nampak macam hebatlah sangat bila tajuk kalinih pakai bahasa mat saleh. padahal tak pandai nak pusing pusing ayat dalam bahasa melayu untuk cuba sampaikan maksud yang terpendam. jadi apa yang terlintas itulah yang d tulis.
jujur ai bukanlah seorang yang pandai untuk luahkan apa saja yang terpendam dalam hati. manusia komplikated. kadang kadang sangat berserabut. yea itulah ai. ai pernah punya seorang kawan. biarpun sekadar kawan biasa tapi dia terlalu pandai menilai dan tafsir diri ai. dia pernah berpesan dan selalu berpesan janganlah terlalu memendam apa keinginan hati walau sekadar hal yang biasa biasa.
jujur kadang kadang hati terlalu rindu dengan diri sendiri yang dulu. yang punya dunia sekadar dunia ketawa. biar sedalam mana sekalipun masalah atau kesedihan yang datang tak ada sedikit pun rasa terbeban dalam hati. bila sampai satu masa dalam sedar tak sedar semua masalah yang d tanggung semuanya selesai dan setiap kesedihan yang bersarang dalam jiwa semuanya hilang. kadang kadang jenuh memaksa hati untuk mencari semula diri yang hilang. tapi bukan semudah yang d fikirkan. diari diari lama. menyoal teman teman lama. bertanya diri sendiri sepuas nya. tapi sampai ke saat ini belum berjaya.
terkadang rasa kecewa penuh d hati. sehingga timbul rasa lemah sedih putus asa yang lebih dalam. kesakitan yang d tanggung sudah cukup satu ujian yang berat. kekeliruan yang d alami sudah cukup memenatkan diri. lalu bila d tambah dengan tekanan yang d luar sangkaan diri maka apa yang tinggal untuk d jadikan penebat kedukaan?
bila tersenyum orang berfikir ouh dia sudah sembuh maka tak perlu d risaukan apa apa lagi. tapi bila diri bersuara sakit yang datang tak tertanggung lagi rasanya maka orang berkata sakitnya sikit tapi mengadanya lebih. sampai satu masa hati nekad memilih jalan untuk terus berdiam diri dan biarlah tiap kesakitan demi kesakitan apatah lagi kesedihan demi kesedihan yang datang itu d tanggung sendiri sepenuhnya.
bila bersendiri diri selalu memujuk hati untuk bangun bina hidup baru beri peluang untuk diri tersenyum semula. jika tidak untuk diri sendiri mungkin senyuman itu untuk orang orang lain. maka dengan kepayahan diri sendiri bangun lalu membuka ruang dan peluang untuk orang orang lain tersenyum. cukuplah sekadar itu balasan yang baik mampu d beri kepada mereka.
jarang diri bersuara meminta. jarang sekali diri sendiri bersuara apa yang d mahukan. jarang sekali jugak diri sendiri bersuara meluahkan tiap bebanan demi bebanan yang terpendam dalam hati. terkadang rasa marah penuh dalam hati persoalkan kenapa Dia ciptakan diri ini seteruk ini sehingga timbul perasaan mengjengkelkan dalam hati mereka yang lain. terkadang timbul rasa sedih kenapa Dia ciptakan diri ini dengan sifat dan sikap sebegini rupa sehingga timbul rasa kurang senang d hati mereka yang lain.
jadi salah siapa sebenarnya bila ada yang mempersoalkan "kenapa engkau terlalu lemah?" "kenapa engkau selalu merumitkan keadaan?" kenapa engkau selalu memilih jalan hidup yang susah?" "kenapa engkau selalu berfikiran cetek?" "kenapa engkau selalu melemaskan suasana?" "kenapa engkau itu dan kenapa engkau ini?"
bagaimana harus diri ini menjawab? apakah semua kebaikan dan kesempurnaan diri ini sudah tertutup dengan semua kelemahan kelemahan tersebut? atau mungkin sebelum anda d lahirkan ke dunia anda pergi menghadap ilahi terlebih dahulu untuk meminta "YaAllah lahirkan aku ke dunia dengan kesempurnaan tanpa sedikit cacat cela apatah lagi kelemahan atau pun mungkin kekurangan samada yang nyata atau pun tidak nyata agar d dunia aku mampu untuk senangkan hati setiap insan yang bersama d dalam kehidupanku nanti." jika ya maka mungkin sebelum d lahirkan dulu diri tidak berkesempatan untuk bertemu penciptanya meminta kesempurnaan sedemikian rupa.
mungkin itu jawapan yang terbaik untuk mereka mereka yang mempersoalkan kelemahan kelemahan yang ada pada diri ini. lebih sukar untuk d terangkan apatah lagi kelemahan itu bukanlah kelemahan yang nyata. sejujurnya diri jiwa hati malah fikiran diri terlalu lalu lemah. apalah yang kuat hanyalah semangat diri cuma. selebihnya itulah kelemahan diri ini. lebih hebat bila kelemahan kelemahan itulah juga yang d uji Allah. tapi syukur diri masih punya semangat. jika semangat pun hilang mungkin sekarang diri tidak lagi melihat dunia.
bukan satu yang memalukan untuk diri ini berterus terang d sini betapa terlalu banyak kelemahan yang ada. sehingga satu saat tak terasa lansung wujudnya apa apa kelebihan atau keistimewaan. terkadang diri bersyukur. walaupun kelemahan kelemahan itu selalunya d uji tapi dengan kelemahan kelemahan diri yang tidak nyata ada itulah juga buatkan diri selalu menjadi hamba yang bersyukur seadanya. jarang sekali timbul rasa riak sombong apatah lagi membangga tak tentu pasal. terkadang terlalu murah air mata sehingga terlalu cepat ia mengalir bila hati tercuit sikit dengan kesedihan. walaupun hanya sekadar tercuit cuma. lantas ada yang berkata "itulah engkau terlalu sensitif. menyusahkan betul." sebenarnya apa kesusahan yang d tanggung sedangkan yang merasa adalah diri ini sendiri dan bukan orang lain?
diri ini jugak manusia biasa. terkadang hilang sabar yang bersarang d hati. tapi selalu jiwa memujuk hati dan perasaan pendamkan sebaiknya walaupun tersangat sakit rasa yang d tanggung. jadi salah siapa bila diri berkasar menjadi biadab berkurang ajar bila rasa marah yang timbul masih cuba d simpan sebaiknya? salah diri ini kah jika tak tahu bagaimana untuk menunjuk perasaan marah? kecewa? sedih?
terkadang diri selalu salahkan sendiri. setiap masa beralah sebaik mungkin demi untuk senyuman pada setiap wajah wajah mereka. harga untuk sebuah senyuman itu adalah rasa derita dan terseksa dalam diri kerana terpaksa menyimpan setiap rasa sakit sedih kecewa marah putus asa dan menyesal. lantas bila keadaan sudah terbiasa maka otak sudah terkeliru untuk mentafsir sebaiknya perasaan apakah yang d rasa. ini kerana hati dan otak sudah d set kan sepenuhnya walau apa sekalipun terjadi biarlah hanya senyuman yang terukir d wajah wajah mereka dan setiap zarah kesedihan itu harus diri hirup sepenuhnya oleh diri ini.
peluang sentiasa ada. kerana harga untuk sebuah senyuman adalah peluang demi peluang. dan harga untuk setiap peluang itu adalah penyeksaan penderitaan yang d simpan jauh jauh d satu sudut dalam hati. dan sudut itu d kunci sebaik baiknya kerana takut bila bila hati terluka nanti penyeksaan dan penderitaan itu akan keluar menghasut lalu menghilangkan peluang yang bakal timbul sekali lagi untuk kesekian kalinya.
cuma saat ini diri sudah terlalu letih. demi tuhan ketentuan Allah itulah yang terbaik untuk diri ini. demi tuhan tiap penciptaan Allah pada diri ini walaupun adalah keburukan dan kelemahan yang teruk pada mereka tetapi diri tetap merasa syukur teramat bersyukur. kerana keburukan dan kelemahan pada sangkaan mereka itulah yang menjadi diri ini sentiasa ingat berpijak pada dunia yang nyata. kerana keburukan dan kelemahan pada sangkaan mereka itulah yang menjadikan diri ini kuat dan tabah untuk menjalani hidup yang penuh dengan ujian dan dugaan maha hebat dari Allah sehingga ke saat ini. kerana keburukan dan kelemahan pada sangkaan mereka itulah yang menjadikan diri ini seorang yang berani sehingga mampu lakukan suatu yang d luar jangkaan mereka.
diri tak pernah meminta Allah hadirkan seseorang sebagai pengubat sepi apatah lagi penawar bisa kesedihan akibat hati hancur kerana terlalu berpegang pada janji manusia. d saat bersendiri itu terasa dekatnya diri dengan Allah sehingga rindu kepada manusia bertukar sepenuhnya kepada rindu yang mendalam untuk menghadap Allah secepat yang mungkin. malah diri tak pernah rasa takut untuk kecewa dengan keadaan sekeliling atau masa masa mendatang jika d takdirkan Allah diri harus menempuh hidup bersendirian hingga ke akhir hayat nanti. sehingga tidak timbul lagi rasa malu atau segan untuk menghadap kata kata nista yang selalunya menggelarkan andartu atau apa jua sekalipun. sehebat itulah rasa berani yang Allah kurniakan d saat diri terkapai kapai menderita sendirian.
selepas ini biar takdir tentukan sebaiknya. kerana diri sudah tidak mahu berfikir apa apa lagi sebaiknya. kerana diri sudah letih untuk beralah sebaiknya. kerana diri sudah tidak mahu berkorban hati dan perasaan sebaiknya. kerana diri sudah tidak mahu lagi ada hati hati yang terluka. kerana saat ini apa yang d rindukan cuma pelukan kasih sayang penciptanya berbanding kasih dan sayang dari manusia yang sifatnya kekal hanyalah sementara.
kuasa Allah terlalu besar. Maha Besar malah luar biasa luar dari apa yang mampu d jangkau akal fikiran. dan Allah ciptakan diri yang penuh dengan kelemahan ini dengan lebihnya hati yang selalu benar. dan setiap apa yang terlintas d hati selama diri hidup hingga ke saat ini belum pernah lagi silap. dan saat ini hati sudah menilai sebaiknya dengan apa yang bakal d bina. betul kata hati tiap apa yang terlalu mudah d dapati apatah lagi murah harganya jarang sekali d hargai sebaik mungkin. ia sekadar d perlukan untuk penuhkan ruang ruang kosong yang ada. bila nanti timbul rasa bosan jemu maka berjuta alasan yang bakal timbul semata mata untuk menggantikan ia dengan yang lebih baik sempurna hebat dan betul betul memuaskan hati.
jujur diri memang tidak pandai untuk menjaga hati sesiapa pun. malah diri tidak tahu bagaimana untuk menghargai sesiapa dengan sebaik mungkin. diri tidak pandai berkata kata untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan. diri tidak pandai untuk berlakon lakon berbuat baik untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan. tapi dalam setiap perbuatan diri itu adalah kasih sayang dan penghargaan sebaiknya. terpulang pada yang mampu menilai. terpulanglah kepada yang mampu mentafsirnya.
terkadang kita selalu merasa tiap perbuatan tiap usaha tiap pengorbanan kita itu sudah sehabis baik untuk sesiapa pun. tapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri kenapa tiap perbuatan tiap usaha dan tiap pengorbanan itu seolah olah lansung tidak d hargai? mungkin pada diri kita itu adalah tahap sehabis baik. tapi sebenarnya pada orang lain itu semua tidak seberapa pun. jadi bila kita cakap itu adalah sehabis baik dan pada orang lain itu adalah tidak sehebat mana maka itu bermaksud kita buat sekadar memuaskan hati dan diri sendiri. itulah yang diri ini belajar hasil dari kekecewaan silam. dan sekarang diri ini selalu berusaha lebih dari yang termampu untuk berikan sehabis baik dan bukan ala kadar seadanya dan bukan sekadar menjaja perkataan perkataan manis dan lembut semata atau hanya berpura pura berbuat baik cuma.
once you have been hurt you're so scared to get attached again. you have a fear that every person is going to break your heart again and again and again. sometimes we expect more from others just because we would be willing to do that much more for them. sometimes we must hurt in order to grow. simply because some lessons are best learned through pain.
diri selalu berjanji dengan sendiri. demi untuk setiap senyuman d setiap wajah mereka maka diri sanggup berkorban apa saja termasuklah nyawa sendiri. tapi mungkinkah setiap pengorbanan itu d hargai sebaik mungkin? atau ia d perlukan sekadar untuk melengkap ruang ruang kosong yang memerlukan dan kemudiannya diri akan terus terkapai dalam dunianya sendiri. kemudian bila diri d perlukan sekali lagi maka ia akan d cari semula. dan seterusnya itulah perjalanan hidup sehingga masa yang d pinjamkan Allah d ambil semula.
2 comments:
Kehidupan.
Adakala kita gembira, adakala kita bersedih.
Dulu saya banyak memberontak, saya merasakan bukan salah saya kerana memiliki sifat2 seperti berdendam, degil, kedekut dan mudah marah kerana ia berlaku sejak saya kecil, sejak saya belum boleh bertutur pun. Sifat ini dimiliki sejak saya lahir.
Semakin dewasa, baru saya menyedari dalam hal ini tiada sesiapa yang harus dipersalahkan. Tetapi saya juga tahu sikap yang ada pada diri amat mengganggu kehidupan saya dengan org sekeliling. Jadi saya tiada pilihan lain, SAYA MESTI BERUBAH. Berubah untuk kebaikan saya, dan untuk org sekeliling.
Mungkin sukar untuk mengubahnya, tapi saya tahu Dya mampu membuang sikap2 negatif dalam diri Dya. Bagaimana? Dekatkan diri dengan Allah, jadikan buku-buku motivasi sebagai penasihat/sahabat setia. Usah simpan segala kesakitan hati di dalam jiwa, sebaliknya cuba belajar untuk bersabar dan memaafkan. Hari ini kita maafkan 2 org yg menyakiti hati kita, esok 3 pula. Kemudian berbanggalah apabila berjaya memaafkan mereka seikhlas hati. Kenapa? Kerana tidak semua orang mampu melakukannya kann?? :)
Kita semua manusia biasa yang seringkali merasai detik terjatuh dan bangun semula. Tidak ada seorang manusia pun terkecuali. Jadi jangan biarkan diri menjadi orang terakhir yang bangun dari kegagalan, kerana masa tidak menunggu kita. Jangan berputus asa ye Dya. Insyaallah, akan ada jalan keluarnya. Kuatkan diri! :)
timekaseh asilah..
dya tak nafikan dya gak punya sikap2 mcm tu dlu.. tp skarang Alhamdulillah makin matured makin berubah.. paling byk berubah adalah masa lepas kena tinggal dulu.. time tu dalam masa setahun lebih memang sungguh sungguh muhasabah diri.. Alhamdulillah ada nampak perubahan nya.. cuma sisa sisa ketakutan tu masih ada..
yup.. nasihat asilah tu betul.. dekatkan diri dgn Allah.. jadikan buku motivasi sbg sahabat.. itu mmg byk membantu..
dya cuba buang setiap kesakitan tu.. lansung tak mau simpan.. tapi harini dya betul2 kecewa.. dya da berubah pun asilah.. tapi orang tetap mengharapkan sumthing yang lebih dari kemampuan dya.. dya boleh berubah lg asilah.. tp berubah sebagai anak patung.. semuanya dya.. semua pun silap dya.. tp pernahke org org yg mintak dya utk berubah tu tengok sikap n diri dorg sendiri?
timekaseh skali lg asilah.. awak selalu beri dorongan n sokongan kt dya.. dya terharu n bersyukur sgt..
Allah kurniakan seorang sahabat sebaik awak.. terimakaseh.. :)
Post a Comment