Monday 11 April 2011

Hari Hari Nak Kacak!

selamat malam. mata ai sudah tahap sikit lagi sudah mahu melekat rapat rapat. macam mana entry siang tadi? ada tak kawan kawan ai yang dekat oversea sana terliur tengok makanan makanan yang sungguh pergh sedaplah sampai tahap boleh meleleh air liur? mohon maaf zahir batin kalau termengidam ke terteringin ke.

ingat lagi dalam entry siang tadi ai cakap ada interview untuk kerja baru? mari ai kongsi pengalaman best siang tadi. sejak sakit dari bulan disember tahun lepas ai dengan jayanya dapat title penganggur terhormat sampailah ke hari ini. kacau bilau jiwa. kalau dulu setiap hari sibuk dengan kerja dengan meeting dengan itu dengan ini sekarang tiba tiba terpaksa berkurung. mati akal. bila sakit beransur pulih ai mula sibuk cari kerja baru. elok sudah sihat tiba tiba sakit semula. apalah nasib. tapi tak mengapa. ai redha.

baru baru ini ai sakit semula. baiklah. jenuh mencari penawar. derita sungguh ai rasa. dalam sakit sakit tiba tiba dapat panggilan untuk temuduga. sebenarnya sesi temuduga tersebut sepatutnya d buat hari khamis minggu lepas. waktu itu keadaan ai sangat lemah. PuanMama cakap tengoklah kalau jumaat ai ok baru pergi. tapi jumaat ai lagi sakit. ok abaikan.

hari ahad lepas sibuk sibuk sepanjang hari dengan urusan peribadi tiba tiba dapat mesej suruh ai pergi temuduga yang sama. katanya open interview hari ini dan esok. sebab itu siang tadi ai gigih bangun awal pagi pakai seluar slack dengan kemeja hensem supaya kelihatan kacak. kononnya petang mahu pergi interview itu. sudahnya PuanMama cakap beliau sendirian d office. oke baiklah. sebagai anak solehah kesian pulak ai rasa. jadi ai batalkan aje niat murni mahu ke interview. ai bagi alasan esok pun boleh pergi. kesian EncekJantungHati. beliau kerja tapi usaha juga mahu balik awal. katanya mahu teman ai pergi interview. dan kemudian ai dengan baik hati cancelkan. ehehe!

mungkin sudah tersurat ini rezeki ai. elok elok lepas ai post entry makan makan tiba tiba datang seorang kawan PuanMama katanya mahu lepak lepak sama d office mama. sila bayangkan waktu itu sudah pukul 3.45petang. ai terus mesej tempat interview tanya tanya kalau ai masih sempat untuk pergi ke tidak dan jawapannya yes tapi office tutup pukul 5petang! macam lipas kudung ah ai jadinya. salam salam kiss kiss muah muah PuanMama terus ai jadi pemandu lumba kereta tak berbayar. redah jalan sibuk. kelam kabut jemput EncekJantungHati. dan dengan jayanya pukul 4.30petang baru sampai ke tempat d tuju.

kesudahan kisahnya ai d suruh mula kerja esok. ye! esok! ada faham? esok ai kena mula kerja. waktu itu ai rasa macam eyh mimpi ke betul? ai tidak d soal dengan skema skema apatah lagi berprotokol pun. penginterview pun sungguhlah baik hati. tidak banyak menyoal. jadi mulai hari esok ai kena kacak kacak setiap hari dan pasti sudah ai kurang masa untuk dating dating dengan belog ai. apa apa pun ai bersyukur kerana dapat kerja baru yang sama macam kerja ai sebelum ini. harap harap nanti gaji naik naik naik naik dan naik sampai tahap sama macam gaji ai dulu. ameen. oke bye. mahu tido. tongkat mata sudah patah jadi sudah mengantuk tahap gaban. mulai esok kena bangun seawal pagi.

4 comments:

lina said...

Congrats dya!! =)

45IL4H D.K.K said...

wahhh dah dapat kerja ei? Tahniah2. Kadang betul kata orang..kalau pergi interview last minit, biasanya dapat. Kalau jadi orang pertama diinterview, susah sket..sebab penemuduga asyik fikir "mesti ada calon yg lg ok selepas dia ni" "emm takpelah, tgk calon seterusnya dulu". hehehe. Ape lagi, pasni BERGAJI la!

♣DYA AL-AIEN♣ said...

LINA:
mekaseh mekaseh.. :)

♣DYA AL-AIEN♣ said...

PUAN PENULIS:
heeeee...naseb n kebetulan je kot..Alhamdulillah.. :)
tp biasala..
agk stress d hari pertama..
apetah lg belom sihat sepenuh nya..

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers