Monday, 11 April 2011

Pedas Pedas Manis Manis Masam Masam.

sungguhlah adrenalin mengalir dengan baik sekalipun kalau otak malas berfikir jangan harap boleh keluarkan tajuk tajuk entry yang best. tapi kalau baca banyak banyak kali macam eyh comel pulak tajuk entry yang ini. kan? ke ai aje terperasan sendiri?

hari ini ai melepak dekat office PuanMama. bosan weyh duduk dekat rumah. siap bawa bantal kecik comel bawa MrLappy bawa majalah majalah. dengan harapan sebagai pengubat kalau ai mengantuk tahap gaban atau bosan tahap cipan. tapi masalahnya ai malas mahu tido. itu yang ai pelik sangat. tido pun malas!

sudah separuh hari ai jadi pegawai tak bertauliah dekat sini. eyh! bukan ai syiok sendiri oke. tapi tadi ada pakcik manatah dia panggil ai pegawai sebab ai pakai baju kemeja seluar slack dengan kusyuk mengadap MrLappy konon konon orang tengah sibuk buat kerja. ameen! itu doa. doalah lagi banyak banyak pakcik! untuk sesi pagi tadi ai sudah bantai makan makan dan makan. ouh nikmatnya!


nasi lemak ikan bilis.terliur tadi tengok ikan bilis macam sedap. kira hebatlah tukang masak nasi lemak tadi sebab berjaya buat ai makan nasi lemak sambal ikan bilis dia. ai tak suka makan sambal sambal dalam nasi lemak. jadi jangan harap anda boleh tengok ai layan nasi lemak tiap tiap pagi macam rakyat Malaysia yang lain. hebatlah kan?


pagi tadi masa datang kerja PuanMama singgah kedai makan seberang jalan. katanya mahu beli apom sedap. baiklah PuanMama anakanda menurut perintah. beria ia lah PuanMama cakap sedap sedap sedap. jadi bila PuanMama sibuk buat kerja beliau ai pun layanlah apom sedap. uiks kaler dia comei ah! pinky pinky biru biru pulak. sudahlah gebu gebu aje. lembut lembut pulak. rasa pun nice tak manis sangat. memang layanlah. ai kurang sikit benda benda manis. ngilu ah gigi. lagipun bahaya. takut nanti kena diabetes.


oke. masuk tengah hari PuanMama cakap ada bekal nasi. uiks? ai rasa macam baru aje melantak sepinggan nasi lemak. tapi sebab PuanMama offer ai layan saja. wuwuwu! PuanMama bawak lauk favourite. tapi sayangnya yang korang tengok tinggal bekas kosong aje. isinya sudah habis ai telan. ai makan nasi putih dengan rasem. eyh! korang tahu ke rasem itu apa? oke. oke. nanti ada masa ai buat entry cerita pasal rasem.

oke. sekarang ai mengantuk. tido sekejap pun macam bagus. tapi sekejap lagi ai ada interview. rasa macam urgh tangguh masuk sesi esok ajelah. PuanMama tinggal seorang diri dekat office kesian tak ada teman. yang ada cuma radio. ah radio kalaulah boleh jadi superhero buat kawan bersembang pun bagus kan? cukup sudah ai berpoyo poyo menjadi pegawai tak bertauliah dengan lakonan lakonan yang hebat makan sambil mengadap MrLappy bajet macam terlalu sibuk buat banyak kerja. oke bye.

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers