Thursday, 28 April 2011

Rumah Idaman Dalam Hutan.

entah mimpi apa hari ini ai rasa nak cakap pasal rumah impian padahal kerja pun belum. eyh sekejap! esok ai ada interview untuk kerja baru. doa doa kan agar company ini ok dan ini yang terbaik untuk ai yeah. nanti tak adalah lagi orang senang senang nak cakap ai menyusahkan PuanMama ai.

oke sambung semula. ai sudah lama draft entry ini tapi tak post aje. tengah sedap sedap layan astro ada pulak segmen astana yang kak nitha sarawak punya tu. kan ke dalam segmen tu dia pergi interview orang orang kaya malaysia yang ada rumah errr sebut astanalah lebih layak sebab semuanya besar besar macam istana cantik cantik sampai rasa macam kalau nak masuk kena ketuk ketuk kaki takut ada sisa pasir melekat ikut sama. takut betul!

malam ini mood ai tak pulak ke laut tapi ke hutan. ala ala nak tenang tenang nyaman sekali macam itulah. tiba tiba terbayang alangkah seronoknya kalau ada duit juta juta milion trilion zilion lemon. boleh buat sebijik rumah dekat dalam hutan.


ai bayangkan jalan nak masuk ke kawasan rumah ai macam gambar atas. ala ala ada walkway gitu. nak nak ada pokok pokok sebijik macam dalam gambar atas. ala ala pokok kayu yang ada bunga bunga. daun daun hijau tu biar jarang jarang aje biar rumput rumput dekat bawah tu aje yang hijau mata memandang. kalau pokok bunga sakura laaagilah cantik! kena pulak time bunga bunga tu gugur. ceeewah! ala ala feeling macam seorang puteri nak lalu jalan tu aje. cantiklah!


ai bayangkan untuk ada air terjun yang indah macam gambar atas. kalau agak agak cuaca panas membahang bahang apa lagi terjun aje dalam sungai. kalau tension tahap gaban boleh pergi tadah diri betul betul bawah air terjun yang laju dan sejuk. confirm hilang semua tekanan dalam sejuk sejuk. paling untung dapat free massage dekat kepala dekat badan kalau mahu dekat kaki pun boleh. tadah saja diri. kan ke jimat? hahahah!


ai bayangkan jugak untuk ada tasik sebab kalau ada sungai perlulah ada tasik. kalau dapat tasik yang sama macam dalam gambar atas ouh indahnya. ada jeti kecil untuk melepak lepak melepaskan rindu. hahah! errr lebih berfaedah kalau dekat jeti itu ai boleh lepak lepak sambil memancing. ai bukanlah kaki pancing sangat. tapi manalah tahu kadang kadang terbuang tebiat ke nak memancing. heheh. ke kalau bosan bosan boleh dating sambil dayung dayung sampan dekat tasik. kan ke best macam tu?


dan akhirnya ai sudah jumpa rumah idaman hati dalam hutan yang ai cari cari. wahhh kena sebijik dengan taste ai. adededeyh! kalaulah kaya raya mampulah ai buat macam ini sekarang jugak. grrr! cantik weyh! cantik weyh! teringinnya! dinding sekelilingnya haruslah cermin kaca kalis peluru kalis segala kalis. keselamatan itu tetap keutamaan. errr sebenarnya ai penakut jugak.


aaaaa! bahagianya. bahagianya. kalaulah ini jadi kenyataan. jadi ai bayangkan ini adalah section untuk menonton tv yang memang sangat sangat ai mahu. phewww! kalau buat makan makan lepas kenyang melantak dekat ruang makan jadi bolehlah lepak lepak depan tv sambil sembang sembang gosip gosip. suasananya nyaman sekalikan? dekat rak tepi tepi itu ai mahu susunkan buku buku ai. atau mungkin ai akan susun gambar gambar menarik yang cantik. atau mungkin ai susun hiasan yang simple simple tapi comel comel. perghhh! sungguh sungguh rumah idaman ai.


kalau tadi ruang menonton tv dalam gambar dekat atas ini pulak ai bayangkan sebagai ruang melepak lepak atau mungkin ai boleh gunakan sebagai ruang untuk baring baring tido petang. muahahahah! mungkin ai patut letak buaian kecil dekat kan? bila lepak lepak dekat section ini buka sikit pintu kaca ada angin sepoi sepoi bahasa masuk. ngehngehngeh! bahagianya. tido petang akan jadi macam tido malam. confirmlah!

ai jugak bayangkan untuk bumbungnya adalah cermin. sebab malam malam waktu tido ai bolehlah tido sambil kira bintang. ai suka bintang. ai suka bulan. ai suka awan. ai suka langit biru. ai suka burung burung yang berterbangan. ouh indahnya dunia. kan? kalau malam tak ada bintang ai pasang ajelah lampu kelip kelip yang ala ala macam bintang. jadi masih ada bintang walaupun hari hujan. heheh!


tapi ai tak mahu rumah macam ini oke! grrr menakutkan betul! macam rumah hantu pun jugak. macam rumah separuh siap tunggu masa nak roboh pun ada jugak. hahahahah! oke lah. sampai sini saja entry rumah idaman dalam hutan. anda ada rumah idaman dalam hutan tak?

Wednesday, 27 April 2011

Sony Internet TV. Television Redefined.



perghhh! terbaik kan? seronoklah kalau dapat tonton tv dan dalam masa yang sama boleh online. untuk manusia yang addicted to internet i guess this is the best ever thing yang patut ada. hahahah! kejap kejap! nak seluk poket tengok beg duit korek tabung semak account bank agak agak ai ada berapa keping duit yang ai ada. huuu! menangislah alamatnya kalau nak beli new generation dari sony ni. lainlah kalau ai sudah bekerja sedap sedap macam dulu. bolehlah menabung sikit sikit. lama lama nanti jatuh juga harga dia. jadi bila sudah murah bolehlah rembat sekeping dua. muahahahah! angan angan memang takmau kalah selalu.

tapi hebatkan teknologi zaman sekarang. mula mula sony cipta macam ini. confirm tak lama lagi nanti jenama jenama yang lain pun akan turut serta buat ciptaan macam ini jugak. persaingan itu selalu ada. bergantung kepada peminat setiap jenama untuk pilih yang mana satu yang berkenan d hati. dan macam ai memang peminat sony. ermmm boleh d katakan seluruh generasi keluarga pun peminat sony. sampaikan ke henfon pun ai layan sony. mungkin kebetulan sebab setiap kali ai tukar henfon ke jenama lain confirm tak akan bertahan lama. paling lama 3bulan saja lepas itu akan rosak. since then ai just guna henfon sony ericsson. penatlah nak tukar tukar henfon setiap 3bulan sekali. but currently ai tambah guna nokia e71. saja nak cuba cuba dan Alhamdulillah sudah bertahan hampir setahun.

apa apa pun teknologi teknologi lah yang sudah banyak tolong kehidupan harian manusia zaman ini kan? kalau tidak jangan haraplah kita boleh ada belog belog. duduk aja depan pc depan laptop pun boleh jumpa orang orang dari serata dunia. yeay! apa apa pun pandai pandailah kita hargai teknologi yang ada dengan baik dan tak salah gunakan teknologi yang ada untuk kepentingan diri sendiri aje. peace oke!

Justin Bieber - Pray



Ohh Ohh Ohh .. and I pray
I just cant sleep tonight
Knowing that things aint right
Its in the papers, its on the tv, its everywhere that I go
Children are crying
Soldiers are dying
Some people don’t have a home

But I know there’s sunshine behind that rain
I know there’s good times behind that pain, hey
Can you tell me how I can make a change
I close my eyes and I can see a better day
I close my eyes and pray
I close my eyes and I can see a better day
I close my eyes and pray

I lose my appetite, knowing kids starve tonight
And when I sit up, cause my dinner is still on my plate
Ooo I got a vision, to make a difference
And its starting today

Cause I know there’s sunshine behind that rain
I know there’s good times behind that pain, hey

Haven`t tell me how I can make a change
I close my eyes and I can see a better day
I close my eyes and pray
I close my eyes and I can see a better day

I close my eyes and pray
For the broken-hearted
I pray for the life not started
I pray for all the ones not breathing
I pray for all the souls in need
I pray
Can you give em one today
I just cant sleep tonight
Can someone tell how to make a change?

I close my eyes and I can see a better day
I close my eyes and pray
I close my eyes and I can see a better day
I close my eyes and I pray

I pray

I close my eyes and pray

Terima Kasih Eyh Awak Si Anon!


sudah baca? urgh sentap pepagi baca comment panjang ala ala karangan upsr nih. but anyway terima kasih untuk awak SiAnon. do yu think ai will delete it after yu sudah susah payah fikir macam mana nak mengarang dengan sehabis baik untuk menasihati ai supaya ai sikit pun tak akan terasa hati? errr ai tak akan delete plus ai dah publish dah pun comment dari awak. jangan risau ai boleh terima teguran orang dengan baik. who ever yu are all ai wanna say is thanks so much for your awareness about me and my blog and my life.

errmmm macam mana yea untuk ai mulakan some simple explaination supaya awak faham keadaannya sekarang? takkan lah ai perlu ceritakan sedetailnya then baru awak takkan judge ai semudah itu? kalau boleh memang sudah lama ai ceritakan saja semuanya. but ada maruah pihak lain yang perlu ai jaga supaya tak ada nanti yang menyumpah nyumpah ai katanya menjatuhkan maruah mereka. ai lagi sanggup tanggung salah ai untuk diri ai sendiri berbanding d salahkan orang lain sebab bersalah kepada mereka. fahamkan?

macam inilah yea awak. kehidupan kita manusia atas bumi nyata semuanya berbeza jalan ceritanya. apa yang ai lalui saat ini mungkin awak tak laluinya. apa yang awak lalui dalam kehidupan awak mungkin ai pula yang tak rasainya. kan orang selalu cakap berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya. awak mesti takkan pernah terfikir awak akan lalui apa yang ai lalui saat ini. jadi bersyukurlah kalau kehidupan awak sedang berjalan dengan baik sekali berbanding jalan cerita hidup ai.

kita manusia boleh judge dan jatuhkan hukuman dengan mudah untuk orang lain. tapi bila suatu masa nanti kita pula yang lalui benda yang sama mungkin saat itu kita akan tahu betapa peritnya keadaan orang yang pernah kita judge dan hukum 1masa dulu. awak jangan risau sebab sejujurnya ai sikitpun tak terasa hati apatah lagi rasa nak marah atau apapun. sebabnya saat ini apa yang ai lalui cuma ai dan Allah S.W.T saja yang tahu. plus orang orang sekeliling ai sendiri pun tak tahu sangat. sebab depan mereka semua ai sedaya upaya untuk tersenyum.

tahu tak apa yang paling susah untuk d cari dalam dunia kita hari ini? sahabat d waktu susah dan senang. tahu kenapa ai cakap macam ini? sebab ai ada ramai kawan. dan mereka akan cari ai bila mereka mahu menangis. sila bayangkan keadaan tekanan yang ai hadapi. hati ai menangis setiap waktu tapi apa yang ai mampu buat cumalah pendamkan saja. kalau kawan awak menangis sedaya upaya awak mahu temani dia tenangkan dia. tapi bila awak mahu menangis awak tak ada sesiapa. apa yea yang awak rasa? sebab itu ai luahkan saja apa ai rasa dekat sini. itu pun tak adalah ai tulis entry atau keluarkan gambar untuk tunjuk beriya iya ai menangis sampai merah mata ai. ai cuma kisahkan apa yang ai rasa apa yang ai teringat dan apa yang ada dalam hati ai. itu saja. dan itu sudah cukup mengjengkelkan awak yea SiAnon?

apa saja yang ai luahkan d sini adalah untuk tatapan ai dan juga my next generation dan sesiapa saja yang sudi baca. bukan untuk mengaibkan diri ai sendiri. dan bukan untuk minta simpati. sekadar mahu berkongsi pengalaman hidup ai. dan ai bernasib baik sebab ada awak SiAnon untuk menasihati ai. nantilah suatu hari nanti kalau ai boleh ceritakan semua yang ai lalui insyaAllah ai akan ceritakan. ada banyak draft dalam list of posts ai sekarang. semuanya tersimpan jadi draft aje tahu.

ai bukan malaikat. ai manusia biasa yang lansung tak sempurna. ai ada salah silap dan dosa ai sendiri. ai rasa tak perlu ai reka atau tulis cerita cerita yang cuma menampakkan kebaikan atau kehebatan atau kesempurnaan diri ai. ai ada sisi yang sempurna dan ai ada sisi yang lansung tak sempurna. tak perlu ai jadi hipokrit. dan siapa tahu mungkin setiap kisah kehidupan ai ini akan menjadi inspirasi kepada seorang manusia yang lain yang mungkin lebih derita hidupnya dari ai. semua itu tidak mustahilkan? lagipun ai rasa lagi bagus ai cerita tentang diri ai berbanding ai keluarkan entry marah marah orang itu ini maki hamun orang itu ini atau dengki berdengki orang itu ini.

kalau awak sudah punya emas agak agak nya kenapa awak masih pandang kepada white gold? ermmm ai sudah bertunang tapi kenapa agaknya ai masih hidup dalam kenangan silam? awak fikir ai sengaja sengaja mahu jadi macam ini? kalau ai sudah bahagia kenapa agaknya ai masih hidup dalam kenangan silam? kalau? semuanya sekarang adalah kalau? awak jangan risau. EncekJantungHati ai tahu kenapa ai jadi terlalu jujur dalam setiap perkara. ai cuba untuk tak menipu sesiapa pun. ouh yea persoalan awak kenapa ai bertunang jika masih mencintai dia yang dahulu? ai tak mahu bertunang. lansung tak mahu bertunang sebab ai rasa ai lebih perlu balas jasa PuanMama ai dahulu sebelum ai ada kehidupan ai sendiri. ada kisah d sebalik kisah pertunangan ai. mahu ai ceritakan?

SiAnon karangan ai lagi panjang dari karangan yu. agak agak yu sudi ke nak baca? ai harap tak adalah lagi judge yang negatif dari diri yu lepas baca karangan super panjang ai. seingat ai belum ada ai tulis ai masih cintakan BekasKesayangan ai lagi. yang ai tahu ai selalu cakap ai rindukan kenangan kenangan bersama dia dulu. sebab saat ini ai sudah tidak sebahagia dahulu apatah lagi segembira dahulu. dengan ini ai mohon jutaan maaf kalau setiap entry kisah hidup ai itu menyakitkan hati awak atau menimbulkan rasa kurang senang atau menimbulkan rasa benci dan marah kepada ai.

sekali lagi jutaan terima kasih untuk nasihat awak. ai hargainya dengan sebaik mungkin. dan jujur ai tak simpan dalam hati atau marah. ai cuba terima dari segi yang positif.

Tuesday, 26 April 2011

Dia Kawan Dia Sahabat Dia Penjaga Dia Kekasih Dia Bekas Kekasih.

jenuh fikir apa tajuk untuk entry kali ini. hari ini ai lepak dekat mekdi. ermmm siapa orang penang terutamanya orang area butterworth? heheh! korang mesti tahu port baik untuk melepak adalah dekat mekdi sunway. sebelah dengan kfc. tau kan kan kan?

ini port favourite ai. sejak zaman study dekat uitm dulu lagi. bila study week konfem dekat library dekat laman perdana dekat semua port baik untuk study dalam uitm penuh. jadi ai akan ajak BekasKesayangan ai study dekat luar dan inilah port kami. dekat sini best. sejuk ada aircond free. dekat sini meriah sebab pasang lagu sederhana kuat tambah dengan bunyi bunyi orang sekeliling potpetpotpet. dekat sini seronok sebab BekasKesayangan ai boleh minum air free sebab dia boleh refill air coke berkali kali kali kali. dia memang macam kartun sikit. tapi itu yang buat ai selesa dengan dia. selamba tapi sopan. comelkan kan kan? hahahaha!

ini pertama kali ai pilih untuk lepak lepak dekat sini. sejak ai balik menjadi warga penang semula ai lansung malas nak lepak dekat sini. takut rindu sangat sangat nanti susah. korang mesti cakap alah bosanlah lagi lagi nak mengada ngada buka cerita lama. ai rindu dia. jadi ai mahu cakap ai sangat sangat rindu dia. mungkin sebab itu ai rasa lemas rimas berserabut sangat sejak semalam. apatah lagi sudah berhari hari gaduh dengan EncekJantungHati. susah mahu bercakap dengan dia. asyik asyik kena sound. kalau beliau sound perghhh memang makan dalam. ai pulak memang super sensitif. memang lansung tak ngam! macam warna putih yang suci murni dengan warna hitam yang gelap kelam. faham tak?

pernah sekali study week jatuh dalam bulan puasa. siang BekasKesayangan ai akan study subjek dia dulu atau pun claim waktu tido. petang macam biasa aktiviti kami jalan jalan dekat pasar ramadhan lepas booking table untuk berbuka dekat mana mana kedai favourite ai. BekasKesayangan ai sangat sporting. lansung tak memilih apatah lagi cerewet. bab makan paling senang. dia selalu suap ai makan dulu sebelum dia makan. rindunya! dia akan habiskan makanan ai yang tak habis sebab dia tahu ai kaki makan untuk sesi rasa merasa je. dia tahu apa ai suka makan. dia tahu apa yang ai tak suka makan. rindu sangat sangat lagi! malam lepas solat terawih semua lebih kurang dalam pukul 10 dia akan datang jemput ai kemudian kami akan lepak dan study dekat mekdi inilah. dia boleh study sambil ajar ai tahu. dan dia akan ajar sampai ai betul betul faham. errr kadang kadang sampai ai tertido jugak! kesian dia dapat makwe yang mengada ngada macam ai.

bila ai mengantuk dan tertido dia akan selimutkan ai dengan baju sejuk dia. dan selalunya dia akan ingatkan ai untuk selalu bawa stoking bila datang sini. sebab ai memang lansung tak tahan sejuk aircond. kemudian dia akan study. kadang kadang dia akan biar ai tido sampai ai terjaga sendiri. kadang kadang dia akan kejutkan ai semula untuk sambung study. sweet kan dia? rindu! jadi kami akan study sampailah masuk waktu sahur. kami akan sahur dekat sini. lepas azan kami pun balik. urghhh! rindu sangat kenangan silam.


~mekdi masih sama. keadaannya masih masa. cuma manusia yang duduk d kerusinya sudah berubah. hari ini 1kerusi sudah kosong sebab awak~

anda nak tahu mana ai dapat habit lepak dekat mekdi lepak dekat kfc sambil online? ai dapat habit ini sejak dengan dia lah. kami punya cara untuk berdating selalu pelik pelik. tak adalah sesi sesi pergi taman pergi berkelah pergi ke laut ke ape ke. ai seorang kaki shopping. ai boleh tawaf 2 atau 3 shopping mall dalam masa sehari dan dia setia temani ai lansung tak ada merungut atau membebel. plus dia lah yang selalu jadi tukang komen ai setiap kali ai mahu pilih baju tudung kasut dan apa apa saja. sampaikan ai jadi kekok bila kena shopping seorang diri lepas putus dengan dia. pernah sekali ai mms kan gambar baju untuk dia bagitahu ai yang mana 1 lebih cantik bila ai pakai untuk ai beli. hahaha!

tahu tak setiap kali ai mahu cuba kasut baru dia lah yang sarungkan ke kaki ai. dia akan bukakan kasut yang ai pakai dan dia sarungkan kasut yang baru. untuk pertama kalinya memang ai tergamam. tapi dia buat sendiri. lama lama ai jadi terbiasa. agak agak dia ingat lagi tak sweet moment bila dia ikatkan kasut sneakers yang dia belikan untuk ai pakai kemudian gelak gelak cakap comelnya comelnya sebab itu pertama kali ai pakai sneakers. sebab ai selalunya pakai heels bila keluar dengan dia maklumlah ai kan pendek tak cukup tinggi.

ai selalu cakap dekat dia orang akan cakap dia dayus bila pakaikan kasut untuk ai. tapi dia selalu cakap cuba tanya laki laki lain yang sudah berbini apa agaknya cara mereka tunjukkan kasih sayang kepada isteri. ai fikir ada betulnya juga. ai selalu cakap dekat dia orang akan cakap dia dayus bila kemana saja ai dia yang senantiasa pegang handbag ai. dia jawab ini bukan dayus ini untuk keselamatan untuk elakkan sesi ragut meragut yang penting ai selamat selalu. ouh! dia sangat sweet. dia jarang untuk cakap dia sayang ai. tapi ai boleh nampak ai boleh rasa kasih sayang dia dalam setiap perbuatan dia. rindu dia sangat sangat sangat!

dengan dia ai jadi outspoken. ai bebas untuk ceritakan apa saja. ai bebas untuk luahkan apa saja. ai bebas untuk bercakap apa saja. walaupun kadang kadang ai membebel. walaupun kadang kadang ada yang melukakan hati dia. walaupun kadang kadang dia penat dan rasa terluka. dia tak pernah sound sound ai. dia tak pernah membantah atau menjawab atau menjawab balik bebelan ai. selama mana ai bercakap selama itulah dia akan diam dengan sabarnya mendengar apa saja. bila ai diam bila ai sudah penat bercakap barulah dia akan pujuk dengan lembut dengan berhemah dengan ayat ayat yang akan bangkitkan kembali semangat ai. dan bila ai menangis dia lah yang setia temani ai walaupun hanya dalam phone. dia cakap dia tahu bila ai membebel panjang panjang bukan niat ai mahu marah marah tapi itu sebab ai tertekan. dia sangat memahami ai. itu yang buat ai senang dan selesa sangat bersama dia. sekarang ai cuma mampu pendamkan semuanya kemudian makan hati seorang diri.


banyak lagi kenangan yang indah dengan dia. dia sangat sweet. saat ini ai cuma rindukan setiap kenangan kenangan di atas. sebabnya waktu ini ai sudah tidak punya semua itu. apa yang ai ada cumalah ketidakserasian dan ketidakfahaman. ai jadi penat ai jadi bosan bila asyik asyik bertengkar asyik asyik bergaduh dan asyik asyik makan hati. ini dunia realiti. ini bukan dunia fantasi.

apa apa pun saat ini ai rindu dia. seorang yang sangat sangat memahami sangat sangat penyayang sangat sangat mengambil berat dan sangat sangat berhemah lemah lembut dan sopan. dia sangat manis! kenangan dengan dia juga manis! dia lah kawan dia lah sahabat dia lah penjaga dia kekasih dia lah juga bekas kekasih hati. apa pun untuk dia ai doakan semoga berbahagia selalu dan janganlah lupakan pada setiap kenangan kenangan yang pernah wujud suatu masa dulu.



~yu are always here with me. yu are in my heart. always and forever!~

Monday, 25 April 2011

Surah Al-Kauthar

hari ini hari totally ai down. mungkin sebab terlalu penat. mungkin sebab terlalu runsing. mungkin sebab terlalu bersedih hati. mungkin ai terlalu banyak berfikir. dan mungkin ai sudah tak upaya untuk simpan semua bebanan perasaan yang berat sangat. Tuhan saja yang tahu. macam mana ganasnya ombak dekat lautan sana. macam itulah juga hati jiwa dan perasaan ai saat ini.

tadi berjalan jalan tanpa tujuan. singgah sekejap dekat kedai buku. ouh! ai seorang penagih buku. pantang nampak kedai buku mesti wajib masuk. selak selak majalah yang baru. terjumpa sedikit info. jom ai share dekat sini. semoga beri manfaat pada semua. yakin pada ayat ayat suci Allah. yakin akan kekuasaan Dia.

Bismillahhirrohmanirrohim.

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sodaqallahhalazim.

maksudnya :
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (Al-Kauthar 108:1)

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Al-Kauthar 108:2)

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (Al-Kauthar 108:3)

sedikit lagi info tambahan tentang surah ini.

1. Surah ini paling pendek hanya mengandungi 3ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. rasanya lebih manis daripada madu warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

2. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

3. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan antaranya :-

* Baca surah ini ketika hujan dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

* Jika kita kehausan dan tiada air bacalah surah ini dan gosok di leher InsyaAllah hilang dahaga.

* Jika sering sakit mata seperti berair gatal dan bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10kali pada mata.

* Jika rumah dipercayai terkena sihir baca surah ini 10kali mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

* Jika membacanya 1000kali insyaAllah rezeki kita akan bertambah.

* Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

* Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71kali insyaAllah Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

perkara yang baik tak salah kalau kita amalkan selalu. insyaAllah.

Twitter Via Celcom Sms


~comel kan kan kan? heheh~

hai all. selamat pagi. have a nice day. hye siapa dekat sini seorang twitterer macam ai? errr ai jugak seorang fesbuker. kalau tak online sehari mesti rasa macam demam kura kura. jadi d sebabkan ai seorang addicted kepada dua mende alah comel sekali alam ini jadi ai akan cari apa saja cara untuk selalu get connected with both of them. them? gosh dah macam orang pulak.


seawal dulu ai sudah daftar fesbuk via celcom sms. jadi hari ini ai daftar twitter via celcom sms pula. ai pengguna tegar celcom oke. sejak orang hijau kelentong ai banyak sangat jadi ai curanglah beralih arah kepada orang biru pulak. mentang mentanglah muka ai muka budak budak. senang senang aje diorang kelentong ai. sob sob sob!

nak tahu macam mana? jom ai ajarkan some simple steps.


1. step pertama - korang kena ada henfon. kemudian pergi dekat section new message taip T kemudian hantar dekat nombor 29800. senangkan? nanti anda akan dapat mesej cakap you have successfully bla bla bla bla and so on. dan anda juga akan dapat 1 lagi mesej yang akan minta anda untuk pergi dekat link bla bla bla.

2. step kedua - link bla bla bla yang mesej tersebut maksudkan adalah link ini. bila sudah masuk web tersebut anda kena kelik dekat button yang akan linkkan twitter anda. nanti akan keluar page macam dekat bawah dan anda perlu kelik allow. lepas tu sekali lagi anda kena kelik allow.



3. step ketiga - nanti akan keluar page ini. jadi masukkanlah number henfon anda. anda boleh masukkan sampai 5number. omakaih. siapalah yang kaya sangat sampai ada 5number? kalah perdana menteri betul. jangan lupa untuk save ok kalau tak sia sia ajalah usaha anda. hahaha!



~tweet tweet! ini percubaan pertama ai tweet via celcom sms~


status twitter anda akan muncul dekat fesbuk juga. yeay! itu pun kalau anda link kan fesbuk dengan twitter anda. jadi jimat kan kan kan? anda boleh shout dekat 1tempat saja dan apa yang anda shoutout itu akan keluar dekat 2tempat. jadi tak adalah sesi twitter terbiar berhabuk tak berupdate. muahahahaha! oke sudah siap. selamat mencuba. semoga berjaya.

Jalan Jalan Makan Kenduri ~ Dewan Jubilee Penang.

hai. ini cerita hari sabtu tapi sekarang baru nak buat entry. konon konon sibuklah sangat. kalau tak kerana paksaan TuanAbah tidaklah ai rajin nak pergi. dulu masa budak budak seronoklah melompat lompat yeay yeay yeay nak pergi kenduri. sekarang rasa macam errr segan segan pun ada. gatal siot! hahaha!

ini sebenarnya kenduri ermmm bolehlah d katakan saudara mara TuanAbah. itupun lepas sedap sedap makan kenyang kenyang semua baru tahu. masa salam dengan tuan rumah konfemlah ai senyum senyum aja takkan nak tanya makcik ini siapa ya? ishy buruklah perangai. seriyus ramailah saudara mara bau bau bacang durian mempelam yang lansung ai tak kenal tak tahu menahu dan segala tak lagi berkumpul. ai cuma tengok aje TuanAbah dan PuanMama bersembang potpetpotpet.

sebenarnya apa yang menarik perhatian ai pada kenduri tersebut adalah seragamnya warna tema. bermula dari pelaminan indah sampai ke meja santapan pengantin sampai ke doorgift untuk tetamu sampai ke warna baju untuk setiap ahli keluarga pengantin tak kiralah yang tua muda kecil besar sampai ke baju bajuan untuk orang yang marhaban sampai ke air minuman semuanya biru!

fuhhh! bersatu hati sungguh ouh. bangga ai tengok. almaklumlah semangat kekeluargaan dalam diri ahli keluarga sanak saudara sedara mara ai lansung sudah hilang. jadi bila tengok teguhnya hati mereka bersatu ouh bahagianya rasa. kenduri dekat dewan. pakai sistem buffet dari katering saja. tapi yang lain lain semua ahli keluarga bergotong royong. makcik makcik pakcik pakcik adik kakak abang tolong menolong sebagai penjaga lauk pauk sebagai pemberi doofgift dan dalam baju baju lawa mereka lansung tak kekok nak tolong kemas kemas meja.

haaa bagus kan? tak adalah pula ai tengok ada yang duduk melepak saja. tak adalah pula ai nampak saudara mara terdekat pengantin berbaju biru datang macam tetamu makan kemudian balik. tak adalah pula ai perasan sesi sesi bermasam muka arah mengarah kutuk mengutuk kata mengata. phewww what a really nice harmony family. seronok betul. oke lah. cukup cukup. jom layan gambar yang sempat ai snap.


~nasi dan lauk kenduri bersama air biru dan doorgift~


~TuanAbah PuanMama CikAdik ai bantai minum teh tarik ni berkali kali. katanya sangat sedap~


~tadaaa! pelaminan indah dengan meja santapan raja dan ratu sehari~


~favourite pic of the day! mesti anda fikir ai tengah marah budak budak tak berdosa tu kan?~


~haha! mana ada marah. ai sweet lah orangnya. ai panggil mereka untuk bergambar sebenarnya. sempat pula aksi adegan ala ala mak tiri tengah marah tersebut d candid. isk isk isk~

Sunday, 24 April 2011

Dia Sangat Menjengkelkan Oke!

ini pertama kali rasanya ai keluarkan entry sebegini. ai jarang benci orang. kadang kadang kalau marah sekalipun agak susah untuk ai benci orang melainkan atas permintaan orang itu sendiri untuk ai benci dia. untuk sepanjang 25tahun ai hidup atas dunia ini antara ragam manusia yang terpelik yang pernah ai jumpa. ini alkisahnya

back few weeks ago since ai sudah tidak bekerja ai rajin melayan fesbuk. yeah like always ai pun mungkin tergolong dalam golongan fesbuker! ahahaha! d simplekan jalan cerita ada seorang hamba Allah dengan baik hatinya menyampuk sesi comment comment ai dan CikAdik ai. tajuk topik hanyalah kfc dan radix.

jujur ai cakap ai dan CikAdik ai adalah peminat tegar kfc. erm ai rasa seluruh kaum kerabat ahli keluarga ai pun kaki layan kfc. dan hanya d sebabkan si mamat poyo ni makan radix dan kemungkinan dia adalah seorang anti kfc maka dia cakap kfc adalah makanan perosak islam. CikAdik memang sungguh hangen dan ai biarkan aja mereka berbalas comment.

ayat balasan dari CikAdik ai juga simple macam ini "kalo merosakkan nape byk org islam dok mkn lagi ???knpe xdak org boikot pown?? + y keje kat kfc pown org islam jugak !! lps nie kalo awak nak mkn mcd or kfc..pk2 la ye..nnty merosakkan awak pulak kan !!!!" dan anda tahu apa yang mamat poyo ni cakap? dia cakap CikAdik ai kurang cerdik.

at this moment sincerely ai memang sudah panas hati but ai still stay silent cuz i thot mamat poyo ni akan minta maaf sebab tersalah cakap ke apa ke kan. kemudian CikAdik ai dengan hormatnya membalas macam ini "awak xde hak nak tentukan saye ni cerdik or x..awak 2 cerdik sgt ke??? kalo cerdik..xperlu la nak mjatuhkan org islam y laen..y keje kat kfc 2 pown mcari rezki jugak..y mkn pown pki duet sndr..bkn pki duet awak...lalala" dan sekali lagi dia cakap CikAdik ai memang kurang cerdik.

oke fine! ai memang sudah panas hati. ai gugellah wall dia cuz jujurnya ai lansung tak pernah kenal siapa dia dan ai yakin ai d add cuma sebab kami exskoolmate. lansung tak pernah bertegur sapa dan ini adalah pertama kali tapi macam ini pula jadinya. kemudian baru ai tahu rupanya dia sedang buat master. ouh! patutlah berlagak tahap nak mampos rupanya sebab dia tengan buat master. itu pun belum habis. entah akan berjaya ke tidak pun belum tentu lagi. haih! manusia manusia.

kemudian ai tegur dia untuk jaga tutur kata. dan dia masih berlagak tahap nak mampos macam dia seorang sajalah dalam dunia ni ada master. helooo encek berlagak tahap nak mampos! orang lain pun ada master lah! dari universiti luar negara lagi. tak adalah pulak berlagak apatah lagi nak kecoh kecoh dekat fesbuk macam engkau oke! itu baru master dari universiti dalam Malaysia. cehhh. kalau kau buat master kos yang susah susah macam engineering ke doktor doktor ke baru kau boleh berlagak oke! haraplah maklum.

ai dengan baik hati tegur dia dengan baik dan hormat tahu. ai cakap macam ini "come on laa each of us ade hak masing2 kan?? if u said so my lil sis tak cerdik then i guess u r worst than her cuz u r much older..kita ni dalam nak mendidik @ nk menegur @ nk menasihati org tak kena caranya kalau guna ayat yg kasar apetah lg menjatuhkan org..i takdela perfect sgt @ baek sgt @ wat ever like u..but i just nk nasihatkn u laen kali kalau nak berdakwah @ menyampaikan ajaran islam utk siapa2 pun better guna cara berhikmah..amek iktibar n contohi sikap nabi kita..Rasulullah S.A.W..sila bygkan kalau dlu nabi berdakwah n dalam menyampaikan dakwah tu Baginda menjatuhkan org then mengutuk2 org same like wat u just said to MY LIL sis kemudian suh org masuk islam..agak2 ape yg akan jadi?? we r older enuff utk berfikir dgn matang..so jgn la bwt perangai mcm budak2..tak kena caranya kalau seorang profesor bersikap mcm org yg takde pelajaran bila dia nk mengajar org..sikap org mcm u la yg selalu nya lebih menjatuhkan persepsi buruk org bukan islam kepada agama islam..cuz mereka akn berfikir agama islam adelah agama yg tak mengajar umatnya utk saling menghormati..sikap yg baek adelah perkara paling basic dalam stiap perkara..remember this ok encek bijak pandai yg ada master..sekian..harap perkara ni berakhir d sini.."

hamek kau! ai buat karangan ke rumusan ke apeke sungguh ai pun tak pasti. yang pastinya dia cuma balas malas nak baca. then ai pun tak kisah. then after that semua comment comment dia delete. ai dan CikAdik ai terus gelak gelak. heloo! kalau kau tak bersalah kenapa nak delete semua comment comment kau yang kutuk kutuk orang tadi tu? waktu itu ai fikir tak ada ahli fesbuk ai yang lain ambil kisah rupanya ai silap. ada juga yang memerhati dalam diam dan ternyata ramai yang marah dengan mamat poyo tersebut. ramai rupanya yang sudah lama tidak suka dan tidak puas hati dengan sikap poyo mamat tersebut. ouh! baru ai tahu.

ada yang keluarkan statement macam ini dekat fesbuk sebagai tanda protes untuk mamat poyo tersebut "Ak xkisah hg blajaq tggi mn la geng ! Hg ada master ka, PHD ka, apa ka, org xheran lah ! Tp jgn slamber kata kt org laen xcerdik, xbrpengetahuan !"

akhir ceritanya mamat poyo tersebut dengan sendirinya remove diri dia dari frenslist fesbuk ai. kemudian kecoh kecoh dekat wall dia sendiri. sepanjang panjang ai berfesbuking ini adalah pertama kali ai berdepan dengan keadaan yang macam ini. pengajarannya kalau kita nak tegur orang kita kena cermin diri kita dulu. dan kalau kita mahu tegur orang ada caranya dan bukan ikut sedap hati nak cakap tanpa fikir perasaan orang lain. ish ish ish! semoga mamat poyo tersebut dapat taufik dan hidayah dan semoga dia cepat sedar diri. ameen.


Friday, 22 April 2011

Keadaan Bayi Dan Janin Ketika Al-Quran Dibacakan.



cuma mahu kongsi dengan kawan kawan blogger sekalian. sila tengok sampai habis dan perhatikan perubahan bayi dan janin dalam kandungan. kelihatan bayi yang sangatlah aktif pada awalnya itu seolah-olah bersujud ketika al-Quran dibacakan. besar sungguh kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. Subhanallah betapa seronoknya kalau dapat jadi ibu dengar jantung baby denyut denyut. mesti hilang segala rasa penat dan sakit membawa perut yang boyot boyot itu. comel comel aje kaki tangan baby yang kecil kecil.

Thursday, 21 April 2011

Oldies People With An Old Skool Style. Retro Habes!

salam. selepas sekian lama belog tidak terupdate hari ini baru mampu curi masa sekejap. walaupun sudah tidak berkacak kacak sebagai seorang pekerja ai masih tetap bangun awal kemudian lepak lepak dekat kfc layan breakfast sambil online. kemudian tengah hari ai ke office PuanMama untuk tolong beliau. begitulah rutin harian ai sekarang. lansung tak ada ruang untuk rasa boring pun.

mesti semua pun tertanya tanya apalah mimpi ngeri ai sampaikan ai masuk ke office cuma untuk 2hari saja. hahah. banyak sebabnya. jujurnya seawal mendapat tawaran untuk interview ai sudah pun merajinkan diri untuk menggoogle sedikit info. takkan terus nak redah aje kan? apa yang ai mampu katakan company itu hebat. sebabnya

1. dalam 2hari ai d office ai banyak semak senarai senarai customer. banyak company company besar lain yang jadi customernya. jadi boleh wow lah kan?

2. ai jugak adalah bersembang sembang dengan bos kecik tanyakan sudah berapa lama dia d situ dan jawapannya 20tahun. oke fine sekali lagi boleh wow jugak kan?

3. kemudian ai bersembang sembang pula dengan kakak kakak yang bakal berhenti bertanyakan sudah berapa lama d situ dan jawapannya adalah 10tahun. kali ini memang ai terus pergh hebatlah sebab company mantap!

4. ai letak gaji RM1000.00 untuk jawatan kerani cabuk dan mereka terima tanpa sentuh resume ai lansung weyh! percayalah. yang ini betul betul wow!

mungkin itu saja agaknya kebaikan yang mampu ai senaraikan. sekarang mari sini ai cerita kenapa ai mampu bertahan cuma 2hari saja.


~ini namanya dot printer dengan inknya yang berbentuk tape~

zaman sekarang orang sudah maju semua pakat guna inkjet printer tau. untuk company sehebat itu mereka cuma guna printer jenis zaman tok kaduk ini aje. ai tak tipu! kalau mahu print jenuhlah kena setting kertas ikut scale yang ada dekat printer. itu pun ai rasa sudah semput semput aje nyawa printer tersebut. dan jujur ai cakap ai tak reti guna printer antik nih. asyik asyik salah aje tahu tak kemudian kena marah.


~ini typewritter electric namanya~

ini lagi satu masalah. jujur sangat sangat jujur ai memang tak reti lansung nak guna mende alah nih. walaupun ai bolehlah sikit sikit menaip dengan separa pantas dekat keyboard komputer ataupun MistaLappy ai. yang ini kira up sikit dari non-electric punya. sebab apa tahu? sebab dia bole undo balik kalau kita typo error. huhuhu. dan mereka gunakan mesin hensem ini sepenuhnya untuk setiap urusan. dan ai terus buat muka macam errrr habislah!


~folder folder yang d recyle sejak dari zaman saripah eni lagi! kedekut betul!~


~yang ini paling ai kagum! ade arial oke!~

itu baru radio. belum masuk gambar monitor dan pc yang besar gebadak lagi. itu ai tak sempat nak snapkan. ish! rugi rugi. komputer yang ada dekat office pun cuma 4. 1 untuk bos besar dalam bilik dia sendiri. 1 lagi untuk bos kecik untuk kegunaan dia online fesbuk d kala orang lain buat semua kerja. 1 lagi untuk monitor cctv. 1 lagi untuk kegunaan umum untuk buat kerja. betul betul kedekut! beramai ramai kena share 1komputer. apalah nasib!

~yang ini paling comel. ai tak pernah guna lagi. jadi ini kali pertama. haha!~

itu senarai senarai untuk dari segi harta bendanya. sekarang ai senaraikan dari segi persekitaran pulak.

1. ai sangat sangat tak suka bau rokok. pantang tok nenek moyang betul. tapi tahu apa yang ai berdepan d sini? dari bos besar sampailah ke semua staff lelaki yang ada dekat sini merokok. merokok dalam ruang bertutp dan beraircond! d ulang sekali lagi beraircond! sampaikan masa bos besar interview ai pun rokok ada d tangan. ai tak mahu sakit percuma oke semata mata mahu kerja. tak berbaloi!

2. staff d sini semua cina. ok baguslah kan sebab ai boleh terselit d situ. tapi masalahnya semua kerja d bebankan kepada ai. semua! mereka yang lain boleh melepak layan fesbuk. apahal? silap kena marah. tak silap gaji bukan naik pun. kena pulak bos kecik mulutnya macam puaka. suka kutuk staff dekat customer dan supplier. sungguh tak manis budaya itu tahu. tikam belakang namanya. bahaya! tapi paling bahaya adalah bos kecik pandai belakon depan bos besar. padahal 1 kerja apapun dia tak tahu buat. bila kantoi silap dengan bos dia putar belit fakta supaya dia kelihatan tidak bersalah. ini adalah pengalam dari akak akak senior yang mahu berhenti. jadi ada baiknya ai berhati hati. itulah yang selalu d pesan akak akak senior.

3. kerja ai sungguh berat. berat sebab dari sekecil kecil urusan hingga sebesar besar urusan perlu ai uruskan. kerja pulak dari isnin sampai ke sabtu. gaji 1ribu. dah gaji itu akan statik. akak akak senior d situ cerita untuk tempoh 10tahun mereka d sana gaji mereka tak mencecah RM1500 pun. dan ai tengok semua kerja pun d longgokkan kepada mereka. tak berbaloi.

4. ai bukanlah baik sangat. tapi ai perlukan tempat kerja yang ada ruang untuk ai bersolat. dan d situ tak ada pun. cuma satu yang ai terfikir. bagaimana akak akak itu boleh bertahan sampai 10tahun tanpa ruang solat untuk tunaikan solat zuhur dan solat asar. macam mana? macam mana? dan inilah alasan utama kenapa ai fikir ai tak perlu lagi untuk terus ada d sana. ai tak adalah baik tapi ai sedang cuba untuk jadi baik sebaik baik ummah.

sekian. tamat sudah.

Monday, 18 April 2011

Update Segera!

header baru. header simple. konon konon mahu timbulkan mood pun baru. dan percubaan untuk menampakkan belog sedikit matang. harap harap lah kan ai berjaya. anyway ai berhutang banyak entry. antaranya adalah seperti berikut

1. kenapa berhenti kerja lepas 2hari saja pergi ke office.
2. manusia paling annoying yang pernah ai jumpa dekat fesbuk ai.
3. ragam orang pergi interview yang ai jumpa.

okeh. agak agak cukup ke tidak masa untuk ai bayar hutang? baiklah. masa untuk tido. selamat malam.

##notakaki##ini betul betul quick update sebab header siap dalam masa 30minit dan entry siap dalam masa 6minit sahaja. nampak sangat sudah sangap mahu update belog. ish ish ish!

Thursday, 14 April 2011

Selamat Pagi Yang Poyo!

ye! selamat pagi! tetapi pagi yang poyo. hari ini sepatutnya menjadi hari ketiga ai berkacak kacak pergi office. tapi semalam ai sudah nekad buat keputusan untuk berhenti. banyak sebab nanti ajelah ai buat special entry tentang kisah ai bekerja selama 2hari sahaja. hebat? memang pun! walaupun sudah menjadi seorang yang tidak bekerjaya semula tetapi hari ini ai masih bangun awal awal pagi pakai hensem hensem supaya kelihatan kacak dan datang breakfast dekat kfc seorang diri. ye! seorang diri. silalah percaya. huih! kfc pertronas sunway. ouh banyak kenangan sweet sweet dekat sini. rindu ouh!


~inilah menu pilihan ai untuk mulakan hari yang panjang ini. ia sedap percayalah!~

nasib baik menu pilihan ai sedap. ai rasa lagi berbaloi dari breakfast dekat mekdi yang pagi pagi makan apa apa entahlah sebab kebiasaannya kalau ai pergi mekdi ai cuma layan hot cake dia aje sebagai breakfast. menu menu yang lain ai tak pernah cuba lagi pun sebab tak pernah terliur lansung apatahlah lagi nak teringin ke apa ke.

sesungguhnya ai baru tahu kfc ada buat breakfast jugak macam mekdi. sungguh ketinggalan zaman. semalam tengok dekat iklan saja sudah buat ai terliur. jadi hari ini sungguh sungguh ai datang. phewww! memang sedap. kenalah pulak dengan taste ai. tambahan lagi dapat kupon percuma dari staff kfc sendiri. jimat jimat. berbaloi baloi. hikhikhik!

ai takut nanti hari hari pun ai nak datang sini setiap pagi sebab ketagih makan makanan yang sama. grrr! attitude yang pelik mungkin. silalah percaya bahawa ai boleh layan makanan yang sama setiap hari dekat tempat yang sama kalau hati ai sudah suka dan selera ai sudah kena. ai akan layan layan dan layan lagi sampailah ai sudah jemu dan bila ai sudah jumpa menu baru dan tempat makan baru yang sedap. heee! agak agak nanti apa pulak kata abang abang hensem dekat sini. ish!

Monday, 11 April 2011

Hari Hari Nak Kacak!

selamat malam. mata ai sudah tahap sikit lagi sudah mahu melekat rapat rapat. macam mana entry siang tadi? ada tak kawan kawan ai yang dekat oversea sana terliur tengok makanan makanan yang sungguh pergh sedaplah sampai tahap boleh meleleh air liur? mohon maaf zahir batin kalau termengidam ke terteringin ke.

ingat lagi dalam entry siang tadi ai cakap ada interview untuk kerja baru? mari ai kongsi pengalaman best siang tadi. sejak sakit dari bulan disember tahun lepas ai dengan jayanya dapat title penganggur terhormat sampailah ke hari ini. kacau bilau jiwa. kalau dulu setiap hari sibuk dengan kerja dengan meeting dengan itu dengan ini sekarang tiba tiba terpaksa berkurung. mati akal. bila sakit beransur pulih ai mula sibuk cari kerja baru. elok sudah sihat tiba tiba sakit semula. apalah nasib. tapi tak mengapa. ai redha.

baru baru ini ai sakit semula. baiklah. jenuh mencari penawar. derita sungguh ai rasa. dalam sakit sakit tiba tiba dapat panggilan untuk temuduga. sebenarnya sesi temuduga tersebut sepatutnya d buat hari khamis minggu lepas. waktu itu keadaan ai sangat lemah. PuanMama cakap tengoklah kalau jumaat ai ok baru pergi. tapi jumaat ai lagi sakit. ok abaikan.

hari ahad lepas sibuk sibuk sepanjang hari dengan urusan peribadi tiba tiba dapat mesej suruh ai pergi temuduga yang sama. katanya open interview hari ini dan esok. sebab itu siang tadi ai gigih bangun awal pagi pakai seluar slack dengan kemeja hensem supaya kelihatan kacak. kononnya petang mahu pergi interview itu. sudahnya PuanMama cakap beliau sendirian d office. oke baiklah. sebagai anak solehah kesian pulak ai rasa. jadi ai batalkan aje niat murni mahu ke interview. ai bagi alasan esok pun boleh pergi. kesian EncekJantungHati. beliau kerja tapi usaha juga mahu balik awal. katanya mahu teman ai pergi interview. dan kemudian ai dengan baik hati cancelkan. ehehe!

mungkin sudah tersurat ini rezeki ai. elok elok lepas ai post entry makan makan tiba tiba datang seorang kawan PuanMama katanya mahu lepak lepak sama d office mama. sila bayangkan waktu itu sudah pukul 3.45petang. ai terus mesej tempat interview tanya tanya kalau ai masih sempat untuk pergi ke tidak dan jawapannya yes tapi office tutup pukul 5petang! macam lipas kudung ah ai jadinya. salam salam kiss kiss muah muah PuanMama terus ai jadi pemandu lumba kereta tak berbayar. redah jalan sibuk. kelam kabut jemput EncekJantungHati. dan dengan jayanya pukul 4.30petang baru sampai ke tempat d tuju.

kesudahan kisahnya ai d suruh mula kerja esok. ye! esok! ada faham? esok ai kena mula kerja. waktu itu ai rasa macam eyh mimpi ke betul? ai tidak d soal dengan skema skema apatah lagi berprotokol pun. penginterview pun sungguhlah baik hati. tidak banyak menyoal. jadi mulai hari esok ai kena kacak kacak setiap hari dan pasti sudah ai kurang masa untuk dating dating dengan belog ai. apa apa pun ai bersyukur kerana dapat kerja baru yang sama macam kerja ai sebelum ini. harap harap nanti gaji naik naik naik naik dan naik sampai tahap sama macam gaji ai dulu. ameen. oke bye. mahu tido. tongkat mata sudah patah jadi sudah mengantuk tahap gaban. mulai esok kena bangun seawal pagi.

Pedas Pedas Manis Manis Masam Masam.

sungguhlah adrenalin mengalir dengan baik sekalipun kalau otak malas berfikir jangan harap boleh keluarkan tajuk tajuk entry yang best. tapi kalau baca banyak banyak kali macam eyh comel pulak tajuk entry yang ini. kan? ke ai aje terperasan sendiri?

hari ini ai melepak dekat office PuanMama. bosan weyh duduk dekat rumah. siap bawa bantal kecik comel bawa MrLappy bawa majalah majalah. dengan harapan sebagai pengubat kalau ai mengantuk tahap gaban atau bosan tahap cipan. tapi masalahnya ai malas mahu tido. itu yang ai pelik sangat. tido pun malas!

sudah separuh hari ai jadi pegawai tak bertauliah dekat sini. eyh! bukan ai syiok sendiri oke. tapi tadi ada pakcik manatah dia panggil ai pegawai sebab ai pakai baju kemeja seluar slack dengan kusyuk mengadap MrLappy konon konon orang tengah sibuk buat kerja. ameen! itu doa. doalah lagi banyak banyak pakcik! untuk sesi pagi tadi ai sudah bantai makan makan dan makan. ouh nikmatnya!


nasi lemak ikan bilis.terliur tadi tengok ikan bilis macam sedap. kira hebatlah tukang masak nasi lemak tadi sebab berjaya buat ai makan nasi lemak sambal ikan bilis dia. ai tak suka makan sambal sambal dalam nasi lemak. jadi jangan harap anda boleh tengok ai layan nasi lemak tiap tiap pagi macam rakyat Malaysia yang lain. hebatlah kan?


pagi tadi masa datang kerja PuanMama singgah kedai makan seberang jalan. katanya mahu beli apom sedap. baiklah PuanMama anakanda menurut perintah. beria ia lah PuanMama cakap sedap sedap sedap. jadi bila PuanMama sibuk buat kerja beliau ai pun layanlah apom sedap. uiks kaler dia comei ah! pinky pinky biru biru pulak. sudahlah gebu gebu aje. lembut lembut pulak. rasa pun nice tak manis sangat. memang layanlah. ai kurang sikit benda benda manis. ngilu ah gigi. lagipun bahaya. takut nanti kena diabetes.


oke. masuk tengah hari PuanMama cakap ada bekal nasi. uiks? ai rasa macam baru aje melantak sepinggan nasi lemak. tapi sebab PuanMama offer ai layan saja. wuwuwu! PuanMama bawak lauk favourite. tapi sayangnya yang korang tengok tinggal bekas kosong aje. isinya sudah habis ai telan. ai makan nasi putih dengan rasem. eyh! korang tahu ke rasem itu apa? oke. oke. nanti ada masa ai buat entry cerita pasal rasem.

oke. sekarang ai mengantuk. tido sekejap pun macam bagus. tapi sekejap lagi ai ada interview. rasa macam urgh tangguh masuk sesi esok ajelah. PuanMama tinggal seorang diri dekat office kesian tak ada teman. yang ada cuma radio. ah radio kalaulah boleh jadi superhero buat kawan bersembang pun bagus kan? cukup sudah ai berpoyo poyo menjadi pegawai tak bertauliah dengan lakonan lakonan yang hebat makan sambil mengadap MrLappy bajet macam terlalu sibuk buat banyak kerja. oke bye.

Contest Sahabatku Kesayanganku!

adrenalin ai tengah mengalir dengan baik sekali hari ini. jadi ai buat keputusan untuk siapkan dua assignments aka tag. ai jarang d tag. jadi bila sesekali kena tag mestilah buat. hiks! oke tag pertama dari CikAinShakirah. tq cik adik manis.


~banner dari tuan contest. comel eyh!~

CikTie cakap dalam contest yang ini dia mahu sekeping aja gambar dengan sahabat sahabat. berpinau mata ai cari gambar. jadi dalam banyak banyak gambar ai pilih yang berikut. yeay!


tadaaa! pertama kali ai letak sekeping gambar pertunangan ai. ini gambar masa dalam kereta atas ferry on the way ke PenangIsland untuk sesi outdoor photoshoot. sepanjang hari dari pagi sampai ke malam ai d temani mereka. sampai tamat majlis pertunangan ai. yeah! i love them so much much! terima kasih babes.

CikTie boleh ke tidak kalau buat penerangan tentang sahabat dalam bahasa mat saleh? ai janji ai guna simple simple words aje. heee.

“A person is only complete when she has a true friend to understand her, to share all her passions and sorrows with and to stand by her throughout her life. A friend will be there for you when things are good. But a TRUE friend will be there for you when things are good and also when things are very bad. And just when it feels like you will never smile again. She can put a smile on your face with just with a hug!"

yeay! itulah makna persahabatan untuk ai. dan sebab itulah ai selalu cuba buat yang terbaik untuk setiap kawan kawan ai. ai cuba hargai mereka sebaik mungkin. baiklah. atas permintaan tuan contest untuk ai tag dua kawan blogger jadi ai tag mereka berdua d bawah. gud luck guys!

1. Puan Samiza

2. Cik Dil

Sunday, 10 April 2011

Happy Birthday Cik Zatie Kembare!

hi CikZatieKembare! surprise! terkejut ke tidak? entry ini sepesel untuk kamu! sempena birthday kamu hari ini. maaflah lambat sikit buat sepesel dedikesyen! siang tadi ada hal jadi ai sibuk sikit. malam baru boleh mengadap lappy online.

Selamat Hari Lahir yang ke20 untuk CikZatie. may Allah bless u always my dear kembare. semoga d panjangkan umur dan d murahkan rezeki selalu. semoga berbahagia selalu dengan kekasih dan keluarga anda. semoga apa yang CikKembare hajati akan tercapai. dan semoga semua yang baik baik aje untuk CikZatieKembare.


~ini gambar masa hari raya lepas. open house dekat rumah AbgCaen. masih ingat?~


I LOVE YOU CIK ZATIE KEMBARE :)



##notakaki##oke baiklah. kena pergi dulu. ada 2assignments aka tag yang perlu ai selesaikan.

Friday, 8 April 2011

Kenapa Tak Tinggalkan Link?

lately belog ai makin bertambah followers. terima kasih banyak banyak! followers ramai bermaksud kawan pun ramai. meriahnya! ai pun sudah jadi follower anda juga. rajin rajin tegur ai oke. sebab kadang kadang ai blogwalk sana sini tapi tak tinggalkan jejak pun. erm konon konon mahu cakap diri sendiri pemalu.

oke fine! back to the point! tengok tajuk entry ai? yup! betul. kenapa tak tinggalkan link anda? tambah tambah yang jadi follower ai. rugi tau sebab anda follow ai dan ai tak boleh follow anda sebab tak tahu apa belog anda. mungkin ramai yang tak sedar sekecil kecil perkara ini. mungkin blogger baru. jadi mari ai sedarkan anda dan share dengan anda.


~sila tengok gambar atas ini. ada gambar dan nama follower kemudian list blog yang dia follow aje kan?~


~tengok gambar ini pula. ada nama dan gambar dan link belog follower tersebut kemudian barulah list blog yang dia follow. nampak bezanya tak?~

selalunya ini adalah part yang paling simple dan ramai bloggers yang tak sedar. rugi tau sebab kebiasaannya bila kita follow belog orang mestilah kita mahu tinggalkan jejak kita kan? alangkah ruginya bila orang tak boleh melawat belog kita pula. jadi mari sini ai ajar macam mana mahu betulkan dan tinggalkan link.


~mula mula pergi Dashboard belog anda dan kelik dekat Edit Profile. macam yang ai tunjuk tu~


~nanti bila sudah kelik page macam dekat atas akan keluar. anda kena scroll page sampai ke bawah untuk cari part General~


~kemudian isilah url belog anda dekat bahagian HomepageUrl sana kemudian jangan lupa untuk save oke. sudah siap. yeay!~

sekian aje. tahniah! anda berjaya. cubalah ye. nanti bila anda jadi follower belog orang bolehlah orang lain pun jadi follower belog anda juga. kalau ada yang pening pening tanya ai oke. kalau ai tahu bolehlah ai tolong.

Thursday, 7 April 2011

Sungguh Konfius. Bukan Nak Diskriminasi Oke!



sudah layan video terhangat d pasaran sekarang ini? ai terlayan sebab dekat fesbuk ada yang rajin postkan. pertama kali tengok terus terdetik fuiyoo cun ah mereka. tapi bila lagi lama layan makin pelik pulak ai tengok. ai repeat sekali lagi weyh. MasyaAllahhh. Nauzubillahim­inzalik! mereka bukan tulen rupanya.

maaf! ai bukan mahu diskriminasi hak siapa siapa d sini. cuma mahu berkongsi apa yang pernah ai baca iaitu

Sabda Rasulullah SAW:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita. (HR al Bukhari)

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang Maha Agung. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka manusia ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi. Jika diperincikan lagi maksudnya akal daripada aspek manusia bermaksud dapat berfikir manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan. Jadi boleh dirumuskan secara ringkas dan umum daripada segi bahasa bahawa manusia itu adalah makhluk yang dapat berfikir dengan bijaksana.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin. (Hadis riwayat Muslim)

Firman Allah bermaksud:

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-’Asr, ayat 1-3)

##notakaki##yang ai konfiuskan sebenarnya adalah bila dalam ucapan ada yang sebut terima kasih buat suami tercinta. eyh ai garu kepala sekejap. isk isk isk!

Saya Nervous!

ai nervous! ai nervous! ai super nervous when it come to an interview session. haihya! ai memang mengalami masalah darah gemuruh bila masuk bab bab interview untuk kerja. tapi bila sudah kerja berdepan dengan ramai orang tak ada masalah pula. tapi bila interview grrr takut woh!

Alhamdulillah ai semakin baik. dan esok sekali lagi sesi untuk ai pergi berubat. harap esok adalah yang terakhir. ai sudah letih. ai sudah penat. tapi! petang tadi ai dapat panggilan untuk interview kerja. doakan ai yea! semoga ada rezeki untuk ai d tanah tumpah tempat lahirnya ai. ai mahu bina hidup baru. ameen. ameen. ameen.


~ouh! sungguh ai sangat nervous sekarang!~

Tanda Ucapan Sungguh Terharu.

sayang! sememangnya ai terharu! sampai sangguplah tolak ketepi sekejap rasa letih sebab sakit.


~nah ambillah! ai bagi love warna merah untuk yu!~

harap maaf ye sekalian! lama betul ai hilang. sekarang ai muncul tiba tiba berlove love pula. bukan untuk siapa siapa pun ya. love untuk CikKembare ai aje. sedap ke tidak nama kami? sebenarnya kami ada sepupu sepapat eyh. yang sememangnya rapat sejak kecil sampailah sekarang walaupun masing masing sibuk dengan hal masing masing. dan kemudian bila jumpa haruslah waktu hari raya saja. dan kemudian masing masing pun macam segan segan silu malu malu gitu. phew! statement sungguh menggelikan!


~the Kembare!~

ini pertama kali ai mahu perkenalkan mereka mereka yang boleh d kirakan sebagai buah hati ai. ai yang teratas sekali umurnya ya dan haruslah ai juga yang terkecil sekali ketinggiannya. pffttt! apalah nasib badan tak cukup tinggi.

yang kedua CikMimi. sekarang beliau sedang menambah ilmu d dada dekat UUM sana. jauh benar CikMimi pergi. cepatlah pulang. harus kita bergedik gedik. sekarang ai sudah kembali menjadi rakyat Penang semula. ouh yea. CikMimi ada belog juga. sila kelik dekat sini untuk terjah belog beliau. semalam beliau review pasal belog ai dalam entry beliau yang ini. auw! sungguh terharu.

yang ketiga adalah CikAdik ai. sekarang beliau adalah seorang pekerja setia dekat PenangPortSdnBhd. meneruskan legasi dari TuanAbah ai. CikAdik ai ni tak ada belog. apalah punya pemalas sangat. ishy! hidup berprivasi katanya.

yang terakhir haruslah CikZatie. beliaulah termuda. sekarang menambah ilmu dekat KolejKomunitiArau. ini lagi seorang. jauh benar dikau pergi. cepatlah balik wahai CikZatie. beliau seorang yang sangat rajin. semua benda alah beliau layan. dari friendster sampai ke myspace bawak ke belog kemudian ke fesbuk dan tumblrlah formspringlah segala mak nenek beliau ada. tapi dekat sini ai cuma link kan belog beliau aja. oke! sila kelik sini.

sebenarnya ai yang letak nama Kembare untuk group kami. sebab kalau kami pergi mana mana pun mesti orang kami ini kumpulan kembar ke. ai selalu d cop sebagai kembar kepada CikMimi dan CikAdik ai d cop sebagai kembar kepada CikZatie. sungguh sampai sekarang kami masih nampak seperti kembar. kadang kadang macam nak tergelak pun ada. pelik pun ada jugak.

macam macam lah kenangan masa zaman muda mudi dulu. yang paling terpahat dalam kepala otak ai adalah kenangan rumah terbuka cousin ai AbgCaen. macam mana hebatnya kami mengenakan kanak kanak kecil yang lain konon konon mahu pakai baju sedondon dengan mereka bila balik ke rumah masing masing pakai baju hitam. sudahnya kami dapat nama TeamBlackMetal kebetulan pulak memang kena masa itu. ish ish ish!

kemudian memory lagu seroja dekat taman permainan atas jongkat jongkit adalah memory paling panaslah. muahahahah! boleh pecah perut bila ingat semula. uiks CikKembare masih ingatkah? ekekekekeke.

oke lah! sampai sini aja. ai terharu sebab ai d review. jadi ai luangkan masa untuk mengreview semula. harap CikKembare sekalian gembira. ai harap Kembare will always remain together forever. legasi kita is legasi kita ek. legasi emak ayah kita itu adalah legasi mereka. learn from their mistake and dont try to make the same mistake. yang penting kita selalu gembira walaupun nanti dah jadi nenek nenek. ahaks!

Monday, 4 April 2011

Some Short Note.

dear frens. dear new frens. thanx so much for blogwalk till u reach here. but for some reason currently i m not in a good condition. it will take time for me to get well and catch up with u guys back since my situation now totally bad. hope i will get well as soon as possible. insyaAllah. please pray for me. im so sorry and thank you so much.

Sunday, 3 April 2011

Lepas Udang Lepat Pula.

aah! hobi ai memang makan. asyik makan aje! tapi badan sama jugak. jangan haraplah mahu dapat 40kg walaupun asyik makan makan dan makan. paling hebat pun rekod ai cipta cumalah 38kg sahaja. kesian diri sendiri. tapi kembung jugaklah pipi lengan dan montot sebentar waktu itu. hahaha!

ok sambung semula cerita. semalam bakal PuanEmakInLaw datang melawat bakal MenantuMonsterComel beliau. hahah! pertama kali berjumpa dalam keadaan tidak formal. rasanya ini yang ketiga kali. pertama kali semasa hari merisik khabar dulu. kedua kali semasa hari bertunang. dan ketiga kali adalah semalam. jadi sesungguhnya ai memang tidak pernah kenal bakal PuanEmakInLaw ai secara personally. seriyus ai takut jugak. takut sebab takut takut lah kalau beliau garang. phewww! haru kepala otak ai sekejap kalau dapat yang skema skema berprotokol bagai. jenuh! apa yang ai kenal beliau selama ini cumalah dari apa yang EncekJantungHati ceritakan.

untuk pengetahuan umum rumah ai dan rumah PuanEmakInLaw ai cumalah 5minit sahaja ye. paling koman pun 10minit sebab kena lepas lampu isyarat. sangat dekatkan? tapi ai lansung tak pernah pergi melawat walau atas alasan kena hantar barang sekalipun. semua ai suruh PuanMama dan TuanAbah saja yang pergi. tambahan bakal PuanEmakInLaw sangat suka kucing dan ai dapat tahu dekat rumah beliau ada berbelas belas ekor kucing. lagi jangan harap ai mahu pergi. ai takut dan ai geli sungguh dengan makhluk bernama kucing ok.

perjumpaan untuk pertama dan kedua kali memang tak ada peluang untuk bersembang sembang bagai. semalam baru dapat duduk semeja. itu pun lepas beliau panggil ai duduk sebelah beliau. kalau tidak ai duduk diam diam atas sofa hujung sekali aje. dan sepanjang beliau dan EncekJantungHati ada semalam ai cumalah pendengar setia apa yang mereka bual bual kan dengan PuanMama. dan sesungguhnya ai sangat lega sampai tahap rasa mahu lompat lompat sebab bakal PuanEmakInLaw ai adalah seorang yang sangat sporting sangat selamba sangat peramah sangat pelawak sangat suka berceloteh sangat caring jugak dan sangat sangat lah. lega sungguh lega!

dan yang pasti baru ai confirm yang bakal PuanEmakInLaw ai bawak motor sangat laju. lebih laju dari EncekJantungHati ai. sungguh! ai sendiri pun tak percaya selama ini bila dengar PuanMama TuanAbah dan EncekJantungHati cerita. macam nak tercabut jantung ai tengok. sampai PuanMama cakap macam mana nak naik motor sekali kalau mereka nak pergi merayap dekat pasar pagi sama sama nanti. alamat kena mengucaplah sepanjang jalan. wakakaka! apa apa pun ai terharu! walaupun ai belum pernah tunjukkan ciri ciri bakal seorang menantu yang baik beliau sangat mengambil berat tentang ai rupanya. buktinya?


~tadaaa! lepat buatan bakal PuanEmakInLaw ai~

sobsobsob! terharulah sekejap bila dapat tahu beliau buatkan ini semata mata untuk ai bila beliau dapat tahu ai suka makan lepat dari EncekJantungHati ai. hari itu beliau usaha carikan ai udang lipan yang sememangnya susah mahu d cari sekarang sebab bukan musimnya. hari ini beliau buat makanan favourite ai pulak. hadoi. kena belajar untuk sayang beliau jugak sama macam ai sayang PuanMama dan PuanEmak. ai ada tiga wanita bergelar ibu dalam hidup ai sekarang. syukur Alhamdulillah YaAllah.

Saturday, 2 April 2011

Mohon Maaf Sebab

entry ini khas untuk EncekJantungHati ai. walaupun beliau tidak pernah menyedari kehadiran belog ini. beliau pernah bertanya tetapi ai nafikan. kah kah kah! kejam kan ai? bukan tak mahu beliau tahu. tapi entah mengapa rasa macam biarlah nanti nanti aja beliau tahu. kih kih kih!

sudah berkurun baru hari ini terasa mahu buat satu entry istimewa untuk beliau. untuk kesekian malam ai masih tak boleh tido. jadi ai merayap dalam belog sendiri. baru ai sedar ai belum pernah bercakap tentang beliau tapi entry tentang BekasKesayangan sudah bersepah. ketidak adilan melanda d sini. kesian beliau. maaf!

sepanjang 4bulan dan 2minggu ai masih pening mahu katakan kami sebagai apa. kekasih kah? couple kah? makwe pakwe kah? semua pun macam bukan sebab dunia kami lebih kepada kawan sahaja. kami tidak punya dunia dating dating. kami tidak punya dunia kapel kapel. kami tidak punya dunia makwe pakwe pun. hmm! jadi bagaimana? ouh baiklah. kami senang d labelkan sebagai kawan yang sedang mengenali hati budi masing masing. bajet macam artis lah kan.

sepanjang 1bulan dan 2minggu walaupun sudah terikat dalam hubungan pertunangan terkadang lidah ai masih tersasul mengatakan beliau sebagai kawan dan terkadang bila bersembang dengan kawan kawan ai terbahasakan beliau sebagai pakwe aja. alah! kalau sembang dengan kawan kawan kan kita memang selalu selamba aje. yang menjadi tukang pengingat ai adalah manusia manusia d sekeliling. kemudian baru tersedar eyh sudah bertunang rupanya diri ini. ops! sorry.

entry ini adalah khas untuk beliau sebab ai dengan baik hatinya buat perangai merajuk 2minggu tanpa belas kasihan pun. kah kah kah! sebab itu ai bahasakan diri ai sebagai monster dekat beliau. ai merajuk sebab hmm rahsia! ai bukan saja merajuk bertempat malah ai juga merajuk dengan menyakitkan hati beliau. ouh berdosanya ai! maaf.

dear EncekJantungHati sayang! pergh pertama kali ai panggil sayang. kalau beliau tahu mesti kembang hidung. jadi bagaimanalah ai tak rahsiakan belog ini dari beliau? okeh kembali semula. dear EncekJantungHati sayang. dengan ini MonsterComel anda sangatlah berbesar hatinya memohon berinfiniti kemaafan kerana merajuk 2minggu campur dengan menyakitkan hati anda secara sengaja dan tidak sengaja. semua yang jadi itu bersebab. dan anda pun tahu bukan? 2minggu itu pun memang tak best. tapi amanlah sikit dunia sebab ai diam aja kan? kalau tak mesti anda penat layan kerenah MonsterComel anda. apa pun infiniti kemaafan d minta. maafkan ai!

cukup tak kalau ai minta maaf macam itu aje? hmm. tak mahulah buat karangan panjang panjang. mengantuk tapi tak boleh tido. gugel gugel jumpa gambar gambar cantik. kalau anda tengok mesti anda pun cakap comel! buat EncekJantungHati.

Maafkan MonsterComel anda dan terima kasih sebab selalu


~mengingatkan kita bertemu dan berkasih sayang hari ini adalah kerana Dia~


~kerana mengangkat taraf diri ini kesatu lagi anak tangga kehidupan yang baik ke dalam alam pertunangan~


~kerana mahu mengambil diri ini yang serba serbi tak sempurna ini sebagai seorang isteri kepada anda~


~kerana mahu bersama sama membina dunia yang lebih indah dan d berkati dan mengubati kelukaan hati ini~


~kerana mahu sama sama menunaikan impian diri ini untuk punya sesuatu yang d idamkan~


~kerana mahu diri ini menjadi suri hati anda dan suri kehidupan kepada junior junior anda suatu hari nanti~
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers