Tuesday 5 July 2011

Review Movie : Sekali Lagi.

kali ini percubaan pertama ai untuk jadi seorang pengkritik bebas. mungkin berjaya? ouh mungkin tidak. ai pandai membebel tapi tak berapa pandai untuk kondem mengondem.


baru baru nih ai pergi tengok wayang lepas berkurun sangat sudah ketinggalan zaman. sepatutnya ai tengok movie transformers tapi tiket habis. tahniah kepada diri sendiri sebab lambat sangat! tapi sebab mahu tengok wayang sangat sangat spontan aje terbeli tiket movie Sekali Lagi nih. jujur ai jarang tengok movie melayu dekat wayang sebab selalu ending kecewakan ai kemudian mesti akan rasa menyesal betul rugi duit aje. kadang kadang tak ada ending. atau mungkin ending macam tak masuk akal pun ada jugak! tak ke sakit hati kalau macam tuh? tapi kali nih sebab ai suka MiaSara dan EncekJantungHati suka LisaSurihani maka layan sajalah.

dari 10bintang ai bagi 10bintang jugak lah. movie nih simple. ringan dengan erti kata lain tak adalah serabut sangat. jalan cerita senang untuk d fahami walaupun mula mula macam konfius sekejap. semua elemen gembira sedih lawak adalah secukup rasa. complete lah! dan paling penting movie nih ada ending. itu yang penting. ada jugak kan sikit sikit movie yang ending dia macam entah kehapa hapa aje kan? yang ini jalan cerita dia best! yang banyak buat movie nih ceria sebab ada MiaSara. idea yang menarik untuk tarik penonton. pandai! jadi tak rugi kalau pergi tengok dekat panggung wayang oke.

tapi! tapi! part paling mencairkan hati adalah part shaheizy sam semasa muda remaja. omak aih boleh dia kontrol macho sepenuh hati. tercairlah sekejap dengan kehenseman dia. aduh! oke cukup. nanti EncekJantungHati merajuk.


komen dari juri hati :
**10bintang / 10bintang.
**memuaskan hati.
**tak rugi kalau pergi tengok dekat wayang.

2 comments:

Prince said...

prince dtg melawat...nak berkawan boley ?kalau sudi bacelah entry terbaru prince ni ye...:)

[ Download ] Transformer 3 : Dark Of The Moon ( 2011 ) CamRip English
[ Pendedahan Eklusif ] Kita Ditipu Oleh Kewujudan Ular Kepala 5
[ Pendedahan Eklusif ] Bukti Justin Bieber Dah Hilang " Teruna "

Dhiya said...

dya, tolong emailkan address kat dhiya by today ye. takut lambat plak. tq

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers