyh wad8 tuh kalau tak silap ai wad orthopedik dan pembedahan perempuan kot namanya. hubby PuanMiza pulak dekat wad7. sebelah menyebelah aje.

kena tunggu turn untuk masuk tengok PuanMiza. ai tengok ramailah jugak kawan kawan hubby PuanMiza. ai tunggu tunggu tapi seorang pun tak masuk. terus ai masuk. apalah nak tunggu tunggu lagi. ai berdiri lama sebelah PuanMiza. tengok muka beliau pucat. bengkak sudah kurang. dari air drip bertukar kepada pain darah. PuanMiza hilang banyak darah. ai pegang tangan beliau sejuknya! ai panggil panggil nama beliau. ai cakap "samidz bukaklah mata. adieq dah sampai nih. cepatlah bukak mata. adieq rindu!" berkali kali kemudian beliau buka mata 2kali 3kali kelip saja. lepas tuh beliau tido lagi. kemudian ai panggil EncekJantungHati masuk teman ai. cakap cakap dengan EncekJantungHati tanya tanya kenapa PuanMiza belum sedar kenapa tak buka mata bila ai panggil kenapa dan kenapa dan kenapa?

dalam masa 10minit aje terus mata ai jadi macam empangan yang pecah! menitik nitik lah air mata yang ai tahan tahan dari pagi tadi. laju aje turun air mata nih. malu betul dekat kawan kawan hubby PuanMiza. malu jugak dekat EncekJantungHati. jenuh pulak beliau memujuk mujuk ai. beliau ajak ai balik sebab tahu ai sudah terlalu lemah. kalau lagi lama lagi teruklah keadaan ai dekat situ. tapi ai degil. tak mahu balik. tunggu lagi kemudian ai tengok PuanMiza gerak gerak kan tangan beliau. terus EncekJantungHati cakap "tengok itu maknanya miza tahu ai datang. miza tahu ai tengah menangis tengok beliau. miza tahu tapi beliau tak mampu untuk buka mata apatah lagi untuk bercakap dengan ai."

lepas tengok progress PuanMiza dengan kelip kelipan mata dan tangan yang beliau gerak gerak kan untuk ai maka hati ai mengalah untuk balik. pergi lawat hubby PuanMiza sekejap. kemudian patah balik semula ingat mahu pergi tengok PuanMiza lagi. tapi EncekJantungHati cakap ai sudah terlalu lemah. tersangat sangat lemah. air mata asyik menitik nitik. tak elok kalau terus lama lama dekat situ. kaki ai terasa sangat berat nak melangkah balik. muka lagi lah ketat masam mencuka. balik sampai rumah mandi mandi solat kemudian doa banyak banyak untuk PuanMiza. dan ai menangis lagi!

sampai sekarang waktu semua orang tido ai belum mampu untuk tido. tengok tempat tido pun tak lalu. makan lagi lah tak ingat lansung. rasa lapar hilang entah kemana padahal siang hari tadi ai makan berapa suap aje. sekarang ai statik depan lappy sekejap sekejap bukak fesbuk PuanMiza. otak asyik teringatkan beliau. rasa macam teringat ingat balik tiap 1memory ai dengan beliau sejak zaman sekolah dulu. ai sangat sangat rindukan beliau! susah hati! resah! gelisah! tak henti henti berdoa dalam hati. kawan kawan doakan beliau jugak ye. dari apa yang sempat ai cakap cakap dengan hubby beliau kaki kanan beliau patah 2tempat. itu yang kritikal. mungkin malam tadi atau esok pagi beliau akan d operate. luka dekat kepala tak seriyus. Alhamdulillah. cuma beliau belum sedar!

PUAN MIZA SASAKI! CEPATLAH SEDAR! CEPATLAH BAIK! CEPATLAH SEMBUH! CEPATLAH BUKA MATA! CEPATLAH JADI MACAM DULU SEMULA. ADIEQ RINDU SANGAT SANGAT! ADIEQ JANJI LEPAS NIH KITA RAJIN LEPAK SAMA SAMA OKE! KITA SEMBANG BANYAK BANYAK! KITA GOSIP GOSIP! KITA PERGI JALAN JALAN MAKAN MAKAN MINUM MINUM SAMA SAMA SELALU SELALU YE! ADIEQ RINDU SANGAT SANGAT! CEPATLAH SEMBUH YE! I LOVE U!


~manja tak manja masa hari engagement tetap mahu beliau ada dari pagi sampai ke malam!~


~gambar terbaru. kan sudah ai cakap macam mana pun mesti nak berkepit dua dua orang jugak!~

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers