Thursday, 21 April 2011

Oldies People With An Old Skool Style. Retro Habes!

salam. selepas sekian lama belog tidak terupdate hari ini baru mampu curi masa sekejap. walaupun sudah tidak berkacak kacak sebagai seorang pekerja ai masih tetap bangun awal kemudian lepak lepak dekat kfc layan breakfast sambil online. kemudian tengah hari ai ke office PuanMama untuk tolong beliau. begitulah rutin harian ai sekarang. lansung tak ada ruang untuk rasa boring pun.

mesti semua pun tertanya tanya apalah mimpi ngeri ai sampaikan ai masuk ke office cuma untuk 2hari saja. hahah. banyak sebabnya. jujurnya seawal mendapat tawaran untuk interview ai sudah pun merajinkan diri untuk menggoogle sedikit info. takkan terus nak redah aje kan? apa yang ai mampu katakan company itu hebat. sebabnya

1. dalam 2hari ai d office ai banyak semak senarai senarai customer. banyak company company besar lain yang jadi customernya. jadi boleh wow lah kan?

2. ai jugak adalah bersembang sembang dengan bos kecik tanyakan sudah berapa lama dia d situ dan jawapannya 20tahun. oke fine sekali lagi boleh wow jugak kan?

3. kemudian ai bersembang sembang pula dengan kakak kakak yang bakal berhenti bertanyakan sudah berapa lama d situ dan jawapannya adalah 10tahun. kali ini memang ai terus pergh hebatlah sebab company mantap!

4. ai letak gaji RM1000.00 untuk jawatan kerani cabuk dan mereka terima tanpa sentuh resume ai lansung weyh! percayalah. yang ini betul betul wow!

mungkin itu saja agaknya kebaikan yang mampu ai senaraikan. sekarang mari sini ai cerita kenapa ai mampu bertahan cuma 2hari saja.


~ini namanya dot printer dengan inknya yang berbentuk tape~

zaman sekarang orang sudah maju semua pakat guna inkjet printer tau. untuk company sehebat itu mereka cuma guna printer jenis zaman tok kaduk ini aje. ai tak tipu! kalau mahu print jenuhlah kena setting kertas ikut scale yang ada dekat printer. itu pun ai rasa sudah semput semput aje nyawa printer tersebut. dan jujur ai cakap ai tak reti guna printer antik nih. asyik asyik salah aje tahu tak kemudian kena marah.


~ini typewritter electric namanya~

ini lagi satu masalah. jujur sangat sangat jujur ai memang tak reti lansung nak guna mende alah nih. walaupun ai bolehlah sikit sikit menaip dengan separa pantas dekat keyboard komputer ataupun MistaLappy ai. yang ini kira up sikit dari non-electric punya. sebab apa tahu? sebab dia bole undo balik kalau kita typo error. huhuhu. dan mereka gunakan mesin hensem ini sepenuhnya untuk setiap urusan. dan ai terus buat muka macam errrr habislah!


~folder folder yang d recyle sejak dari zaman saripah eni lagi! kedekut betul!~


~yang ini paling ai kagum! ade arial oke!~

itu baru radio. belum masuk gambar monitor dan pc yang besar gebadak lagi. itu ai tak sempat nak snapkan. ish! rugi rugi. komputer yang ada dekat office pun cuma 4. 1 untuk bos besar dalam bilik dia sendiri. 1 lagi untuk bos kecik untuk kegunaan dia online fesbuk d kala orang lain buat semua kerja. 1 lagi untuk monitor cctv. 1 lagi untuk kegunaan umum untuk buat kerja. betul betul kedekut! beramai ramai kena share 1komputer. apalah nasib!

~yang ini paling comel. ai tak pernah guna lagi. jadi ini kali pertama. haha!~

itu senarai senarai untuk dari segi harta bendanya. sekarang ai senaraikan dari segi persekitaran pulak.

1. ai sangat sangat tak suka bau rokok. pantang tok nenek moyang betul. tapi tahu apa yang ai berdepan d sini? dari bos besar sampailah ke semua staff lelaki yang ada dekat sini merokok. merokok dalam ruang bertutp dan beraircond! d ulang sekali lagi beraircond! sampaikan masa bos besar interview ai pun rokok ada d tangan. ai tak mahu sakit percuma oke semata mata mahu kerja. tak berbaloi!

2. staff d sini semua cina. ok baguslah kan sebab ai boleh terselit d situ. tapi masalahnya semua kerja d bebankan kepada ai. semua! mereka yang lain boleh melepak layan fesbuk. apahal? silap kena marah. tak silap gaji bukan naik pun. kena pulak bos kecik mulutnya macam puaka. suka kutuk staff dekat customer dan supplier. sungguh tak manis budaya itu tahu. tikam belakang namanya. bahaya! tapi paling bahaya adalah bos kecik pandai belakon depan bos besar. padahal 1 kerja apapun dia tak tahu buat. bila kantoi silap dengan bos dia putar belit fakta supaya dia kelihatan tidak bersalah. ini adalah pengalam dari akak akak senior yang mahu berhenti. jadi ada baiknya ai berhati hati. itulah yang selalu d pesan akak akak senior.

3. kerja ai sungguh berat. berat sebab dari sekecil kecil urusan hingga sebesar besar urusan perlu ai uruskan. kerja pulak dari isnin sampai ke sabtu. gaji 1ribu. dah gaji itu akan statik. akak akak senior d situ cerita untuk tempoh 10tahun mereka d sana gaji mereka tak mencecah RM1500 pun. dan ai tengok semua kerja pun d longgokkan kepada mereka. tak berbaloi.

4. ai bukanlah baik sangat. tapi ai perlukan tempat kerja yang ada ruang untuk ai bersolat. dan d situ tak ada pun. cuma satu yang ai terfikir. bagaimana akak akak itu boleh bertahan sampai 10tahun tanpa ruang solat untuk tunaikan solat zuhur dan solat asar. macam mana? macam mana? dan inilah alasan utama kenapa ai fikir ai tak perlu lagi untuk terus ada d sana. ai tak adalah baik tapi ai sedang cuba untuk jadi baik sebaik baik ummah.

sekian. tamat sudah.

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers