Sunday, 10 July 2011

Asalkan Engkau Terus Melangkah.

Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.

Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya asalkan kau terus melangkah.

Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!

Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan dan jangan,
Kerana aku,
Amat amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.

Teruskan langkahanmu wahai sahabatku...

ya iya. semenjak dua tiga menjak ini hati ai sedikit terluka. pedih luka jangan cakap. kalau tangan terluka saja sudah cukup buat ai terlompat lompat menahan pedih sakitnya. ini kan pula hati yang bersedih menahan pedih terluka. tapi apa pun ai harus terus melangkah. melangkah pergi mungkin?

##kredit to##sini

2 comments:

myra yusreena said...

huhu..jgn lah pergi dlu..dunia ini perlukan mu..cehceh..hehe..be strongg ya! :DD tamoo sedih sedihh

♣DYA AL-AIEN♣ said...

MYRA:

huhu.. awk nih..
thanx for the spirit..
will try utk tak sedih sedih dah.. :)

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers