Thursday, 28 April 2011

Rumah Idaman Dalam Hutan.

entah mimpi apa hari ini ai rasa nak cakap pasal rumah impian padahal kerja pun belum. eyh sekejap! esok ai ada interview untuk kerja baru. doa doa kan agar company ini ok dan ini yang terbaik untuk ai yeah. nanti tak adalah lagi orang senang senang nak cakap ai menyusahkan PuanMama ai.

oke sambung semula. ai sudah lama draft entry ini tapi tak post aje. tengah sedap sedap layan astro ada pulak segmen astana yang kak nitha sarawak punya tu. kan ke dalam segmen tu dia pergi interview orang orang kaya malaysia yang ada rumah errr sebut astanalah lebih layak sebab semuanya besar besar macam istana cantik cantik sampai rasa macam kalau nak masuk kena ketuk ketuk kaki takut ada sisa pasir melekat ikut sama. takut betul!

malam ini mood ai tak pulak ke laut tapi ke hutan. ala ala nak tenang tenang nyaman sekali macam itulah. tiba tiba terbayang alangkah seronoknya kalau ada duit juta juta milion trilion zilion lemon. boleh buat sebijik rumah dekat dalam hutan.


ai bayangkan jalan nak masuk ke kawasan rumah ai macam gambar atas. ala ala ada walkway gitu. nak nak ada pokok pokok sebijik macam dalam gambar atas. ala ala pokok kayu yang ada bunga bunga. daun daun hijau tu biar jarang jarang aje biar rumput rumput dekat bawah tu aje yang hijau mata memandang. kalau pokok bunga sakura laaagilah cantik! kena pulak time bunga bunga tu gugur. ceeewah! ala ala feeling macam seorang puteri nak lalu jalan tu aje. cantiklah!


ai bayangkan untuk ada air terjun yang indah macam gambar atas. kalau agak agak cuaca panas membahang bahang apa lagi terjun aje dalam sungai. kalau tension tahap gaban boleh pergi tadah diri betul betul bawah air terjun yang laju dan sejuk. confirm hilang semua tekanan dalam sejuk sejuk. paling untung dapat free massage dekat kepala dekat badan kalau mahu dekat kaki pun boleh. tadah saja diri. kan ke jimat? hahahah!


ai bayangkan jugak untuk ada tasik sebab kalau ada sungai perlulah ada tasik. kalau dapat tasik yang sama macam dalam gambar atas ouh indahnya. ada jeti kecil untuk melepak lepak melepaskan rindu. hahah! errr lebih berfaedah kalau dekat jeti itu ai boleh lepak lepak sambil memancing. ai bukanlah kaki pancing sangat. tapi manalah tahu kadang kadang terbuang tebiat ke nak memancing. heheh. ke kalau bosan bosan boleh dating sambil dayung dayung sampan dekat tasik. kan ke best macam tu?


dan akhirnya ai sudah jumpa rumah idaman hati dalam hutan yang ai cari cari. wahhh kena sebijik dengan taste ai. adededeyh! kalaulah kaya raya mampulah ai buat macam ini sekarang jugak. grrr! cantik weyh! cantik weyh! teringinnya! dinding sekelilingnya haruslah cermin kaca kalis peluru kalis segala kalis. keselamatan itu tetap keutamaan. errr sebenarnya ai penakut jugak.


aaaaa! bahagianya. bahagianya. kalaulah ini jadi kenyataan. jadi ai bayangkan ini adalah section untuk menonton tv yang memang sangat sangat ai mahu. phewww! kalau buat makan makan lepas kenyang melantak dekat ruang makan jadi bolehlah lepak lepak depan tv sambil sembang sembang gosip gosip. suasananya nyaman sekalikan? dekat rak tepi tepi itu ai mahu susunkan buku buku ai. atau mungkin ai akan susun gambar gambar menarik yang cantik. atau mungkin ai susun hiasan yang simple simple tapi comel comel. perghhh! sungguh sungguh rumah idaman ai.


kalau tadi ruang menonton tv dalam gambar dekat atas ini pulak ai bayangkan sebagai ruang melepak lepak atau mungkin ai boleh gunakan sebagai ruang untuk baring baring tido petang. muahahahah! mungkin ai patut letak buaian kecil dekat kan? bila lepak lepak dekat section ini buka sikit pintu kaca ada angin sepoi sepoi bahasa masuk. ngehngehngeh! bahagianya. tido petang akan jadi macam tido malam. confirmlah!

ai jugak bayangkan untuk bumbungnya adalah cermin. sebab malam malam waktu tido ai bolehlah tido sambil kira bintang. ai suka bintang. ai suka bulan. ai suka awan. ai suka langit biru. ai suka burung burung yang berterbangan. ouh indahnya dunia. kan? kalau malam tak ada bintang ai pasang ajelah lampu kelip kelip yang ala ala macam bintang. jadi masih ada bintang walaupun hari hujan. heheh!


tapi ai tak mahu rumah macam ini oke! grrr menakutkan betul! macam rumah hantu pun jugak. macam rumah separuh siap tunggu masa nak roboh pun ada jugak. hahahahah! oke lah. sampai sini saja entry rumah idaman dalam hutan. anda ada rumah idaman dalam hutan tak?

10 comments:

alexa yussida said...

rumah idaman kite atas bukit..rasa dekat sikit dgn bintang2..hehe:)

lina said...

best2!! suke3!! kadang2 berangan2 mcm ni seronok gak, mana tahu jd kenyataan.hehe

PENULIS said...

huhu..taknaklah umah kaca semua. Takut!! Skali beruang datang tampar2 dinding kaca tu...mana nak nyorok? huhu. Ataupun kalau hujan lebat + petir, kita rasa seperti kelemasan di dalam box kaca..haha.

♣dya aien♣ said...

ALEXA:

hahahaha..
nnt bole nyanyi lagu ku peti bintang bintang ek.. ;p

♣dya aien♣ said...

LINA:

berangan ni keje part time dya..
hahaha.. betul tu..
mana tau nnt jadi kenyataan..
angan2 kn slalu jd penguat semangat.. :)

♣dya aien♣ said...

PUAN ASILAH:

ahahahahaha..
bayangan awk menakutkn dya la pulak..
tbe2 baru nk tepikir beruang la ular la harimau la singa la..
kuang kuang kuang..

sherah said...

weh mcm cite twilight rumah tgah2 hutan pon best gak an.huhu tapi mcm bahaye ikit le tade jiran ape sume kang kena rompak susah :( tam,aw la rumah tegah hutan

Far8 budak baik said...

rumah idaman ni..
kalau time tua baru ar ngam kn..
semua dlm hutan haha =p

Dorothy Souhuwat said...

so beautiful

Eleh said...

bestnye kalau ade rumah dekat hutan... soo peaceful!