Monday, 14 March 2011

Semalam Mimpi Dia Lagi

Semalam ai mimpi. mimpi dia. dia yang ai sayang. entah sampai bila. bangun tidur kepala pening. menangis dalam tidur. itu yang tak bagusnya. seharian otak ligat berfikir. kenapa? mungkin sebab terlalu rindukan dia. ouh tidak. ai sudah bertunang. inilah yang ai runsingkan semenjak dua tiga empat menjak nih.

semalam ai pergi jalan jalan dekat Queensbay Mall. ouh sudah berapa lama ai tak jejakkan kaki dekat situ. bertahun jugaklah. kali terakhir ai pergi sana dengan dia. tempat terakhir kami pergi al-ikhsan. itu tempat wajib dia. tempat favourite dia. harus pergi. harus singgah bila ternampak. dan semalam ai pergi ke sana. adik ai yang bongsu mahu cari kasut bola yang baru. sumpah ai sangat rindu dia. ai tak tahu macam mana mahu terus hidup lama d bumi tanah tempat ai lahir ni. setiap inci tanah ini ada kenangan bersama dia. setiap inci tahu!

sebelum ai hilang dia ai mimpi dia meninggal dalam satu kemalangan. bangun tidur ai menangis sepuasnya. kemudian tak lama selepas itu ai hilang dia. masa itu baru ai tahu itu petanda dia akan tinggalkan ai untuk bersama orang yang lebih bahagiakan dia.

semalam ai mimpi dia akan berkahwin. kahwin dengan gadis pilihan hati dia. tapi kesian wajah dia sangat sedih. tapi wajah gadis hatinya sangat gembira. kenapakah? ouh mungkin tuhan hantar petanda sekali lagi kepada ai untuk harus berusaha lupakan dia terus untuk selamanya. atau mungkin tuhan mahu ai tahu dia akan bina hidup baru tak lama lagi.

apapun ai sangat rindukan dia. sangat sangat dan sangat sangat. ai rindukan mak. ai rindukan abah. ai rindukan aynn. ai rindukan kak. ai rindukan along. ai rindukan nazhan. ai rindukan semua. semua yang pernah ada dalam hidup ai untuk 6tahun yang lepas. ai akan balik. balik ke rumah ai d sana satu masa nanti. sebab ai sangat rindukan mereka. tapi ai tengah cari kekuatan untuk berdepan dengan mereka. mungkin mereka sudah bencikan ai. kerana mereka sudah punya ahli keluarga yang baru. pengganti diri ai.

setiap hari ai sebutkan nama dia. tak kira pada siapa pun. walaupun pada EncekJantungHati tunangan ai sendiri. tak kira d mana sekalipun ai berada. nama dia terus terusan ai sebut. dan iya memang ai sedang melukakan hati orang yang tak bersalah. dan ai sedang melukakan hati ai sendiri. kalau ai punya kuasa ajaib. ai mahu padamkan semua kenangan bersama dia dulu. supaya ai tak terus berharap. berharap agar akan muncul 1saat yang ajaib. untuk yang terputus bersambung semula. yang terpisah bersama semula. tapi ini kehendak takdir. takdir yang ai belum mampu untuk redhakan. walaupun saat ini ai sedang berada dalam 1dunia yang baru.

No comments:

Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers