nak mula macam mana ya? kena say hi hi dulu kah? atau terus cakap apa ai mahu cakap? sebenarnya bukan ai yang mahu bercakap. tapi SiHati ai yang mahu bercakap. meronta ronta dari siang tadi. entah apa yang SiHati ai meroyan dekat dalam sana. urgh! ai sendiri tak pasti. SiHati ai tak sedih. SiHati ai tak gembira. erm! tengah tengah kot kan? atau mungkin bercampur campur. kalau orang putih cakap mix feeling gitu.
dah lama kan ai tak update. yea ai baru baik sakit. sakit apa? nanti kemudian ai cerita. kepala pun tingtong lagi. sakit. kesian. apalah nasib. tak apa. ini ujian dan dugaan. mesti ada kebaikan yang Allah mahu beri suatu hari nanti. kena yakin. mana boleh asyik mengeluh. bukan boleh baik pun kan.
hmm! dah 2hari berturut turut ai mimpi yang pelik. mimpi tsunami. sangat menakutkan. seriyes ai cakap sangat sangat menakutkan. bila terjaga terus istifar. teringat kalau kalau ada dosa ai yang belum ai taubatkan. sejak sakit dah lama tinggal solat sunat taubat. hmm. sedih. semoga ada kesempatan untuk kita semua lagi. sudah banyak tanda tanda yang Allah turunkan. itu erti Dia masih sayangkan kita. bila ai fikir fikir kan semula kalau d tafsirkan mimpi mimpi ai dari satu segi yang lain ia mengajar ai untuk jangan terlambat. kalau sayang cakap sayang. kalau benci lupakan saja. kalau bersalah minta maaf. kalau berdosa segera mohon ampun. kalau terlepas atau terlambat maka menyesal.
yea! menyesal! ai benci betul dengan perkataan menyesal. sebab bila dah menyesal mesti dah terlambat atau dah terlepas. kemudian mulalah nak salahkan diri sendiri. paling tak boleh tahan kalau hati sakit kemudian tak habis habis salahkan diri sendiri. penat tahu!
yea sekali lagi semalam BekasKesayangan ai masuk dalam mimpi ai. yang tragisnya ai mahu selamatkan dia tapi dia sombong pergi tinggalkan ai. ouh berlagaknya! ai cuma mahu selamatkan dia dari ombak tsunami yang sungguh tinggi dan besar. eyh helo! ai sedang berkorban nyawa d situ yea. dan engkau boleh pergi berlalu dengan muka yang penuh ego dan kesombongan? urgh! pelik! pelik! menangis nangis lah ai sebab takut apa apa jadi pada dia. kejam tau sebab eksyen macam tu dengan ai. bukan ai nak mengorat ke apa ke. ai cuma mahu dia selamat. dan akhirnya dalam mimpi ai tu ai berjaya selamatkan orang orang kesayangan ai tapi dia hilang. gila kau mimpi tragis bercampur ngeri habis oke!
jadi apa pengajaran mimpi ai itu erk? ai masih fikir fikir kan? kalau sebelum ai kehilangan dia ai mimpi dia pergi tinggalkan ai buat selama lama nya. tapi tadi ai mimpi ai mahu selamatkan dia tapi dia eksyen tak mahu. sudahnya ai selamat tapi dia entahlah. tapi yang pasti SiHati ai sampai saat ini masih sama macam dulu. yea mungkin ai sudah bertunang. tapi lupakan dulu soal itu. kenapa hati degil sangat. ai pun tak pasti. bukan ai tak cuba untuk terus buang dan lupakan dia. tapi saban hari dia masih muncul dalam fikiran hati dan mimpi. bukan ai tak pernah benci dia. tapi makin ai benci semakin kuat hati ai cakap suatu hari nanti Allah akan betulkan kembali jalan cerita yang sudah jauh menyimpang. mungkin ai banyak terpengaruh dengan cerita cerita fairytales agaknya kan?
ai mungkin macam budak budak. agaklah! tapi sejak berpisah banyak yang ai dah belajar. jujur dari satu segi kehidupan ai makin baik. dalam erti kata ai makin dekat dengan YangEsa. Alhamdulillah. jadi ai selesa dengan perubahan yang itu. ai juga makin matang dalam menilai sesuatu. dalam erti kata lain semakin belajar menghargai kehidupan yang ada. ai makin kuat dalam menempuhi kehidupan yang selalunya d luar jangkaan. bagus kan? itu hikmah yang sudah ai pelajari. dan yang paling penting sekali Allah sudah mengajar ai untuk lebih mengenal SiHati ai. suatu masa dulu ai selalu ragu ragu. selalu was was dengan hati sendiri. mungkin waktu itu hati hitam sangat agaknya! tapi sekarang jujur ai sudah redhakan semuanya. dan bila semakin ai redhakan kenangan yang dulu semakin kuat hati ai berpesan yakin pada YangEsa. suatu hari nanti semua akan baik baik aja.
petang sikit dapat dengar suara dia. yeah! rindu! terima kasih sebab masih ambil berat akan diri yang hina ini. terharu. masih ada getar yang sama. masih sama! ouh yea. selamat berjaya tempuhi alam pekerjaan yang penuh onak duri ranjau erm dan segala macam lagi dugaan dan cabaran yang akan datang. maaf jika ada pertanyaan yang tak mampu untuk ai jawabkan. bukan tak mahu menjawab. dan juga bukan sengaja mahu rahsiakan apa apa. cuma ai berpegang kepada ini
> Hadis Riwayat Bukhari : "Sesiapa yang menutup keaiban orang lain dan tidak menghebahkannya,Allah akan menutup keaibannya di dunia di akhirat."
> Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah : "Wahai orang yang sudah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh."
> Al-Hujurat (49):12 : "Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Suka salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang".
No comments:
Post a Comment