aah. iyelah! ai memang tengah berusaha untuk jadi budak pandai. hehe! selama hari ini selalunya ai belakon bijak pandai aje. heeeee! pagi pagi tadi bangun awal. seriyes ouh memang awal sungguh. sudah sampai ke tengah hari mata bejaga. apalah! EncekJantungHati balik kerja terus gayut gayut. uhuk! terima kasih kepada OrangKuning pilihan EncekJantungHati. sebab OrangKuning lah kami boleh membebel bertekak melalut merepek bergelak berketawa berbincang macam bateri henfon tak akan habis sampai lusa. hehe!
d sebabkan sekarang ai dengan separuh bangganya menjadi pungguk rindukan bulan bertenggek dekat rumah siang dan malam kemudian bila ada waktu tambahan dengan muka sepuluhsen campur dengan rasa sedikit pun tidak bersalah mesti buat perangai budak budak separuh akal bebai bebai dekat EncekJantungHati. hebat ke tidak? hehehe! nasiblah beliau tahu ai kebosanan jadi beliau abaikan darab dengan melayan aja kerenah yang mengada ngada cukup tidak logik ai itu.
paling hebat ai ada hobi baru. mahu tahu? hmm! hobi baru adalah diamkan henfon. eyh faham tak apa ai cuba maksudkan? kadang kadang berhari hari henfon ai diam macam budak baik aje. kadang kadang sampai terlupa ai ada henfon. kadang kadang bila buat sportcheck tengok bepuluh puluh mesej tak terbalas. belum masuk panggilan terlepas bersepah sepah ah. ini satu kebanggaan yang baru ouh! untuk semua orang orang yang kenal siapa ai siapa DyaAien dengan yakin mesti terkejut punyalah. silap silap mesti pengsan bangun balik lepas itu pitam kemudian sambung pengsan lagi.
henfon ai satu masa dulu adalah kembar ai okeh. sampai waktu mandi pun haruslah henfon ikut sama. hehe! waktu makan waktu segala waktu henfon tetap melekat dekat tangan. kadang kadang tertidur sambil pegang henfon. hebat tak? hebat tak? nak tengok henfon tak ada dekat tangan ai ada senang aja. waktu solat. waktu jawab exam. itu saja. kuikuikuikui! tapi itu dululah. satu waktu dulu. waktu ai dengan bekas EncekKesayangan ai. sekarang sudah tak macam itu dah. kadang kadang rindu ah waktu waktu dulu. bila fikir fikir kan semula itulah kenangan manis. ah! rindu dia semula.
kesimpulannya d sini adalah sekarang ai sudah bukan kembar dengan henfon. cuma ai lebih banyak bermesra mesraan dengan lappy aja. itupun sebab ada fesbuk ada twitter ada belog. kalau tak halamatnya kerja ai adalah tido aja. bhahahahahaha! buruk ah perangai yang satu ini. ok bye.
No comments:
Post a Comment