Monday 25 April 2011

Surah Al-Kauthar

hari ini hari totally ai down. mungkin sebab terlalu penat. mungkin sebab terlalu runsing. mungkin sebab terlalu bersedih hati. mungkin ai terlalu banyak berfikir. dan mungkin ai sudah tak upaya untuk simpan semua bebanan perasaan yang berat sangat. Tuhan saja yang tahu. macam mana ganasnya ombak dekat lautan sana. macam itulah juga hati jiwa dan perasaan ai saat ini.

tadi berjalan jalan tanpa tujuan. singgah sekejap dekat kedai buku. ouh! ai seorang penagih buku. pantang nampak kedai buku mesti wajib masuk. selak selak majalah yang baru. terjumpa sedikit info. jom ai share dekat sini. semoga beri manfaat pada semua. yakin pada ayat ayat suci Allah. yakin akan kekuasaan Dia.

Bismillahhirrohmanirrohim.

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sodaqallahhalazim.

maksudnya :
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (Al-Kauthar 108:1)

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Al-Kauthar 108:2)

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (Al-Kauthar 108:3)

sedikit lagi info tambahan tentang surah ini.

1. Surah ini paling pendek hanya mengandungi 3ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. rasanya lebih manis daripada madu warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

2. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

3. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan antaranya :-

* Baca surah ini ketika hujan dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

* Jika kita kehausan dan tiada air bacalah surah ini dan gosok di leher InsyaAllah hilang dahaga.

* Jika sering sakit mata seperti berair gatal dan bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10kali pada mata.

* Jika rumah dipercayai terkena sihir baca surah ini 10kali mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

* Jika membacanya 1000kali insyaAllah rezeki kita akan bertambah.

* Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

* Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71kali insyaAllah Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

perkara yang baik tak salah kalau kita amalkan selalu. insyaAllah.

4 comments:

fynahere said...

3 ayat tpi penuh makna =)

Keyb0ard Ke|abu said...

Alhamdulillah. Bagus Dya. Satu perkongsian yang sangat berguna. Nak amalkan lah...Insyaallah. :)

♣DYA AL-AIEN♣ said...

FYNA:

yup..
betul tu..
kalaula tiap kali baca al-quran dan kita tahu makna setiap ayat tu..
mesti jiwa tersentuh kan..

♣DYA AL-AIEN♣ said...

PUAN ASILAH:

timekaseh..
dya bekongsi apa yg dya tau..
dya sedang cari penawar utk diri dya..
samping tu dya kongsikan dgn kawan2 kt cni.. :)

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers