Monday, 28 March 2011

Pelangi Suram Warna Kelabu.

dah dengar ke lagu dekat bawah? pergh! tangkap dalam ah lirik lagu dekat bawah nih kan? ai bukan tahap sebak sebak aje dah. dah tahap meleleh leleh sudah air mata. pertama kali dengar aje dah meleleh leleh apatah lagi kalau dengar berulang ulang kali. boleh banjir sebaldi air mata weyh. grrr! sendiri cari penyakit. mata mengantuk sudah tahap pedih pedih sudah sebab mengantuk. tapi degil tak mahu tido lagi. hamek kau! tangan rajin sangat nak menggugel gugel lagu best dekat Utube sana. sekali terlayan lagi sentap. padanlah muka!

tahu tak semalam ai punyalah teringatkan dia. alah! jangan d soal siapa dia. mesti sudah tahu dialah BekasKesayangan ai. urgh! sebenarnya otak ai sampai ke saat ini masih berfikir apa sebenarnya yang ada dalam hati dia? dan apa sebenarnya yang otak dia fikirkan? bagaimana dia mampu untuk buang segala yang hebat untuk 6tahun dengan mudah? ish! sungguh ai tak faham!
ai sendiri sampai ke saat ini belum mampu untuk lupakan dia. not even a second! mungkin orang tengok ai senyum ai ketawa ai gembira dan ai sebagainya. tapi d satu sudut dalam otak ai masih memikirkan dia kenangan bersama dia dan kenapa ini sudahnya. bukan ai mempertikaikan takdir. dan bukan ai menolak kehendak takdir. cuma terkadang manusia biasa yang suka berfikir seperti ai memang selalu menurut rasa hati.

ai tak letak semua salah kepada dia semata mata kerana dari pihak diri ai jugak punya salah. samada ai sengaja atau ai tak sengajakan ai jugak manusia biasa seperti dia. ai berfikir kenapa tak ada kemaafan dari dia untuk ai sedangkan untuk 6tahun yang panjang sudah berjuta kemaafan yang ai berikan untuk dia. jadi atas alasan apa dia tak mahu maafkan ai dan dengan mudah sudah punya pengganti diri ai d saat sebenarnya keadaan masih mampu untuk d betulkan dan kesalahan masih mampu untuk d maafkan.


orang selalu cakap kerana dia sudah punya pengganti sebab itu dia tak mahu lagi terima diri ai apatah lagi memaafkan ai. maka dengan tak ada sejuta alasan diri ai dan semua kenangan bersama semua pergorbanan selama 6tahun itu sudah tidak punya nilai lagi. kadang kadang bila ai fikir ada benarnya apa yang mereka katakan walaupun pada ai sebenarnya mereka mahu memujuk ai untuk berhenti bersedih dan mulakan hidup baru tanpa fikirkan dia lagi.


tapi! persoalannya mampukah hati jiwa perasaan dan otak kita dengan mudah mampu lupakan apatah lagi untuk membuang atau dengan mudah memadamkan semua kenangan kenangan yang sangat manis untuk satu jangka masa yang sangat lama? bagi diri ai jawapannya ialah ai tak mampu. ya! ai tak mampu. apatah lagi itu adalah cinta pertama dan sering menjadi doa itu juga cinta terakhir.


tahu tak selepas kehilangan dia banyak yang ai belajar. paling utama ialah selepas hidup sendiri ai lebih dekat kepada Allah dan ai lebih sibuk dengan urusan dunia ai. semakin ai berdoa mahu lupakan dia semakin hati ai yakin dengan ujian ini. pelik? tapi itulah alasan kenapa ai masih menjawab pada semua bahawa suatu hari nanti Allah akan betulkan kembali jalan cerita yang makin jauh tersasul perjalanannya ini. orang cakap jangan membenci sebab itu yang akan buat kita semakin ingat. ouh tidak! jujur ai tidak pernah benci dia. ai sudah lama maafkan dia. ai senantiasa maafkan dia. ai lebih kenal dia berbanding semua semua. ai tersangat sangat kenal dia. terkadang sikap dan keputusan dirinya selalu tak rasional. begitulah dia. terburu buru.


orang cakap ai bodoh. bodoh sebab masih sayang pada orang yang murah cintanya. eyh! mana ada ai bodoh? orang cakap ai buta. buta sebab sudah nyata diri ai lansung tidak d hargai tapi masih mengharap padanya. eyh! mana ada ai buta? orang cakap ai gila. gila sebab masih berani pertahankan orang yang tak cintai diri ai sepenuh hatinya. eyh! mana ada ai gila?


jadi macam manalah ai tak keliru dengan keadaan? orang cakap ai itu ini. tapi fakta yang sebenarnya ai sihat dan sempurna. entah apalah yang mereka tafsirkan diri ai? hmm! malas mahu fikirkan soal itu. janji ai tidak ganggu hidup siapa siapa pun. kalau iya pun ai menangis saban malam kerana terlalu rindu dia atau terlalu sedih kerana ini yang d uji pada ai hakikatnya air mata ai itu sedikit pun tidak menitik hingga basah orang lain. yang basah cuma pipi ai.


walau apapun yang jadi sebenarnya semua orang tahu ai masih sayang dan masih harap akan kepulangan diri dia dalam kehidupan ai. kerana itu saat ini diri ai terikat dalam satu keputusan yang sebenarnya ai sendiri tak pasti. iya! ai masih dan akan sentiasa sayang dia. mungkin saat ini Allah tutup mata hatinya hingga buta untuk nilaikan diri dan cinta yang ai ada untuk dia. tapi ai yakin suatu hari nanti Allah akan bukakan apa yang Dia tutup. Allah akan buktikan apa yang lebih Dia tahu.


kalau benar diri ai bersalah dengan rendah hati ai mohon agar diri ai d maafkan. ai jugak manusia biasa yang tersepit dalam ruang dan keadaan yang ai sendiri tak pernah sangka akan terjadi. jika hari ini ai d soal kenapa saat itu ai jadi macam itu macam ini sungguh ai tak punya jawapan yang mampu ai berikan. ai jugak keliru. tapi ai yakin Allah ada jawapannya untuk tiap apa yang sudah terjadi. jadi maafkan ai kerana diri ai jugak manusia biasa. ai jugak tak mahu berada dalam keadaan rumit. ai jugak tak mahu hilang nikmat dunia paling indah yang pernah ai ada. tapi apa daya ai takdir perjalanan hidup ai bukan ai yang tentukan semata mata. tak ada apa yang ai dapat selepas hilang separuh dari diri ai melainkan air mata. hye! menangis itu sakit tahu. sedih itu sengsara tahu. rindu itu merana tahu. dan siapa yang mahu dirinya terluka dengan keadaan? urgh! ai pasti tak ada siapa pun yang mahu.


baiklah! dengan apa yang sudah ai bebel panjang panjang dekat atas sebenarnya ai cuma mahu cakap YaAllah betapa rindunya hati pada dia pada setiap kenangan kenangan bersama dia pada setiap kegembiraan yang dia bawa dalam hidup ai sepanjang 6tahun itu. sila bayangkan pelangi yang terang berwarna warni tiba tiba bertukar menjadi suram berwarna kelabu. ya! itulah gambaran diri ai d setiap saat ini tanpa dia. sedih betul!



No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers