bila menjadi seorang perempuan dan setiap hari menghadap masalah keliru untuk buat keputusan dalam nak memilih baju apa nak pakai seharian harian warna apa yang nak d mix dan match kan kasut apa pulak nak d pakai untuk lengkapkan gaya tudung apa yang boleh masuk dan sedondon dengan baju maka itu adalah bukan masalah yang cukup besar lagi ya. itu adalah masalah yang normal untuk seorang perempuan. jadi sila jangan pelik. tapi bila masuk bab keliru nk pilih apa keputusan terbaik untuk hidup sendiri itu memang adalah sejenis masalah yang cukup besar. seriyus itu adalah masalah yang sangat sangat besar. boleh mengganggu ekosistem tubuh badan. boleh mengganggu perjalanan angin monsun perasaan dan mood sedunia. kadang kadang boleh menimbulkan ribut taufan sikap dan puting beliung perangai tahu. susah sungguh kan? kadang kadang bukan tak boleh nak jadi rasional. cuma sudah hakikat kejadian seorang wanita itu menurut perasaan. semua jalan menuju ke depan. tapi jalannya banyak. ouh itulah masalah ai sekarang. jalan mana satu yang ai nak pilih sekarang? penat sudah otak ai asyik berfikir fikir dan fikir dan fikir entah sampai bila asyik nak berfikir aja. hampir 4bulan ai menjadi pungguk rindukan bulan bertenggek d tepian permai makan tido shopping berjalan aja kerjanya. ouh ada kerja tambahan jugak! menanggung sakit. kerja tambahan yang d kira sebagai overtime tapi tak bergaji. hebatkan? hmm! memang hebat tapi menderita tahu. berita baik! semalam ai sudah d offer untuk kembali beraksi sebagai seorang wanita matang yang sibuk. matang habis gitu tahu. ini adalah tawaran yang kedua kalinya selepas ai menolak semasa d offer d awal bulan januari lepas. position? hmm memang baik. untuk seorang gadis berusia 25tahun dan tak punya sekeping kertas bernama ijazah tetapi d tawar sebuah jawatan pemegang ijazah bersama gaji yang hmm boleh ai cakap memang bahagia hidup alamat tiap tiap bulan boleh pergi melancong dalam negara maka itu adalah hebat untuk ai! Alhamdulillah. rezeki Allah nak bagi. tapi! ada tapi pulak! entah kenapa bila ai khabarkan berita gembira ini kepada PuanMama dan TuanAbah mereka sungguh berat mahu lepaskan ai pergi. pergi mana? pergi KualaLumpur. hehe! mungkin mereka susah hati lagi. risau mimpi ngeri berulang lagi. part inilah yang paling ai tak suka. hadoih! PuanMama TuanAbah sudah beri lampu hijau. tapi lampu hijau itu malap. macam nak menyala tapi malu malu kucing nak menyala. malap malap aja sinarannya pun. haih! jadi sekarang ai sudah tersepit. antara hendak pergi atau jangan pergi. antara mahu terima atau mahu menolak. antara jawatan besar atau kebahagian orang orang besar dalam kehidupan ai. ouh sedihnya! sedih sangat sangat tahu. kalaulah boleh mahu saja ai bawa PuanMama TuanAbah pergi sana tinggal sama ai. peluang macam ini bukan selalu boleh dapat. peningnya kepala ai berfikir dan berfikir dan berfikir. sedangkan esok adalah hari pentingnya. tolonglah. bagi idea. bagi cadangan. bagi pendapat. bagi nasihat. kalau ai tolak akan ada lagikah peluang sebaik ini masa akan datang? dan kalau ai pergi kesian pulak dekat PuanMama dan TuanAbah. tentu mereka susah hati. tentu mereka sunyi. hati ai berat mahu tinggalkan mereka. ouh susahnya hati fikirkan antara kehendak sendiri dan hati ibubapa.
~jalan mana satu yang ai nak pilih?~
hamek kau karangan tak ada perenggan. pening pening punya pasal. ekekekek! ok lah! mahu pergi berbincang. EncekJantungHati mahu pergi kursus autocad. dan ai gedik gedik mahu join. kehkehkeh! nasib baik dia ok. phewww. orang bertunang pergi kursus kahwin. ai pergi kursus autocad. kahkahkahkah!
No comments:
Post a Comment