Tuesday, 26 April 2011

Dia Kawan Dia Sahabat Dia Penjaga Dia Kekasih Dia Bekas Kekasih.

jenuh fikir apa tajuk untuk entry kali ini. hari ini ai lepak dekat mekdi. ermmm siapa orang penang terutamanya orang area butterworth? heheh! korang mesti tahu port baik untuk melepak adalah dekat mekdi sunway. sebelah dengan kfc. tau kan kan kan?

ini port favourite ai. sejak zaman study dekat uitm dulu lagi. bila study week konfem dekat library dekat laman perdana dekat semua port baik untuk study dalam uitm penuh. jadi ai akan ajak BekasKesayangan ai study dekat luar dan inilah port kami. dekat sini best. sejuk ada aircond free. dekat sini meriah sebab pasang lagu sederhana kuat tambah dengan bunyi bunyi orang sekeliling potpetpotpet. dekat sini seronok sebab BekasKesayangan ai boleh minum air free sebab dia boleh refill air coke berkali kali kali kali. dia memang macam kartun sikit. tapi itu yang buat ai selesa dengan dia. selamba tapi sopan. comelkan kan kan? hahahaha!

ini pertama kali ai pilih untuk lepak lepak dekat sini. sejak ai balik menjadi warga penang semula ai lansung malas nak lepak dekat sini. takut rindu sangat sangat nanti susah. korang mesti cakap alah bosanlah lagi lagi nak mengada ngada buka cerita lama. ai rindu dia. jadi ai mahu cakap ai sangat sangat rindu dia. mungkin sebab itu ai rasa lemas rimas berserabut sangat sejak semalam. apatah lagi sudah berhari hari gaduh dengan EncekJantungHati. susah mahu bercakap dengan dia. asyik asyik kena sound. kalau beliau sound perghhh memang makan dalam. ai pulak memang super sensitif. memang lansung tak ngam! macam warna putih yang suci murni dengan warna hitam yang gelap kelam. faham tak?

pernah sekali study week jatuh dalam bulan puasa. siang BekasKesayangan ai akan study subjek dia dulu atau pun claim waktu tido. petang macam biasa aktiviti kami jalan jalan dekat pasar ramadhan lepas booking table untuk berbuka dekat mana mana kedai favourite ai. BekasKesayangan ai sangat sporting. lansung tak memilih apatah lagi cerewet. bab makan paling senang. dia selalu suap ai makan dulu sebelum dia makan. rindunya! dia akan habiskan makanan ai yang tak habis sebab dia tahu ai kaki makan untuk sesi rasa merasa je. dia tahu apa ai suka makan. dia tahu apa yang ai tak suka makan. rindu sangat sangat lagi! malam lepas solat terawih semua lebih kurang dalam pukul 10 dia akan datang jemput ai kemudian kami akan lepak dan study dekat mekdi inilah. dia boleh study sambil ajar ai tahu. dan dia akan ajar sampai ai betul betul faham. errr kadang kadang sampai ai tertido jugak! kesian dia dapat makwe yang mengada ngada macam ai.

bila ai mengantuk dan tertido dia akan selimutkan ai dengan baju sejuk dia. dan selalunya dia akan ingatkan ai untuk selalu bawa stoking bila datang sini. sebab ai memang lansung tak tahan sejuk aircond. kemudian dia akan study. kadang kadang dia akan biar ai tido sampai ai terjaga sendiri. kadang kadang dia akan kejutkan ai semula untuk sambung study. sweet kan dia? rindu! jadi kami akan study sampailah masuk waktu sahur. kami akan sahur dekat sini. lepas azan kami pun balik. urghhh! rindu sangat kenangan silam.


~mekdi masih sama. keadaannya masih masa. cuma manusia yang duduk d kerusinya sudah berubah. hari ini 1kerusi sudah kosong sebab awak~

anda nak tahu mana ai dapat habit lepak dekat mekdi lepak dekat kfc sambil online? ai dapat habit ini sejak dengan dia lah. kami punya cara untuk berdating selalu pelik pelik. tak adalah sesi sesi pergi taman pergi berkelah pergi ke laut ke ape ke. ai seorang kaki shopping. ai boleh tawaf 2 atau 3 shopping mall dalam masa sehari dan dia setia temani ai lansung tak ada merungut atau membebel. plus dia lah yang selalu jadi tukang komen ai setiap kali ai mahu pilih baju tudung kasut dan apa apa saja. sampaikan ai jadi kekok bila kena shopping seorang diri lepas putus dengan dia. pernah sekali ai mms kan gambar baju untuk dia bagitahu ai yang mana 1 lebih cantik bila ai pakai untuk ai beli. hahaha!

tahu tak setiap kali ai mahu cuba kasut baru dia lah yang sarungkan ke kaki ai. dia akan bukakan kasut yang ai pakai dan dia sarungkan kasut yang baru. untuk pertama kalinya memang ai tergamam. tapi dia buat sendiri. lama lama ai jadi terbiasa. agak agak dia ingat lagi tak sweet moment bila dia ikatkan kasut sneakers yang dia belikan untuk ai pakai kemudian gelak gelak cakap comelnya comelnya sebab itu pertama kali ai pakai sneakers. sebab ai selalunya pakai heels bila keluar dengan dia maklumlah ai kan pendek tak cukup tinggi.

ai selalu cakap dekat dia orang akan cakap dia dayus bila pakaikan kasut untuk ai. tapi dia selalu cakap cuba tanya laki laki lain yang sudah berbini apa agaknya cara mereka tunjukkan kasih sayang kepada isteri. ai fikir ada betulnya juga. ai selalu cakap dekat dia orang akan cakap dia dayus bila kemana saja ai dia yang senantiasa pegang handbag ai. dia jawab ini bukan dayus ini untuk keselamatan untuk elakkan sesi ragut meragut yang penting ai selamat selalu. ouh! dia sangat sweet. dia jarang untuk cakap dia sayang ai. tapi ai boleh nampak ai boleh rasa kasih sayang dia dalam setiap perbuatan dia. rindu dia sangat sangat sangat!

dengan dia ai jadi outspoken. ai bebas untuk ceritakan apa saja. ai bebas untuk luahkan apa saja. ai bebas untuk bercakap apa saja. walaupun kadang kadang ai membebel. walaupun kadang kadang ada yang melukakan hati dia. walaupun kadang kadang dia penat dan rasa terluka. dia tak pernah sound sound ai. dia tak pernah membantah atau menjawab atau menjawab balik bebelan ai. selama mana ai bercakap selama itulah dia akan diam dengan sabarnya mendengar apa saja. bila ai diam bila ai sudah penat bercakap barulah dia akan pujuk dengan lembut dengan berhemah dengan ayat ayat yang akan bangkitkan kembali semangat ai. dan bila ai menangis dia lah yang setia temani ai walaupun hanya dalam phone. dia cakap dia tahu bila ai membebel panjang panjang bukan niat ai mahu marah marah tapi itu sebab ai tertekan. dia sangat memahami ai. itu yang buat ai senang dan selesa sangat bersama dia. sekarang ai cuma mampu pendamkan semuanya kemudian makan hati seorang diri.


banyak lagi kenangan yang indah dengan dia. dia sangat sweet. saat ini ai cuma rindukan setiap kenangan kenangan di atas. sebabnya waktu ini ai sudah tidak punya semua itu. apa yang ai ada cumalah ketidakserasian dan ketidakfahaman. ai jadi penat ai jadi bosan bila asyik asyik bertengkar asyik asyik bergaduh dan asyik asyik makan hati. ini dunia realiti. ini bukan dunia fantasi.

apa apa pun saat ini ai rindu dia. seorang yang sangat sangat memahami sangat sangat penyayang sangat sangat mengambil berat dan sangat sangat berhemah lemah lembut dan sopan. dia sangat manis! kenangan dengan dia juga manis! dia lah kawan dia lah sahabat dia lah penjaga dia kekasih dia lah juga bekas kekasih hati. apa pun untuk dia ai doakan semoga berbahagia selalu dan janganlah lupakan pada setiap kenangan kenangan yang pernah wujud suatu masa dulu.



~yu are always here with me. yu are in my heart. always and forever!~

3 comments:

siti suraya said...

tersentuh bila baca post nihh . bersabarla eahh ? kelak akan berjumpa jdoh yg lebih baik (:

♣dya aien♣ said...

SURAYA:

="(
sedih sgt sgt sgt sgt..
dah tak mampu nk selindung lg..

Anonymous said...

Maaf sekiranya komen ini agak keterlaluan atau menyemak. It just that I think I have to say something. From your previous posts, I've learn that you're engaged. Right?

Memang post ini agak menyentuh, tetapi agak tidak patut bagi pihak tunang awak. Tambah2 apabila dua orang berbeza dibanding-bandingkan. Why in the first place you have to get engage if you still love someone else. Don't get married because of environment or parents or because of all your friends are married. Marriage is a commitment. Comes with HUGE responsibility. Perkahwinan bukanlah mainan yang kerap kali main tika zaman kanak2.

Sekiranya perasaan rindu tak dapat dibendung, berdoalah. Minta pertolongan Allah. Lupakan segala kenangan indah bersama si dia. Indah bagaimana pun kenangan itu, ia adalah masa silam. Lebih baik fikirkan masa hadapan. Indahkan masa hadapan lebih baik dari mengagumi keindahan masa silam. Whatever we do in the present will definitely affects the future. So how about create a new beautiful memories with your soon to be husband. Better than those old ones. To love someone is easy, but to keep love growing, you need to put A LOT of efforts. You should stop comparing those two people. Sesungguhnya mereka adalah manusia yang berbeza. Sedangkan twins pun berbeza jiwa walaupun wajah seiras.

Ooopppsss terlajak la pulak~ Maaf banyak-banyak. Terdetik hati untuk meninggalkan secebis kata-kata tapi dah macam karangan UPSR la pulak. I'm here not to judge. I don't even know you. Just wanna give a piece of advice. Feel free to delete. Its your blog. :)

Akhir kata, betulkan niat, betulkan hati.