Thursday 14 July 2011

Posto Di Tunggu Sampai Sudah. Yeay!

Alhamdulillah. lepas beberapa purnama jadi pungguk rindukan bulan. tertunggu tunggu seorang diri akhirnya sampai jugak surat yang d nanti nanti hari isnin lepas. seriyus sangat sangat tak sabar dah. bosan kot lama lama duduk dekat rumah. hu hu hu!


~tiba tiba melekat rose sekuntum padahal sah sah sudah tertulis dekat atas Urusan Seri Paduka Baginda. hiks!~


~tebal tahu! dalam nih ada 7mukasurat untuk medical checkup saja~

jadi hari selasa lepas ai pergilah buat medical checkup. PuanMama yang temankan. ketaq oke. mana tak ketaq kalau sudah tengok senarai ada 7mukasurat. semua pun bahasa medik. jenuh ai nak faham. tak ada celah yang tak kena checkup. semua pun kena. hu hu hu! ai menurut perintah ajelah. syukurlah sebab sekejap aja sudah selesai. lebih kurang dalam 1jam aje. teringat lagi last time ai pergi tahun 2008 masa tuh untuk apatah ai pun dah tak ingat untuk apa. masa tu jenuh menunggu. dengan tak ada aircond lagi. lambat. selowww. ramai orang. pening kepala betul. tapi sekarang sejuk aje sebab ada aircond. sudah teratur keadaan KlinikKesihatanButterworth sekarang. suka betul hati ai.

masa buat checkup tuh banyak betul stesen kena ikut. start dekat kaunter B lepas tuh kaunter A lepas tuh baru masuk bilik 4 untuk sesi ukur tinggi timbang berat check mata check tekanan darah. kemudian kena buat x-ray pulak. dulu x-ray selalunya abang abang yang buat. tapi masa ai pergi kalinih akak akak pulak yang buat. rasa lega sangat hati. dulu kecik kecik boleh lah gagah lagi. tapi sekarang umur pun sudah nak masuk 25tahun. tak lupa jugak title ai sekarang tunang orang. haruslah segan kalau kena buka tudung kemudian pakai baju hospital tanpa ehem ehem. haish. malu okeh!

siang tadi sampai sudah surat lapor diri dari jabatan yang ai d tempatkan. fuh fuh fuh! seronoknya sebab ai akan mula hidup baru tarikhnya betul betul hari pertama kita semua berpuasa tahun ini. seronok! ambil berkat Ramadhan tahun ini. sesungguhnya Allah sudah tempatkan jalan kehidupan ai betul betul yang terbaik saat ini. syukur sangat sangat. terima kasih YaAllah.

ramai yang cakap saat ini ai sedang rasa nikmat dari Allah hasil dari kesabaran dengan setiap ujian dan dugaan dalam hidup ai sebelum nih. jujur saat ini ai rasa nikmat yang hebat sangat atas penderitaan sejak 9tahun lalu sampailah ke saat ini walaupun sisa sisa dan saki baki untuk setiap kesakitan dan penderitaan itu masih ada. nikmat Allah yang kecil ini sudah cukup untuk hilangkan semua kesakitan dan penderitaan itu. Alhamdulillah!

haih! jadi masih ada sikit sikit hal yang belum ai selesaikan. errrr! dalam surat nih dia suruh ai buat ujian jenis darah pulak. halamak! konfem kena cucuk sebab nak ambil darah. urghhh! nih yang lemah betul nih. susah hati nya! isk isk isk.



~lepas nih ai akan jadi sibuk semula. Alhamdulillah. seronok sangat sekarang. yeay!~

4 comments:

45IL4H 4LI said...

Alhamdulillah :)

myra yusreena said...

wuu..wat checkup untuk kerja eh??hee,tahniahh!

♣DYA AL-AIEN♣ said...

45IL4H 4LI:

timekaseh awak..
saaaaaaaayang awak.. :)

♣DYA AL-AIEN♣ said...

MYRA YUSREENA:

heeeeee..
aah ni checkup utk kerja..
timekaseh utk ucapan tahniah tu.. :)

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers