sudah berkurun baru hari ini terasa mahu buat satu entry istimewa untuk beliau. untuk kesekian malam ai masih tak boleh tido. jadi ai merayap dalam belog sendiri. baru ai sedar ai belum pernah bercakap tentang beliau tapi entry tentang BekasKesayangan sudah bersepah. ketidak adilan melanda d sini. kesian beliau. maaf!
sepanjang 4bulan dan 2minggu ai masih pening mahu katakan kami sebagai apa. kekasih kah? couple kah? makwe pakwe kah? semua pun macam bukan sebab dunia kami lebih kepada kawan sahaja. kami tidak punya dunia dating dating. kami tidak punya dunia kapel kapel. kami tidak punya dunia makwe pakwe pun. hmm! jadi bagaimana? ouh baiklah. kami senang d labelkan sebagai kawan yang sedang mengenali hati budi masing masing. bajet macam artis lah kan.
sepanjang 1bulan dan 2minggu walaupun sudah terikat dalam hubungan pertunangan terkadang lidah ai masih tersasul mengatakan beliau sebagai kawan dan terkadang bila bersembang dengan kawan kawan ai terbahasakan beliau sebagai pakwe aja. alah! kalau sembang dengan kawan kawan kan kita memang selalu selamba aje. yang menjadi tukang pengingat ai adalah manusia manusia d sekeliling. kemudian baru tersedar eyh sudah bertunang rupanya diri ini. ops! sorry.
entry ini adalah khas untuk beliau sebab ai dengan baik hatinya buat perangai merajuk 2minggu tanpa belas kasihan pun. kah kah kah! sebab itu ai bahasakan diri ai sebagai monster dekat beliau. ai merajuk sebab hmm rahsia! ai bukan saja merajuk bertempat malah ai juga merajuk dengan menyakitkan hati beliau. ouh berdosanya ai! maaf.
dear EncekJantungHati sayang! pergh pertama kali ai panggil sayang. kalau beliau tahu mesti kembang hidung. jadi bagaimanalah ai tak rahsiakan belog ini dari beliau? okeh kembali semula. dear EncekJantungHati sayang. dengan ini MonsterComel anda sangatlah berbesar hatinya memohon berinfiniti kemaafan kerana merajuk 2minggu campur dengan menyakitkan hati anda secara sengaja dan tidak sengaja. semua yang jadi itu bersebab. dan anda pun tahu bukan? 2minggu itu pun memang tak best. tapi amanlah sikit dunia sebab ai diam aja kan? kalau tak mesti anda penat layan kerenah MonsterComel anda. apa pun infiniti kemaafan d minta. maafkan ai!
cukup tak kalau ai minta maaf macam itu aje? hmm. tak mahulah buat karangan panjang panjang. mengantuk tapi tak boleh tido. gugel gugel jumpa gambar gambar cantik. kalau anda tengok mesti anda pun cakap comel! buat EncekJantungHati.
Maafkan MonsterComel anda dan terima kasih sebab selalu
~mengingatkan kita bertemu dan berkasih sayang hari ini adalah kerana Dia~
~kerana mengangkat taraf diri ini kesatu lagi anak tangga kehidupan yang baik ke dalam alam pertunangan~
~kerana mahu mengambil diri ini yang serba serbi tak sempurna ini sebagai seorang isteri kepada anda~
~kerana mahu bersama sama membina dunia yang lebih indah dan d berkati dan mengubati kelukaan hati ini~
~kerana mahu sama sama menunaikan impian diri ini untuk punya sesuatu yang d idamkan~
~kerana mahu diri ini menjadi suri hati anda dan suri kehidupan kepada junior junior anda suatu hari nanti~
No comments:
Post a Comment